Meta tags:
Headings (most frequently used words):
refleksi, ilmu, pengenalan, snap, shots, kalendar, let, go, my, freinds, ikim, fm, mari, dengar, sama, about, me, anda, pelawat, ke, pukul, berapa, ya, jom, pergi, solat, sembang, com, archivo, salam, kembali, proses, membangunkan, blog, merancang, memantau,
Text of the page (most frequently used words):
yang (61), saya (54), dan (41), blog (32), dalam (23), ini (22), #proses (20), laman (18), dengan (15), tajuk (15), telah (13), comments (12), web (12), untuk (11), dari (10), maklumat (10), rakan (10), pada (9), sebagai (9), refleksi (8), ilmu (8), pula (8), anda (8), seterusnya (8), juga (8), pengajaran (8), serta (8), hentian (7), pemikiran (7), itu (7), bagi (7), bahan (7), lain (7), pendidikan (6), islam (6), kepada (6), membina (6), tidak (6), apa (5), com (5), roseharyati (5), binti (5), shahar (5), adalah (5), bersesuaian (5), bersama (5), qurban (5), aqiqah (5), akan (5), diberikan (5), dapat (5), ilmiah (5), pertama (5), menyiapkan (4), kriteria (4), ada (4), merancang (4), wishafriend (4), myspace (4), rss (4), standard (4), daripada (4), berkaitan (4), setiap (4), pelajar (4), pelayar (4), posted (4), berdasarkan (4), iaitu (4), allah (4), buku (4), utama (4), kesemua (4), tugasan (4), latihan (4), pembelajaran (4), post (3), semoga (3), semua (3), dilakukan (3), masalah (3), kembali (3), profile (3), peringkat (3), memastikan (3), kandungan (3), menepati (3), selain (3), segi (3), sendiri (3), rujukan (3), digunakan (3), terlebih (3), dahulu (3), membuat (3), pelajaran (3), memilih (3), satu (3), tingkatan (3), empat (3), salibus (3), namun (3), ialah (3), konsep (3), para (3), mengaplikasikan (3), pencarian (3), langkah (3), lakukan (3), pembinaan (3), cabaran (3), sibuk (3), pautan (3), supaya (3), penyelia (3), sekarang (3), perlu (3), kami (3), kekawan (3), banyak (3), tahu (3), terima (3), kasih (3), bermula (3), fikir (3), perjalanan (3), mengenai (3), tentang (3), sudi (3), segala (3), abdul (2), mula (2), pembentangan (2), gema (2), kerja (2), menilai (2), memantau (2), membangunkan (2), salam (2), 2008 (2), view (2), solat (2), free (2), sama (2), ikim (2), calendars (2), posts (2), grafik (2), senarai (2), orang (2), dinyatakan (2), sumber (2), ruangan (2), atau (2), sesuai (2), sukatan (2), bawah (2), berasingan (2), memandangkan (2), keduanya (2), mempunyai (2), tujuan (2), diri (2), manakala (2), antara (2), ibadah (2), lambang (2), nabi (2), kerana (2), inilah (2), kemahiran (2), berfikir (2), topik (2), dipilih (2), ingin (2), pemilihan (2), berkenaan (2), peta (2), mencari (2), mahupun (2), tambahan (2), berasaskan (2), sini (2), lalui (2), semasa (2), secara (2), tak (2), laporan (2), boleh (2), semuanya (2), memerlukan (2), masa (2), alhamdulillah (2), begitu (2), sehinggalah (2), keputusan (2), usaha (2), manfaat (2), insyaallah (2), menarik (2), internet (2), kritikal (2), template (2), itulah (2), kawan (2), membantu (2), belajar (2), punya (2), akhirnya (2), bersemangat (2), maka (2), terhasillah (2), ict (2), kajian (2), ucapan (2), terhingga (2), ucapkan (2), kumpulan (2), pengetahuan (2), atas (2), sehingga (2), terakhir (2), budiman (2), wassalam (2), dibangunkan (2), melayari (2), kita (2), rose (2), design, visit, original, makassar, bistonji, munir, pening, dataaannggg, aaaddduuhhh, kali, standart, penambahbaikan, lupakan, pasal, berjaya, rehat, rawat, rnr, hasil, penyelesaiannya, november, archivo, shoutmix, chat, widget, shoutbox, sembang, waktu, jom, pergi, get, your, clock, pukul, berapa, counter, pelawat, complete, program, a105009, universiti, kebangsaan, malaysia, bangi, ijazah, sarjana, muda, kepujian, about, alunan, syahdu, mari, dengar, friendship, quotes, appreciation, let, freinds, thanksgiving, kalendar, inspiration, snap, shots, atoms, subscribe, atom, older, melakukan, pemantauan, dibina, dipaparkan, kesepuluh, susun, atur, dimasukkan, teratur, keselarasan, kedudukan, penggunaan, warna, sebagainya, memasukkan, nama, nyatakan, membolehkan, ramai, merujuk, kebenaran, turut, meningkatkan, lagi, kepercayaan, pilihan, dianggap, menyatukan, terkandung, ibadat, walaubagaimanapun, kedua, dua, pengkaji, mengintegrasikannya, persamaan, penyembelihan, binatang, ternakan, mendekatkan, membezakan, kesucian, ketaatan, ibrahim, anaknya, ismail, terhadap, kesyukuran, penebusan, kelahiran, bayi, membandingbeza, kupas, terapkan, elemen, mengajak, menyenaraikan, sub, menentukan, objektif, dicapai, kata, kunci, memudahkan, kelak, pengisian, panduan, memulakan, minda, samada, membaca, memahami, menganalisis, lari, tahap, kepelbagaian, menjadikan, teks, penilaian, gambar, rajah, tersebut, menunjukkan, urutan, huraian, lanjut, kaeadah, terangkan, kongsikan, semula, pengalaman, merupakan, keseluruhannya, tiga, cara, sudah, lama, menulis, terlalu, baki, peperiksaan, kemudian, berterusan, tesis, dikatakan, bijak, mengatur, dilaksanakan, jayanya, laksanakan, sehabis, baiknya, penuh, dihantar, 28hb, nov, beserta, pengemaskinian, pemurnian, tamat, tempoh, berdoa, memperolehi, cemerlang, memberi, pendidik, khususnya, awam, amnya, hehehe, penting, gak, tgk, cantik2, pun, nak, barulah, cuba, meneroka, sepatutnya, dimuatkan, hiasan, menjadi, berani, mengexplore, dapati, mana, sebelum, mendapatkannya, mendapatkan, sesuatu, diambil, kehendak, ditetapkan, tensen, membuang, huhuhu, lembab, apa2, sehinggala, mancari, rentak, bagaimana, sangat2, bila, dah, rasala, seronok, sangat, rasa, tapi, antaranya, zero, eemmm, sebenarnya, percubaan, mengikuti, diminta, baru, lepas, masuk, blogger, diintegrasikan, mengambil, lahirlah, sekurang, kurangnya, peribadi, personal, optional, menjalani, mencatatkan, metakognitif, dinilai, kreatif, pengintegrasian, tamanya, saemah, rahman, siti, hajah, fatimah, mohd, yassin, menerima, mulanya, yakin, menyertai, bidang, kurang, galakan, dorongan, sahabat, tunjuk, ajar, pernah, putus, menyebabkan, semakin, mencuba, buah, ceritakan, gerak, sepanjang, seperjuangan, awal, singgah, perhentian, destinasi, suka, duka, pahit, manis, kongsi, diharap, titik, perjuangan, ibarat, gambarkan, rentetan, sebuah, wavy, text, scroller, maker, mungkin, sokongan, walaupun, pelayaran, hanya, kebetulan, tanpa, siapalah, diharapkan, terbinanya, jadikan, medan, berkongsi, demi, menambah, taqwa, komen, maklum, balas, amatlah, harapkan, baik, datangnya, buruk, kelemahan, manusia, memenuhi, syarat, ukm, samping, assalamualaikum, selamat, sejahtera, diucapkan, mereka, makluman, cabang, pengenalan, designer, edit, entries, home, sidebar, main,
Text of the page (random words):
refleksi ilmu main sidebar refleksi ilmu home entries rss comments rss edit laman pautan rose profile qurban aqiqah designer pengenalan assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada mereka yang sudi melayari blog saya ini sebagai makluman blog refleksi ilmu ini ialah cabang kepada blog utama saya iaitu gema ilmu yang dibangunkan bagi memenuhi syarat latihan ilmiah saya di ukm di samping blog laman pautan dan rose profile mungkin ada di antara anda semua terlebih dahulu telah melayari blog saya yang lain ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan atas sokongan yang diberikan walaupun proses pelayaran itu hanya kebetulan namun tanpa anda semua siapalah saya diharapkan dengan terbinanya blog ini dapat kita jadikan sebagai medan untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan demi manfaat bersama dalam usaha menambah taqwa kepada allah segala komen maklum balas atau tambahan dari pelayar yang budiman amatlah saya harapkan segala yang baik itu datangnya dari allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri kita sendiri sebagai manusia wassalam free wavy text scroller maker rentetan sebuah perjalanan itulah ibarat yang boleh saya gambarkan mengenai tujuan dibangunkan refleksi ilmu ini di sini saya akan ceritakan mengenai setiap gerak kerja yang dilakukan sepanjang proses pembinaan blog bersama penyelia dan rakan rakan seperjuangan bermula dari awal perjalanan seterusnya singgah di perhentian sehinggalah ke destinasi terakhir insyaallah segala suka duka pahit manis akan saya kongsi bersama di ruangan ini diharap para pelayar yang budiman sudi bersama saya sehingga ke titik perjuangan yang terakhir wassalam pertama tamanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada dr saemah abdul rahman dan dr siti hajah fatimah mohd yassin kerana sudi menerima saya dalam kumpulan rakan ilmiah 2008 ini pada mulanya saya tidak begitu yakin untuk menyertai kumpulan ini memandangkan pengetahuan saya dalam bidang ict yang kurang namun atas galakan dan dorongan daripada sahabat yang lain serta tunjuk ajar yang tidak pernah putus daripada penyelia dan rakan menyebabkan saya semakin bersemangat untuk mencuba dan sehingga sekarang terhasillah 4 buah blog tugasan pertama tugasan pertama yang diberikan kepada kami ialah memilih satu tajuk yang bersesuaian dengan salibus pelajaran pendidikan islam serta diintegrasikan dengan pembelajaran ict fikir punya fikir akhirnya saya mengambil keputusan memilih tajuk mengenai ibadah qurban dan aqiqah maka lahirlah tajuk pengintegrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran qurban dan aqiqah untuk kajian ini saya dan rakan rakan perlu mempunyai sekurang kurangnya 4 blog yang berasingan iaitu 1 blog peribadi personal optional 2 blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah anda perlu mencatatkan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini proses kajian dan refleksi metakognitif 3 blog tentang laman laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran pemikiran kritikal 4 blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda pemikiran kreatif anda perjalanan bermula baru lepas peringkat fikir tajuk sekarang peringkat membina blog pula untuk itu saya masuk pada laman web blogger dan mengikuti langkah langkah yang diminta maka terhasillah blog saya yang pertama inilah percubaan pertama saya dalam membina blog eemmm saya sebenarnya bermula dengan zero tak tahu apa2 kawan kawan yang banyak membantu mula dari membina blog sehinggala proses mancari template belajar punya belajar akhirnya saya dapat rentak sendiri bagaimana membina blog blog yang seterusnya alhamdulillah terima kasih sangat2 pada kekawan yang membantu bila dah tahu rasala seronok sangat rasa bersemangat tapi ada cabaran lain pula antaranya internet lembab itulah masalah utama yang membuat saya dan kekawan tensen masalah ini banyak membuang masa kami huhuhu cabaran lain pula pemilihan template yang menarik hehehe penting gak ni tgk kekawan lain blog cantik2 saya pun nak gk seterusnya barulah saya cuba meneroka apa yang sepatutnya dimuatkan dalam blog supaya menarik dan bersesuaian di dalam proses mencari maklumat dan hiasan yang bersesuaian saya menjadi berani mengexplore internet banyak maklumat dan bahan bahan yang di dapati yang mana sebelum ini saya tidak tahu mendapatkannya dalam proses ini juga saya juga memerlukan proses kemahiran berfikir secara kritikal untuk mendapatkan sesuatu bahan dan maklumat supaya apa yang diambil menepati dengan kehendak yang ditetapkan serta bersesuaian untuk proses pengajaran dan pembelajaran salam kembali 0 comments posted by roseharyati binti shahar at 6 58 pm sudah lama saya tak menulis dalam blog refleksi ni terlalu sibuk dengan baki peperiksaan seterusnya sibuk menyiapkan blog utama dan blog laman pautan kemudian berterusan pula sibuk dalam menyiapkan laporan tesis ini boleh dikatakan semuanya memerlukan saya bijak mengatur masa supaya kesemua tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya alhamdulillah semuanya telah dapat saya laksanakan dengan sehabis baiknya laporan penuh telah dihantar pada penyelia 28hb nov beserta pembentangan begitu juga dengan pengemaskinian serta pemurnian blog telah dilakukan sehinggalah tamat tempoh yang telah diberikan sekarang apa yang perlu saya dan rakan rakan lakukan adalah berdoa semoga kami memperolehi keputusan yang cemerlang bagi latihan ilmiah ini serta semoga usaha yang saya dan rakan rakan lakukan dalam pembinaan laman laman pengajaran ini dapat memberi manfaat pada para pelajar dan pendidik khususnya dan orang awam amnya insyaallah proses membangunkan blog 0 comments posted by roseharyati binti shahar at 6 52 pm di sini saya ingin kongsikan semula pengalaman yang saya lalui semasa proses menyiapkan kesemua tugasan yang diberikan yang merupakan satu cabaran pada saya secara keseluruhannya dalam proses membina kesemua laman web blog ini saya telah mengaplikasikan tiga cara iaitu gambar rajah tersebut menunjukkan urutan langkah yang saya lakukan dalam pembinaan kesemua blog huraian lanjut berkaitan kaeadah ini akan saya terangkan pada post seterusnya merancang 0 comments posted by roseharyati binti shahar at 6 50 pm dalam proses merancang saya terlebih dahulu membuat pilihan tajuk yang dianggap sesuai berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan islam saya memilih untuk menyatukan tajuk qurban dan aqiqah dalam satu laman web tajuk ini terkandung dalam sukatan pelajaran tingkatan empat di bawah tajuk ibadat walaubagaimanapun di dalam salibus pengajaran pendidikan islam tingkatan empat kedua dua tajuk ini adalah berasingan namun pengkaji telah mengintegrasikannya di bawah tajuk yang sama memandangkan keduanya mempunyai persamaan iaitu penyembelihan binatang ternakan dengan tujuan mendekatkan diri kepada allah manakala yang membezakan antara keduanya pula ialah dari segi konsep ibadah qurban adalah sebagai lambang kesucian dan ketaatan nabi ibrahim a s dan anaknya nabi ismail a s terhadap allah s w t manakala aqiqah pula adalah lambang kesyukuran dan penebusan kerana kelahiran bayi berdasarkan konsep membandingbeza inilah yang akan saya kupas dan terapkan sebagai elemen dalam mengajak para pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran seterusnya saya telah menyenaraikan topik dan sub topik tajuk yang dipilih bagi menentukan objektif pengajaran yang ingin dicapai serta sebagai kata kunci untuk memudahkan proses pencarian maklumat kelak selain itu juga saya merancang dari segi pemilihan maklumat yang akan digunakan bagi pengisian laman web berkenaan sebagai panduan dalam proses ini saya telah membina peta konsep berkaitan tajuk seterusnya memulakan proses mencari maklumat berdasarkan peta minda berkenaan samada di dalam buku mahupun laman web dalam pencarian bahan ini saya terlebih dahulu membaca memahami menganalisis serta menilai kandungan setiap bahan bagi memastikan ia tidak lari dari salibus pengajaran serta sesuai dengan tahap kepelbagaian pelajar mahupun pelayar yang lain untuk itu saya menjadikan buku teks pendidikan islam tingkatan empat sebagai rujukan utama dan buku buku lain sebagai rujukan tambahan dalam pencarian maklumat berasaskan laman web pula saya telah mengaplikasikan penilaian berasaskan kriteria standard pemikiran memantau 0 comments posted by roseharyati binti shahar at 6 49 pm seterusnya saya melakukan proses pemantauan pada laman web yang telah dibina pada peringkat ini saya memastikan kandungan yang telah dipaparkan menepati kesepuluh kriteria standard pemikiran selain itu saya juga memastikan susun atur grafik yang dimasukkan dalam laman web adalah bersesuaian dan teratur dari segi keselarasan kedudukan penggunaan warna dan sebagainya selain daripada maklumat kandungan laman web sendiri saya juga memasukkan senarai nama laman web yang berkaitan dengan tajuk yang menepati 8 10 daripada kriteria standard pemikiran saya juga nyatakan bersama senarai rujukan yang digunakan bagi membolehkan orang ramai merujuk kembali kebenaran maklumat yang dinyatakan sumber bagi setiap ruangan post dan bahan bahan atau grafik yang digunakan juga turut dinyatakan meningkatkan lagi kepercayaan pelajar pelayar older posts subscribe to posts atom atoms rss comments rss snap shots myspace comments inspiration comments at wishafriend com kalendar myspace calendars thanksgiving calendars at wishafriend com let s go my freinds myspace comments appreciation comments at wishafriend com myspace comments friendship quotes comments at wishafriend com ikim fm ikim fm mari dengar sama alunan syahdu about me roseharyati binti shahar program pendidikan islam a105009 universiti kebangsaan malaysia bangi ijazah sarjana muda dengan kepujian pendidikan islam view my complete profile anda pelawat ke free counter pukul berapa ya get your clock jom pergi solat waktu solat sembang com view shoutbox shoutmix chat widget archivo 2008 16 november 16 salam kembali proses membangunkan blog merancang memantau menilai masalah dan penyelesaiannya hasil kerja yang dilakukan hentian 7 ada apa dengan gema ilmu hentian 6 rehat dan rawat rnr semoga berjaya semua hentian 5 lupakan pasal blog hentian 4 pembentangan dan penambahbaikan blog kriteria standart pemikiran hentian 3 proses menyiapkan blog hentian 2 aaaddduuhhh apa pula kali ni hentian 1 pening mula dataaannggg refleksi ilmu design by abdul munir visit original post makassar bistonji
|