Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2021, subuh, may, kuliah, saturday, friday, thursday, april, kalender, amal, august, 14, 23, 22, waktu, hijri, masihi, bual, tamu, blogroll, kategori, blog, archive, artikal, feedjit, live, traffic, feed, baring, selepas, solat, sunat, hati, boleh, terbalik, kuang, syarat, soleh, tazkirah, taraweh, dengki, merosakan, baik, memilih, rakan, khalil, untuk, istiqamah, asma, amalina, roh, tidak, berkumpul, di, luh, mahfuz,
Text of the page (most frequently used words):
yang (29), subuh (22), solat (17), #kuliah (17), dalam (15), hadis (12), sunat (11), adalah (11), nabi (10), roh (10), dan (10), amal (10), langit (9), baring (8), 2021 (8), orang (8), untuk (7), allah (7), labels (7), comments (7), posted (7), perenung (7), ramadhan (7), ini (7), dengan (7), soleh (7), may (6), selepas (6), dengki (6), tak (6), mereka (5), saw (5), akan (5), surau (5), taman (5), akasia (5), kita (5), kisah (5), ada (5), hati (5), april (4), august (4), tazkirah (4), ago (4), doa (4), lebih (4), daripada (4), mengenai (4), itu (4), pagi (4), aku (4), syurga (4), cita (4), kata (4), syarat (4), blog (3), pandangan (3), surah (3), ayat (3), ilmu (3), syiah (3), bahawa (3), seperti (3), pulang (3), luh (3), mahfuz (3), bukan (3), berkumpul (3), pada (3), tidka (3), kafir (3), mengenainya (3), itulah (3), tidak (3), jika (3), jadi (3), tertinggi (3), perlu (3), buat (3), hidup (3), asma (3), amalina (3), antara (3), istiqamah (3), 1442 (3), seorang (3), sah (3), feedjit (2), live (2), سيدنا (2), july (2), ulasan (2), years (2), quran (2), hajat (2), jangan (2), kalender (2), اللهم (2), علمتنا (2), وأرنا (2), وارزقنا (2), posts (2), menziarahi (2), kaum (2), kerabat (2), tempat (2), bulan (2), beriman (2), ditempatkan (2), tentang (2), hanya (2), isi (2), thursday (2), kepada (2), permintaan (2), akhirat (2), depan (2), menjadi (2), agar (2), meletakkan (2), minta (2), anak (2), ialah (2), friday (2), uqbah (2), bin (2), gara (2), berteman (2), amalan (2), memilih (2), sifat (2), kalangan (2), ulama (2), imam (2), taraweh (2), baik (2), kalau (2), mahu (2), ditetapkan (2), hujungnya (2), saturday (2), pelik (2), berbaring (2), sebelum (2), tahajjud (2), picture, window, theme, powered, blogger, stats, traffic, feed, البكاء, يغسل, أدران, القلوب, العمل, الإسلامي, الجماعي, رأي, واجتهاد, الصحوة, الإسلامية, بين, الجحود, والتطرف, قصة, عمير, سعد, وعمه, الجلاس, artikal, september, october, 2009, 2010, february, 2011, 2012, 2017, december, 2020, archive, mau, izoh, intro, kategori, mumtahinah, tafsir, gelaran, termulia, hamba, daurah, months, cakerawala, weeks, jadikan, sunnah, rafidhah, sebagai, ikutan, perenunglangit, blogroll, bual, tamu, free, content, masihi, hijri, waktu, علم, لنا, إلا, إنك, أنت, العليم, الحكيم, علمنا, ينفعنا, وانفعنا, بما, وزدنا, علما, الحق, حقاً, اتباعه, الباطل, باطلاً, اجتنابه, واجعلنا, ممن, يستمعون, القول, فيتبعون, أحسنه, وأدخلنا, برحمتك, عبادك, الصالحين, الحمد, لله, العالمين, والصلاة, والسلام, على, محمد, الصادق, الوعد, الأمين, subscribe, atom, home, older, penegasan, akzabunnas, dustanya, para, munafiqin, pengaruh, menerapkan, sebaliknya, papan, agung, dicatatkan, segalam, takdir, makhluk, cerita, berasas, kritikan, terhadap, apa, berlegar, whatsapp, menjelang, menceritakan, bagaimana, malaikat, maut, mecabut, melepasi, illiyyin, sedangkan, terhalang, menembusi, sijjin, sebutkan, merupakan, ghaib, sedikit, diketahui, dikhabarkan, manusia, mengetahui, penting, ringkas, bertemu, malam, qadar, diajarkan, saidatina, aisyah, isterinya, petujuk, bersifat, panjatkan, saat, peluang, kemakmbulan, mata, ajuz, bani, israil, pedoman, menetapkan, keinginan, mengajarkan, target, menyarankan, hendaklah, firdaus, diajar, masuk, bermakna, kami, intipati, berikut, kuala, nerang, mengimami, seusai, menyampaikan, satu, singkat, tajuk, sentuh, rasulullah, tahu, masa, kecuali, wahyukan, kepadanya, ketika, baginda, menjawab, persoalah, ttg, anaknya, habuan, neraka, abi, muit, mendapat, kerugian, ubay, khalaf, furqan, ramuan, berterusan, tanda, diterima, apabila, disusuli, mei, rakan, khalil, dibernarkan, dua, aspek, hasada, illa, istnaini, ornag, tingga, bukhari, mangsa, gurunya, penyakit, siapa, diserangnya, rakaat, merosakan, takbir, raya, sebulan, malik, muwatto, niat, ihram, masjid, nabawi, hebat, abid, dikalahkan, oleh, syaitan, sewaktu, menebang, pokok, mazmumah, merosakkan, ujub, takbur, sum, riya, sebagaimana, disebutkan, israk, baqiyatus, solihat, banyak, mohon, diutamakan, awalnya, terlalu, angkuh, perkara, telah, ditentukan, sejak, perut, ibu, dilihat, membunuh, lalu, digenapkan, lagi, seratus, barsisa, cepat, berubah, gelegak, periuk, ajarkan, boleh, terbalik, kuang, juga, ahli, sesiapa, lepas, fardhu, subuhnya, tentu, ganjil, apalah, kaitan, hingga, dihukumkan, tanpanya, berkhilaf, hukum, mendetailkan, mengatakan, barulah, tujuan, untguk, berehat, penat, namun, ibn, taimiyyah, menyatakan, mungkar, tiada, perintah, berbuat, demikian, terdapat, menyebutkan, atas, lambung, kanannya, selesai, diriwayatkan, turmizi, abu, daud, sanad, saheh, mulakan, berkat, bertafakur, akhiratmu,
Text of the page (random words):
kuliah subuh kuliah subuh mulakan pagi berkat dengan bertafakur tentang akhiratmu saturday august 14 2021 baring selepas solat sunat subuh terdapat hadis yang menyebutkan bahawa nabi saw akan berbaring atas lambung kanannya selepas selesai solat sunat sebelum subuh hadis ini diriwayatkan turmizi dan abu daud dengan sanad yang saheh namun ibn taimiyyah menyatakan hadis mengenainya adalah mungkar tiada perintah daripada nabi untuk berbuat demikian ulama berkhilaf mengenai hukum berbaring selepas solat sunat sebelum subuh itu ada yang kata sunat selepas solat sunat subuh ada yang kata tidak sunat ada yang mendetailkan dengan mengatakan jika orang itu buat solat tahajjud barulah sunat baring kalau tak buat solat tahajjud tak sunat baring tujuan baring itu adalah untguk berehat selepas penat solat ada juga pandangan kalangan ahli ilmu yang pelik kata mereka baring adalah syarat sah solat subuh sesiapa yang solat subuh tak baring lepas solat sunat subuh solat fardhu subuhnya tak sah tentu pandangan ini ganjil dan pelik apalah kaitan antara baring dengan solat subuh hingga dihukumkan solat subuh tak sah tanpanya posted by perenung langit at 4 41 pm no comments labels ulasan saturday may 8 2021 kuliah subuh hati boleh terbalik kuang 28 ramadhan 1442 1 nabi ajarkan doa akan hati ditetapkan 2 hati lebih cepat berubah daripada gelegak dalam periuk 3 kisah barsisa 4 kisah seorang yang membunuh 99 orang lalu digenapkan seorang lagi jadi seratus 5 amal dilihat pada hujungnya 6 4 perkara yang telah ditentukan allah sejak dalam perut ibu 7 jangan terlalu angkuh dengan amal soleh 8 ramadhan perlu diutamakan hujungnya bukan awalnya 9 banyak mohon kepada allah agar ditetapkan hati posted by perenung langit at 4 11 pm no comments labels kuliah friday may 7 2021 3 syarat amal soleh kuliah subuh di surau taman akasia subuh ini 26 ramadhan 1442 1 al baqiyatus solihat lebih baik untuk akhirat kita 2 syarat amal soleh 3 syarat sebagaimana disebutkan dalam surah al israk ayat 19 3 sifat mazmumah yang merosakkan amal ujub takbur sum ah dan riya 4 kisah abid yang dikalahkan oleh syaitan sewaktu mahu menebang pokok 5 amalan orang kafir lebih hebat 6 hadis imam malik dalam muwatto mengenai seorang yang mahu niat ihram dalam masjid nabawi 7 kalau takbir raya sebulan jadi tak ia amal soleh posted by perenung langit at 5 09 pm no comments labels kuliah tazkirah taraweh dengki merosakan amal baik tazkirah antara taraweh 8 rakaat surau taman akasia 1 dengki adalah penyakit hati yang tidka memilih siapa untuk diserangnya 2 ada dengki di kalangan ulama kisah imam bukhari yang menjadi mangsa dengki gurunya 3 dengki bukan sifat ornag yang tingga dalam syurga 4 hanya dibernarkan dengki dalam dua aspek hadis la hasada illa fi istnaini posted by perenung langit at 7 00 am no comments labels tazkirah thursday may 6 2021 memilih rakan khalil untuk istiqamah kuliah subuh di surau taman akasia 7 mei 2021 25 ramadhan 1442 1 tanda amal diterima allah adalah apabila amal soleh disusuli amal soleh 2 amalan yang berterusan itulah istiqamah 3 antara ramuan untuk istiqamah adalah berteman dengan orang soleh 4 kisah uqbah bin abi muit yang mendapat kerugian gara gara berteman dengan ubay bin khalaf ayat 27 29 surah al furqan 5 rasulullah tidak tahu masa depan kecuali yang allah wahyukan kepadanya ketika baginda menjawab persoalah uqbah ttg anaknya nabi kata mereka habuan neraka posted by perenung langit at 5 09 pm no comments labels kuliah friday april 23 2021 asma amalina kuliah subuh pagi ini di surau taman akasia kuala nerang aku mengimami solat subuh dan seusai solat subuh aku menyampaikan satu kuliah subuh singkat tajuk yang aku sentuh ialah asma amalina asma amalina bermakna cita cita tertinggi kami intipati daripada kuliah ini adalah seperti berikut 1 anak anak kita perlu diajar untuk meletakkan cita cita dalam hidup mereka ialah masuk ke syurga allah 2 nabi mengajarkan kita agar meletakkan target tertinggi dalam hidup seperti hadis nabi saw yang menyarankan jika minta syurga hendaklah minta syurga firdaus 3 hadis ajuz bani israil menjadi pedoman buat kita dalam menetapkan hajat dan keinginan hidup 4 doa jika bertemu malam al qadar yang diajarkan nabi saw kepada saidatina aisyah isterinya jadi petujuk bahawa permintaan yang bersifat akhirat itulah permintaan tertinggi yang perlu kita panjatkan pada saat peluang kemakmbulan doa di depan mata posted by perenung langit at 8 19 pm no comments labels kuliah thursday april 22 2021 roh tidak berkumpul di luh mahfuz kuliah subuh di surau taman akasia pagi ini aku sebutkan tentang roh yang merupakan ilmu ghaib yang hanya sedikit mengenainya diketahui itulah yang dikhabarkan allah dalam quran dan nabi saw dalam hadis manusia tidka mengetahui mengenainya isi isi penting dalam kuliah subuh ringkas pagi ini adalah 1 hadis nabi saw yang menceritakan bagaimana malaikat maut mecabut roh orang beriman dan orang kafir roh orang beriman akan melepasi langit dan ditempatkan di illiyyin sedangkan roh orang kafir akan terhalang menembusi langit dan mereka akan ditempatkan di sijjin 2 kritikan terhadap apa yang berlegar dalam whatsapp menjelang ramadhan mengenai roh berkumpul di luh mahfuz dan roh pulang menziarahi kaum kerabat di bulan ramadhan 3 cerita roh pulang pada bulan ramadhan itu tidka berasas 4 luh mahfuz bukan tempat berkumpul roh sebaliknya ia adalah papan agung tempat dicatatkan segalam takdir makhluk 5 pengaruh syiah dalam menerapkan hadis hadis mereka seperti hadis mengenai roh yang pulang menziarahi kaum kerabat 6 penegasan bahawa syiah adalah akzabunnas lebih daripada dustanya para munafiqin posted by perenung langit at 8 20 pm no comments labels kuliah older posts home subscribe to posts atom الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الوعد الأمين اللهم لا علم لنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم اللهم علمنا ما ينفعنا وانفعنا بما علمتنا وزدنا علما وأرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه واجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين waktu kalender hijri kalender masihi free blog content bual tamu blogroll perenunglangit jangan jadikan sunnah syiah rafidhah sebagai ikutan 3 weeks ago cakerawala ilmu doa solat sunat hajat 7 months ago daurah quran gelaran termulia untuk nabi adalah hamba allah 11 years ago kuliah tafsir surah al mumtahinah ayat 13 16 years ago kategori intro 1 kuliah 38 mau izoh 1 pandangan 1 tazkirah 1 ulasan 1 blog archive 2021 7 august 1 baring selepas solat sunat subuh may 4 april 2 2020 1 december 1 2017 1 july 1 2012 2 july 1 may 1 2011 9 august 7 may 1 february 1 2010 11 august 9 april 2 2009 13 october 1 september 12 artikal قصة سيدنا عمير بن سعد وعمه الجلاس الصحوة الإسلامية بين الجحود والتطرف العمل الإسلامي الجماعي رأي واجتهاد البكاء يغسل أدران القلوب feedjit live traffic feed feedjit live blog stats picture window theme powered by blogger
|