Meta tags:
author= Nama Anda;
Headings (most frequently used words):
catatan, january, 2013, belajar, travelog, seorang, hamba, wednesday, 23, tuesday, 22, sunday, 20, saturday, 19, friday, 18, followers, about, me, facebook, badge, arkib, akhawat, ikhwah, featured, posts, 12, berlapang, dada, daripada, nabi, yusuf, 11, love, dato, seri, najib, 10, betapa, rugi, dan, menyesalnya, di, uia, berselawat, ke, atas, rasulullah, sepanjang, masa, jujurlah, dalam, kejujuran,
Text of the page (most frequently used words):
dan (72), yang (65), hati (38), dengan (33), kita (30), tidak (24), ago (23), years (22), saya (21), dalam (18), untuk (16), kamu (15), ustaz (14), baginda (13), #daripada (12), uiam (11), aku (10), rijal88 (10), share (10), 2013 (10), jika (10), kelantan (10), itu (9), ini (9), pada (9), mereka (9), allah (8), january (8), mana (8), telah (8), buat (7), cinta (7), dia (7), baik (7), kerana (7), catatan (7), jujur (7), suatu (7), sahaja (7), kata (7), kepada (7), facebook (6), comments (6), orang (6), diri (6), berselawat (6), rasulullah (6), sebanyak (6), pelbagai (6), hamba (5), majlis (5), tuan (5), guru (5), blogthis (5), email (5), this (5), read (5), more (5), posted (5), hari (5), januari (5), gombak (5), apabila (5), mampu (5), lain (5), seorang (5), masa (5), muhammad (5), lebih (5), bagi (5), amat (5), hanya (5), mula (5), bersahabat (5), beliau (5), sahabat (5), rakyat (5), show (4), lagi (4), love (4), the (4), malaysia (4), demi (4), negara (4), perlu (4), kejujuran (4), oleh (4), bahagia (4), mudah (4), dapat (4), selama (4), dari (4), berpeluang (4), ada (4), maka (4), bersabda (4), inginkan (4), sunnah (4), nabi (4), menjadi (4), masjid (4), belajar (4), kota (4), bharu (4), membina (4), negeri (4), dato (4), abdul (4), royalti (3), raya (3), mohd (3), hidup (3), bawah (3), march (3), september (3), october (3), kehendak (3), keperluan (3), juga (3), mungkin (3), memberi (3), ikhlas (3), pernah (3), apa (3), mahu (3), melalui (3), sifat (3), zalim (3), mengetahui (3), biarpun (3), lama (3), katanya (3), pula (3), kekasih (3), akan (3), segala (3), sekiranya (3), menambah (3), bertanya (3), wahai (3), satu (3), selawat (3), penuh (3), atau (3), bertemu (3), sesungguhnya (3), betapa (3), besar (3), merupakan (3), sama (3), ramai (3), sini (3), saudara (3), jemaah (3), benar (3), setelah (3), billion (3), sampai (3), diluluskan (3), seri (3), ayahanda (3), dizalimi (3), yusuf (3), posts (2), all (2), banyak (2), dosa (2), club (2), iium (2), dakwah (2), sejarah (2), pena (2), kuliah (2), akhi (2), amin (2), tun (2), mahathir (2), tak (2), seratus (2), ringgit (2), february (2), april (2), may (2), july (2), august (2), june (2), november (2), arkib (2), badge (2), zulkarnain (2), wan (2), bin (2), home (2), sendiri (2), salah (2), adalah (2), soal (2), sering (2), silap (2), kebahagiaan (2), membahagiakan (2), disekeliling (2), mustahil (2), makan (2), itulah (2), menjaga (2), iaitu (2), sejahtera (2), tersirat (2), jujurlah (2), rahmat (2), bumi (2), saudaranya (2), mulut (2), sabtu (2), sekarang (2), habibina (2), berkata (2), kepadamu (2), mudahan (2), malang (2), manifestasi (2), seolah (2), olah (2), setahun (2), bait (2), namun (2), harian (2), mengikut (2), bukan (2), bahkan (2), hingga (2), inilah (2), tercinta (2), penghormatan (2), serta (2), para (2), umat (2), atas (2), sepanjang (2), picture (2), source (2), ilmu (2), sebahagian (2), semua (2), ditawarkan (2), bangsa (2), manfaatkan (2), bergabung (2), tuntutan (2), setiap (2), bahasa (2), beberapa (2), manfaat (2), solat (2), berjemaah (2), menyediakan (2), berguru (2), ilmuan (2), bidang (2), masakan (2), intelektual (2), antara (2), uia (2), aspirasi (2), janji (2), rm12 (2), terhadap (2), petroleum (2), seperti (2), lebuhraya (2), kuala (2), krai (2), rancangan (2), kini (2), projek (2), kerajaan (2), bahawa (2), rasa (2), baru (2), takjub (2), sekian (2), melarat (2), najib (2), maha (2), menasihati (2), jangan (2), fitnah (2), diuji (2), berlapang (2), dada (2), lantaran (2), begitu (2), iri (2), kekanda (2), kitab (2), harun (2), ustazah (2), nik (2), travelog (2), skip (2), theme, design, dadang, herdiana, powered, blogger, featured, pencari, jalanmu, kenapa, menjelang, pilihan, cuma, hina, layak, bergelar, pencinta_tarbiah, jemputan, perkahwinan, journey, life, beatles, seekerz, ruf, lipatan, bila, berbicara, engineermemali, ibnufathani, icare, dental, damansara, height, opening, ceremony, badruddin, ghazali, nota, memaknakan, menuju, dasar, luar, penting, survival, rausyanfikir, month, gajah, depan, mata, nampak, sirah, bernokhtah, ikhwah, sembang, pagi, assalamualaikum, jealous, fitrah, qalbi, liful, qulb, treatment, personal, dentist, sufygirl, bertuhankan, sehelai, kertas, dunia, kapitalis, rehlah, syahid, kebun, memburu, seinfiniti, redha, illahi, heroes, setitik, dakwat, perkongsian, hujan, haruman, mawar, update, google, friend, connect, maya, penilaian, buruk, sharing, world, berada, keadaan, jamilah, norddin, ila, husna, back, 2020, change, akhawat, december, create, your, naim, view, complete, profile, ismail, about, followers, subscribe, atom, older, nah, tekadkan, berubah, rijal, jumaat, sikap, paling, susah, diubah, satunya, kemahuan, melihat, biarkan, menderita, syaratnya, semestinya, formulanya, sakit, diselaputi, maksiat, membersihkan, asasnya, bertahan, percayalah, gundah, gulana, perasaan, tenteram, impak, khianat, tanyalah, hendaknya, usah, zalimi, permintaaan, amanah, mengenal, mengurus, pastinya, qalbun, salim, turuti, peringkat, penyucian, mazmumah, sebenar, beranggapan, hipokrasi, ciptakan, mencipta, dihati, setebal, sampul, tersurat, baluti, bertujuan, melindungi, kebenaran, sembunyikan, maksud, pencipta, nikmat, terhingga, menjalani, kehidupan, sudi, menegur, membuktikan, kasih, sayang, nasihat, panduan, berguna, semalam, ditegur, murabbi, teguran, membungkam, menyentap, merenung, muhasabah, benarnya, membentuk, friday, tanyakan, berapa, gunakan, sabda, lakukan, sedemikian, hapuskan, kerisauan, ampunkan, lalu, demikian, jadikan, seluruh, dua, pertiga, separuh, perempat, ingin, memperbanyakkan, berdoa, berzikir, manakah, patut, luangkan, ubai, mari, ikuti, kisah, pedoman, membuka, pintu, salawat, menghidupkan, bermusim, berala, kadar, dihayati, sebulan, tepat, rabi, awal, malu, rasanya, petah, menuturkan, amalan, zahir, acuan, dibibir, sentiasa, terpaut, rindu, resah, menantikan, saat, dibuktikan, mengikuti, mahabbah, sebuah, hakiki, malaikatnya, kebaikan, beriman, berselawatlah, kepadanya, ucapkan, salam, sepenuhnya, ahzab, tingginya, nilaian, keatas, junjungan, sehinggakan, memuliakan, menerusi, diikuti, malaikat, barulah, manusia, diperintahkan, terangkum, firman, quran, saturday, http, avatarrhotel, com, places_to_see, menghadiri, bersetuju, ungkapan, garden, knowledge, and, virtue, sinonim, buktinya, diakses, mahupun, sekitarnya, masih, big, family, manfaatkanlah, sebaik, baiknya, mencari, pasangan, sinlah, tempat, jodoh, lahirnya, madrasah, pendidkian, tingkatan, disebutkan, diatas, kuasai, kemahiran, kepakaran, ceduk, skil, pengalaman, kelak, pasti, bermanfaat, dikemudian, berkenalan, bermulanya, jaringan, ukhuwah, merentasi, seakidah, seramai, society, kerugian, wajib, dipikulkan, dipundak, menguasai, terutamanya, english, arab, yakin, percaya, melangkah, teruk, inggeris, selang, ketika, menguasainya, keazaman, usaha, berterusan, memperolehi, kedudukan, strategik, kuliyyah, kolej, kediaman, musolla, memanfaatkan, kudrat, peluang, miliki, meraih, ganjaran, disisi, intelek, sangat, bertuah, pakar, tersendiri, pengkhususan, pakej, keputusan, terletak, bermula, pengajian, secara, bertalaqi, diskusi, forum, halaqah, senarai, dinyatakan, khazanah, terokai, daripadanya, kalau, lah, lepas, keluhan, sedang, menyempurnakan, viva, phdnya, berhenti, situ, menyambung, huh, menyesal, ruginya, rugi, menyesalnya, sunday, selasa, kebangkitan, pemangkin, transformasi, fahami, realiti, bapa, kaya, berjanji, anaknya, memberikannya, nafkah, kewajipannya, mengabaikannya, anak, menyokong, melakukan, kemungkaran, jumlah, tersebut, rm50, juta, kos, pembinaan, ikonik, rm2, lebuh, disenaraikan, jumlahnya, berbanding, dinafikan, hak, termaktub, perjanjian, 1974, dimanakah, kemajuan, east, coast, economic, region, ecer, khususnya, diwar, warkan, 1986, 1990, semula, 2006, 2010, diulang, suara, dimungkiri, 118, persekutuan, dibeku, angkara, politik, mencatatkan, natijahnya, sabar, mengundi, kali, pertama, sebagai, syukur, membalas, jasa, memahami, meminggirkan, perkhidmatan, bas, rapid, terbesar, uitm, bandar, 000, rumah, perumahan, 1malaysia, prima, mengatasi, masalah, air, stadium, kagum, mega, dijanjikan, berjaya, menawan, melebihi, kira, memberikan, nafas, pentadbiran, sedia, terharu, kesanggupan, mencemarduli, melawat, serba, dhaif, miskin, busuk, taujihat, semangat, terakhir, sedih, turut, siri, lawatannya, tempoh, tuesday, rabu, interpretasi, mimpiku, pemeliharaa, nku, menjadikannya, berbudi, kepadaku, mengeluarkanku, penjara, mendatangkan, gurun, syaitan, menyisihkan, antaraku, saudaraku, pemeliharaanku, halus, kehendaki, bijaksana, suka, sana, beroleh, hasil, saling, turutilah, raasulullah, mengzalimi, tanpa, sengaja, kesilapan, mengharamkan, terus, 100, kebaikannya, bersatunlah, beradab, tutup, aib, belalah, asam, garam, berkeluarga, bermasyarakat, seringkali, dicalit, tohmahan, kekadang, hasad, pertimbangan, adil, sebab, membawa, terbeban, kecamuk, emosi, remuk, parah, fikiran, menghukum, tekad, berdendam, tindakan, dihalalkan, terasa, sentiasalah, bersangka, mara, handai, selidikilah, sudut, berita, kitalah, sebenarnya, dipacu, nafsu, bukannya, iman, sedikit, pun, mengungkit, keperitannya, dihumban, perigi, abang, abangnya, padanya, rentetan, dijadikan, dijual, pasar, kemudian, godaan, siti, zulaikha, dipenjara, permintannya, kesucian, subhanallah, perhatikan, peristiwa, bercerita, sejurus, terpisah, umum, mangsa, kekejaman, kezaliman, dendam, meluap, luap, wednesday, pts, buku, online, din, azhar, idrus, maktabaty, maktabah, hafiz, firdaus, fadzilah, kamsah, fadzli, yusof, idris, noraslina, jusin, fatimah, syarha, hasrizal, pahrol, motivasi, sayuti, omar, syaari, rahman, umar, noor, nidzam, kadir, rohidzir, rais, gunawan, baie, syed, norhisyam, mazlee, malik, basit, maza, zaharuddin, agama, pmram, haluan, jim, pembina, ikram, umno, dap, pkr, pas, parti, samm, maruf, sigma, gamis, kampus, palestin, ikhwanul, muslimin, global, warga, marhaen, bernama, mstar, malaysian, insider, sinar, tranungkite, harakahdaily, malaysiakini, nasional, isu, semasa, barack, obama, rafizi, ramli, rashidi, mujahid, dzulkefly, ahmad, lim, guang, eng, datuk, saifuddin, anwar, abduh, nasrudin, tantawi, ibrahim, taib, aziz, hadi, pemimpin, sidebar, main,
Text of the page (random words):
masa nasional malaysiakini harakahdaily tranungkite sinar harian the malaysian insider mstar bernama warga marhaen global satu umat ikhwanul muslimin palestin kini kampus gamis sigma maruf club samm jemaah dan parti pas pkr dap umno ikram pembina jim haluan pmram agama dan intelektual dr zaharuddin dr maza dr basit dr mazlee malik ustaz syed norhisyam ustaz baie ustaz gunawan ustaz rohidzir rais ustaz nidzam abdul kadir ustaz umar muhammad noor ustaz syaari abdul rahman sayuti omar motivasi ustaz pahrol ustaz hasrizal ustazah fatimah syarha ustazah noraslina jusin amin idris fadzli yusof dato dr fadzilah kamsah hafiz firdaus kuliah dan maktabah my maktabaty ustaz azhar idrus tuan guru harun din buku online pts kitab kitab wednesday january 23 2013 catatan 12 belajar berlapang dada daripada nabi yusuf a s umum mengetahui bahawa nabi yusuf as menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman kekanda kekanda baginda lantaran sifat dendam dan iri hati yang meluap luap saya begitu takjub dengan satu peristiwa di mana nabi yusuf as bercerita sejurus bertemu ayahanda tercinta setelah sekian lama terpisah ayahanda inilah interpretasi mimpiku pemeliharaa nku telah menjadikannya benar dia telah berbudi kepadaku apabila dia mengeluarkanku dari penjara dia mendatangkan ayahanda dari gurun setelah syaitan menyisihkan antaraku dengan saudara saudaraku pemeliharaanku halus terhadap apa yang dia kehendaki sesungguhnya dia maha mengetahui dan maha bijaksana subhanallah perhatikan baginda sedikit pun mengungkit keperitannya dizalimi dan dihumban di dalam perigi oleh abang abangnya yang begitu iri hati padanya rentetan daripada itu baginda dijadikan hamba untuk dijual di pasar hamba kemudian pula diuji dengan fitnah dan godaan daripada siti zulaikha bahkan dipenjara dengan kehendak dan permintannya demi menjaga kesucian diri kita suka untuk saya menasihati mudah mudahan di sana kita beroleh manfaat hasil daripada saling menasihati asam garam dalam hidup berkeluarga bersahabat dan bermasyarakat seringkali diri dicalit dengan pelbagai tohmahan dan fitnah kekadang diri juga diuji dengan hasad dan pertimbangan tidak adil daripada mereka disekeliling kita seolah olah itu menjadi sebab kita membawa diri makan hati dan terbeban dengan kecamuk emosi dan remuk hati lebih parah fikiran mula menghukum hati tekad berdendam dan tindakan zalim dihalalkan saya dan sahabat buat yang terasa dizalimi sentiasalah berlapang dada dan bersangka baik dengan saudara mara dan sahabat handai selidikilah setiap sudut berita yang sampai jangan sampai kitalah yang sebenarnya yang zalim lantaran mengikut hati yang dipacu nafsu bukannya iman yang mengzalimi tanpa sengaja jangan pula kerana 1 kesilapan daripada sahabat mengharamkan terus 100 kebaikannya selama ini bersatunlah dan beradab dalam bersahabat tutup aib sahabat dan belalah mereka jika mereka dizalimi turutilah sunnah raasulullah dalam bersahabat rijal88 12 15 pm rabu 23 januari 2013 uiam gombak posted by rijal88 at 12 29 pm 2 comments read more email this blogthis share to x share to facebook tuesday january 22 2013 catatan 11 i love dato seri najib saya amat sedih kerana tidak berpeluang untuk turut sama dengan dato seri najib pm malaysia dalam siri lawatannya ke kelantan tempoh hari saya juga amat terharu kerana kesanggupan pm untuk mencemarduli melawat kelantan yang serba dhaif miskin busuk dan melarat dan memberi taujihat kata kata semangat beliau yang terakhir saya kira beliau telah memberikan nafas baru kepada rakyat kelantan yang sekian lama melarat di bawah pentadbiran kerajaan negeri kelantan yang sedia ada rasa kagum dan takjub dengan 7 projek mega di kelantan dijanjikan jika bn berjaya menawan kelantan melebihi negeri negeri lain 1 lebuhraya kuala krai kota bharu 2 membina stadium baru 3 mengatasi masalah air 4 membina 3 000 rumah perumahan rakyat 1malaysia prima 5 membina uitm bandar kota bharu 6 membina masjid negeri terbesar 7 menyediakan perkhidmatan bas rapid kota bharu saya silap memahami aspirasi pm selama ini sesungguhnya pm tidak pernah meminggirkan rakyat kelantan natijahnya saya tidak sabar untuk mengundi buat kali pertama sebagai rasa syukur dan membalas jasa beliau masakan tidak sejarah telah mencatatkan bahawa 1 hingga kini 118 projek di bawah kerajaan persekutuan yang telah diluluskan di kelantan dibeku angkara politik 2 lebuhraya kuala krai dan kota bharu telah diluluskan dalam rancangan malaysia ke 5 1986 1990 dan diluluskan semula dalam rancangan malaysia ke 9 2006 2010 dan sekarang janji yang diulang suara untuk dimungkiri 3 dimanakah kemajuan east coast economic region ecer di kelantan khususnya seperti yang diwar warkan 4 dinafikan hak royalti petroleum rm12 billion tidak seperti termaktub dalam perjanjian pada 1974 5 jumlah tersebut rm50 juta kos pembinaan masjid ikonik rm2 billion untuk lebuh raya dan lain lain janji yang disenaraikan yang jumlahnya tidak sampai rm12 billion berbanding tuntutan kelantan terhadap royalti petroleum seorang bapa yang kaya raya berjanji kepada anaknya untuk memberikannya nafkah biarpun itulah kewajipannya setelah selama ini mengabaikannya jika si anak itu menyokong dia melakukan kemungkaran fahami realiti keperluan dan aspirasi rakyat kebangkitan rakyat pemangkin transformasi negara rijal88 4 15 pm selasa 22 januari 2013 uiam gombak posted by rijal88 at 4 19 pm 1 comments read more email this blogthis share to x share to facebook sunday january 20 2013 catatan 10 betapa rugi dan menyesalnya belajar di uia huh betapa menyesal dan ruginya belajar di uia beberapa hari lepas antara keluhan sahabat saya yang sedang menyempurnakan viva phdnya dan tidak berhenti di situ beliau menyambung kata katanya kalau lah sepanjang belajar di sini tak manfaatkan untuk ini antara senarai yang dinyatakan beliau merupakan suatu khazanah di bumi uiam yang perlu kita terokai dan menjadi sebahagian daripadanya 1 menghadiri ke majlis majlis ilmu saya bersetuju dengan ungkapan the garden knowledge and virtue yang sinonim dengan uiam buktinya majlis majlis ilmu dapat diakses dengan mudah baik di dalam uiam mahupun di sekitarnya bermula daripada pengajian secara bertalaqi diskusi intelektual forum dan halaqah 2 berguru dengan ramai ilmuan dan para intelek sangat bertuah kerana berpeluang berguru dengan ramai ilmuan yang pakar dalam bidang tersendiri masakan tidak pelbagai bidang pengkhususan dan pakej ditawarkan hanya keputusan terletak pada kita sama ada mahu atau tidak 3 solat berjemaah kerana kedudukan masjid yang strategik dan semua kuliyyah dan kolej kediaman menyediakan musolla amat malang bagi mereka yang tidak memanfaatkan kudrat dan peluang yang mereka miliki untuk meraih ganjaran yang besar disisi allah dengan solat berjemaah di masjid 4 menguasai pelbagai bahasa terutamanya english dan arab saya yakin dan percaya biarpun mereka yang mula mula melangkah ke uiam ini teruk dalam bahasa inggeris selang beberapa ketika mereka mampu menguasainya dengan baik namun hanya yang benar benar ikhlas penuh keazaman dan usaha berterusan dapat memperolehi manfaat ini 5 bergabung dengan mana mana jemaah dan dakwah society suatu kerugian bagi mereka tidak pernah bergabung dengan mana mana jemaah di sini ini bukan soal mahu atau tidak ini adalah merupakan tuntutan yang wajib dipikulkan dipundak setiap daripada kita 6 berkenalan dan bersahabat dengan ramai orang dari pelbagai negara dan bangsa di sini bermulanya jaringan ukhuwah yang merentasi pelbagai negara dan bangsa manfaatkan untuk bersahabat dengan saudara seakidah kita seramai mungkin 7 kuasai pelbagai kemahiran dan kepakaran ceduk sebanyak mungkin skil dan pengalaman yang ditawarkan di uiam kelak ia pasti akan bermanfaat dikemudian hari 8 mencari pasangan merupakan suatu rahmat apabila di sinlah tempat kita bertemu jodoh kerana lahirnya kita daripada madrasah pendidkian yang sama melalui semua tingkatan yang disebutkan diatas dan yang masih berpeluang menjadi sebahagian big family iium manfaatkanlah sebaik baiknya rijal88 11 30 am sabtu 20 januari 2013 uiam gombak picture source picture source http avatarrhotel com places_to_see posted by rijal88 at 11 34 am 1 comments read more email this blogthis share to x share to facebook saturday january 19 2013 catatan 9 berselawat ke atas rasulullah sepanjang masa betapa besar dan tingginya nilaian selawat keatas junjungan besar muhammad s a w sehinggakan allah sendiri yang mula mula memuliakan baginda menerusi selawat serta diikuti oleh para malaikat dan barulah umat manusia diperintahkan berselawat ke atas baginda telah terangkum firman allah di dalam al quran sesungguhnya allah dan malaikatnya berselawat memberi segala penghormatan dan kebaikan kepada nabi muhammad s a w wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkan salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya al ahzab 56 malu rasanya jika mulut petah menuturkan bait bait cinta kita kepada baginda namun hati amalan zahir dan sunnah harian tidak mengikut acuan baginda cinta bukan hanya dibibir bahkan hati sentiasa terpaut rindu yang amat hingga resah menantikan saat bertemu manifestasi cinta kita dibuktikan dengan mengikuti sunnah baginda dengan penuh mahabbah dan ikhlas inilah cinta sebuah cinta hakiki daripada seorang kekasih buat kekasih yang tercinta habibina muhammad s a w amat malang jika salawat manifestasi cinta dan menghidupkan sunnah rasulullah hanya bermusim dan berala kadar sahaja seolah olah hanya dihayati sebulan dalam setahun atau lebih tepat 1 hari setahun iaitu 12 rabi ul awal mari kita ikuti suatu kisah yang penuh pedoman mudah mudahan ia dapat membuka pintu hati kita ubai bin ka ab berkata kepada rasulullah s a w wahai rasulullah aku ingin memperbanyakkan selawat kepadamu daripada masa berdoa dan berzikir sebanyak manakah masa yang patut aku luangkan untuk berselawat kepadamu baginda bersabda sebanyak yang hati kamu inginkan aku bertanya lagi wahai rasulullah jika satu perempat baginda bersabda sebanyak yang hati kamu inginkan sekiranya kamu menambah maka itu lebih baik bagi kamu aku bertanya lagi jika separuh baginda bersabda sebanyak yang hati kamu inginkan sekiranya kamu menambah maka itu lebih baik bagi kamu aku bertanya lagi jika dua pertiga baginda bersabda sebanyak yang hati kamu inginkan sekiranya kamu menambah maka itu lebih baik bagi kamu lalu aku berkata jika demikian aku jadikan seluruh masa untuk berselawat kepada kamu sabda baginda jika kamu lakukan sedemikian maka allah akan hapuskan segala kerisauan kamu dan allah akan ampunkan segala dosa kamu sekarang tanyakan pada diri kita berapa banyak pula masa yang kita gunakan untuk berselawat kepada kekasih hati kita habibina muhammad rasulullah s a w rijal88 3 01 pm sabtu 19 januari 2013 uiam gombak posted by rijal88 at 3 50 pm 1 comments read more email this blogthis share to x share to facebook friday january 18 2013 catatan 8 jujurlah dalam kejujuran semalam saya ditegur oleh salah seorang murabbi dengan teguran yang telah membungkam mulut dan menyentap hati saya lama saya merenung dan muhasabah diri dengan kata katanya ya ada benarnya kata katanya kata kata yang jujur yang membentuk kejujuran akhi jujurlah dalam kejujuran suatu rahmat dan nikmat tidak terhingga apabila berpeluang menjalani kehidupan di bumi uiam ada sahaja yang sudi menegur demi sahaja membuktikan kasih sayang pada saudaranya melalui nasihat dan panduan berguna buat saudaranya allah mengetahui apa yang tersirat dihati kita biarpun setebal mana sampul tersurat yang kita baluti bertujuan untuk melindungi kebenaran yang tersirat mustahil kita sembunyikan maksud hati daripada pencipta hati sering sahaja kita tidak jujur pada hati zalim pada kehendak hati yang sebenar dengan beranggapan hipokrasi yang kita ciptakan mampu mencipta kebahagiaan selama mana kita mampu bertahan percayalah makan hati gundah gulana dan perasaan tidak pernah tenteram apabila kita tidak jujur pada hati itulah impak buat mereka yang khianat pada hati tanyalah hati apa mahu dan hendaknya usah zalimi permintaaan dan keperluan hati suatu amanah buat kita untuk mengenal menjaga dan mengurus hati pastinya qalbun salim iaitu hati yang sejahtera sahaja yang perlu kita turuti yang melalui peringkat penyucian hati dari sifat sifat mazmumah suatu sikap yang paling susah diubah oleh saya salah satunya adalah tidak jujur pada kehendak hati ya soal keperluan dan kemahuan hati sering sahaja saya tidak jujur demi sahaja melihat orang orang bahagia saya biarkan hati menderita saya silap kebahagiaan itu apabila kita mampu membahagiakan orang disekeliling kita dengan syaratnya semestinya hati kita juga bahagia mustahil hati yang tidak bahagia mampu membahagiakan hati orang lain formulanya mudah hati yang sakit dan diselaputi dengan maksiat mana mungkin dapat membersihkan hati yang lain memberi dengan hati bahagia dan ikhlas itu asasnya nah hari ini saya tekadkan dalam hati saya saya perlu berubah aku perlu jujur dengan hati sendiri jujur dengan kejujuran rijal 88 8 01 am jumaat 18 januari 2013 uiam gombak posted by rijal88 at 8 33 am 0 comments read more email this blogthis share to x share to facebook older posts home subscribe to comments atom followers about me rijal88 wan zulkarnain bin wan ismail view my complete profile facebook badge zulkarnain naim create your badge arkib catatan arkib catatan january 7 november 3 october 3 september 2 june 4 april 3 march 2 february 3 january 8 december 7 november 7 october 3 september 4 august 3 july 1 june 1 may 4 march 2 october 1 september 1 august 2 july 3 may 2 april 7 march 3 february 13 january 8 akhawat change i m back on 2020 6 years ago jamilah mohd norddin ila husna kerana aku tidak berada dalam keadaan itu 6 years ago the sharing world penilaian baik dan buruk 6 years ago pena maya an update on google friend connect 10 years ago haruman mawar perkongsian hujan 10 years ago setitik dakwat heroes 11 years ago memburu seinfiniti redha illahi seratus ringgit kita dan seratus ringgit dia 11 years ago kebun cinta 12 years ago rehlah to syahid hidup bertuhankan sehelai kertas di dunia kapitalis 12 years ago sufygirl treatment dengan personal dentist 12 years ago ta liful qulb i m in love 13 years ago fitrah qalbi l jealous l 14 years ago assalamualaikum sembang pagi 14 years ago show 5 show all ikhwah sirah tidak bernokhtah gajah depan mata tak nampak 1 month ago rausyanfikir dasar luar malaysia di bawah tun mahathir penting demi survival negara 6 years ago memaknakan hidup menuju allah nota buat guru 18 8 years ago badruddin ghazali icare dental damansara height opening ceremony 11 years ago ibnufathani kuliah akhi mohd amin 12 years ago engineermemali ir dr tuan guru 12 years ago bila pena berbicara ma ruf club iium dakwah dalam lipatan sejarah 13 years ago the love seekerz love beatles 13 years ago journey of life jemputan majlis perkahwinan 13 years ago aku cuma hamba hina lagi banyak dosa tidak layak bergelar pencinta_tarbiah royalti kenapa menjelang pilihan raya 13 years ago pencari jalanmu show 5 show all featured posts powered by blogger theme design ...
|