Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2010, monday, bila, sunday, october, july, hati, terluka, march, 2011, 31, saturday, 16, 13, september, august, friday, 30, 25, catatan, terdahulu, kita, tahu, tapi, diri, dah, tak, berupaya, memahami, bicara, tuhan, hilang, bertemu, dan, berpisah, point, update,
Text of the page (most frequently used words):
saya (85), yang (70), dan (41), kita (30), tak (29), dengan (23), lagi (15), 2010 (13), anda (13), tapi (12), ada (12), akan (12), boleh (11), ini (10), pada (10), dia (10), bila (10), paling (10), rumput (10), cikgu (10), mereka (9), itu (9), cantik (9), kasih (8), dah (8), berada (8), sudah (8), ramadhan (8), telah (8), sayang (8), tersebut (8), pelajar (8), tahu (7), comments (7), posted (7), ronie (7), muller (7), juga (7), depan (7), untuk (7), rasa (7), apa (7), kamu (7), buat (6), maka (6), allah (6), sekarang (6), mana (6), dari (6), mungkin (6), orang (6), seperti (6), pun (6), monday (6), belakang (6), kepada (6), dapat (6), nak (6), oku (6), july (5), october (5), masih (5), sekali (5), baik (5), tahun (5), sangat (5), banyak (5), tidak (5), kalau (5), lebih (5), berpisah (5), hati (5), menoleh (5), bahawa (5), kehidupan (5), march (4), september (4), sunday (4), dalam (4), membayangkan (4), negara (4), kerana (4), macam (4), membuatkan (4), sesuatu (4), berlaku (4), agak (4), hari (4), apabila (4), berupaya (4), adik (4), sambil (4), august (3), 2011 (3), sebelum (3), bulan (3), sampai (3), minggu (3), pilih (3), hidup (3), pagi (3), berlalu (3), bertemu (3), agar (3), kali (3), menjadi (3), tanpa (3), sama (3), atas (3), sedikit (3), tetap (3), seseorang (3), kembali (3), kira (3), betapa (3), tuhan (3), pernah (3), pula (3), sungguh (3), keadaan (3), beradik (3), ketika (3), barulah (3), diri (3), jadi (3), bawa (3), tadi (3), terus (3), situ (3), jika (3), perhubungan (3), walaupun (3), berjalan (3), petik (3), suruh (3), kelas (3), guru (3), january (2), posts (2), terima (2), semua (2), kerja2 (2), luar (2), masuk (2), dekat (2), struktur (2), tesis (2), perlukan (2), segala (2), terakhir (2), makan (2), daging (2), ayam (2), akibat (2), vegetarian (2), semasa (2), terasa (2), sebagai (2), kadang2 (2), terlalu (2), bangun (2), bas (2), sumpah (2), masa (2), friday (2), teman (2), disini (2), salam (2), beberapa (2), kenalan (2), back (2), for (2), good (2), lama (2), kenal (2), harap (2), benar (2), kesan (2), mendung (2), bermakna (2), sebab (2), dialah (2), sendiri (2), terjadi (2), dugaan (2), melalui (2), penghujung (2), alhamdulillah (2), yakin (2), selalu (2), saturday (2), bagaimana (2), tangan (2), kaki (2), serius (2), golongan (2), atau (2), menjalani (2), mengambil (2), sementara (2), tiada (2), saudara (2), ibu (2), lihat (2), kami (2), dulu (2), sini (2), kerajaan (2), cuba (2), kajian (2), kelihatan (2), tangannya (2), kau (2), itulah (2), jawapannya (2), janganlah (2), mencari (2), jumpa (2), memandang (2), padang (2), antara (2), semula (2), pergi (2), balik (2), bertanya (2), sekolah (2), baiklah (2), seorang (2), sedang (2), terluka (2), skip (2), november, 2009, april, may, june, catatan, terdahulu, subscribe, atom, home, older, okey, sekian, pulun, puasa, malangnya, kerja, belum, siap, germany, pulang, amsterdam, petang, sehari, lebaran, huhuhu, sedihnya, berita, perjalanan, phd, semakin, jelas, baru2, meeting, utama, ketiga, bawah, pokok, taman, airport, warsaw, poland, bantuan, berjaya, merangka, kursus2, akhir, insya, pensempelan, tamat, iaitu, keempat, tumpukan, penulisan, menu, excursion, haritu, kambing, sepanjang, hayat, confuse, benua, travel, teratur, sering, kena, jam, kejar, bot, train, kapal, terbang, jun, cepat, point, update, semalam, call, menyampaikan, masing2, terharu, cuma, kehadiran, memberi, dihati, hujung, rapat, groningen, mahu, mujur, sendiri2, bergantung, senegara, tentu, kepulangan, lepas, sedih, sangat2, cuaca, sahaja, suka, pertemuan, perkenalan, meninggalkan, mendalam, kejam, diam, menghilang, bukan, kehilangan, gantikan, benarlah, hambanya, insyaallah, berazam, kuat, ujian, tempuh, sedari, result, hanya, punya, kuasa, menilai, keputusannya, bersedia, menerima, kedatangan, cerita, kisah, menarik, apapun, takkan, setiap, benda, bakal, nikmati, kisahlah, pahit, ntah, manis, mohon, maaf, kekhilafan, melukai, hilang, bererti, maha, suci, menunjukkan, mengatur, menurunkan, huru, hara, hadapinya, doa, putus2, diberikan, kekuatan, masalah, hadapi, menemukan, saban, jemu, berbual, darinya, landasan, kesasaran, hadiahkan, sepuluh, setelah, hampir, menamatkan, penderitaan, bagaikan, terduduk, merasakan, siapalah, selama, begitu, perancangan, diatur, rapi, membuktikan, pentingnya, bersabar, jangan, putus, asa, mahukan, perlu, sediakan, akhirnya, tersedar, menegur, bahasa, halus, memahami, bicara, mendapati, mata, melihat, terlibat, kemalangan, mengalamai, kecacatan, kekal, kudung, etc, bayangkan, mendapat, penyakit, kanser, kegagalan, buah, pinggang, keadaannya, tiba2, kurang, upaya, seterusnya, duduk, menanti, mengharap, segera, supaya, berterusan, menyusahkan, manusia, sekeliling, fikir, mengandalkan, mak, abah, sedangkan, bapa, sakit, berduit, bertolak, jaga, inikan, kakak, tepatlah, bidalan, membawa, syurga, sihat, berharta, true, color, selalunya, susah, far, saat, getir, bersama, tolong, menolong, datang, sementelah, berumah, tangga, bagi, berumahtangga, sejauh, menjamin, pasangan, setia, disisi, terpaksa, akui, sukar, malaysia, tengok, infrastruktur, dibina, kepentingan, jalan, lima, teksi, khas, meneruskan, berdikari, bersiar2, sendirian, tong, oksigen, bersaiz, mini, kalaulah, merupakan, mendahulukan, rakyat, pasti, kementerian, berkaitan, menyelesaikan, masalah2, tipikal, nilai, prestasinya, sayarat, perlulah, melibatkan, soal, selidik, bagai, cukuplah, bahan, bacaan, menonton, laporan2, program, majalah, motif, menukilkan, membeli, belah, keperluan, dapur, annoyed, sorang, perempuan, slow, pergerakkanya, menolok, troli, sekejap2, menyeluk, poket, terdetik, kot2, mencuri, barang, overtake, beliau, tiba, kat, kaunter, bayar, berdiri, kemudian, sedar, sebelah, mengalami, kelainan, pergerakan, perlahan, keluar, kedai, melemparkan, senyuman, luluh, astaghfirullah, ampunkan, hambamu, khilaf, nota, selitan, owhhh, tolonglah, pak2, menteri, menara, sila, pulihkan, economically, and, socially, pelbagai, sumber, titik, dipetik, web, iluvislam, com, bersyukurlah, meninggalkannya, sediakala, maknanya, berjumpa, hendak, daripada, patut, hargai, sebaik, baiknya, semoga, berulang, berselisih, faham, perbetulkan, teruskan, perkara, menggugat, ingatlah, mulanya, ikutkan, kecualilah, diselamatkan, mulakan, sayangilah, tulus, ikhlas, carilah, memang, kata, cakap, tiadalah, petiklah, selepas, harus, awak, emmm, ikut, terbaik, berkekalan, dialog, berbunyi, begini, suatu, satu, menengah, mengajar, menyentuh, mengenai, secara, awan, manifestasi, jauh, merantau, sidebar, main,
Text of the page (random words):
bila hati terluka skip to main skip to sidebar bila hati terluka awan mendung manifestasi hati ku bawa diri jauh merantau ke sini monday 7 march 2011 kita tahu tapi pada suatu pagi di satu sekolah menengah ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar ketika itu guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini pelajar cikgu macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan cikgu oh awak nak tahu ke emmm baiklah sekarang kamu buat apa yang saya suruh ikut je ye mungkin kamu akan dapat apa jawapannya pelajar baiklah apa yang saya harus buat cikgu kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas pelajar ok saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas tiada pun rumput yang berada di tangannya maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut cikgu mana rumput yang cikgu suruh petik pelajar oh tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ saya carilah rumput yang paling cantik memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi tapi sampai di penghujung padang saya tak jumpa pun yang paling cantik mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik cikgu ya itulah jawapannya maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik baiknya janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi maka barulah kita mulakan sekali lagi maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas maka bersyukurlah dengan kasih sayang yang kau terima pada hari ini kerana jika kau meninggalkannya mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala dipetik dari web iluvislam com posted by ronie muller at monday march 07 2011 no comments sunday 31 october 2010 titik posted by ronie muller at sunday october 31 2010 no comments saturday 16 october 2010 bila diri dah tak berupaya pernah tak anda membayangkan bila bangun pagi anda mendapati mata anda tak dapat melihat bagaimana pula kalau anda terlibat dalam kemalangan dan anda mengalamai kecacatan kekal seperti kudung tangan kaki etc dan pernah tak bayangkan kalau anda mendapat penyakit yang serius seperti kanser kegagalan buah pinggang saya selalu membayangkan bagaimana keadaannya apabila tiba2 saya menjadi golongan kurang upaya sungguh saya tak tahu sama ada saya berupaya atau tidak menjalani kehidupan saya seterusnya duduk tak berupaya menanti hari dan mengharap agar tuhan segera mengambil saya supaya tidak berterusan menyusahkan manusia sekeliling saya saya fikir kalau sesuatu terjadi pada saya mungkin saya boleh mengandalkan mak dan abah saya sementara mereka masih ada tapi bila mereka sudah tiada sungguh saya tak dapat membayangkan keadaan sebab serius saya tak harap kasih adik beradik atau saudara sedangkan ibu bapa yang sakit dan tak berduit pun adik beradik bertolak nak jaga inikan pula kakak mereka tepatlah sekali dengan bidalan kasih ibu membawa ke syurga kasih saudara ketika berada sekarang sementara kita masih sihat dan berharta sungguh kita tak dapat lihat a true color of adik beradik kita selalunya bila susah barulah kita kenal diri mereka so far saya dah pernah melalui saat getir bersama adik saya dan alhamdulillah kami boleh tolong menolong tapi saya tak tahu lagi pada masa akan datang sementelah pula bila mereka dah berumah tangga kerana keadaan kadang2 tak sama seperti dulu dan bagi anda yang sudah berumahtangga sejauh mana anda dapat menjamin bahawa pasangan anda akan tetap setia disisi anda ketika anda sudah tak berupaya kita terpaksa akui bahawa agak sukar untuk golongan oku menjalani kehidupan di malaysia tapi di sini saya tengok segala infrastruktur dibina dengan mengambil kira kepentingan oku bas struktur jalan kaki lima dan ada teksi khas untuk oku jadi oku masih lagi boleh meneruskan kehidupan mereka dan berdikari kita boleh lihat ada oku yang masih boleh bersiar2 sendirian sambil bawa tong oksigen yang bersaiz mini jadi kalaulah benar kerajaan kita merupakan kerajaan yang mendahulukan rakyat saya pasti kementerian yang berkaitan akan cuba menyelesaikan masalah2 tipikal oku di negara kita tapi anda boleh nilai sendiri prestasinya dengan sayarat buat kajian dari pelbagai sumber tak perlulah kajian yang melibatkan soal selidik bagai cukuplah dengan bahan bacaan dan menonton kembali laporan2 dari program majalah di tv motif saya menukilkan disini tadi semasa saya membeli belah keperluan dapur saya sedikit annoyed dengan sorang perempuan ni yang kelihatan agak slow pergerakkanya menolok troli dengan tangan yang sekejap2 kelihatan menyeluk poket terus saya terdetik kot2 dia ni mencuri barang terus saya overtake beliau dan berlalu dari situ bila tiba kat kaunter nak bayar dia sudah berdiri di depan saya tak lama kemudian barulah saya sedar yang yang sebelah tangannya mengalami sedikit kelainan dan itu membuatkan pergerakan dia sangat perlahan dia keluar dari kedai itu dengan melemparkan senyuman kepada saya yang membuatkan hati saya menjadi luluh astaghfirullah ampunkan hambamu yang khilaf ini ya tuhan nota selitan owhhh tolonglah pak2 menteri kami tak perlukan menara lagi sila pulihkan dulu negara kita economically and socially posted by ronie muller at saturday october 16 2010 2 comments monday 13 september 2010 memahami bicara tuhan sumpah ramadhan kali ini sangat bererti kepada saya maha suci allah telah menunjukkan kepada saya bahawa dialah yang mengatur kehidupan dengan menurunkan sedikit dugaan kepada saya yang membuatkan kehidupan saya di bulan ramadhan agak huru hara saya tetap hadapinya dengan doa yang tak putus2 agar diberikan kekuatan dengan masalah yang saya hadapi dia telah menemukan saya dengan seseorang yang saban hari tak jemu berbual dengan saya darinya saya rasa saya kembali ke landasan yang saya kira saya agak kesasaran saya kira melalui dia allah telah hadiahkan sepuluh hari terakhir ramadhan yang bermakna dan setelah hampir ke penghujung ramadhan alhamdulillah allah telah menamatkan penderitaan saya saya bagaikan terduduk merasakan bahawa betapa siapalah saya yang selama ini begitu yakin dengan perancangan yang selalu diatur rapi dugaan ini membuktikan kepada saya betapa pentingnya bersabar dan jangan putus asa apabila kita tak dapat apa yang kita mahukan perlu yakin bahawa allah telah sediakan sesuatu yang lebih baik dan akhirnya saya tersedar betapa dia telah menegur saya dengan bahasa yang paling halus posted by ronie muller at monday september 13 2010 no comments monday 9 august 2010 hilang bila kita kehilangan sesuatu allah gantikan dengan sesuatu yang lebih bermakna benarlah dia terlalu dekat dengan hambanya insyaallah ramadhan kali ini saya berazam untuk menjadi lebih kuat banyak ujian yang dah saya tempuh tanpa saya sedari result hanya dia yang tahu sebab dialah yang punya kuasa menilai saya sendiri tak tahu apa keputusannya saya sudah bersedia untuk menerima kedatangan ramadhan mungkin ada cerita dan kisah menarik yang akan berlaku pada ramadhan kali ini apapun yang terjadi saya takkan menoleh belakang lagi setiap benda yang bakal berlaku akan saya nikmati tak kisahlah sama ada pahit apa ntah lagi manis salam ramadhan buat semua mohon maaf atas kekhilafan yang telah melukai anda posted by ronie muller at monday august 09 2010 no comments friday 30 july 2010 bertemu dan berpisah semalam teman disini call saya dia menyampaikan salam beberapa orang kenalan yang sudah back for good ke negara masing2 saya rasa terharu kerana ada yang cuma sekali bertemu tapi terasa seperti sudah lama kenal saya harap benar agar kehadiran saya memberi kesan dihati mereka hujung tahun ni juga kenalan rapat di groningen pun sudah mahu back for good mujur sekarang saya hidup sendiri2 tidak bergantung dengan teman senegara kalau tak tentu kepulangan mereka akan lebih saya rasa beberapa minggu lepas juga saya bertemu dan berpisah bila berpisah rasa macam sedih sangat2 rasa macam cuaca mendung sahaja ini membuatkan saya tak suka pada pertemuan dan perkenalan berpisah juga meninggalkan kesan yang mendalam di hati saya tapi saya rasa lagi kejam kalau kita berpisah dalam diam dan menghilang dalam ada bukan posted by ronie muller at friday july 30 2010 no comments sunday 25 july 2010 point update dari bulan jun dan mungkin sampai september sumpah saya rasa sangat cepat masa berlalu hidup saya dah tak teratur sering kena bangun jam 4 pagi untuk kejar bas bot train dan juga kapal terbang kadang2 saya confuse saya berada di negara dan benua mana akibat terlalu banyak travel minggu ini dah masuk minggu ke 3 saya tak makan daging dan ayam akibat menu vegetarian yang saya pilih semasa excursion haritu sekarang saya sangat terasa untuk makan daging kambing ayam sangat tak boleh membayangkan hidup sebagai vegetarian untuk sepanjang hayat berita baik perjalanan phd saya semakin jelas baru2 ini meeting dengan sv utama dan ketiga di bawah pokok dalam taman dekat airport warsaw poland dengan bantuan mereka saya berjaya merangka struktur tesis dan juga kursus2 yang saya perlukan sampai tahun akhir insya allah segala kerja2 pensempelan akan tamat pada tahun depan tahun terakhir iaitu tahun keempat saya akan tumpukan pada penulisan tesis saya pulun buat semua kerja2 luar sebelum masuk bulan puasa tapi malangnya masih ada kerja yang belum siap maka saya akan ke germany sekali lagi dan akan pulang ke amsterdam petang sehari sebelum lebaran huhuhu sedihnya okey sekian terima kasih posted by ronie muller at sunday july 25 2010 no comments older posts home subscribe to posts atom catatan terdahulu 2011 1 march 1 kita tahu tapi 2010 15 october 2 september 1 august 1 july 2 june 3 may 1 april 2 march 1 january 2 2009 2 november 1 january 1
|