Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2012, march, wednesday, ruud, van, irwan, monday, 12, friday, thursday, 29, february, visitors, about, me, facebook, badge, search, archives, followers, blogs, strongman, run, keriangan, dalam, lumpur, ikan, duyung, terdampar, di, kl, wanita, jepun, suka, guna, telefon, masa, mandi, assmaah, helal, tudung, bolasepak, tren, tergelincir, gambar, lama, ahli, gusti, hilang, buah, zakar, tempah, www, mulai, 30, april,
Text of the page (most frequently used words):
yang (38), dan (23), share (21), itu (20), nombor (20), the (16), #telefon (15), tidak (13), untuk (12), ikan (11), ruud (11), van (11), irwan (11), miller (11), dalam (10), tempahan (9), ini (9), dengan (9), mereka (9), helal (8), bolasepak (8), wanita (8), jepun (8), facebook (8), katanya (8), orang (8), satu (8), gambar (7), lumpur (7), labels (7), www (7), kenderaan (7), pinterest (7), blogthis (7), email (7), this (7), posted (7), dari (7), daripada (7), beliau (7), ramai (7), perlawanan (7), was (7), pemain (7), and (6), assmaah (6), mandi (6), duyung (6), 2012 (6), jpj (6), comments (6), harga (6), pendaftaran (6), berkata (6), hingga (6), kerana (6), hari (6), woosley (6), kepada (6), australia (6), her (6), air (6), march (5), tahun (5), pada (5), akan (5), negara (5), panggilan (5), gusti (5), kata (5), menggunakan (5), turut (5), lain (5), kejadian (5), polis (5), atau (5), tahan (5), juga (5), haiwan (5), lama (4), strongman (4), run (4), boleh (4), membuat (4), oleh (4), termasuk (4), terhadap (4), menarik (4), seperti (4), apabila (4), bahagian (4), baru (4), adalah (4), kami (4), prasarana (4), she (4), pasukan (4), panasonic (4), about (3), football (3), tren (3), tergelincir (3), tudung (3), suka (3), terdampar (3), penulis (3), rm1 (3), lebih (3), tinggi (3), dijual (3), dibuka (3), minimum (3), web (3), kenyataan (3), mulai (3), kuala (3), jalan (3), buah (3), sulitnya (3), laman (3), seorang (3), ahli (3), sudah (3), ketika (3), biasa (3), mendakwa (3), sebelum (3), terlalu (3), menyebabkan (3), shahril (3), panik (3), semalam (3), laporan (3), atas (3), matildas (3), league (3), with (3), larangan (3), tersebut (3), peringkat (3), sumber (3), fujitsu (3), produk (3), eropah (3), anda (3), peta (3), larian (3), theme (2), com (2), blogspot (2), amat (2), dunia (2), aku (2), more (2), are (2), who (2), bekas (2), berwarna (2), tentang (2), february (2), guna (2), masa (2), keriangan (2), your (2), badge (2), view (2), posts (2), ruudvanirwan (2), borang (2), dimuat (2), bernama (2), lepas (2), ingin (2), telah (2), ditetapkan (2), paling (2), rm300 (2), kong (2), percaya (2), mendapat (2), malah (2), bernilai (2), utama (2), iaitu (2), jualan (2), 000 (2), manakala (2), popular (2), semasa (2), masing (2), terdapat (2), empat (2), kita (2), menerima (2), banyak (2), salah (2), sangat (2), membawa (2), world (2), wide (2), pengangkutan (2), datuk (2), sehingga (2), april (2), bagi (2), ada (2), apa (2), cosby (2), menang (2), dirancang (2), memberitahu (2), promoter (2), pertarungan (2), keadaan (2), memutuskan (2), zakar (2), pecah (2), akhbar (2), bahawa (2), pulang (2), menurut (2), nama (2), cuba (2), kuat (2), sebaliknya (2), supaya (2), kalah (2), lalu (2), mengemukakan (2), saman (2), lawannya (2), sepatutnya (2), tetapi (2), tak (2), terpaksa (2), wednesday (2), lrt (2), penumpang (2), bertanya (2), mengenai (2), menimbulkan (2), pihak (2), berlaku (2), jam (2), syarikat (2), berhad (2), sosial (2), beberapa (2), tanya (2), tulen (2), sebenarnya (2), mungkin (2), sekitar (2), super (2), women (2), dream (2), just (2), guys (2), not (2), muslim (2), sydney (2), idea (2), playing (2), much (2), fifa (2), iran (2), menjadi (2), farhat (2), asmaah (2), beraksi (2), antarabangsa (2), beragama (2), islam (2), hanya (2), domestik (2), debu (2), meningkatkan (2), jika (2), selain (2), bersama (2), bilik (2), pasaran (2), bimbit (2), menyukai (2), itakura (2), masyarakat (2), menggunakannya (2), vegetarian (2), malaysian (2), insider (2), hak (2), asasi (2), usaha (2), hidup (2), memakan (2), ekor (2), para (2), kisah (2), thun (2), switzerland (2), peserta (2), lasak (2), awesome, inc, images, powered, blogger, enjoynz, dimples, smiles, warmness, soul, paix, joie, amour, wash, burn, sheryl, quaintessential, nisfarell, klhawk, miahahahahaha, ape2, sajer, dak, tjfutsal, tok, kirana, hated, many, understood, only, few, bukan, sini, alamak, adifashla, utusanlfc, than, words, little, secrets, dokter, wali, drama, mama, thoughts, lfc, anything, everything, liverpool, gatal, tangan, goblog, player, hanis, zalikha, cinta, warni, bundle, valley, elyas, ezanee, daud, simple, sengal, zone, non, stop, stories, good, old, things, ayu, sun, ummi, nicole, chocoa, heaven, liverpoolkita, liver, bird, achik, ezam, pabila, penaku, menari, blogs, followers, august, september, october, november, december, 2011, january, archives, search, create, complete, profile, alam, fana, stats, visitors, subscribe, atom, home, older, turun, portal, gov, secara, puratanya, meperoleh, pendapatan, 7juta, setiap, 8juta, diperolehi, berbanding, hampir, juta, sebelumnya, jelas, sehubungan, mengingatkan, agar, mengikuti, prosedur, mengisi, membayar, deposit, setakat, ialah, mca, 100, bukansahaja, sambutan, hangat, mencatatkan, sejarah, terhadapnombor, angka, rm10, rm2, kategori, ditempah, pertanyaan, sebab, kenapa, mahu, maksud, menteri, seri, cho, selama, pagi, tengah, mei, depan, berminat, mendapatkan, bermaksud, jabatan, wilayah, persekutuan, memburu, idaman, fulus, angkat, terus, tempah, dia, pula, mengadu, agensi, mengalami, sebarang, kecederaan, sam, pemilik, coliseum, championship, wrestling, menaja, menyifatkan, keterangan, benar, semakin, baik, mengunjungi, hospital, keesokannya, doktor, membuang, sebelah, kanannya, peguam, larry, wilder, jeffersonville, anak, guamnya, meletakkan, ais, selepas, maklumat, dilaporkan, sebagai, muka, wwe, playboy, millz, bagaimanapun, sepakan, dilakukan, menyatakan, faham, berakhir, guido, andretti, bergusti, menolak, permintaannya, merancang, samannya, clinton, heel, takrif, merujuk, dipilih, jun, lapor, courier, journal, louisville, kentucky, john, levi, mengatur, kepadanya, gelanggang, mengikut, persetujuan, bertindak, bertarung, indiana, malang, berbau, profesional, menyepak, zakarnya, dibuang, kiri, kanan, hilang, spnb, saya, difahamkan, komuter, alternatif, rumah, mendengar, khabar, angin, harian, metro, rakannya, suasana, kalangan, talian, hotline, dihujani, pejabat, komunikasi, korporat, media, dikatakan, menyiarkan, berkenaan, berbohong, pilihan, melaporkan, perkara, serius, pengarah, urusan, kumpulan, mokhtar, perbuatan, bertanggung, jawab, dibuat, balai, ampang, jaya, petang, berhubung, penyebaran, menunjukkan, sebuah, transit, aliran, ringan, kelmarin, tersebar, seolah, olah, tanda, samada, palsu, memang, tapi, 2006, naik, bertanggungjawab, pun, dah, buat, comment, terima, kasih, sahabat, iwan, tweet, pasal, now, plays, one, step, below, nation, premier, for, says, representing, would, ultimate, used, get, told, tomboy, culture, play, mix, seen, appropriate, said, easy, task, members, community, western, frowned, girls, sport, all, less, rough, tumble, game, which, that, time, still, very, male, domain, introduced, egyptian, born, father, when, five, determined, let, gender, keep, from, joining, three, brothers, pitch, has, broken, barriers, reach, elite, but, controversial, ban, hijab, means, may, never, realize, wearing, australian, jersey, jordan, mangsa, malak, zeinab, lakembaroos, gadis, manis, university, nsw, berketurunan, mesir, bercita, cita, menyarung, jersi, suatu, nanti, namun, impiannya, kesampaian, bertudung, faktor, keselamatan, itulah, dilema, selagi, dimansuhkan, aksi, terbatas, saja, thursday, mynewshub, teknologi, dibenamkan, dalamnya, sensor, menurunkan, tahap, suara, bahkan, dapat, melambatkan, percakapan, perbincangan, pemanggil, bercakap, cepat, walaupun, jatuh, berulang, kali, menemani, sehari, selalu, naib, presiden, nobuo, ohtani, mempunyai, seperlima, smartphone, memasarkan, airnya, pemasar, florian, sohn, pertiga, kerosakan, belum, diketahui, apakah, berharap, bersedia, hujan, mula, mencari, cara, kembali, setelah, diri, 2005, menumpukan, unik, saat, menjual, peratus, semua, bersifat, kalis, eksekutif, taro, afp, rabu, berasal, inilah, menghasilkan, anti, begitu, sampai, kerap, friday, pilih, sayur, tepuk, dada, selera, memperjuangkan, seluruh, sememangnya, terkenal, kualiti, mencegah, penganiayaan, pembunuhan, pengurus, kempen, claire, fryer, menegaskan, merasai, kesakitan, tugas, berhenti, mengamalkan, gaya, keempat, aktivis, pertubuhan, asia, mengadakan, demonstrasi, menggesa, pix, trafik, sesak, pengguna, raya, memperlahankan, menyaksikan, fenomena, luar, peliknya, kepingan, kad, tertulis, selami, pinggan, try, relate, plate, warga, kota, digemparkan, penemuan, perak, ditemui, jala, bukit, bintang, kemunculan, entah, mana, perhatian, melihat, dekat, makhluk, penuh, misteri, dikenali, melalui, dongeng, kosmo, berlari, perlu, merentasi, halangan, padang, tiba, garisan, penamat, dinamakan, melibatkan, jarak, sejauh, kilometer, lagi, aktiviti, ekstremis, sukan, seramai, 055, lelaki, mengambil, acara, happening, monday,
Text of the page (random words):
ruud van irwan ruud van irwan monday 12 march 2012 strongman run keriangan dalam lumpur ini lagi satu aktiviti happening untuk ekstremis sukan lasak baru baru ni seramai 4 055 orang peserta lelaki dan wanita mengambil bahagian dalam satu acara larian lasak di thun switzerland larian yang dinamakan strongman run itu melibatkan jarak sejauh 16 kilometer selain berlari para peserta perlu merentasi beberapa halangan termasuk padang lumpur sebelum tiba di garisan penamat sumber kosmo posted by ruud van irwan at 22 32 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels larian lumpur strongman run switzerland thun wednesday 7 march 2012 ikan duyung terdampar di kl warga kota hari ini digemparkan dengan penemuan 4 ekor ikan duyung berwarna perak yang ditemui terdampar di atas jala ikan di jalan bukit bintang kemunculan mereka entah dari mana menarik perhatian orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat makhluk penuh misteri itu yang hanya dikenali melalui kisah kisah dongeng trafik juga sesak apabila para pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan mereka untuk menyaksikan fenomena luar biasa itu peliknya ikan ikan duyung tersebut turut membawa bersama kepingan kad tertulis try to relate to who is on your plate dan cuba selami mereka yang di pinggan anda pix malaysian insider sebenarnya keempat empat ekor ikan duyung itu adalah aktivis pertubuhan hak asasi haiwan peta asia yang mengadakan demonstrasi bagi menggesa orang ramai supaya tidak memakan ikan pengurus kempen tersebut claire fryer menegaskan bahawa ikan juga merasai kesakitan seperti haiwan lain dan ia adalah tugas masyarakat untuk berhenti memakan haiwan dan mengamalkan gaya hidup vegetarian peta yang memperjuangkan hak asasi haiwan di seluruh dunia sememangnya terkenal dengan usaha usaha meningkatkan kualiti hidup dan mencegah penganiayaan dan pembunuhan haiwan anda pilih ikan atau sayur tepuk dada tanya selera sumber malaysian insider posted by ruud van irwan at 02 54 2 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels duyung ikan peta vegetarian friday 2 march 2012 wanita jepun suka guna telefon masa mandi percaya atau tidak wanita jepun begitu menyukai telefon sampai mereka terlalu kerap menggunakannya di bilik mandi berasal dari idea inilah panasonic dan fujitsu menghasilkan produk telefon tahan air dan anti debu di jepun anda tidak boleh menjual telefon jika ia tidak tahan air sekitar 90 hingga 95 peratus dari semua telefon bimbit yang dijual bersifat kalis air kata eksekutif panasonic taro itakura kepada afp rabu 29 2 wanita jepun kata beliau sangat unik dan lebih suka menggunakan telefon termasuk saat mereka mandi panasonic mula mencari cara kembali ke pasaran eropah setelah menarik diri pada 2005 dan menumpukan pada jualan domestik belum diketahui apakah eropah menyukai produk jepun ini tetapi itakura berharap masyarakat eropah bersedia untuk menggunakannya ketika hari hujan menurut salah satu pemasar panasonic florian sohn satu pertiga daripada kerosakan telefon bimbit juga adalah kerana air fujitsu yang mempunyai seperlima pasaran smartphone jepun juga memasarkan produk telefon tahan airnya telefon menemani kita 24 jam sehari dan selalu bersama hingga ke bilik mandi kata naib presiden fujitsu nobuo ohtani selain telefon tahan air telefon ini juga tahan walaupun jatuh berulang kali teknologi yang dibenamkan di dalamnya termasuk sensor yang meningkatkan atau menurunkan tahap suara panggilan bahkan dapat melambatkan percakapan atau perbincangan jika pemanggil bercakap terlalu cepat sumber mynewshub my posted by ruud van irwan at 07 20 3 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels air debu jepun mandi telefon thursday 1 march 2012 assmaah helal tudung bolasepak gadis manis ini bernama assmaah helal seorang pemain bolasepak university of nsw di super league australia berketurunan mesir asmaah bercita cita tinggi untuk menyarung jersi pasukan bolasepak australia the matildas suatu hari nanti namun impiannya untuk beraksi di peringkat antarabangsa mungkin tidak kesampaian kerana larangan bertudung oleh fifa kepada pemain bolasepak wanita beragama islam atas faktor keselamatan itulah yang menjadi dilema kepada pemain pemain bolasepak wanita beragama islam di australia dan negara negara lain yang ingin beraksi di peringkat antarabangsa selagi larangan itu tidak dimansuhkan aksi asmaah dan pemain pemain lain hanya terbatas di peringkat domestik saja malak farhat zeinab farhat dari pasukan lakembaroos australia sebelum ini pasukan bolasepak iran dan pemain jordan turut menjadi mangsa larangan tersebut pasukan bolasepak wanita iran sydney assmaah helal has broken barriers to reach football s elite but a controversial fifa ban on muslim women playing in the hijab means she may never realize her dream of wearing the australian jersey helal 25 was introduced to football by her egyptian born father when she was just five and she was determined not to let gender keep her from joining her three brothers on the pitch it was no easy task members of her muslim community in western sydney frowned on the idea of girls playing sport at all much less a rough and tumble game which was at that time still very much a male domain i used to just get told i was a tomboy in my culture to play with the guys and to mix with guys was seen as not appropriate helal said she now plays in the super league one step below the nation s premier w league for women and says representing australia with the matildas would be her ultimate dream more terima kasih kepada sahabat penulis iwan shahril yang tweet pasal assmaah helal posted by ruud van irwan at 19 45 1 comment email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels assmaah helal australia the matildas tudung tren tergelincir gambar lama beberapa hari lepas gambar di atas tersebar di laman sosial sehingga menyebabkan ramai yang panik kejadian itu seolah olah baru berlaku dan menimbulkan tanda tanya samada gambar tulen atau palsu ia memang tulen tapi sebenarnya gambar lama mungkin sekitar tahun 2006 yang dimuat naik oleh pihak yang tak bertanggungjawab syarikat prasarana negara berhad pun dah buat laporan polis kuala lumpur syarikat prasarana negara berhad prasarana sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar lama menunjukkan sebuah tren transit aliran ringan lrt tergelincir di laman sosial kelmarin pengarah urusan kumpulan prasarana datuk shahril mokhtar dalam kenyataan semalam berkata laporan polis terhadap perbuatan tidak bertanggung jawab itu dibuat di balai polis ampang jaya pada jam 6 30 petang kami tidak ada pilihan lain kami terpaksa melaporkan perkara itu kepada polis kerana ia amat serius katanya dalam kenyataan semalam beliau berkata kejadian itu menyebabkan keadaan panik yang tidak sepatutnya apabila penulis yang menyiarkan gambar berkenaan berbohong dengan mendakwa kejadian itu berlaku semalam talian hotline kami dihujani panggilan telefon daripada orang ramai dan pejabat komunikasi korporat kami menerima panggilan dari pihak media bertanya mengenai kejadian yang dikatakan itu katanya shahril berkata beliau turut mendapat banyak panggilan daripada rakannya bertanya mengenai kejadian itu yang turut menimbulkan suasana panik di kalangan penumpang saya difahamkan terdapat penumpang yang biasa menggunakan komuter memutuskan untuk menggunakan alternatif lain untuk pulang ke rumah apabila mendengar khabar angin itu katanya harian metro posted by ruud van irwan at 16 11 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels lrt spnb wednesday 29 february 2012 ahli gusti hilang buah zakar miller kiri woosley kanan indiana malang tak berbau seorang bekas ahli gusti profesional mengemukakan saman terhadap lawannya kerana menyepak bahagian sulitnya terlalu kuat hingga menyebabkan satu buah zakarnya pecah hingga terpaksa dibuang john levi miller 23 turut mengemukakan saman terhadap promoter yang mengatur perlawanan mereka tahun lalu malah miller mendakwa lawannya itu sepatutnya kalah kepadanya di gelanggang mengikut persetujuan sebelum perlawanan tetapi bertindak sebaliknya ketika bertarung dalam samannya miller mendakwa clinton woosley adalah heel takrif merujuk kepada orang yang sudah dipilih untuk kalah dalam perlawanan itu jun lalu lapor akhbar the courier journal di louisville kentucky katanya woosley yang menggunakan nama guido andretti ketika bergusti menolak permintaannya supaya mereka merancang pertarungan seperti biasa dilakukan sebaliknya menyatakan sudah faham dan akan berakhir seperti dirancang bagaimanapun woosley cuba menang perlawanan mereka dan membuat sepakan kuat ke bahagian sulitnya kata miller menurut maklumat laman web gusti miller dilaporkan sebagai seorang ahli gusti muka baru wwe yang menggunakan nama the playboy j millz peguam miller larry wilder dari jeffersonville memberitahu akhbar bahawa anak guamnya meletakkan ais pada bahagian sulitnya selepas pulang daripada perlawanan dengan woosley oleh kerana keadaan tidak semakin baik miller mengunjungi hospital keesokannya apabila doktor memutuskan untuk membuang buah zakar sebelah kanannya yang pecah promoter perlawanan sam cosby pemilik coliseum championship wrestling yang menaja pertarungan menyifatkan keterangan miller tidak benar katanya miller menang perlawanan itu seperti yang dirancang dan tidak memberitahu mengalami sebarang kecederaan dia tidak pula mengadu apa apa kata cosby agensi ruudvanirwan posted by ruud van irwan at 16 50 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels gusti miller woosley tempah www mulai 30 april ni bagi yang memburu nombor idaman www ada fulus angkat terus kuala lumpur orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan www yang bermaksud world wide web boleh membuat tempahan di jabatan pengangkutan jalan jpj wilayah persekutuan kuala lumpur mulai 30 april ini menteri pengangkutan datuk seri kong cho ha berkata tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 mei depan kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran www salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud world wide web katanya dalam satu kenyataan beliau berkata terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama nombor menarik nombor popular dan nombor semasa katanya nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum rm10 000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum rm2 000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing masing dibuka dengan harga minimum rm300 kong berkata beliau percaya tempahan terhadap nombor pendaftaran www bukansahaja akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai malah akan mencatatkan harga tempahan yang paling tinggi dalam sejarah tempahan terhadapnombor pendaftaran kenderaan di negara ini setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah pendaftaran kenderaan mca 1 yang dijual dengan harga rm300 100 secara puratanya jpj meperoleh pendapatan rm1 7juta setiap tahun daripada tempahan nombor kenderaan pada tahun lepas lebih rm1 8juta diperolehi daripada tempahan nombor kenderaan berbanding hampir rm1 6 juta dalam tahun sebelumnya jelas beliau sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai yang ingin membuat tempahan nombor agar mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh jpj termasuk mengisi borang dan membayar deposit yang ditetapkan katanya borang tempahan itu boleh dimuat turun dari portal jpj di www jpj gov my bernama ruudvanirwan posted by ruud van irwan at 07 36 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels jpj kenderaan nombor www older posts home subscribe to posts atom visitors view my stats about me ruud van irwan penulis di alam fana view my complete profile facebook badge ruud van irwan create your badge search archives 2012 33 march 5 strongman run keriangan dalam lumpur ikan duyung terdampar di kl wanita jepun suka guna telefon masa mandi assmaah helal tudung bolasepak tren tergelincir gambar lama february 18 january 10 2011 72 december 6 november 8 october 9 september 45 august 4 followers blogs pabila penaku menari tentang achik ezam the liver bird liverpoolkita nicole chocoa heaven ummi p3 ayu the sun the good old things my non stop stories sengal zone simple elyas ezanee daud bundle valley cinta itu berwarna warni hanis zalikha aku bekas player goblog we are who we are gatal tangan anything everything about liverpool fc my thoughts about lfc and football a drama mama dokter wali my little secrets more than words utusanlfc blogspot com adifashla alamak dunia aku bukan di sini hated by many understood only by few tok kirana tjfutsal dak amat miahahahahaha ape2 sajer klhawk blogspot nisfarell com sheryl s quaintessential wash burn la paix la joie l amour warmness on the soul dimples and smiles awesome inc theme theme images by enjoynz powered by blogger
|