Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2013, 2018, thursday, tuesday, october, monday, february, 29, 2016, saturday, november, 15, 2014, august, march, 21, translate, masa, itu, nyawa, arkib, followers, keluarga, ke, mana, hilangnya, 2015, murabbi, cabaran, certot, kerana, satu, huruf,
Text of the page (most frequently used words):
suhaib (54), ustaz (31), yang (18), faiz (18), share (15), dia (15), ibu (14), itu (12), ibunya (10), wajah (9), sudah (8), tidak (8), ini (8), pahala (8), banyak (8), lalu (8), lagi (7), #february (7), october (7), november (7), 2013 (7), kita (7), kamu (7), march (6), december (6), august (6), 2018 (6), orang (6), dapat (6), tersenyum (6), years (5), ago (5), september (5), pinterest (5), facebook (5), blogthis (5), email (5), this (5), comments (5), sekitar (5), hikayat (5), haidar (5), dan (5), mengaji (5), hendak (5), matanya (5), kepalanya (5), melihat (5), berkata (5), mak (5), january (4), june (4), july (4), 2016 (4), thursday (4), lain (4), sahaja (4), baca (4), dengan (4), kata (4), pada (4), anak (4), sambil (4), pun (4), jangan (4), piah (4), dalam (3), april (3), 2014 (3), untuk (3), lama (3), tahun (3), satu (3), akan (3), lepas (3), seperti (3), mendengar (3), jika (3), buat (3), baik (3), dari (3), tangan (3), tahu (3), memandang (3), rotan (3), sini (3), mencari (3), hadapannya (3), tanda (3), budak (3), bacaan (3), theme (2), update (2), boat (2), bulan (2), hati (2), posts (2), diri (2), assalamualaikum (2), saya (2), permulaan (2), juga (2), setelah (2), huruf (2), allah (2), cuba (2), baru (2), turut (2), seorang (2), kanak (2), gula (2), begitu (2), pernah (2), ternyata (2), cuma (2), buku (2), nanti (2), pula (2), hampir (2), menitis (2), mulutnya (2), gembira (2), tetapi (2), semua (2), pandai (2), duduknya (2), merapatkan (2), dirinya (2), duduk (2), tangannya (2), kakinya (2), takut (2), risau (2), perlahan (2), namun (2), segera (2), murid (2), apabila (2), mata (2), lambat (2), bangun (2), malu (2), memegang (2), bahu (2), tiada (2), penat (2), sedang (2), memejamkan (2), tiba (2), tadi (2), mana (2), belakang (2), kelibat (2), menoleh (2), naskhah (2), quran (2), surau (2), saturday (2), monday (2), 2015 (2), sedar (2), tuesday (2), simple, images, powered, blogger, luoman, think, too, much, sebuah, kehidupan, love, hate, interview, with, ihh, lifesatest, kapalselam, menangis, choices, life, 2020, dad, keluarga, followers, 2005, 2006, 2007, 2008, may, 2009, 2010, 2011, 2012, arkib, masa, nyawa, translate, subscribe, atom, home, older, semoga, bermanfaat, bismillah, wbt, sebagai, perhentian, kongsikan, karya, lukisan, setiap, ganjarinya, bayangkan, sekali, berkali, kali, berapa, tentu, digandakan, ramadan, bertambahlah, mendapat, kegemarannya, ceria, ajarlah, sekarang, dengar, tok, imam, beritahu, diberikan, benarlah, sangkaan, beliau, akibat, kesusahan, hidup, agak, ketinggalan, segi, pendidikan, petang, perlu, beri, panduan, maghrib, jumpa, masjid, ajar, masuk, waktu, asar, mengambil, menghulurkan, bersalaman, mencium, air, mengangguk, anggukkan, wajahnya, kembali, langsung, tengok, nak, sesuatu, ada, berita, membetulkan, posisi, berkelip, kemudian, arah, berbicara, bersila, hadapan, tertunduk, meramas, ramas, jari, merenung, gelagat, menceritakan, segalanya, angkat, kepala, kacak, sayang, disembunyikan, mengangkat, cukup, menyenangkannya, sehingga, tanpa, disedari, pandangannya, beralih, batang, tersisip, celah, ketiak, bertukar, suram, menyedari, perubahan, sekadar, hiasan, belum, merotan, sekiranya, nakal, lamunan, terganggu, namanya, panggil, bertembung, dadanya, semakin, berombak, kencang, menggigil, ketika, melangkah, mendekati, bukan, silakan, menundukkan, anaknya, dunia, selain, adalah, satunya, anugerah, paling, berharga, bukanlah, membaca, reti, termampu, lakukan, merapati, maafkan, berniat, menyusahkan, ejek, nada, lembut, memujuk, rupanya, mari, ikut, pulang, terjungkit, disergah, olehibunya, tempat, persembunyiannya, akhirnya, telah, diketahui, kini, terpampang, jelas, kelihatan, keletihan, sekelumit, marah, riak, menarik, nafas, menghembusnya, menggenggam, kedua, bersama, berbisik, agaknya, nampak, atau, aku, teringat, kejadian, pagi, antara, kedengaran, suara, menjerit, menyorok, sedari, bersembunyi, sebalik, bangsal, buruk, rumahnya, hanya, mendiamkan, mengintai, kejauhan, asyik, pergerakan, arahnya, terbeliak, menyembunyikan, minit, membelek, belek, masih, terkatup, rapat, sesekali, menyeka, peluh, dahinya, walaupun, suasana, tidaklah, panas, lelaki, sebelah, kanannya, sungguh, lancar, merdu, selalu, tonton, kaca, televisyen, terus, badannya, menggeletar, meninjau, ninjau, luar, mengeluh, lemah, tunduk, terletak, rapi, atas, meja, cabaran, certot, kerana, murabbi, misteri, kehilangan, tak, hilangnya, kelas, abdullah, ibnu, mas, sekian, menulis, penglipur, lara,
Text of the page (random words):
penglipur lara tuesday october 9 2018 2018 setelah sekian lama tidak menulis di sini kelas abdullah ibnu mas ud tahun 2018 hikayat haidar sekitar tuesday october 09 2018 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest monday february 29 2016 ke mana hilangnya 2015 misteri kehilangan tahun 2015 sedar tak sedar sudah 2016 hikayat haidar sekitar monday february 29 2016 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest saturday november 15 2014 murabbi hikayat haidar sekitar saturday november 15 2014 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest thursday august 1 2013 cabaran certot kerana satu huruf sudah hampir 15 minit suhaib membelek belek naskhah al quran di hadapannya mulutnya masih terkatup rapat sesekali dia menyeka peluh yang menitis di dahinya walaupun suasana di surau itu tidaklah begitu panas suhaib melihat budak lelaki di sebelah kanannya bacaan budak itu sungguh lancar dan merdu seperti bacaan yang selalu dia tonton di kaca televisyen mendengar sahaja bacaan budak itu terus badannya pula menggeletar suhaib menoleh ke belakang dia meninjau ninjau ke luar surau cuba mencari kelibat ibunya dia mengeluh lemah kepalanya tunduk memandang naskhah quran yang terletak rapi di atas meja di hadapannya itu suhaib teringat kejadian pagi tadi antara dia dan ibunya kedengaran suara mak piah menjerit suhaib di mana kamu jangan hendak menyorok lagi penat ibu mencari kamu suhaib yang sedari tadi bersembunyi di sebalik bangsal buruk di belakang rumahnya itu hanya mendiamkan diri dia mengintai kelibat ibunya dari kejauhan sedang asyik dia melihat pergerakan ibunya itu mak piah pun menoleh ke arahnya terbeliak mata suhaib lalu segera menyembunyikan kepalanya hati suhaib berbisik agaknya mak nampak atau tidak aku di sini suhaib menarik nafas dalam dalam lalu menghembusnya perlahan dia memejamkan matanya sambil merapatkan dan menggenggam kedua tangannya bersama sedang suhaib memejamkan matanya itu tiba tiba terjungkit bahu suhaib apabila disergah olehibunya tempat persembunyiannya akhirnya telah diketahui wajah ibunya kini terpampang di hadapannya jelas kelihatan tanda tanda keletihan di wajah ibunya namun tiada sekelumit tanda marah pada riak wajah ibunya itu dengan nada lembut dan memujuk mak piah berkata di sini suhaib rupanya penat ibu mencari mari ikut ibu pulang melihat wajah ibunya suhaib bangun lalu merapati ibunya sambil memegang tangan ibunya suhaib berkata maafkan suhaib ibu suhaib tidak berniat hendak menyusahkan ibu suhaib cuma takut nanti semua orang ejek suhaib mak piah lalu menundukkan dirinya dia memegang bahu anaknya itu suhaib di dunia ini ibu sudah tiada orang lain lagi selain suhaib suhaib adalah satu satunya anugerah allah yang paling berharga buat ibu ibu bukanlah orang yang pandai membaca pun ibu tidak reti ini sahaja yang termampu untuk ibu lakukan lamunan suhaib terganggu apabila namanya di panggil matanya bertembung dengan mata ustaz faiz dadanya semakin berombak kencang lambat lambat dia bangun dari duduknya kakinya menggigil ketika melangkah mendekati ustaz faiz assalamualaikum kamu suhaib bukan silakan duduk jangan malu malu suhaib duduk bersila di hadapan ustaz faiz kepalanya tertunduk tangannya meramas ramas ibu jari kakinya ustaz faiz merenung gelagat suhaib sambil tersenyum lalu ustaz faiz pun berkata kamu takut kamu jangan risau suhaib ibu kamu sudah menceritakan segalanya pada ustaz angkat kepala kamu ustaz hendak melihat wajah suhaib yang kacak itu sayang jika disembunyikan suhaib mengangkat perlahan kepalanya dia memandang wajah ustaz faiz ternyata wajah ustaz faiz cukup menyenangkannya sehingga dia tersenyum tanpa disedari namun pandangannya beralih pada batang rotan yang tersisip di celah ketiak ustaz faiz wajah suhaib bertukar suram menyedari perubahan wajah suhaib ustaz faiz segera berkata suhaib jangan risau rotan ini sekadar hiasan sahaja ustaz belum pernah merotan anak murid ustaz tetapi sekiranya anak murid ustaz nakal ustaz akan rotan ustaz tahu suhaib anak yang baik suhaib mengangguk anggukkan kepalanya wajahnya kembali tersenyum melihat ustaz faiz tetapi ustaz suhaib tidak tahu langsung mengaji suhaib tengok orang lain semua pandai mengaji ustaz faiz pun berkata suhaib nak tahu sesuatu ustaz ada berita gembira buat suhaib suhaib membetulkan posisi duduknya matanya tidak berkelip memandang ustaz faiz kemudian ustaz faiz merapatkan dirinya ke arah suhaib ustaz faiz lalu berbicara setiap huruf yang kita baca allah akan ganjarinya dengan pahala lagi banyak kita baca lagi banyak pahala yang kita dapat cuba suhaib bayangkan orang lain baca sekali sudah lepas suhaib baca berkali kali baru lepas berapa banyak pahala yang suhaib dapat sudah tentu banyak pahala kita turut digandakan di bulan ramadan ini lagi bertambahlah pahala yang suhaib dapat seperti seorang kanak kanak yang baru mendapat gula gula kegemarannya suhaib tersenyum ceria mendengar kata kata ustaz faiz jika begitu ustaz ajarlah suhaib mengaji sekarang suhaib hendak dapat pahala banyak banyak suhaib pernah dengar tok imam beritahu jika kita buat baik pahala yang kita dapat juga turut diberikan pada ibu kita suhaib hendak ibu dapat pahala banyak banyak tersenyum ustaz faiz mendengar kata kata suhaib benarlah seperti sangkaan beliau ternyata suhaib seorang anak yang baik cuma akibat kesusahan hidup dia agak ketinggalan dari segi pendidikan petang ini suhaib tidak perlu mengaji ustaz akan beri suhaib buku panduan mengaji ini lepas maghrib suhaib jumpa ustaz di masjid nanti ustaz ajar lagi pula sudah hampir masuk waktu asar suhaib mengambil buku itu dia lalu menghulurkan tangan lalu bersalaman dengan ustaz faiz dia mencium tangan ustaz faiz air matanya menitis sambil mulutnya tersenyum gembira hikayat haidar sekitar thursday august 01 2013 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest thursday march 21 2013 2013 bismillah assalamualaikum wbt sudah lama saya tidak update untuk permulaan tahun 2013 ini juga sebagai permulaan setelah satu perhentian yang lama saya kongsikan karya lukisan ini sahaja semoga bermanfaat untuk diri dan orang lain hikayat haidar sekitar thursday march 21 2013 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest older posts home subscribe to posts atom translate masa itu nyawa arkib 2018 1 october 1 2018 2016 1 february 1 2014 1 november 1 2013 2 august 1 march 1 2012 10 november 1 october 6 september 1 february 2 2011 6 november 1 october 1 september 1 july 1 june 1 april 1 2010 19 december 2 september 2 august 1 july 1 june 1 april 1 march 4 february 4 january 3 2009 48 december 2 november 5 october 6 september 3 august 5 july 4 june 3 may 2 april 6 march 5 february 4 january 3 2008 30 december 7 november 4 october 2 september 6 july 5 june 3 january 3 2007 6 december 6 2006 4 december 1 august 1 january 2 2005 4 december 1 march 2 february 1 followers keluarga me a dad 2020 5 years ago choices in life menangis dalam hati 7 years ago kapalselam lagi 4 bulan 14 years ago lifesatest love boat or hate boat an interview with ihh 15 years ago sebuah kehidupan update 16 years ago i think too much simple theme theme images by luoman powered by blogger
|