Meta tags:
description= ini caraku, ini pendapatku. setiap apa yang aku lakukan, aku ucapkan belum tentu menjadikan aku lebih baik dari kamu;
Headings (most frequently used words):
aku, jaga, yang, baru, cerita, kawan, sang, pemerhati, kehidupan, muka, tenang, jangan, disangka, tak, garang, sekarang, tinggal, di, luar, negara, anak, masuk, darjah, emosi, si, ibu, kesusahan, kita, kerisauan, mereka, 31, bintang, syurga, tolonglah, dulu, malu, myself, first, 2014, latar, belakang, lama, categories, tatapan, inspirasi, hari, bertulis, top, clicks,
Text of the page (most frequently used words):
aku (74), yang (59), tak (37), anak (27), dan (25), allah (25), kita (21), posted (20), nak (19), 2014 (17), ibu (17), dalam (16), dengan (15), untuk (15), ini (14), ada (14), itu (14), baru (12), tapi (12), comment (11), uncategorized (11), 2009 (11), #mereka (11), diri (11), sendiri (11), leave (10), tahun (10), dah (10), dari (10), sitiaisyah83 (10), january (9), hati (9), orang (9), setiap (9), jadi (9), 2008 (8), july (8), akan (8), hidup (8), perkara (8), bila (8), dia (8), apa (8), kehidupan (7), semua (7), boleh (7), sampai (7), lagi (7), rasa (7), sedar (7), benda (7), sekolah (7), bapa (7), tiba (7), sang (6), pemerhati (6), august (6), hari (6), february (6), mata (6), sebagai (6), baik (6), pada (6), sebenarnya (6), perlu (6), banyak (6), lain (6), segala (6), masa (6), wordpress (5), com (5), blog (5), june (5), april (5), cerita (5), kerisauan (5), sekarang (5), jangan (5), lebih (5), saat (5), macam (5), pun (5), kalau (5), mesti (5), tahu (5), bagi (5), entah (5), swt (5), hanya (5), semangat (5), bukan (5), kami (5), benar (5), saja (5), waktu (5), 2010 (4), 2012 (4), 2017 (4), darjah (4), emosi (4), 000000 (4), kenapa (4), kepada (4), salah (4), kali (4), satu (4), dulu (4), mana (4), bahagia (4), umur (4), betul (4), makin (4), masalah (4), belum (4), mampu (4), mula (4), this (3), december (3), march (3), october (3), 2011 (3), 2013 (3), lama (3), kesusahan (3), masuk (3), luar (3), negara (3), tenang (3), dekat (3), maha (3), supaya (3), tanpa (3), pernah (3), atau (3), matlamat (3), sedekah (3), berapa (3), usia (3), cukup (3), lah (3), memang (3), bulan (3), depan (3), adalah (3), fikiran (3), sangat (3), patut (3), berlaku (3), ambil (3), taska (3), murid (3), kereta (3), pertama (3), kata (3), uruskan (3), buat (3), balik (3), malu (3), dgn (3), atas (3), wanita (3), tentu (3), syurga (3), biar (3), ulang (3), putus (3), hamba (3), kadang (3), tidak (3), sihat (3), situasi (3), lakukan (3), makan (3), faham (3), ibubapa (3), sedih (3), site (2), required (2), content (2), log (2), sign (2), subscribed (2), subscribe (2), now (2), kawan (2), november (2), september (2), 2015 (2), tinggal (2), muka (2), disangka (2), garang (2), penglipurlara (2), older (2), posts (2), amin (2), doakan (2), sentiasa (2), usaha (2), kebaikan (2), azam (2), ikut (2), kan (2), teori (2), sesuatu (2), duit (2), seharusnya (2), tangan (2), maka (2), berniat (2), mulai (2), serba (2), asas (2), matang (2), selalu (2), walau (2), pandang (2), nombor (2), masing2 (2), mahu (2), impian (2), hajat (2), secara (2), dapat (2), terbaik (2), kutahu (2), khabar (2), kembali (2), sempena (2), asal (2), bagus (2), akulah (2), tanggungjawab (2), hubungan (2), tengok (2), gagal (2), tarik (2), pandai (2), office (2), perasaan (2), suami (2), perjalanan (2), wajib (2), badan (2), alhamdulillah (2), iman (2), sekuat (2), pegi (2), mummy (2), xde (2), terima (2), kasih (2), dosa (2), asasnya (2), menjaga (2), tubuh (2), sudah (2), pula (2), usah (2), jaga (2), bintang (2), sakit (2), derita (2), utk (2), amanah (2), kerja (2), dibuat (2), kerana (2), sia (2), kualiti (2), paling (2), takut (2), hadapi (2), emak (2), air (2), assalamualaikum (2), telefon (2), tentang (2), susah (2), bahawa (2), bisa (2), manja (2), semuanya (2), beranak (2), bekerja (2), betapa (2), bersekolah (2), risau (2), cuak (2), gusar (2), bimbang (2), beli (2), van (2), orientasi (2), juga (2), ecah (2), serious (2), update (2), pelan (2), makkah (2), handphone (2), install (2), lepas (2), haha (2), remote (2), channel (2), caraku (2), pendapatku (2), ucapkan (2), menjadikan (2), kamu (2), get, started, design, like, with, website, name, email, write, loading, comments, collapse, bar, manage, subscriptions, view, reader, report, privacy, already, have, account, none, top, clicks, aug, 2026, bertulis, ustaz, zaharuddin, ummu, husna, saifulislam, minda, tajdid, kak, suraya, luna, tatapan, inspirasi, wan, zaidani, saiful, adli, mommaholic, khairolin, intan, yusmahani, epi, noor, illi, aida, latif, aainaa, categories, 2007, may, latar, belakang, lihat, permulaan, dikelilingku, dilimpahi, kebahagiaan, pencipta, berlalu, berpaut, teruskan, biasa, membaharui, payah, tunggu, terlambat, berbuat, tangguh2, tadi, valid, buku, sebijk2, sebab, goal, measurable, mungkin, measure, rekod, hulur, dkt, ish3, takkanlah, mcm, sedangkan, ibaratnya, kanan, memberi, kiri, takpelah, abaikan, kadang2, bersifat, universal, tema, ialah, utamakan, balas, kejahatan, cabar, perbanyakkan, agih2, rezeki, raaamai, kekurangan, selaras, peningkatan, nilai, keperluan, complete, namanya, mengada2, umurku, menjangkau, patutnya, hakikatnya, pass, keselamatan, tergantung, leher, diorang, lahir, seterusnya, bawak2, alang2, buka, topik, meh, sini, share, tahunanku, sila, menyampah, pesanan, pakar, motivasi, kuserap, nyata, tuliskan, jelas, spesifik, gelombang, permintaan, konsisten, dihantar, kepadanya, nah, menghidu, antara, terbesar, bekerjaya, the, moment, serahkan, seluruh, esa, sesungguhnya, mengetahui, untukku, jawapannya, angin, beberapa, dikongsi, diabadikan, bentuk, blogging, tiba2, tulis2, berkobar, masih, bayi, harapnya, direalisasi, kena, diperbetulkan, terlebih, dahulu, merujuk, hak2, tunaikan, mentera, penyebab, berazam, after, reflects, time, act, mudah, terhadap, kurang, berdoa, anak2, puncanya, punca, naluri, ajak, turn, upside, down, pengurusan, bermasalah, minat, cikgu, pujuk, budak2, tuding, jari, sesiapa, terfikir, sorang2, terjejas, berdua, isteri, melayan, sepanjang, pejabat, hampir, pagi, mujur, cikgunya, tahan, gagah, mau, tersungkur, kene, tepis, bendera, putih, awal, cepat2, daddynya, nurul, aksi, teater, halaman, meraung, taknak, drama, dimulakan, disukai, myself, first, gambarku, dulu2, cara, berpakaian, ketika, konon, feeling, perfect, cacat, cela, celik, hodohnya, nampak, sgt, celaru, keliru, buruk, petunjuk, doronganmu, ampunilah, lindungilah, perbuatan, hambamu, zalim, tutup, lindungi, segenap, inci, pandangan, ajnabi, kira, dikelebungi, awasi, gerak, geri, tutur, bahasa, menyalakan, api, nafsu, muhrim, begitu, sungguh, tercalar, melirik, tajuk, berita, akhbar, daya, langsung, baca, kisah, penuhnya, allahuakbar, hamil, dirogol, lelaki, tolonglah, raqib, majid, unic, official, http, youtu, rbdedzueega, jihad, terimalah, darah, baja, tulangku, menjadi, tunggaknya, datang, datanglah, wahai, syahid, dambaan, mujahid, relakan, sedikit, sementara, nestapa, demi, selamanya, melaksana, malap, dengar, lagu, seakan, recharge, roh, sesekali, asa, selagimana, bercanggah, syariat, pasti, kau, panggilku, mengadapmu, permintaanku, kebaikanmu, tuhanku, berikan, khusnul, khotimah, mengemis, darimu, ampunkan, sengaja, ataupun, diberikan, hingga, berperanan, sepenuhnya, penyembah, bertambah, berimpi, perbaiki, tipu, seberat, berat, solat, tau, cuainya, astaghfirullah, terbayang, azab, siksaan, pastinya, menunggu, elok, menikmati, lalai, leka, balasan, selama, dihidupkan, rahmat, kurniaan, malunya, berani, wajah, cermin, mencukupkan, dialah, seorang, kerjaya, berkeluarga, genap, kasihani, bebani, dimamah, semahunya, menangislah, meraunglah, mengadulah, ceritalah, pergi, rujuk, kongsi, sahaja, melanda, apapun, jua, usahakanlah, mencetuskan, berusahalah, cubalah, mohon, berkat, sekeluarga, sejahtera, berjaya, walaupun, seka, hendaknya, helo, capai, minta, tolong, jauh, masalahnya, sebesar, gunung, bagai, nyawa, hujung, tanduk, gambaran, tabah, begini, doa, maqbul, ingat, wajarkah, bezakan, sesuai, dewasa, meronta, jiwanya, memerah, bantu, cucu, walhal, keterbatasan, seksa, jiwa, menangis, hatinya, kepalang, lalu, hinggakan, tahukah, lelapkan, malam, memikirkan, sedarkah, diadukan, berlegar, nafas, sekejap, fikir, sejenak, berdosa, seluar, rosak, berhenti, mengadu, utamanya, mengada, ngada, kering, survivor, kategori, beritahu, sayang, kedua, duanya, dianjurkan, berjauhan, tanya, sebagainya, erat, rapat, niat, tawakkal, redha, insya, dipermudah, urusan, sekalian, kecil, kesibukan, menguruskan, rupanya, rehat, tengah, berkejar, jenguk, hantarkan, pakaian, makanan, sesi, agama, pastikan, kebajikan, terjaga, besar, komitmen, lemah, longlainya, bagaimana, sebenar, hambatan, tambah, gaji, sndiri, segalanya, harap, upah, tempat, sedia, khidmat, transit, urus, semasa, reti, minum, kantin, dituju, bilik, naik, sesat, silap, negatif, ditepis, sama, tetap, teruja, gembira, lega, syukur, terharu, rakyat, sebuah, perkhidmatan, pendidikan, beruntungnya, watan, minggu, anaknya, perempuan, lari, cengkaman, akkah, wassalam, kehadiran, syawwal, 1438h, bagitau, kini, bersiaran, mukarromah, saudi, arabia, surirumah, empat, rimba, menghilangnya, gempak, bunyinya, hoi, terbiar, jugak, apps, terajin, try, semoga, dtg, kuat, mmg, cuba, korang, judge, terlalu, stress, kot, bermacam2, tekanan, terkumpul, siang, harinya, bengang, punya, pasal, ambik, baling, dinding, explain, byk, keep, paksa, dipijak2, nya, keropok, goreng, carpet, gambar, takde, suara, padahal, ihsan, cuma, mintak, tukar, 297, pulak, tantrum, bersalah, suruh, hancurkan, gais, bukti, kegarangan, seekor, makrimau, home, skip,
Text of the page (random words):
sang pemerhati kehidupan ini caraku ini pendapatku setiap apa yang aku lakukan aku ucapkan belum tentu menjadikan aku lebih baik dari kamu sang pemerhati kehidupan ini caraku ini pendapatku setiap apa yang aku lakukan aku ucapkan belum tentu menjadikan aku lebih baik dari kamu skip to content home penglipurlara older posts muka tenang jangan disangka tak garang posted on august 28 2017 by sitiaisyah83 gais ni bukti kegarangan seekor makrimau aku sendiri yg hancurkan remote tv lepas tu tanpa rasa bersalah suruh suami beli baru entah kenapa la aku pulak yg tiba tantrum padahal masa tu ihsan cuma mintak tukar channel 297 channel tu ada gambar tapi takde suara aku dh explain byk kali dia keep on paksa sampai dipijak2 nya keropok yg aku goreng atas carpet bengang punya pasal tak sedar aku ambik remote tu baling ke dinding sekuat hati ya allah serious tak berniat pun tapi terlalu stress kot dgn bermacam2 tekanan yg dh terkumpul dari siang harinya entah korang judge la sendiri aku cuba tak nak ulang lagi benda ni rasa sedih mmg ada dan mula nak kata diri tu ibu yg gagal semoga akan dtg iman lebih kuat ecah makkah posted in uncategorized leave a comment aku sekarang tinggal di luar negara posted on july 2 2017 by sitiaisyah83 assalamualaikum haha macam gempak je bunyinya ye hoi ni dah dekat berapa tahun blog aku terbiar tiba tiba nak jugak tiba tiba aku install apps wordpress dalam handphone yang sekarang dan tiba tiba jadi terajin nak try update blog dalam handphone yang dulu pun pernah install tapi mula mula je semangat tak lama lepas tu ke rimba juga menghilangnya haha sempena kehadiran bulan syawwal 1438h lah dan nak bagitau yang aku kini bersiaran dari makkah al mukarromah saudi arabia alhamdulillah sebagai surirumah beranak empat serious ada banyak benda aku nak update nak cerita sampai tak tahu mana satu dulu pelan pelan la eh wassalam ecah m akkah posted in uncategorized leave a comment anak masuk darjah 1 emosi si ibu posted on january 14 2015 by sitiaisyah83 minggu orientasi untuk murid murid darjah 1 juga orientasi untuk ibubapa yang pertama kali anaknya mula bersekolah akulah lagi pula ibu perempuan tak pernah lari dari cengkaman emosi risau cuak gusar bimbang sedih itu negatif yang tak bisa ditepis tapi pada masa sama tetap teruja gembira lega syukur dan terharu jadi rakyat sebuah negara yang kualiti perkhidmatan pendidikan adalah sangat bagus betapa beruntungnya anak anak watan ini risau cuak gusar bimbang boleh ke dia uruskan diri sendiri semasa di sekolah reti ke dia beli makan minum di kantin tahu ke ke mana nak dituju bilik darjah pandai ke dia naik van sendiri waktu balik tak sesat atau silap van sedih bila sedar sebagai ibu sndiri tak mampu nak uruskan segalanya untuk anak perlu harap dan upah orang lain untuk ambil anak balik dari sekolah perlu tempat yang sedia khidmat transit untuk anak urus diri ya allah lemah longlainya aku aku serba tak mampu sekarang baru tahu bagaimana situasi sebenar ibubapa yang ada anak anak bersekolah hambatan masa tambah lagi bagi yang bekerja makan gaji baru kutahu rupanya ibubapa bekerja waktu rehat tengah hari berkejar ke sekolah ambil anak jenguk anak hantarkan pakaian makanan untuk sesi sekolah agama untuk pastikan kebajikan anak semua terjaga betapa besar komitmen itu amanah sebenarnya dulu belum ada anak aku tak mampu faham situasi orang beranak kecil waktu anak belum sekolah aku tak mampu faham kesibukan orang menguruskan anak sekolah bila semuanya kita mesti hadapi sendiri hanya waktu itu baru kita akan benar benar faham insya allah semuanya akan baik baik saja dipermudah allah urusan kita sekalian hamba niat usaha tawakkal redha posted in uncategorized leave a comment kesusahan kita kerisauan mereka posted on july 7 2014 by sitiaisyah83 erat dan rapat dengan ibu bapa betul sebagai anak kita wajib menjaga hubungan dengan mereka dianjurkan telefon mereka bagi yang berjauhan tanya khabar sebagainya beritahu kita sayang kedua duanya anak anak ada banyak kategori manja mengada ngada hati kering survivor anak manja mengadu segala masalah kepada ibu bapa ibu utamanya perkara seluar dalam pun cerita tak ada duit anak sakit kereta rosak berhenti kerja betul tak salah tak berdosa tapi tarik nafas sekejap fikir sejenak sedarkah bahawa setiap yang diadukan itu berlegar setiap masa dalam fikiran ibu bapa hinggakan tahukah bahawa mereka tidak bisa lelapkan mata di malam hari memikirkan tentang kita hatinya susah bukan kepalang makan pun entah lalu entah tidak menangis dalam hati hanya dia yang tahu meronta jiwanya memerah fikiran apa yang boleh dibuat untuk bantu anak cucu dengan segala masalah itu walhal mereka sendiri ada banyak keterbatasan seksa derita jiwa anak anak kita makin hari makin dewasa sudah sampai masa untuk bezakan situasi yang sesuai dan tak patut kita lakukan ingat air mata ibu kerisauan mereka tentang kita buat mereka susah hati itu wajarkah kadang kadang kita tak sedar betul doa ibu adalah paling maqbul gambaran anak syurga yang tabah itu begini masalahnya sebesar gunung dan bagai nyawa di hujung tanduk mahu minta tolong ibu bapa jauh capai telefon helo assalamualaikum emak sihat hendaknya kami sihat walaupun seka air mata emak mohon berkat doakan kami sekeluarga sihat sejahtera berjaya dan bahagia sentiasa ya berusahalah cubalah untuk jadi anak yang tidak mencetuskan kerisauan dalam hati ibu bapa segala masalah yang melanda apapun jua usahakanlah sendiri dengan ibu bapa kongsi dan cerita benda benda yang bahagia sahaja sedar setiap masalah yang kita hadapi yang pertama untuk kita pergi dan rujuk allah swt ceritalah mengadulah meraunglah menangislah semahunya depan dia hanya dia usah bebani ibu bapa kita yang makin hari makin dimamah usia kasihani mereka kerana kesusahan kita akan jadi kerisauan mereka posted in uncategorized leave a comment aku 31 posted on june 19 2014 by sitiaisyah83 18 6 2014 genap umur aku 31 tahun pada usia ini aku seorang wanita ada kerjaya berkeluarga ibu kepada 3 anak secara asasnya bagi aku dah cukup segala perkara yang aku perlu dalam hidup dan yang mencukupkan itu dialah allah malu malunya aku sampai kadang rasa tak berani nak pandang wajah sendiri di cermin selama 31 tahun aku dihidupkan tak putus putus rahmat dan kurniaan allah bagi tapi apa balasan aku pada allah takut selalu takut bila terbayang azab dan siksaan yang pastinya menunggu aku bila bila masa tapi elok saja menikmati benda benda yang bahagia aku kembali lalai dan leka tak tipu seberat berat perkara yang paling asas solat 5 waktu allah saja yang tau macam mana cuainya astaghfirullah setiap kali bertambah umur aku mesti berimpi nak perbaiki kualiti diri sebagai hamba allah kerana hidup dan umur yang ada ni betul sia sia kalau tak berperanan sepenuhnya jadi hamba dan penyembah allah terima kasih allah atas umur yang diberikan lagi ini hingga ampunkan semua dosa aku yang dibuat dengan sengaja ataupun di luar sedar satu saat yang pasti kau panggilku mengadapmu satu saja permintaanku dengan segala kebaikanmu ya tuhanku berikan aku khusnul khotimah aku benar benar mengemis darimu untuk itu posted in uncategorized leave a comment bintang syurga posted on april 25 2014 by sitiaisyah83 saat semangat dalam perjalanan melaksana tanggungjawab dan amanah kerja jadi malap aku akan dengar lagu ni ulang dan ulang seakan recharge roh supaya jangan sesekali putus asa utk buat apa saja perkara baik selagimana tak bercanggah dgn syariat allah biar darah jadi baja biar tulangku menjadi tunggaknya datang datanglah wahai syahid dambaan mujahid aku relakan sakit yg sedikit derita hanya sementara biar aku nestapa demi bahagia utk selamanya ini jihad aku terimalah ya allah raqib majid ft unic bintang syurga official vi http youtu be rbdedzueega posted in uncategorized leave a comment jaga tolonglah jaga posted on april 3 2014 by sitiaisyah83 wanita hamil 7 bulan dirogol 5 lelaki allah allahuakbar sungguh emosi aku benar tercalar melirik tajuk berita akhbar itu dan tentu tak daya langsung untuk aku baca kisah penuhnya kenapa kenapa boleh jadi sampai begitu asasnya wanita perlu menjaga tutup lindungi segenap inci tubuh mereka dari pandangan ajnabi tak kira walau di mana sudah dikelebungi tubuh itu awasi pula gerak geri tutur kata bahasa badan usah sampai menyalakan api nafsu bukan muhrim tanpa kita sedar ya allah ampunilah dosa kami lindungilah kami semua dari perbuatan hambamu yang zalim amin ya allah posted in uncategorized leave a comment aku yang dulu malu posted on february 7 2014 by sitiaisyah83 tengok balik gambarku dulu2 malu dgn cara berpakaian satu ketika itu konon feeling dah terbaik perfect xde cacat cela tapi bila mata hati dah celik ni ya allah hodohnya nampak sgt celaru keliru xde matlamat buruk sangat terima kasih allah atas petunjuk dan doronganmu posted in uncategorized leave a comment myself first posted on january 13 2014 by sitiaisyah83 hari ni dimulakan dengan perkara yang tak berapa memang tak disukai nurul iman buat aksi drama teater di halaman taska meraung sekuat hati taknak pegi sekolah nak ikut mummy nak pegi office mummy mujur cikgunya badan boleh tahan gagah kalau tak mau tersungkur kene tepis aku memang dah bendera putih dari awal cepat2 masuk dalam kereta alhamdulillah ada daddynya yang uruskan itu bukan kali pertama boleh kata hampir setiap pagi wajib macam tu kami berdua suami isteri dalam kereta masing2 melayan perasaan sepanjang perjalanan ke pejabat perasaan yang terjejas lama aku terfikir bila sorang2 di office apa yang berlaku bukan salah sesiapa aku boleh tuding jari cikgu salah tak pandai pujuk budak2 pengurusan taska bermasalah gagal tarik minat murid ke taska tapi naluri aku ajak turn upside down tengok dekat diri sendiri aku sebagai ibu aku sebenarnya punca pada semua yang berlaku puncanya apa hubungan aku dengan allah swt aku sebenarnya yang kurang berdoa untuk anak2 aku sebenarnya banyak ambil mudah tanggungjawab terhadap allah swt bukan salah orang lain tapi diri aku sendiri now after reflects it s time to re act mulai saat ini aku berazam lagi mentera hidup setiap perkara tak bagus yang berlaku depan mata aku akulah penyebab nombor 1 diri aku yang patut diperbetulkan terlebih dahulu dengan merujuk kepada hak2 allah swt yang patut aku tunaikan 0 000000 0 000000 posted in uncategorized leave a comment baru 2014 posted on january 3 2014 by sitiaisyah83 tiba2 semangat nak tulis2 dalam blog kembali berkobar sempena tahun 2014 yang masih bayi ini harapnya hajat dapat direalisasi asal baru je mesti semangat asal nak semangat je mesti kena baru kan ye adalah beberapa benda di fikiran yang rasa nak sangat dikongsi atau diabadikan dalam bentuk blogging tahun 2014 memang aku menghidu sesuatu yang baru dan antara perkara terbesar dalam hidup bekerjaya anak baru no lah at the moment aku serahkan seluruh diri kepada yang maha esa sesungguhnya dia maha mengetahui apa terbaik untukku jawapannya hanya akan kutahu bulan depan khabar angin oh ye alang2 buka topik tahun baru meh sini nak share azam tahunanku sila jangan rasa menyampah dah banyak pesanan pakar motivasi yang kuserap kalau kita mahu impian jadi nyata perlu tuliskan impian tu dengan jelas spesifik supaya gelombang permintaan hajat secara konsisten dapat dihantar kepadanya allah swt so nah tahun 2014 umurku menjangkau 31 tahun patutnya dah cukup matang tu tapi entah kenapa aku selalu rasa orang lain lebih matang dari aku walau hakikatnya pandang pass keselamatan yang tergantung di leher diorang nombor ic masing2 lahir tahun 85 dan seterusnya maka bawak2 lah ku sedar diri selaras dengan peningkatan usia aku nilai semua yang ada pada diri aku dalam hidup aku sekarang dah cukup sebenarnya keperluan asas semua dah complete kalau ada rasa nak itu nak ini lagi tu namanya mengada2 je maka aku berniat mulai saat ini tema hidup aku ialah utamakan orang lain balas kejahatan dengan kebaikan aku cabar diri aku sendiri seharusnya aku perbanyakkan sedekah agih2 rezeki yang allah bagi dengan orang lain yang raaamai lagi serba kekurangan tapi azam atau matlamat aku tadi tu macam tak valid kalau ikut buku sebijk2 kan sebab dalam teori matlamat goal mesti sesuatu yang measurable sedekah mungkin aku boleh measure rekod berapa banyak dah duit aku hulur dkt orang lain ish3 takkanlah mcm tu sedangkan seharusnya bila sedekah ibaratnya tangan kanan memberi jangan sampai tangan kiri tahu takpelah kita abaikan je segala teori yang kadang2 tak bersifat universal tu teruskan hidup macam biasa sebenarnya membaharui kehidupan tak payah tunggu tahun baru pun kita tak pernah terlambat untuk berbuat perkara kebaikan dan tak perlu tangguh2 sentiasa usaha supaya tak ada setiap saat yang berlalu dalam hidup ini tanpa hati kita berpaut pada allah sebagai permulaan yang baik ini aku doakan semua orang dikelilingku akan dilimpahi kebahagiaan dan akan lebih dekat dengan maha pencipta amin 0 000000 0 000000 posted in uncategorized leave a comment older posts lihat dengan mata hati yang tenang latar belakang penglipurlara cerita baru muka tenang jangan disangka tak garang aku sekarang tinggal di luar negara anak masuk darjah 1 emosi si ibu kesusahan kita kerisauan mereka aku 31 cerita lama august 2017 1 july 2017 1 january 2015 1 july 2014 1 june 2014 1 april 2014 2 february 2014 1 january 2014 2 october 2013 1 june 2013 1 february 2013 1 august 2012 1 march 2012 2 february 2012 6 january 2012 1 october 2011 7 september 2011 1 july 2011 1 october 2010 2 july 2010 2 april 2010 1 january 2010 1 december 2009 2 november 2009 4 september 2009 1 august 2009 2 july 2009 4 june 2009 1 may 2009 3 april 2009 3 march 2009 2 february 2009 2 january 2009 4 december 2008 2 november 2008 4 august 2008 4 july 2008 7 june 2008 4 march 2008 1 february 2008 3 january 2008 4 december 2007 4 categories uncategorized 99 kawan kawan aainaa aida latif dr noor illi epi intan yusmahani khairolin mommaholic saiful adli wan zaidani tatapan inspirasi kak suraya luna minda tajdid saifulislam com ummu husna ustaz dr zaharuddin hari yang bertulis august 2026 m t w t f s s 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 aug top clicks none sang pemerhati kehidupan blog at wordpress com sang pemerhati kehidupan blog at wordpress com subscribe subscribed sang pemerhati kehidupan sign me up already have a wordpress com account log in now privacy sang pemerhati kehidupan subscribe subscribed sign up log in report this content view site in reader manage subscriptions collapse this bar loading comments write a comment email required name required website design a site like this with wordpress com get started
|