Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2011, june, bintang, sunday, tuesday, april, makan, cuti, july, 10, 19, saturday, friday, 22, 12, followers, about, me, blog, archive, festival, bahasa, dan, sastera, sukan, dalaman, puspanita, reunion, kali, ke, smr, intake, 1975, malaysia, corat, coret, sambutan, hari, setiausaha, kenduri, sana, sini,
Text of the page (most frequently used words):
kami (41), dan (27), share (21), untuk (21), yang (21), pagi (18), 2011 (16), makan (15), acara (13), dengan (13), tak (11), hari (11), akan (10), kak (9), jam (9), air (9), april (8), barkiah (8), rumah (8), pada (8), dapat (8), dah (8), dbp (8), hadiah (8), kali (8), seremban (8), juga (8), ini (8), pinterest (7), facebook (7), blogthis (7), email (7), this (7), comments (7), posted (7), kenduri (7), pergi (7), selesai (7), pula (7), lebih (7), dari (7), pukul (7), balik (6), bergerak (6), masuk (6), sarapan (6), bermula (6), telah (6), kurang (6), midah (5), sini (5), lama (5), bersama (5), masa (5), diadakan (5), perjalanan (5), majlis (5), june (4), festival (4), kul (4), selamat (4), sana (4), nasi (4), lemak (4), kedai (4), setiausaha (4), pun (4), redang (4), malam (4), bagi (4), sempat (4), cuti (4), julai (4), tempat (4), tahniah (4), pasukan (4), kawan (4), stesen (4), sekitar (4), dia (4), bintang (4), bahasa (3), sastera (3), baca (3), jumpa (3), saudara (3), baru (3), maknya (3), aduh (3), dulu (3), level (3), tengah (3), times (3), square (3), jumaat (3), ahli (3), jadi (3), juara (3), sambutan (3), seawal (3), kereta (3), ayam (3), oklah (3), perlu (3), elektrik (3), kebanyakan (3), sampai (3), minum (3), mengambil (3), pulau (3), singgah (3), jalan (3), memulakan (3), tidak (3), oleh (3), lagi (3), jabatan (3), congkak (3), batu (3), puspanita (3), semua (3), selatan (3), lrt (3), petang (3), dina (3), sebab (3), meraikan (3), fauzi (3), july (2), posts (2), yasin (2), tahlil (2), berangkat (2), langkah (2), cukur (2), jambul (2), cucu (2), sulung (2), kumpulan (2), taman (2), mara (2), kahwin (2), waktu (2), tapi (2), ari (2), tuesday (2), bawa (2), pertandingan (2), bowling (2), tangling (2), berkumpul (2), pintu (2), program (2), berjaya (2), pejabat (2), mengadakan (2), setelah (2), semuanya (2), riuh (2), suasana (2), gambar (2), lauk (2), buah (2), sesuai (2), nasib (2), baiklah (2), ada (2), tetamu (2), resort (2), penginapan (2), dua (2), bot (2), hotel (2), meneruskan (2), minit (2), menaiki (2), ajelah (2), bil (2), kuala (2), berhampiran (2), pasar (2), payang (2), masing (2), kelas (2), sempena (2), sebelum (2), aiman (2), aizuddin (2), kedua (2), norisham (2), hanya (2), orang (2), dinner (2), supaya (2), datang (2), menjadi (2), apabila (2), dewan (2), bankuet (2), ialah (2), mendapat (2), sukan (2), dalaman (2), jun (2), kepada (2), sunday (2), salak (2), komuter (2), tetapi (2), apa (2), naik (2), terpaksalah (2), berpatah (2), koc (2), khusus (2), wanita (2), pertama (2), tunggu (2), ramai (2), takleh (2), persaraan (2), berapa (2), luar (2), gak (2), mengorder (2), penyek (2), avocado (2), sedap (2), rasa (2), pelbagai (2), menteri (2), tugas (2), watermark, theme, powered, blogger, february, march, blog, archive, view, complete, profile, about, followers, subscribe, atom, home, older, riduan, mengerjakan, umrah, moga, kembali, doakan, disini, agar, menjejaki, mudah2an, amin, jiran, rosnah, wardah, dijemput, berzanji, berendoi, bukti, pakcu, arwah, busu, hawa, semasa, beginilah, mac, kampung, abang, anak, mus, sinilah, bertemu, rakan, tahun, ina, acik, saadiah, ponsun, rindunya, mereka, begitu, baik, sekali, denganku, suatu, terpisah, tanpa, khabar, berita, dptlah, melepaskan, rindu, saling, menyimpan, contact, masing2, reflexology, karaoke, neway, johny, restaurant, sila, stoking, warung, utama, buku, ibu, deretan, mana, perlawanan, berkaraoke, urutan, refleksologi, koperasi, bersedia, hadiah2, dimasukkan, rendahlah, tataplah, bawah, sepuasnya, corat, coret, friday, kantin, ikan, sayur, buahan, citarasa, banyak2, daftar, masih, sebenarnya, hingga, ptg, ditutup, snoocling, tiada, bilik, mutiara, selama, nanti, budget, semurah, rm360, seorang, pakej, termasuk, snookling, roti, bila2, tersedia, life, jacket, snokle, sewanya, setiap, satu, tempoh, check, out, jeti, merang, selepas, membayar, parking, rm10, sehari, restoran, teratai, berempat, pos, melunaskan, dijelaskan, astro, dsbnya, memasuki, tol, hentian, rehat, genting, sempah, terengganu, 00petang, menginap, city, point, membeli, jajan, dibawa, keluarga, yelah, sibuk, kerja, sekolah, sepakat, bercuti, tambahan, shiqin, habis, belajar, kerjaya, rehatlah, namun, mula, semester, ketiga, uitm, pilah, malaysia, saturday, dalam, sibuk2, berjumpa, othman, paroi, jaya, itu, aje, hadir, berbincang, diputuskan, seminggu, menyambut, puasa, memutuskan, turut, dihadiri, pasangan, dimaklumkan, kemudian, reunion, smr, intake, 1975, tahun2, jangan, lupa, jemput, keseluruhannya, rendah, pengembangan, pembinaan, bergabung, dipertandingkan, menyumbang, not, bad, kita, anjuran, berakhir, antara, dipertandingkann, dart, karom, dam, ular, terbuka, chan, sow, lin, ambil, tersilap, sepatutnya, bandar, tasik, nak, buat, sesatlah, gamaknya, penuhnya, semenjak, diperkenalkan, bersesak, sesak, takpelah, takde, kesempatan, siti, tumpang, kawasan, apartmennya, teksi, dinasihatkan, takut, banyak, tutup, kemungkinan, bas, dipindahkan, sementara, lain, perhimpunan, bersih, esok, pencegahanlah, rakyat, lihat, berlaku, pemberian, bergambar, beramai, bersurai, terus, kebenaran, bos, keluar, tahan, pedas, berpeluhlah, menahannya, tibalah, penyampaian, zarina, beri, sendiri, berselera, tiba, lambat, kerana, tersalah, sederet, hampir, serupa, menunggu, timbul2, pulak, telefon, bila, sampai2, jauh, jugaklah, join, menamatkan, perkhidmatan, rakan2, premis, seronok, bermacam, jenis, alpukat, kalau, bandung, ori, manis, agaknya, dibuat, masak, kelat, minta, tambah, coklat, menghilangkan, pahit, poligami, hah, seronoklah, mengancam, order, jagung, katanya, grup, kecuali, adirah, nurazlina, hanim, pengerusi, kelab, sdr, wong, solo, cheras, seramai, 500, pelajar, kaum, seluruh, negara, menghadiri, kehormat, senator, dato, koh, koon, perdana, urus, setia, sehingga, barulah, wisma, belia, tidur, penatnya, semula, uruskan, bangunan, antaranya, puisi, teka, kata, debat, koir, dll,
Text of the page (random words):
bintang bintang bintang bintang sunday july 10 2011 festival bahasa dan sastera 2011 festival bermula pada 4 julai 2011 dengan majlis makan malam di dewan bankuet lebih kurang seramai 500 pelajar pelbagai kaum dari seluruh negara telah menghadiri majlis ni dengan tetamu kehormat yb senator dato koh so koon menteri di jabatan perdana menteri selesai majlis makan malam kami meneruskan tugas urus setia sehingga jam 1 00 pagi setelah selesai tugas barulah kami bergerak ke wisma belia untuk tidur aduh penatnya pukul 6 30 pagi bergerak semula ke dbp untuk uruskan sarapan pagi dan memulakan acara festival pelbagai acara diadakan hari ini di sekitar bangunan dbp antaranya pertandingan baca puisi teka kata debat koir dll posted by barkiah at 4 10 am no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest makan makan jumaat 8 julai 2011 grup setiausaha kecuali adirah nurazlina hanim su yang tidak dapat bersama kami meraikan majlis sambutan hari jadi pengerusi kelab sdr fauzi kak ah midah di wong solo ayam penyek di cheras berhampiran dengan rumah dina majlis ini juga diadakan bagi meraikan persaraan kak ah yang akan menamatkan perkhidmatan di dbp bermula pada 20 julai yang akan datang ini pertama kali kami meraikan rakan2 di luar premis dbp seronok gak dapat makan makan di luar dan mengorder bermacam jenis air kami semua makan ayam penyek kebanyakan kami minum air alpukat avocado tapi kalau di bandung air ni lagi sedap dan ori dan manis agaknya di sini buah avocado yang dibuat air ni tak berapa masak lagi rasa kelat terpaksalah minta tambah coklat bagi menghilangkan rasa pahit tu si fauzi hadiah mengorder air poligami hah ha seronoklah fauzi minum air ni mengancam tu dina pula order air jagung sedap gak katanya kak midah tiba lambat kerana tersalah tempat sebab sederet dengan kedai ni ada juga kedai yang hampir serupa lama juga dia menunggu kami di sana apabila kami tak timbul2 dia pun balik ke rumah maknya tak pulak dia telefon bila kami tak sampai2 nasib baiklah rumah maknya tak berapa jauh dari kedai ni sempat jugaklah dia join kami semuanya makan dengan berselera tetapi yang tak tahan pedas berpeluhlah menahannya selesai makan makan tibalah pula acara penyampaian hadiah hari jadi dan juga hadiah persaraan untuk kak ah hadiah dan zarina beri hadiah sendiri kepada kak ah selesai acara pemberian hadiah kami semua bergambar beramai ramai kami bersurai lebih kurang pukul 3 00 petang kebanyakan kami terus je balik rumah sebab dah mendapat kebenaran bos untuk keluar siti tumpang kereta dina ke kawasan apartmennya dari sana tunggu teksi ke stesen lrt salak selatan telah dinasihatkan oleh kawan kawan tak perlu berpatah balik ke kl takut jalan banyak tutup an kemungkinan bas ke seremban dah dipindahkan sementara ke tempat lain oleh sebab perhimpunan bersih akan diadakan esok di sekitar kl langkah pencegahanlah tu supaya orang ramai takleh masuk kl ia ke rakyat takleh masuk kl tunggu dan lihat ajelah apa yang akan berlaku dari stesen salak selatan ke stesen chan sow lin untuk ambil komuter ke seremban tetapi dah tersilap lrt sepatutnya pergi ke stesen bandar tasik selatan apa nak buat dah lama tak naik lrt sesatlah gamaknya terpaksalah berpatah balik menaiki komuter sekitar jam 3 50 petang aduh penuhnya koc khusus untuk wanita baru pertama kali naik semenjak diperkenalkan koc khusus untuk wanita oklah bersesak sesak pun takpelah takde yang mengambil kesempatan selamat sampai ke seremban sekitar jam 5 00 petang posted by barkiah at 4 03 am no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest sunday june 19 2011 sukan dalaman puspanita sukan dalaman anjuran puspanita dbp telah bermula pada 14 jun 2011 dan berakhir pada 21 jun 2011 antara acara yang dipertandingkann ialah dart karom dam ular congkak dan batu seremban acara ini terbuka kepada semua ahli puspanita riuh rendah suasana apabila acara bermula seawal 12 30 tengah hari di dewan bankuet pasukan kami jabatan pengembangan pembinaan bahasa sastera bergabung acara yang telah selesai dipertandingkan ialah congkak dan batu seremban acara batu seremban pasukan kami menjadi juara tahniah kawan kawan dapat juga menyumbang untuk pasukan bagi acara congkak pasukan kami hanya mendapat tempat kedua ok not bad tahniah juga untuk kita ye untuk keseluruhannya jabatan kami menjadi juara tahniah tahniah untuk tahun2 yang akan datang jangan lupa jemput lagi ye posted by barkiah at 4 03 am no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest tuesday june 7 2011 reunion kali ke 2 smr intake 1975 dalam sibuk2 kenduri kahwin sana sini sempat juga kami berjumpa untuk kali kedua di rumah norisham othman taman paroi jaya itu pun sempena kenduri cukur jambul cucu sulung norisham kali ini hanya 9 orang aje yang dapat hadir kami sempat berbincang untuk mengadakan dinner yang telah diputuskan akan diadakan pada 23 julai 2011 seminggu sebelum menyambut puasa ahli memutuskan supaya dinner ini turut dihadiri oleh pasangan tempat akan dimaklumkan kemudian posted by barkiah at 1 25 am no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest saturday june 4 2011 cuti cuti malaysia dah lama tak pergi jalan jalan bersama keluarga yelah masing masing sibuk dengan kelas dan kerja sempena cuti sekolah kali ini kami sepakat untuk pergi bercuti ke pulau redang tambahan pula shiqin baru je habis belajar sebelum memulakan kerjaya rehatlah dulu namun aiman dan aizuddin tidak dapat bersama kami kali ini waktu kami memulakan perjalanan aiman dah mula masuk kelas semester ketiga di uitm kuala pilah aizuddin pula tidak dapat cuti kami berempat ajelah yang pergi perjalanan kami bermula seawal jam 8 30 pagi singgah dulu di pejabat pos seremban melunaskan bil bil yang perlu dijelaskan elektrik air astro dsbnya memasuki tol seremban lebih kurang jam 9 00 pagi lebih kurang dua jam perjalanan kami singgah di hentian rehat genting sempah untuk sarapan nasi lemak yang kami bawa dari rumah kami sampai di kuala terengganu lebih kurang jam 5 00petang dan menginap di hotel city point berhampiran dengan pasar payang sempat juga singgah di pasar payang untuk membeli jajan untuk dibawa ke pulau redang kami check out dari hotel pukul 7 15 pagi meneruskan perjalanan ke jeti merang yang mengambil masa lebih kurang 45 minit selepas membayar parking kereta rm10 sehari dan sarapan pagi nasi lemak di restoran teratai pukul 9 45 pagi kami menaiki bot ke pulau redang yang mengambil masa 40 minit perjalanan pukul 10 30 pagi kami sampai ke mutiara redang resort resort penginapan kami selama 2 malam nanti oklah sesuai dengan budget yang semurah rm360 seorang pakej untuk 3 hari dua malam termasuk bot pergi balik makan minum penginapan dan snookling 3 kali air dan roti bila2 masa je tersedia untuk life jacket dan snokle sewanya rm 10 setiap satu bagi tempoh 3 hari kul 12 00 kami daftar masuk nasib baiklah masih ada elektrik sebenarnya di sini jam 9 30 pagi hingga 12 30 t h dan jam 2 30 5 30 ptg elektrik akan ditutup masa ni acara snoocling kebanyakan tetamu tiada di bilik pukul 12 30 t h kami makan tengah hari di kantin dengan lauk ayam ikan sayur dan buah buahan oklah sesuai dengan citarasa kami tak perlu banyak2 lauk pun posted by barkiah at 5 45 am no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest friday april 22 2011 corat coret sambutan hari setiausaha 22 april 2011 ari jumaat bermula seawal pukul 9 00 pagi kami berkumpul di pintu masuk koperasi dbp setelah semuanya bersedia hadiah2 telah dimasukkan ke kereta kami bergerak ke tangling untuk sarapan pagi bersama dengan sarapan nasi lemak riuh rendahlah suasana tataplah gambar gambar di bawah sepuasnya selesai sarapan kami bergerak pula ke berjaya times square di mana sambutan hari setiausaha kami akan diadakan dengan mengadakan perlawanan bowling berkaraoke dan urutan refleksologi ni ahli kumpulan 3 yg jadi juara deretan hadiah hadiah program hari setiausaha dbp ibu pejabat pada 22 april 2011 jumaat di berjaya times square masa program 8 45 pagi berkumpul di pintu masuk utama kedai buku dbp 9 00 pagi bergerak ke warung nasi lemak tangling 10 30 pagi bergerak ke times square pertandingan bowling level 5 sila bawa stoking makan tengah hari di johny s restaurant level 3 karaoke di neway level 4 reflexology posted by barkiah at 6 45 am no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest tuesday april 12 2011 kenduri sana sini 26 mac balik kampung abang kenduri kahwin anak saudara mus di sinilah bertemu dengan rakan lama yang dah lebih 30 tahun tak jumpa ina bersama maknya acik saadiah dari ponsun aduh rindunya pada mereka yang begitu baik sekali denganku suatu waktu dulu tapi dah lama terpisah tanpa khabar berita ari tu dptlah melepaskan rindu dan saling menyimpan contact masing2 2 april kul 9 30 pagi kenduri cukur jambul cucu sulung jiran kami kak rosnah kumpulan kami wardah dijemput berzanji dan berendoi selesai acara kul 11 15 pagi pergi pula ke taman bukti rumah pakcu kenduri tahlil dan baca yasin untuk arwah busu hawa di sini jumpa pula saudara mara semasa acara beginilah baru dapat jumpa saudara mara 10 april kul 11 30 pagi kenduri baca yasin tahlil rumah en riduan dan kak midah pada 17 april ni akan berangkat mengerjakan umrah selamat berangkat kak midah moga selamat pergi dan selamat kembali doakan kami disini agar dapat menjejaki langkah kak midah mudah2an amin posted by barkiah at 11 05 pm no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest older posts home subscribe to posts atom followers about me barkiah view my complete profile blog archive 2011 13 july 2 festival bahasa dan sastera 2011 makan makan june 3 april 3 march 4 february 1 watermark theme powered by blogger
|