Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2008, sk, upsr, desa, putra, saturday, september, august, link, keputusan, sunday, december, 14, november, 15, tuesday, wednesday, 30, thursday, 21, about, me, blog, archive, maklumat, terkini, laman, warga, skdp, hubungi, saya, list, 27, 29, jun, kursus, tasawwur, di, institut, latihan, islam, malaysia, main, stream, media, internet, banking, bertukar, ke, dengkil, tibanya, percubaan, adab, berpuasa, dan, solat, terawih, 10, petua, menghadapi, peperiksaan, terima, kasih, cikgu,
Text of the page (most frequently used words):
dan (43), yang (38), anda (22), guru (19), 2008 (14), kepada (14), anak (14), saya (12), atau (10), semua (9), dengan (9), ada (8), akan (8), daripada (8), cikgu (8), cemerlang (8), upsr (8), boleh (7), comments (7), posted (7), murid (7), tahun (7), tidak (7), dapat (7), dalam (7), selamat (7), berjaya (7), desa (6), putra (6), kerana (6), pada (6), peperiksaan (6), keputusan (6), besar (5), terima (5), kasih (5), hari (5), banyak (5), allah (5), semoga (5), ibu (5), jangan (5), mendapat (5), bagi (5), lagi (5), hubungi (4), panitia (4), ini (4), baru (4), maklumat (4), september (4), untuk (4), juga (4), tahniah (4), bapa (4), perlu (4), soalan (4), makanan (4), tidur (4), adalah (4), jika (4), bulan (4), berbuka (4), nur (4), warga (3), skdp (3), sekolah (3), gpk (3), blog (3), oleh (3), august (3), november (3), bertukar (3), dengkil (3), sebagai (3), apa (3), kita (3), diri (3), berdoa (3), banyakkan (3), solat (3), nya (3), saat (3), rakan (3), seperti (3), mana (3), nota (3), ringkas (3), berkenaan (3), terhadap (3), subjek (3), setiap (3), belum (3), buat (3), muridku (3), orang (3), serta (3), lain (3), risau (3), segala (3), usaha (3), nak (3), atas (3), malaysia (2), harian (2), latihan (2), islam (2), link (2), guestbook (2), pibg (2), home (2), melalui (2), pihak (2), sudi (2), terkini (2), december (2), posts (2), cuma (2), hadir (2), doakan (2), lulus (2), telah (2), masa (2), jua (2), doa (2), dari (2), mohon (2), lah (2), pertolongan (2), kejayaan (2), menghadapi (2), sebaik (2), melangkah (2), masuk (2), dewan (2), panik (2), mampu (2), lupa (2), selama (2), keyakinan (2), lemah (2), memohon (2), elak (2), sebarang (2), menggugat (2), ketenangan (2), emosi (2), hati (2), ketika (2), mengambil (2), mengandungi (2), mungkin (2), sekalipun (2), rehat (2), badan (2), kekal (2), baik (2), penting (2), sesuatu (2), latih (2), tubi (2), pelajaran (2), secara (2), output (2), learning (2), mata (2), topik (2), semak (2), bab (2), sepenuhnya (2), segera (2), memahami (2), langsung (2), menyambut (2), ramadhan (2), mubarak (2), malamnya (2), amalan (2), terawih (2), berpuasa (2), tamar (2), segelas (2), air (2), makan (2), urusan (2), bahkan (2), lazat (2), kedua (2), berusaha (2), menjaga (2), perkara (2), sia (2), saturday (2), result (2), percubaan (2), menjalani (2), menanti (2), maju (2), jaya (2), gambar (2), disember (2), sebenarnya (2), ura (2), bila (2), maybank2u, cimb, internet, banking, utusan, the, star, new, straits, times, metro, bernama, berita, main, stream, media, jun, kursus, tasawwur, institut, ppk, kpt, kpm, jpns, iab, list, http, impiansuri, blogspot, com, disiplin, inggeris, melayu, persatuan, kelab, kebajikan, sains, matematik, pusat, sumber, bimbingan, kaunseling, kokurikulum, hem, kurikulum, laman, sekiranya, pertanyaan, bawah, 89255928, diteruskan, melayari, sayonara, april, may, june, july, archive, view, complete, profile, about, subscribe, atom, older, berakhirnya, kelas, intensif, kehadiran, memuaskan, ramai, kamu, nanti, ingin, mengucapkan, berbanyak, mengorbankan, cuti, demi, hanya, membalasnya, semuanya, ptk, bukan, selisih, malaikat, lepas, harap, anjakan, gaji, time, base, kalau, rezeki, naik, gred, hakiki, pentadbir, tangan, swt, situasi, dihadapi, kami, beroleh, sept, membuatkan, sudah, dipelajari, tanamkan, menjawabnya, sebelum, pohon, keampunan, keredaan, makhluk, memang, lari, seorang, memper, hajat, tahajud, bantuan, bersolat, terbabit, konflik, menduduki, menimbulkan, pertelingkahan, terasa, keluarga, menjawab, kelak, kawal, terlalu, kafein, kopi, sukar, hilang, tumpuan, pemakanan, berkhasiat, seimbang, biar, sesibuk, cukup, bersenam, sekurang, kurangnya, minit, memastikan, cergas, pengaliran, oksigen, menghasilkan, otak, cerdas, pastikan, secukupnya, amat, berguna, senang, dibawa, saja, membaca, catatan, waktu, terluang, satu, cara, menguji, sejauh, pemahaman, berterusan, sebelumnya, menolong, mengatasi, bahagian, memperbanyakkan, ujian, simulasi, akhir, seharusnya, mengulang, kaji, iaitu, mengeluarkan, kembali, kefahaman, bentuk, lakaran, ataupun, menerangkan, membantu, menguatkan, ingatan, pembelajaran, biarpun, berubah, tetap, menyemaknya, membandingkan, kekerapan, keluar, lalu, difahami, peta, minda, mencatat, berkaitan, sama, separuh, kajian, pemetaan, khas, petua, thursday, kemerdekaan, memenuhi, sunat, witir, sebagainya, menyediakan, beberapa, biji, mempraktikkan, sunah, apabila, waktunya, buah, kurma, tiada, memadailah, melambatkan, sahur, menyibukkan, duniawi, ramadan, kesempatan, beribadat, mengingati, jauhkan, mengikut, dorongan, nafsu, beraneka, jenis, membanyakkan, siang, harinya, bersederhanalah, duanya, menyelami, kejerihan, lapar, dahaga, kesemua, pancaindera, anggota, tubuh, mendekati, melakukan, maksiat, mengawal, perut, merasai, minuman, haram, unsur, syubhat, memelihara, telinga, melihat, mendengar, dilarang, syarak, lidah, berdusta, mengumpat, mencampuri, adab, malah, lebih, begitu, pasti, amer, danish, ameruddin, hazwani, ahmad, suhaimi, hadfina, muhd, haron, husaini, aqilah, saharuddin, hamizahmohd, fauzi, amir, ashraff, shahruddin, syuhada, ahamad, redzuan, nurin, huda, abdul, mutti, ain, athirah, mohd, kamal, hingga, wednesday, tiba, paling, mendebarkan, sangat, ingat, pesanan, tawakkal, terbaik, terutama, mulia, insyaallah, usahakan, ayah, sentiasa, penuh, tibanya, tuesday, setelah, berdebar, debar, menceritakan, galanya, alhamdulillah, syabas, tanpa, mengenal, jemu, pertama, hero, heroin, manakala, tunggu, sambungan, berkemas, esok, medan, indonesia, bersama, rosli, ust, che, adenan, zilah, azrienna, asiah, suami, jemali, isteri, dimaklumkan, mulai, ikut, surat, mula, kehendak, permintaan, atasan, digantikan, cyberjaya, dah, lama, kedengaran, daerah, sepang, tentu, sah, walau, berat, meninggalkan, sayang, apakan, daya, merancang, tuhan, menentukan, tugasan, perjuangan, selesai, namun, mengharapkan, penolong, kanan, meneruskannya, ampun, maaf, salah, silap, kelemahan, mendoakan, terus, bidang, terhingga, kerjasama, sokongan, sumbangan, jumpa, assalamualaikum, wbt, sunday, menjana, berkualiti,
Text of the page (random words):
sk desa putra sk desa putra menjana warga berkualiti sunday december 14 2008 bertukar ke sk dengkil adalah dimaklumkan saya akan bertukar ke sk dengkil mulai 17 disember 2008 ikut surat mula 1 disember atas kehendak dan permintaan pihak atasan saya akan digantikan oleh guru besar dari sk cyberjaya sebenarnya ura ura ni dah lama kedengaran dalam daerah sepang cuma belum tentu sah atau tidak walau berat hati nak meninggalkan warga sk desa putra yang saya sayang apakan daya kerana kita merancang tuhan yang menentukan sebenarnya banyak lagi tugasan dan perjuangan saya yang belum selesai namun saya mengharapkan penolong kanan guru guru pibg juga guru besar baru akan meneruskannya saya memohon ampun dan maaf atas segala salah silap dan kelemahan jika ada dan saya mendoakan semoga sk desa putra terus cemerlang dalam semua bidang terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua atas segala kerjasama sokongan dan sumbangan kepada saya dan sekolah selama ini hubungi saya bila bila masa jika perlu selamat maju jaya jumpa lagi assalamualaikum wbt posted by gb at 6 32 am no comments saturday november 15 2008 keputusan upsr 2008 setelah berdebar debar menanti 13 november menceritakan segala galanya result upsr 2008 alhamdulillah 12 orang murid berjaya mendapat keputusan 5a syabas dan tahniah kepada anak anak yang berjaya selamat maju jaya terima kasih kepada guru guru yang telah berusaha tanpa mengenal jemu bagi anak anak cikgu yang lain usaha usaha dan usaha lagi banyak lagi kejayaan menanti anda gambar pertama adalah hero dan heroin sk desa putra yang berjaya mendapat 5a manakala gambar kedua adalah murid murid yang berjaya mendapat keputusan 4a tunggu sambungan cikgu nak berkemas esok nak ke medan indonesia bersama cikgu rosli ust che adenan cikgu zilah cikgu azrienna cikgu asiah suami dan en jemali serta isteri posted by gb at 2 57 pm no comments tuesday september 9 2008 tibanya upsr tiba lah hari hari yang paling mendebarkan bagi semua guru besar dan guru guru serta ibu bapa upsr 2008 anak anak tahun 6 ada yang sangat risau ada yang risau dan ada yang tidak risau langsung ingat pesanan guru dan ibu bapa tawakkal kepada allah buat yang terbaik mohon pertolongan nya terutama di bulan mulia bulan ramadhan al mubarak insyaallah anda akan dapat apa yang anda usahakan doa guru guru dan ibu ayah sentiasa untuk mu selamat menjalani peperiksaan upsr dengan penuh keyakinan semoga anda berjaya cemerlang posted by gb at 1 53 am no comments wednesday september 3 2008 keputusan percubaan upsr tahniah kepada anak anak muridku yang dapat result yang cemerlang dalam percubaan baru baru ni semoga anda kekal cemerlang malah lebih baik lagi begitu juga kepada semua anak muridku yang lain anda juga boleh berjaya pasti 5a keputusan 5a 1 amer danish ameruddin 2 nur hazwani ahmad suhaimi 3 hadfina muhd haron husaini 4 nur aqilah saharuddin 5 nur hamizahmohd fauzi 6 amir ashraff shahruddin keputusan 4a 1b 1 nur syuhada ahamad redzuan 2 nurin huda abdul mutti 3 ain athirah mohd kamal tahniah dan semoga anak anak tahun 6 berjaya cemerlang selamat menjalani upsr pada 9 hingga 11 september 2008 posted by gb at 5 27 am no comments saturday august 30 2008 adab berpuasa dan solat terawih 1 menjaga lidah daripada berdusta mengumpat dan mencampuri urusan orang lain 2 memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak 3 mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat 4 berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia sia 5 jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya bahkan bersederhanalah pada kedua duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga 6 jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat lazat 7 tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan ramadan bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada allah dan mengingati nya sebaik mungkin 8 mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya berbuka dengan buah tamar kurma dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur 9 menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air 10 memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih witir dan sebagainya selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak selamat menyambut hari kemerdekaan ke 51 posted by gb at 5 28 am no comments thursday august 21 2008 10 petua menghadapi peperiksaan khas buat anak muridku kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat semak sama ada anda memahami sepenuhnya separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan semak soalan tahun lalu setiap subjek biarpun soalan akan berubah setiap tahun anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan banyakkan pembelajaran secara output learning di saat saat akhir anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan latih tubi dan soalan tahun sebelumnya ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah nota ringkas nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya biar sesibuk mana sekalipun anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup jangan lupa bersenam sekurang kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas pemakanan berkhasiat dan seimbang elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein seperti kopi kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan kawal emosi elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak banyakkan berdoa dan bersolat sebagai makhluk yang lemah kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada allah s w t sebagai seorang islam anda perlu memper banyakkan solat hajat tahajud dan berdoa memohon bantuan nya sebelum melangkah ke dewan peperiksaan pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru jangan panik sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 apa yang sudah dipelajari selama ini tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya selamat menghadapi upsr pada 9 11 sept 2008 kami doakan anda semua beroleh kejayaan cemerlang mohon lah pertolongan allah swt dalam apa jua situasi yang dihadapi 5a di tangan anda doa dari semua ibu bapa dan guru anda posted by gb at 7 20 am no comments terima kasih cikgu hari ini berakhirnya kelas intensif 4 hari untuk murid murid tahun 6 kehadiran memuaskan cuma tahun 6g ramai juga yang tidak hadir tahniah kepada murid murid yang hadir cikgu doakan kamu semua lulus cemerlang nanti saya ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua guru yang telah sudi mengorbankan masa cuti demi anak anak skdp hanya allah jua yang dapat membalasnya semoga semuanya lulus ptk 44 bukan selisih malaikat 44 lepas ni harap semua dapat anjakan gaji dan time base atau kalau ada rezeki dapat guru cemerlang atau naik gred hakiki sebagai pentadbir posted by gb at 6 50 am no comments older posts home subscribe to posts atom about me gb view my complete profile blog archive 2008 35 december 1 bertukar ke sk dengkil november 1 september 2 august 9 july 3 june 8 may 3 april 8 maklumat terkini maklumat terkini daripada saya blog ini akan diteruskan oleh guru besar baru terima kasih kerana sudi melayari blog skdp sayonara sekiranya ada pertanyaan boleh hubungi melalui my guestbook di bawah atau hubungi pihak sekolah 03 89255928 laman sk desa putra home guru besar gpk kurikulum gpk hem gpk kokurikulum bimbingan dan kaunseling pusat sumber sekolah disiplin panitia matematik panitia sains panitia b inggeris panitia b melayu kelab kebajikan guru persatuan pibg link warga skdp http impiansuri blogspot com hubungi saya my guestbook link list iab jpns kpm kpt ppk 27 29 jun 2008 kursus tasawwur di institut latihan islam malaysia main stream media berita harian bernama harian metro new straits times the star utusan malaysia internet banking cimb maybank2u
|