Meta tags:
Headings (most frequently used words):
november, 2009, de, indahnya, bersama, al, qur, an, friday, february, 2010, saturday, 28, thursday, 26, monday, 16, ziarah, follow, facebook, badge, usratii, spider, web, krj, labels, titik, mediaapi, followers, palestinkini, trafik, kunjungan, jerit, bro, in, team, blog, archive, aq4, dan, realiti, lumrah, kehidupan, eid, el, adha, halal, haram,
Text of the page (most frequently used words):
yang (53), dan (37), years (19), ago (19), kita (17), itu (15), dari (14), allah (13), orang (13), dalam (12), kepada (12), aku (11), mereka (11), atau (10), kerana (10), daripada (10), dengan (10), masa (10), ini (8), untuk (8), tetapi (8), perjalanan (7), tersebut (7), mungkin (7), ujian (7), ada (7), tempahan (7), the (6), harta (6), seorang (6), tidak (6), pada (6), 2009 (5), eid (5), labels (5), abu (5), dapat (5), lebih (5), alhamdulillah (5), telah (5), apakah (5), seperti (5), hidup (5), akan (5), nya (5), penjahit (5), menyiapkan (5), anda (5), juri (5), bacaan (5), lagu (5), qur (4), november (4), buat (4), aktiviti (4), kami (4), islam (4), sahabat (4), comments (4), posted (4), nawas (4), kader (4), namun (4), jika (4), halal (4), sumber (4), juga (4), hati (4), rasulullah (4), para (4), pastinya (4), atas (4), satu (4), beramal (4), indahnya (3), bersama (3), aq4 (3), blog (3), kehidupan (3), janganlah (3), truth (3), widget (3), tazkiyatun (3), nufus (3), dakwah (3), you (3), anak (3), dunia (3), jalan (3), maka (3), bahawa (3), berubah (3), ianya (3), hilang (3), manakah (3), bank (3), mendapat (3), petunjuk (3), memberi (3), mampu (3), bahkan (3), adha (3), saudaraku (3), tak (3), tempat (3), pernah (3), tapi (3), berada (3), diuji (3), kesenangan (3), cukup (3), misalnya (3), kesulitan (3), fitnah (3), mati (3), kualiti (3), saja (3), berkualiti (3), ialah (3), amalannya (3), shalih (3), shallallahu (3), alaihi (3), sallam (3), seterusnya (3), thufail (3), ala (3), kulli (3), haal (3), tima (3), pastu (3), fasohah (3), templates (2), blogger (2), realiti (2), february (2), 2010 (2), mubarak (2), akhir (2), for (2), feedjit (2), live (2), stats (2), get (2), sini (2), jim (2), tanpa (2), bicara (2), hamba (2), kembali (2), menuju (2), antara (2), badge (2), sememangnya (2), mengalami (2), mahupun (2), seseorang (2), mempunyai (2), kebaikan (2), rahmat (2), ibu (2), ayah (2), datang (2), pusat (2), menggunakan (2), membelanjakan (2), jadi (2), menjadi (2), suatu (2), hidayah (2), firman (2), menjadikan (2), sebagai (2), darah (2), bukan (2), oleh (2), berdo (2), agar (2), haram (2), wallahu (2), lam (2), progress (2), giliran (2), muka (2), bumi (2), perlu (2), bekalan (2), beristirehat (2), pohon (2), setelah (2), meninggalkan (2), panduan (2), bermaksud (2), asing (2), berhati (2), terhadap (2), buruk (2), harus (2), kesempatan (2), sahaja (2), memberikan (2), melalui (2), kewajiban (2), baik (2), sekali (2), lepas (2), kalian (2), sesungguhnya (2), adalah (2), ajal (2), maut (2), kadar (2), berbeza (2), umur (2), tahun (2), diberikan (2), seminggu (2), sehari (2), bisa (2), kedua (2), dua (2), pertama (2), banyak (2), mengapa (2), biasa (2), mula (2), saat (2), lama (2), melainkan (2), berpesan (2), pesan (2), pasti (2), pedang (2), kebahagiaan (2), kat (2), sebelum (2), ketaq (2), baba (2), dpt (2), peringkat (2), iaitu (2), perkataan (2), menarik (2), nahwan (2), kasih (2), kira (2), dkat (2), jgak (2), salah (2), mantap (2), kan (2), kna (2), naik (2), skip (2), copyright, powered, created, wordpress, freethemelayouts, deluxe, archive, risalah, haraki, menggapai, mardhathillah, aimbaz, site, amar, ruf, nahi, mungkar_, hne, sori, kathiran, jiddan, the_true_way, delay, afarz, studio, sederhana, lion, dessert, tribute, takziah, aswad, syabab, revolution, sometimes, feel, regret, need_to_think, menjauh, fitri, coretan, dirimu, harapan, ummah, resep, kue, apem, khas, nusantara, fight, stand, blaze, bro, team, shoutmix, chat, view, shoutbox, jerit, kunjungan, trafik, and, many, other, not, seeing, more, info, widgetbox, great, free, widgets, terkini, palestin, palestinkini, followers, download, rec, nasyid, huhu, mediaapi, titik, dah, pindah, kelab, remaja, johor, hafizbai, send, contest, invitation, keindahan, bersamamu, rurale, trin, occupants, siapalah, krj, saif, jom, pendidikan, kini, izzatul, shouhar, unic, ust, zahazan, abim, karisma, spider, web, catatan, debu, bg63, what, give, back, kulidakwah, bermula, medan, baru, sangat, mencabar, insan, mencari, ilahi, siapa, sebenarnya, rabbi, keluargadakwah, lagii, matlamat, sharing, vision, perbincangan, ringkas, kesepakatan, melayu, ukhuwwah, introspektif, tarbawi, usratii, create, your, thufailhuffaz, sayuti, facebook, follow, ziarah, bismillah, perbicaraan, mengenai, tuntutan, melahirkan, cemerlang, jasmani, rohani, emosi, akal, ketahui, maqasid, mestilah, tsabat, senantiasa, tetap, proses, membentuk, kecacatan, terganggu, rencatan, gangguan, samada, zhahiriah, batiniyyah, terkadang, merasakan, berpotensi, kebolehan, berminat, arah, terhalang, keberkatan, dibelanjakannya, sumbernya, pekerjaan, perjudian, ataupun, mengamalkan, riba, wang, tidaklah, kehairanan, kepelikan, syeikh, milik, mafhumnya, bukanlah, kewajipanmu, muhammad, allahlah, sesiapa, kehendaki, 272, begitulah, mustahil, berkerja, doktor, menghalang, anaknya, sakit, sesetengah, warisi, daging, berasal, nenek, moyang, marilah, bermuhasabah, berusaha, bertawakkal, sepenuh, dijauhkan, syubhah, wali, yazu, billah, monday, eidul, kedatanganmu, disambut, laungan, takbir, tahmid, asalnya, peristiwa, menyayat, ganti, pengorbanan, lembu, kambing, menunggu, masing2, melihat, rakan2, memancarkan, semoga, aidul, kali, ibrah, semua, thursday, ubahnya, sebuah, terminal, hala, tuju, ilustrasi, disampaikan, baginda, menggambarkan, كالراكب, استذل, بشجرة, راح, تركها, musafir, bernaung, bawah, rendangnya, jugalah, disingkapi, sesuatu, sementara, sabda, الدنيا, كأنك, غريب, عابر, السبيل, hiduplah, engkau, selalunya, belum, memahami, selok, belok, sesebuah, wilayah, diami, sentiasa, semasa, berwaspada, berbagai, bagai, kemungkinan, manakala, memikirkan, bagaimana, mencapai, tujuan, sertakan, tiba, mengakhiri, peluang, sama, sunnah, rasul, menganugerahkan, kemampuan, berfikir, sejumlah, itulah, bukti, makhluk, semuanya, diberi, pahala, dilakukan, hukuman, segala, keburukan, kenyataan, selalu, melimpah, ruah, mengiringinya, syukur, ragam, ekonomi, masalah, kepincangan, keluarga, bersabar, dengannya, jangan, kamu, katakan, dahulu, jauh, senang, khuatir, menggoda, mendorong, alpa, lalai, ingin, ungkapan, abdullah, bin, mas, mengatakan, berlindung, kepadamu, pelbagai, pun, terlepas, berfirman, mohonlah, perlindungan, kesesatan, bahaya, tangan, khususkan, peruntukkan, walaupun, jumlahnya, beza, persoalannya, masanya, soal, gunakan, sewaktu, lagi, selama, semalam, bezanya, siapkan, boleh, menyiapkannya, menghabiskan, lain, fokus, suntuk, bermasud, menyebutkan, asasnya, mana, elok, berbanding, ciptakanlah, langkah, sekarang, mulakanlah, usaha, gigih, kuat, berserta, tawakkal, malikul, menjemput, menghadap, kalut, lima, golongan, bakal, menyesal, siapakah, terputus, saudaranya, ditimpa, musibah, berhasil, menangkap, musuh, penjagaannya, lemah, isteri, shalihah, wanita, ibnul, muqaffa, terus, bermaksiat, sehingga, menjemputnya, anugerahkannya, demi, manusia, kerugian, beriman, kebenaran, kesabaran, kadarnya, azza, jalla, setiap, bernyawa, pastilah, rebut, andai, raja, tahu, miliki, lumrah, saturday, hari, nie, audition, insaniah, besa, mula2, kalot, anah, lambat, leh, wawawa, sian, ngan, mama, rekod, kata, apa, markah, layak, apa2, pon, doa2, tajwid, mengasyikkan, sejuk, perut, mak, apapun, segi, tajwidnya, dibaiki, mimman, yanqalibu, ghunnahnya, byk, ghunnah, seimbang, harakatnya, tahniah, kaseh, tarannum, susunan, bayyati, agak, cuma, harakat, ke2, sikit, kesumbangan, keistimewaan, wuslah, dgn, rast, sedikit, gabungan, gaya2, araban, mcm, syaikh, habib, ahmad, ina, kesalahanlah, waqaf, wasatha, dikira, kesalahan, kenapa, adik, berhenti, maa, wallallahum, insyaallah, dak, org2, bwh, gelak, persembahan, sudut, rasa2, baca2, tuh, komen, kurang, camni, dialog, dia, sampai2, daftar, dlu, peserta, utk, baca, tunggu, skit, bila, pentas, rasa, gugup, peliknya, tergelak, hmm, pasaipa, ntah, baru2, sampai, org, bertuah, b007, jamesbond, tgh, amik, tiket, sbb, friday, log, contact, flickr, home, inilah, jalanku, teraba, raba, bertuntunkan, tongkat, akhirnya, kutemui, kusedari, bagaikan, duri, disaluti, emas, bertaburan, tempuhinya, jua, sidebar, main,
Text of the page (random words):
indahnya bersama al qur an skip to main skip to sidebar indahnya bersama al qur an inilah jalanku teraba raba bertuntunkan tongkat akhirnya kutemui jalan ini tanpa kusedari jalan ini bagaikan duri disaluti emas yang bertaburan namun pastinya kan ku tempuhinya jua home flickr contact log in friday february 5 2010 aq4 dan realiti dapat ke peringkat seterusnya sbb 90 ke atas alhamdulillah tgh amik tiket ke tempat seterusnya no bertuah b007 jamesbond pi 3 org ja sebelum mula baru2 sampai alhamdulillah hari nie aku dh p audition aq4 kat insaniah sebelum nk p tu ketaq besa ja mula2 kalot anah lambat x leh p wawawa sian aku p ngan mama baba ja sampai2 daftar dlu pastu dpt peserta ke 7 utk baca kira ok la tunggu lama skit kna giliran aku aku naik ketaq jgak la tp bila naik atas pentas alhamdulillah hilang rasa gugup yg peliknya aku nk tergelak hmm pasaipa ntah baca2 tuh kna komen lebih kurang camni la dialog dia juri fasohah thufail persembahan yg mantap tp dari sudut fasohah rasa2 la kan ada salah x aku insyaallah x dak pastu org2 kt bwh t gelak juri fasohah kesalahan yg pertama ialah kenapa adik berhenti dkat maa wallallahum itu kira kesalahanlah pastu waqaf dkat perkataan wasatha tu jgak dikira salah tp ala kulli haal bacaan yg mantap tima kasih juri tarannum thufail bacaan yg menarik susunan lagu bayyati agak baik cuma pada harakat ke2 lagu nahwan t dapat sikit kesumbangan tp keistimewaan anda ialah pada akhir lagu nahwan iaitu ada wuslah dgn lagu rast sedikit gabungan dua lagu dan bacaan anda ada gaya2 ke araban mcm syaikh habib ahmad na ina ala kulli haal bacaan yg menarik tima kasih juri tajwid thufail bacaan yg mengasyikkan sejuk perut mak anda tp apapun dr segi tajwidnya t dapat satu saja tempat yg perlu dibaiki iaitu pada perkataan mimman yanqalibu ghunnahnya byk tp ghunnah anda tidak seimbang harakatnya ala kulli haal tahniah tima kaseh alhamdulillah aku dpt markah 90 ke atas tp x pasti lg layak ke peringkat seterusnya apa2 pon doa2 la kat aku baba x dan nk rekod juri kata apa posted by abu nawas at 6 18 am 2 comments labels aktiviti dakwah saturday november 28 2009 lumrah kehidupan andai para raja itu tahu kebahagiaan yang kami miliki pastilah mereka rebut kebahagiaan kami itu dengan pedang pedang mereka saudaraku kehidupan tak ubahnya seperti sebuah perjalanan ianya perlu bekalan terminal tempat beristirehat dan mempunyai hala tuju ilustrasi seperti ini pernah disampaikan oleh rasulullah s a w kepada para sahabat baginda rasulullah shallallahu alaihi wa sallam pernah menggambarkan hidup dunia كالراكب استذل بشجرة ثم راح و تركها seperti seorang musafir yang bernaung di bawah rendangnya pohon ia beristirehat tapi setelah itu ia meninggalkan pohon tersebut dan kerana itu jugalah rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memberi kepada kita panduan agar hidup ini disingkapi sebagai sesuatu yang sementara sabda rasulullah shallallahu alaihi wa sallam كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر السبيل yang bermaksud hiduplah engkau di dunia seperti orang asing atau orang yang dalam perjalanan orang asing selalunya berhati hati kerana ia belum memahami selok belok sesebuah wilayah yang ia diami ia sentiasa berhati hati semasa dalam perjalanan dan berwaspada terhadap berbagai bagai kemungkinan buruk manakala orang yang dalam perjalanan akan memikirkan bagaimana untuk mencapai tujuan dan bekalan apakah yang yang harus ia sertakan dan yang pastinya akan tiba suatu masa bahawa ia harus mengakhiri perjalanan itu saudaraku dalam perjalanan ini peluang dan kesempatan kita tak pernah berubah sama sahaja allah s w t telah memberikan kepada kita petunjuk dan panduan melalui al qur an dan sunnah rasul nya allah s w t juga telah menganugerahkan kepada kita kemampuan untuk berfikir dan memberikan kepada kita sejumlah kewajiban itulah bukti rahmat allah s w t kepada makhluk nya setelah itu kita semuanya diberi pahala atas kebaikan yang dilakukan dan hukuman dari segala keburukan kenyataan ini menjadikan kita selalu berada dalam ujian allah s w t mungkin kita diuji dengan kesenangan harta yang cukup bahkan melimpah ruah misalnya apakah kita mampu mengiringinya dengan syukur kepada nya mungkin kita diuji melalui ragam kesulitan misalnya kesulitan ekonomi dan masalah kepincangan dalam keluarga tapi apakah kita mampu bersabar dengannya jangan kamu katakan bahawa ujian kesenangan itu lebih baik daripada ujian kesulitan kerana para sahabat dahulu jauh sekali daripada hidup senang kerana khuatir fitnah kesenangan lebih menggoda dan mendorong mereka untuk alpa dan lalai terhadap kewajiban para sahabat bahkan tidak ingin lepas dari ujian hidup seperti ungkapan do a abdullah bin mas ud janganlah kalian berdo a dengan mengatakan ya allah aku berlindung kepadamu dari pelbagai ujian hidup kerana tak akan ada seorang pun yang akan terlepas dari ujian allah s w t telah berfirman yang bermaksud sesungguhnya harta dan anak kalian adalah fitnah ujian maka mohonlah perlindungan kepada allah s w t daripada kesesatan dan bahaya fitnah saudaraku ajal dan maut sememangnya di tangan allah azza wa jalla setiap yang bernyawa pasti akan mati tetapi yang pastinya masa yang allah khususkan dan peruntukkan buat seseorang hamba itu pastinya cukup walaupun kadar atau jumlahnya berbeza beza ada yang mati pada umur 70 tahun tetapi ada juga yang mati pada umur 15 tahun mengapa kadarnya berbeza ya persoalannya di sini bukan kadar masanya tetapi soal kualiti masa yang ia gunakan sewaktu berada di muka bumi misalnya seorang penjahit diberikan masa untuk menyiapkan satu tempahan dalam masa seminggu seorang lagi penjahit diberikan masa selama sehari semalam sahaja untuk menyiapkan satu tempahan bisa saja kedua dua penjahit menyiapkan satu tempahan itu namun bezanya adalah kualiti tempahan yang telah mereka siapkan boleh jadi penjahit yang pertama dapat menyiapkannya tetapi banyak menghabiskan masa seminggu dengan aktiviti aktiviti yang lain dan tidak fokus pada tempahan tersebut mungkin juga penjahit kedua bisa menyiapkan tempahan itu dengan berkualiti sekali kerana menggunakan masa sehari suntuk untuk menyiapkan tempahan itu firman allah yang bermasud demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian melainkan yang beriman dan yang beramal shalih dan berpesan pesan kepada kebenaran dan berpesan pesan kepada kesabaran mengapa allah tidak menyebutkan melainkan orang orang yang aku anugerahkannya masa ya ng lama untuk beramal shalih asasnya ialah kualiti yang mana lebih elok amalannya antara orang yang banyak amalannya tetapi tidak berkualiti berbanding dengan orang yang amalannya biasa biasa saja tetapi cukup berkualiti maka mula dan ciptakanlah langkah anda dari sekarang mulakanlah dengan bicara usaha yang gigih dan kuat berserta tawakkal kepada nya janganlah saat malikul maut menjemput kita menghadap nya kita kalut beramal shalih kerana ada lima golongan yang bakal menyesal siapakah mereka orang yang hilang kesempatan beramal orang yang terputus dari saudaranya saat ia ditimpa musibah orang yang berhasil menangkap musuh tapi lepas kembali kerana penjagaannya yang lemah orang yang meninggalkan isteri shalihah jika diuji dengan wanita yang buruk orang yang terus bermaksiat sehingga ajal menjemputnya ibnul muqaffa wallahu a lam posted by abu nawas at 11 56 pm 0 comments labels tazkiyatun nufus thursday november 26 2009 eid el adha eidul adha kedatanganmu disambut dengan laungan takbir dan tahmid asalnya dari peristiwa yang menyayat hati ganti buat pengorbanan tersebut lembu dan kambing menunggu giliran masing2 melihat rakan2 memancarkan darah ke muka bumi semoga aidul adha kali ini memberi ibrah buat kita semua eid mubarak posted by abu nawas at 3 07 pm 1 comments labels eid monday november 16 2009 halal haram bismillah alhamdulillah perbicaraan mengenai tuntutan islam dalam melahirkan kader kader cemerlang jasmani rohani emosi dan akal sememangnya telah kita ketahui namun progress dalam menuju maqasid tersebut mestilah tsabat atau senantiasa tetap jika progress atau proses dalam membentuk kader tersebut mengalami kecacatan atau terganggu maka kader tersebut mungkin mengalami rencatan atau gangguan samada zhahiriah mahupun batiniyyah terkadang kita merasakan bahawa seseorang itu berpotensi mempunyai kebolehan dan berminat untuk berubah ke arah kebaikan namun ianya mungkin terhalang atau hilang keberkatan dan rahmat kerana harta yang dibelanjakannya dari manakah sumbernya jika daripada ibu mahupun ayah apakah halal pekerjaan mereka dari manakah sumber itu datang apakah ianya datang dari pusat pusat perjudian ataupun dari bank bank bank yang mengamalkan dan menggunakan riba dan ke manakah ia membelanjakan wang tersebut jadi tidaklah menjadi suatu kehairanan atau kepelikan jika anak seorang da i syeikh tidak berubah atau mendapat hidayah kerana hidayah milik allah firman allah mafhumnya bukanlah kewajipanmu muhammad menjadikan mereka mendapat petunjuk tetapi allahlah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang ia kehendaki qs 2 272 begitulah juga mustahil seorang ayah atau ibu yang berkerja sebagai doktor mampu menghalang anaknya daripada sakit sesetengah daripada mereka mungkin membelanjakan harta daripada sumber yang halal tetapi mungkin harta yang mereka warisi dan menjadi darah daging mereka yang berasal daripada nenek moyang mereka bukan dari sumber yang halal oleh itu marilah kita bermuhasabah berusaha dan bertawakkal sepenuh hati dan berdo a agar dijauhkan daripada mendapat harta daripada sumber yang syubhah bahkan yang haram wali yazu billah wallahu a lam posted by abu nawas at 5 55 pm 0 comments labels tazkiyatun nufus ziarah follow facebook badge thufailhuffaz sayuti create your badge de usratii introspektif tarbawi perbincangan ringkas antara kesepakatan melayu ukhuwwah islam 11 years ago sharing the vision jalan menuju matlamat 13 years ago dakwah kami keluargadakwah kembali lagii 13 years ago hamba mu rabbi siapa yang dapat lebih sebenarnya 15 years ago perjalanan insan mencari ilahi bermula di medan baru sangat mencabar 15 years ago kulidakwah what you give you get back 16 years ago bg63 catatan debu 17 years ago spider web jim karisma abim ust zahazan sahabat unic shouhar izzatul islam dunia islam kini jom bicara pendidikan anak abu saif krj siapalah aku tanpa mu rurale trin occupants 6 years ago keindahan bersamamu hafizbai send you a contest invitation 15 years ago kelab remaja jim johor kami dah pindah 16 years ago labels eid 1 aktiviti dakwah 1 tazkiyatun nufus 2 titik feedjit live blog stats mediaapi download rec nasyid di sini huhu followers palestinkini get the terkini palestin widget and many other great free widgets at widgetbox not seeing a widget more info trafik feedjit live blog stats kunjungan jerit view shoutbox shoutmix chat widget bro in de team fight for the truth stand for the truth blaze the truth 99 resep kue apem khas nusantara 10 years ago dirimu harapan ummah coretan akhir 13 years ago ok fitri janganlah menjauh dari ku ini 14 years ago need_to_think sometimes i do feel regret 14 years ago syabab revolution tribute takziah buat aswad 14 years ago lion of the dessert sederhana dalam kehidupan 16 years ago afarz studio no delay 16 years ago the_true_way sori kathiran jiddan 16 years ago hne eid mubarak 16 years ago amar ma ruf nahi mungkar_ aimbaz site menggapai mardhathillah risalah haraki blog archive 2010 1 february 1 aq4 dan realiti 2009 3 november 3 copyright 2009 indahnya bersama al qur an powered by blogger blogger templates created by deluxe templates wordpress by freethemelayouts
|