Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2011, october, wardatul, iman, thursday, blog, bunga, keimanan, december, 29, wednesday, november, tuesday, 11, monday, jumlah, pengunjung, lelaki, perempuan, perkongsian, archive, pertukaran, ke, baru, berakhirnya, kita, insan, biasa, kembara, ilmu, sajak, tetamu, senja, samad, said,
Text of the page (most frequently used words):
yang (32), kita (30), dan (14), ini (14), blog (12), saya (9), allah (9), dalam (9), akan (9), tidak (7), itu (7), #october (6), baru (6), mana (6), menjadi (6), untuk (6), posted (5), anak (5), laut (5), 2011 (5), telah (5), masa (5), dijadikan (5), kemudian (5), pelajaran (5), december (4), hati (4), apa (4), assalamualaikum (4), wbt (4), kerana (4), tiada (4), buat (4), memberi (4), mereka (4), terus (4), juga (4), begitulah (4), sendiri (4), sebenarnya (4), perkara (4), pada (4), november (3), video (3), diri (3), comments (3), sebagai (3), banyak (3), semua (3), sungguh (3), hidayah (3), menerus (3), sehinggalah (3), keadaan (3), kepada (3), diberikan (3), oleh (3), sesat (3), sedikit (3), setiap (3), golongan (3), betul (3), lakukan (3), korea (3), dosa (3), hidup (3), air (3), dengan (3), tanam (3), tanaman (3), orang (3), ada (3), lagi (3), wardatul (3), iman (3), february (2), march (2), april (2), may (2), tazkirah (2), kehidupan (2), aisyah (2), ismail (2), muhd (2), posts (2), tahun (2), memberikan (2), sangat (2), jadi (2), hanya (2), thursday (2), comment (2), swt (2), menemui (2), beriman (2), ingatlah (2), barang (2), siapa (2), maka (2), suatu (2), pun (2), dapat (2), biarkan (2), akhirnya (2), nya (2), seorang (2), kali (2), sejenak (2), takut (2), apabila (2), adakah (2), berada (2), atau (2), sebaliknya (2), namun (2), terasa (2), kah (2), fikirkan (2), jika (2), benar (2), drama (2), selama (2), tiba (2), hanyalah (2), gadis (2), begitu (2), bila (2), indah (2), perbuatan (2), engkau (2), lalu (2), sumber (2), bumi (2), bermacam (2), macam (2), seperti (2), manusia (2), kelebihan (2), kekurangan (2), masing (2), insan (2), biasa (2), kenangan (2), diaridakwah (2), wordpress (2), artikel (2), bunga (2), keimanan (2), awesome, inc, theme, powered, blogger, january, june, july, september, archive, best, tarbiyah, taaruf, sketsa, resepi, program, pembangunan, mari, membaca, lirik, lagu, kisah, khutbah, jumaat, jalan, dakwah, episod, dear, diary, cerita, ceramah, buku, ertinya, menganut, islam, perkongsian, nuratiqah, zainal, jannah, mat, noh, huda, mansor, farah, najwa, asma, nabihah, razak, ainol, suraya, perempuan, zulhilmi, zolhelmi, zayd, umair, zakwan, wan, firdaus, saufi, zaini, norshah, aizat, meor, arief, mengajar, belajar, kamal, haziq, marzuki, hilal, asyraf, hafiz, karim, ferdaus, farid, wajdi, che, london, ahmad, zaid, jasmin, abu, khairah, lelaki, jumlah, pengunjung, subscribe, atom, home, older, sajak, tetamu, senja, samad, said, monday, pertama, sekali, ingin, memohon, maaf, lama, terbiar, post2, kesibukan, pelajar, perubatan, sememangnya, hambatan, waktu, hebat, terdekat, mampu, berkongsikan, menarik, rasa, pengajaran, kembara, ilmu, beruntunglah, berikan, secara, ajalnya, menyesatkannya, rugilah, ajal, memberinya, petunjuk, serba, mukaddimah, selalu, diucapkan, sahabat, ketika, diminta, mendengarnya, membuatkan, terfikir, tentang, aku, kadang, kala, memikirkan, nasib, kerisauan, lebih, besar, berlaku, cuba, rutin, harian, teliti, seharian, semuanya, mengikut, perintah, contoh, mungkin, peminat, bertahun, lamanya, tersedar, tonton, comel2, dek, minat, mendalam, seolah, olah, meminta, agar, mengerti, memaafkan, terpaksa, menonton, sudah, terbiasa, fikir, semula, sedemikian, tanda, sekiranya, sekarang, perjalanan, umpama, sebatang, pohon, nukilkan, berkali, quran, apakah, memerhatikan, bahawa, menurunkan, dari, langit, diaturnya, ditumbuhkannya, warnanya, kering, melihatnya, kekuning, kuningan, hancur, berderai, derai, demikian, terdapat, bagi, mempunyai, akal, sihat, pernah, bayi, membesar, alam, remaja, seterusnya, berkerjaya, berkeluarga, berlalu, tua, kembali, menghadap, illahi, tidakkah, ayat, atas, berguna, tumbuhan, memandangnya, tapi, bukan, dimakan, lazat, rasanya, walaupun, kurang, rupanya, punyai, penting, ialah, menerima, seadanya, dihinggapi, pelbagai, parasit, perosak, sepanjang, khilaf, menzalimi, lah, bermakna, perlu, bergelumang, tersebut, punya, pilihan, menentukan, depan, bak, kat, pepatah, ditimpa, hujan, lautan, bergelora, tuesday, sekejap, wardatuliman, berkubur, bersama, dalamnya, insyaallah, digantikan, sebuah, alamatnya, berakhirnya, wednesday, alhamdulillah, satu, iaitu, disiapkan, menggantikan, boleh, dilawati, pautan, berikut, http, com, artikel2, daripada, dimuatkan, bilangan, masih, mudah, mudahan, dikongsikan, pertukaran,
Text of the page (random words):
wardatul iman bunga keimanan wardatul iman bunga keimanan thursday december 29 2011 pertukaran ke blog baru assalamualaikum wbt alhamdulillah satu blog baru iaitu diaridakwah wordpress telah disiapkan untuk menggantikan blog ini blog ini boleh dilawati pada pautan berikut http diaridakwah wordpress com tiada artikel2 daripada blog ini akan dimuatkan dalam blog baru saya oleh itu bilangan artikel masih lagi sangat sedikit pada blog baru ini mudah mudahan artikel yang dikongsikan akan memberikan banyak pelajaran buat saya dan semua posted by anak laut at 2 25 pm no comments wednesday november 2 2011 berakhirnya wardatul iman assalamualaikum wbt dalam sekejap masa lagi blog wardatuliman ini akan berkubur bersama kenangan kenangan dan pelajaran pelajaran yang ada di dalamnya insyaallah blog ini akan digantikan dengan sebuah blog baru dan alamatnya akan diberikan sedikit masa lagi posted by anak laut at 11 55 am 1 comment tuesday october 11 2011 kita insan biasa assalamualaikum wbt sungguh beruntunglah mereka yang allah swt berikan hidayah secara terus menerus sehinggalah mereka menemui ajalnya dalam keadaan beriman kepada allah ingatlah barang siapa diberikan hidayah oleh allah maka tiada suatu apa pun yang dapat menyesatkannya sungguh rugilah mereka yang allah swt biarkan sesat sehinggalah akhirnya mereka menemui ajal dalam keadaan tidak beriman kepada nya ingatlah juga barang siapa yang allah biarkan sesat maka tiada suatu apa pun yang dapat memberinya petunjuk begitulah serba sedikit mukaddimah yang selalu diucapkan oleh seorang sahabat saya ketika diminta memberi tazkirah setiap kali mendengarnya membuatkan saya terfikir sejenak tentang diri sendiri di mana sebenarnya aku ini kadang kala saya menjadi takut apabila memikirkan nasib sendiri adakah kita ini berada dalam golongan yang diberikan hidayah terus menerus atau sebaliknya namun kerisauan yang lebih besar sebenarnya berlaku apabila kita ini berada dalam golongan yang sesat namun dijadikan hati kita ni terasa betul akan semua perkara yang kita lakukan tidak takut kah kita cuba fikirkan sejenak akan rutin harian kita jika kita teliti betul betul akan setiap perkara yang kita lakukan seharian adakah semuanya itu benar benar mengikut perintah allah atau sebaliknya sebagai contoh kita mungkin seorang peminat drama korea selama bertahun tahun lamanya dan tiba tiba kita tersedar jika yang kita tonton selama ni hanyalah gadis gadis korea yang comel2 kemudian dek kerana minat yang begitu mendalam kita seolah olah meminta agar allah mengerti dan memaafkan kita kerana terpaksa terus menonton drama korea kerana sudah begitu terbiasa bila kita fikir fikirkan semula tidak kah perkara perkara sedemikian menjadi tanda sekiranya hati kita ini telah dijadikan terasa indah kepada perbuatan perbuatan dosa jadi di golongan mana kita sekarang perjalanan hidup kita ini hanyalah umpama kehidupan sebatang pohon yang allah nukilkan berkali kali di dalam al quran apakah engkau tidak memerhatikan bahawa allah menurunkan air dari langit lalu diaturnya menjadi sumber sumber air di bumi kemudian dengan air itu ditumbuhkannya tanam tanaman yang bermacam macam warnanya kemudian menjadi kering lalu engkau melihatnya kekuning kuningan kemudian dijadikan nya hancur berderai derai sungguh pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang orang yang mempunyai akal sihat kita pernah menjadi bayi kemudian kita membesar sehinggalah ke alam remaja seterusnya berkerjaya berkeluarga dan bila masa berlalu kita akan menjadi tua dan akhirnya kembali menghadap illahi tidakkah ayat di atas memberi pelajaran berguna buat kita seperti mana tanam tanaman yang dijadikan bermacam macam begitulah juga kita sebagai manusia ada tumbuhan yang dijadikan indah untuk kita memandangnya tapi bukan untuk dimakan ada juga yang lazat rasanya walaupun kurang pada rupanya setiap orang punyai kelebihan dan kekurangan masing masing apa yang penting sebenarnya ialah untuk kita memberi dengan kelebihan itu dan menerima seadanya kekurangan itu seperti mana tanam tanaman yang dihinggapi pelbagai parasit dan perosak begitulah juga manusia sepanjang hidup ini telah banyak khilaf dan dosa yang telah kita lakukan untuk menzalimi diri sendiri tidak lah itu bermakna yang kita perlu terus menerus hidup dalam keadaan bergelumang dalam dosa tersebut kita sebenarnya punya pilihan untuk menentukan masa depan sendiri bak kat pepatah bumi mana tidak ditimpa hujan dan lautan mana tidak bergelora begitulah kita ini hanya insan biasa posted by anak laut at 9 23 am 1 comment thursday october 6 2011 kembara ilmu assalamualaikum wbt pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana telah lama blog ini terbiar dan tiada post2 yang baru kesibukan sebagai pelajar perubatan di tahun 3 sememangnya memberikan hambatan waktu yang sangat hebat jadi buat masa yang terdekat ni saya hanya mampu berkongsikan video video yang menarik yang saya rasa banyak memberi pengajaran buat kita semua posted by anak laut at 3 17 pm no comments monday october 3 2011 sajak tetamu senja a samad said posted by anak laut at 11 41 pm no comments older posts home subscribe to posts atom jumlah pengunjung lelaki abu khairah ahmad zaid jasmin che gu london farid wajdi ferdaus hafiz karim hilal asyraf ismail marzuki kamal haziq mengajar dan belajar meor muhd arief norshah aizat saufi zaini wan muhd firdaus zakwan zayd umair zolhelmi zulhilmi perempuan ainol suraya aisyah ismail aisyah razak asma nabihah farah najwa huda mansor jannah mat noh nuratiqah zainal perkongsian apa ertinya saya menganut islam 3 buku 1 ceramah 1 cerita 3 dear diary 8 episod hati 12 jalan dakwah 2 khutbah jumaat 1 kisah hati 2 lirik lagu 3 mari membaca 1 pembangunan diri 8 program 2 resepi 1 sketsa kehidupan 9 taaruf 1 tarbiyah 2 tazkirah 1 video best 4 blog archive december 1 november 1 october 3 september 6 july 10 june 9 may 7 april 1 march 6 february 1 december 11 october 2 may 4 april 9 march 5 february 5 january 4 december 1 november 2 october 4 awesome inc theme powered by blogger
|