Meta tags:
Headings (most frequently used words):
perkasa, ekonomi, april, 2010, baru, 2011, blog, kongres, bumiputera, model, pada, dr, zubir, harun, sunday, 17, saturday, 16, friday, june, 11, monday, about, me, yahoo, messenger, followers, archive, counter, blogger, pahang, popular, page, pilihan, traffic, realiti, politik, bn, mampu, memerintah, tanpa, undi, kaum, cina, tubuh, pemantau, resolusi, mbe, laporan, ringkas, mengenai, keb, yang, dianjurkan, oleh, majlis, perundingan, melayu, mpm, 29, mei, agenda, bumiputra, dalam, rmk, 10, ucapkan, terima, kaseh, dato, najib, sokong, bersyarat,
Text of the page (most frequently used words):
dan (91), yang (74), bumiputera (53), #melayu (38), perkasa (37), cina (35), untuk (34), #ekonomi (31), mereka (27), dalam (26), kaum (26), ago (25), akan (25), ini (25), years (24), tidak (24), baru (23), kerajaan (23), dengan (23), kepada (21), mbe (19), pada (19), telah (19), itu (16), negara (15), oleh (14), sokongan (14), adalah (13), majlis (13), perlu (13), pembangunan (13), orang (13), sarawak (13), pengundi (13), kini (13), zubir (12), harun (12), kerana (12), agenda (12), kementerian (12), najib (12), dari (11), menteri (11), menjadi (11), masih (10), daripada (10), sebagai (10), seperti (10), bagi (10), datuk (10), umno (9), malaysia (9), mei (9), dap (9), juga (9), politik (9), 2010 (9), beliau (9), seri (9), program (9), memberi (9), mpen (9), negeri (8), pemantau (8), tanpa (8), terhadap (8), perdana (8), berkaitan (8), serta (8), mpm (8), dato (8), boleh (8), bahawa (8), kerusi (8), hanya (7), april (7), model (7), ada (7), tersebut (7), nasional (7), jelas (7), tun (7), semua (7), kongres (7), terus (7), presiden (6), suara (6), pilihan (6), pahang (6), kita (6), menang (6), mana (6), comments (6), posted (6), mahu (6), menyokong (6), bukan (6), mara (6), usahawan (6), besar (6), ketua (6), pelbagai (6), yab (6), razak (6), sendiri (6), pelaksanaan (6), mengalu (6), iaitu (6), resolusi (6), diri (6), majoriti (6), lagi (6), raya (6), dulu (6), blog (5), hati (5), lebih (5), 2011 (5), atau (5), pertubuhan (5), meb (5), ekuiti (5), dasar (5), berikut (5), secara (5), melalui (5), tabung (5), peruntukan (5), perundingan (5), lain (5), sudah (5), india (5), anak (4), antara (4), mendengar (4), dua (4), dapat (4), rakyat (4), hari (4), realiti (4), mampu (4), memerintah (4), naib (4), pengerusi (4), semasa (4), beberapa (4), kawasan (4), kekayaan (4), pemilikan (4), masyarakat (4), syarikat (4), berhad (4), pnb (4), bumiputra (4), menubuhkan (4), tertinggi (4), memantau (4), unit (4), manakala (4), dahulu (4), alukan (4), inisiatif (4), usaha (4), hartanah (4), tetapi (4), pemimpin (4), hak (4), semakin (4), membuat (4), mungkin (4), segala (4), dewan (4), tetap (4), percaya (4), undi (4), kepentingan (4), aku (4), makan (3), bangsa (3), mahathir (3), selamat (3), pru (3), prihatin (3), biro (3), utama (3), pihak (3), perkara (3), projek (3), utusan (3), kuala (3), lumpur (3), penduduk (3), satu (3), berkata (3), mesti (3), mendapat (3), pula (3), mengambil (3), anjuran (3), memperkasakan (3), amanah (3), nkra (3), glc (3), kewangan (3), ngo (3), ahli (3), sebelum (3), rasa (3), atas (3), sabah (3), dilakukan (3), peringkat (3), penubuhan (3), sektor (3), baik (3), dipenuhi (3), namun (3), keb (3), dianjurkan (3), tinggi (3), pendirian (3), mengenepikan (3), deb (3), demikian (3), terpinggir (3), air (3), dokumen (3), berkenaan (3), termasuk (3), sebuah (3), badan (3), ibrahim (3), merasakan (3), selepas (3), pembangkang (3), 2006 (3), kehilangan (3), prus (3), tapi (3), apa (3), bandar (3), akhirnya (3), menolak (3), datang (3), awang (3), janganlah (3), jika (3), rungutan (3), blogger (2), feedjit (2), live (2), stats (2), ucapan (2), 2009 (2), laporan (2), siri (2), global (2), tanah (2), tahun (2), jerantut (2), kebangsaan (2), sekitar (2), turut (2), dilihat (2), komersial (2), november (2), 2008 (2), june (2), tubuh (2), yahoo (2), sehingga (2), desakan (2), mengenai (2), hasil (2), posts (2), pribumi (2), keadilan (2), sosial (2), pengagihan (2), dibuat (2), mengikut (2), berdasarkan (2), salah (2), organisasi (2), dijadikan (2), landasan (2), komposisi (2), wajib (2), peratus (2), sementara (2), katanya (2), bengkel (2), sini (2), perdagangan (2), mppb (2), langkah (2), memastikan (2), bawah (2), jabatan (2), mempunyai (2), bidang (2), membangunkan (2), peranan (2), agensi (2), perbadanan (2), punb (2), permodalan (2), diperluas (2), harus (2), keusahawanan (2), haji (2), lembaga (2), angkatan (2), tentera (2), ltat (2), penting (2), membantu (2), pegawai (2), eksekutifnya (2), prestasi (2), pelantikan (2), proses (2), akademik (2), bersyarat (2), ingin (2), kedalam (2), rmk10 (2), diketuai (2), swasta (2), pengurusan (2), sangat (2), hal (2), terima (2), kasih (2), meningkatkan (2), pelaburan (2), kedua (2), peningkatan (2), alukankan (2), pembiayaan (2), sebanyak (2), bilion (2), tenaga (2), walaupun (2), tuntutan (2), 1000 (2), luar (2), prof (2), setiausaha (2), ali (2), tujuan (2), tahap (2), berpendapatan (2), 2020 (2), sebulat (2), arahan (2), dsn (2), kaedah (2), adil (2), kegagalan (2), kelemahan (2), sebenar (2), menyatakan (2), kali (2), output (2), outcome (2), potensi (2), mati (2), digunakan (2), malam (2), pengakuan (2), jangan (2), jamadil (2), allah (2), mekanisme (2), bertindak (2), kata (2), wira (2), naibnya (2), wiranita (2), melantik (2), barisan (2), membentuk (2), meningkat (2), berbanding (2), undangan (2), janji (2), berpihak (2), komuniti (2), amat (2), mementingkan (2), pasti (2), banyak (2), selama (2), mahukan (2), tunduk (2), malah (2), memerlukan (2), sentimen (2), benar (2), melakukan (2), kembali (2), tiada (2), keyakinan (2), menguasai (2), parlimen (2), saya (2), pun (2), kalau (2), penguasaan (2), menjaga (2), keutamaan (2), peluang (2), kelebihan (2), sedikit (2), setia (2), umum (2), nanti (2), sikap (2), lama (2), sesuatu (2), strategi (2), keputusan (2), ialah (2), golongan (2), bersedia (2), sahaja (2), tercicir (2), picture, window, theme, powered, traffic, che, det, pau, penggabung, huru, hara, sebagaimana, mesir, berani, tragedi, mageran, kacamata, taik, jarang, peneroka, pasaran, nobisha, arif, sabri, fuziah, saleh, tikus, makmal, beranikan, adic, sixth, aceh, development, international, conference, 2017, sanusi, junid, episod, kebas, langkawi, bela, kuda, master, dedah, cara, naikkan, penjualan, minyak, kelapa, sawit, sewajarnya, bijak, bumiyang, gempar, angkat, sumpah, the, antics, husin, lempoyang, popular, page, warisan, gabungan, karpal, singh, peguam, saksi, anwar, meliwat, gambi, umat, keraguan, aminchenor, bila, puakumbu, abang, beca, sebaik, usai, sri, tri, buana, garis, sempadan, kalah, ingatkah, 1969, abu, nawas, sjkc, sekolah, jenis, seratah, persimpangan, ababina, 328, tokoh, ulamak, daerah, pekan, 1600, 1900m, musang, tembaga, cawangan, pak, pejuang, agama, kembara, penemuan, misteri, dijelaskan, juri, bodoh, baju, hitam, urag, drrulug, hours, isu, eksport, pasir, sungai, wajar, dipolemikkan, sudut, keuntungan, semata, mata, daily, online, widgeo, net, counter, january, february, march, archive, followers, drzubirharun, com, messenger, view, complete, profile, diperkenal, pengritik, menganggap, mempengaruhi, menjejas, terpaksa, digugurkan, tulisan, kajian, aktivis, alam, aktif, membantah, pembinaan, empangan, kelau, memusnahkan, habitat, hidupan, liar, about, subscribe, atom, home, older, petikan, nisbah, prasyarat, sekiranya, maka, kadar, aset, diagihkan, sehubungan, dikhususkan, ketetapan, dinilai, dipertimbangkan, sebahagian, perindustrian, mencadangkan, berterusan, ditingkatkan, meletakkannya, dinaik, taraf, keberhasilan, setiap, diperkukuhkan, menceburi, venture, capital, bhd, ekuinas, dimaksimumkan, menggunakan, pendekatan, korporat, felda, bekerjasama, melaksanakan, zmelibatkan, melibatkan, memasukkan, tanggungjawab, penilaian, berorientasikan, digandakan, seramai, 150, peserta, terdiri, pakar, hadir, membincangkan, cadangan, memantapkan, dilaksanakan, sokong, monday, merakamkan, terharu, hasrat, didalam, menletakkan, merancang, menyelaras, dianggotai, kabinet, kanan, perancang, urusetia, efisien, efektif, sesungguhya, mengubat, kecewa, pembuburan, mecd, merakam, selain, sasaran, penyertaan, kekal, sratejik, pertama, penginstitusian, diperbaharui, diperkukuh, menggembleng, dana, memperluas, kawalan, mempertingkatkan, bertujuan, mengurangkan, kekangan, melabur, industri, faedah, nilai, ketiga, menambah, kemahiran, mengalukan, rm3, rm1, kemudahan, keempat, guna, profesional, tuntas, berpuas, kira, menyeru, supaya, membelah, menjayakan, rmk, ucapkan, kaseh, dihadiri, mengupas, dibentangkan, normah, penasihat, diulas, empat, panel, senator, akbar, halipah, esa, rajani, ramlan, ramlah, adam, melonjakkan, gnp, per, kapita, us7, 250, 000, disokong, setelah, mengkajinya, teliti, menerimanya, prinsipnya, ianya, ditolak, terpahat, mengandungi, syor, didapati, mengingkari, objektif, dikekalkan, pelaksanaannya, ditransformasikan, berlaku, meletakkan, kesemua, menyerang, menghina, khususnya, menghumbankan, longkang, keistemewaan, 153, perlembagaan, dengannya, perkataan, disebut, buku, ringkasan, menjamin, mengutamakan, bertentangan, tsmy, outcomenya, membimbangkan, jurang, melebar, umpama, ayam, kepuk, kelaparan, itek, kehausan, alat, menjajah, senjata, menumbangkan, analisanya, seimbang, menelanjangkan, kurang, memaparkan, kejayaannya, kerangka, teori, agak, lemah, bahasa, keras, kasar, jujur, perbandingan, sempena, penyerahan, menegaskan, belum, dimuktamadkan, makna, menjauhkan, jaminan, ketepikan, meminta, khuatir, meneliti, pandangan, rakan, merupakan, ringkas, tema, perisytiharan, akhir1431, nama, pemurah, penyayang, bahawasanya, berlangsung, akhir, 1431, disertai, perwakilan, 110, para, peminpin, seluruh, bermuafakat, bersama, diumumkan, mohd, mengubah, mampan, inklusif, menempatkan, betul, mencapai, status, maju, menjelang, baca, seterusnya, disini, friday, berperanan, presidennya, dikenali, bakal, pusat, sehenti, kumpulan, individu, aduan, berhubung, peneraju, teraju, adanya, diusahakan, jaringan, penyelidikan, bilik, perang, mawar, mencari, terbaik, sidang, akhbar, mempengerusikan, mesyuarat, kelab, sultan, sulaiman, dekat, ditubuhkan, masa, terdekat, perkembangan, mengumumkan, irwan, fahmi, ideris, selaku, nurul, izham, anuar, jelasnya, datin, paduka, norkhaila, jamaluddin, syazrina, sharani, meletak, jawatan, sebab, peribadi, komitmen, bendahari, marzuki, menggantikan, shuib, lazim, dipertua, wilayah, persekutuan, mokhtar, samad, digantikan, saifuddin, abdul, hamid, tambahnya, saturday, tahniah, majority, sekaligus, nanum, pilihanraya, buah, prn, sepertimana, jangka, membuktikan, kesetiaan, penyumbang, terbesar, kemenangan, dipilihan, sebaliknya, terutama, sibu, bintulu, miri, ibarat, beri, madu, balas, hempedu, berlainan, melanau, bidayuh, ulu, iban, mahupun, pendalaman, menunjukan, ampuh, sedikitpun, termakan, manis, taburkan, bukti, hampir, peduli, bantuan, dicurahkan, dikatakan, bersikap, menekan, memperoleh, terutamanya, majoritinya, menuntut, mengambilkira, diambilkira, kaut, menyediakan, memihak, ambil, kisah, ramai, kukuh, inilah, pattern, corak, pru13, perubahan, mca, gagal, menarik, agar, nampaknya, pengudi, soalan, dijawab, apakah, fikir, talian, hayat, berhati, putus, berbelah, bahagi, samada, ataupun, sampai, mentadbir, yakin, sebegini, lepaskan, sukar, berpeluang, beruntung, populasi, mudah, pergolakan, hebat, mula, demi, dihapuskan, bernaung, berkongsi, tiri, perlantikan, dulunya, disandang, dikenalpasi, kerja, pelancongan, hijau, antarabangsa, miti, portugis, sumber, manusia, pengangkutan, kesemuanya, mendapatkan, semula, disedari, tersalah, tiba, masanya, tumpuan, serius, setuju, analisa, bertarikh, pengajaran, diambil, persiapan, menghadapi, sekali, semenanjung, sama, hakikatnya, sebegitu, pengaruh, kuasa, dominan, diharapkan, samar, memakan, merangka, mengharapkan, parti, risiko, maknanya, usahlah, dirayu, permintaan, biarlah, natural, bimbang, jalan, keluarnya, kemungkinan, berulang, senario, dielakkan, penyokong, dikejar, dikendung, keciciran, etnik, kian, penambahan, peratusan, kecil, bonus, arah, bermula, sekarang, prk, menyerlahkan, perjuangan, mulai, saat, diubah, memenuhi, keperluan, utamakan, kemajuan, kesejahteraan, disebabkan, pertolongan, tahu, berterima, biar, dicuba, sedaya, upaya, sehinga, sedangkan, senarai, panjang, ditanah, suarakan, terpulang, mempertimbangkannya, moga, membuka, rintihan, harapan, menghukum, meminggirkan, semuanya, terlambat, mengubal, strateji, sosio, mengukuhkan, transformasi, bersungguh, sungguh, takut, menunjuk, warna, anti, sunday, pertua,
Text of the page (random words):
it keutamaan bumiputera telah dihapuskan kalau dahulu ada kementerian pembangunan usahawan di mana mara bernaung kini sudah tiada mara kini berkongsi peruntukan sebagai anak tiri kementerian luar bandar pemimpin umno juga telah memberi kelebihan kepada kaum cina di dalam perlantikan bukan bumiputera sebagai ketua setiausaha kementerian yang dulunya disandang oleh bumiputera antara kementerian yang dikenalpasi adalah seperti berikut 1 kementerian kerja raya dulu melayu kini india 2 kementerian pelancongan dulu melayu kini cina 3 kementerian tenaga dan hijau dulu melayu kini cina 4 kementerian perdagangan antarabangsa miti dulu melayu kini portugis india 5 kementerian sumber manusia dulu melayu kini india 6 kementerian pengangkutan dulu melayu kini cina kesemuanya dilakukan kerana ingin mendapatkan sokongan semula kaum cina apa yang tidak disedari oleh pemimpin umno adalah mereka telah tersalah langkah kerana mengenepikan kaum bumiputera hanya untuk mendapat sokongan kaum cina sudah tiba masanya kerajaan memberi tumpuan yang serius dan menjaga kepentingan orang melayu yang setia menyokong bn selama ini saya setuju dengan analisa awang selamat dari utusan malaysia bertarikh 17 4 2011 seperti berikut namun banyak pengajaran yang perlu diambil oleh bn selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti sekali lagi sikap pengundi cina semakin jelas terus menolak bn awang percaya sentimen pengundi cina di semenanjung juga masih sama hakikatnya selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama masyarakat cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan kepada bn janganlah diharapkan sesuatu yang samar malah mungkin boleh memakan diri bn perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi cina akan kembali menyokong parti itu itu risiko besar maknanya usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada dap biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri jika pun pengundi cina terus menolak bn janganlah bimbang akan ada jalan keluarnya keputusan pilihan raya sarawak kemungkinan besar boleh berulang pada pilihan raya umum bn mampu memerintah tanpa sokongan kaum cina walaupun senario itu mahu dielakkan yang penting ialah memperkasakan lagi golongan pengundi yang menjadi penyokong setia jangan yang dikejar tidak dapat yang dikendung keciciran dengan sokongan bumiputera melayu kaum india dan etnik lain yang kian meningkat potensi bn untuk menang tetap besar jika ada penambahan peratusan kecil pengundi cina itu bonus semua pihak perlu bersedia dengan realiti baru keyakinan ke arah itu mesti bermula dari sekarang awang sudah lama bersedia apa yang jelas keputusan prus dan beberapa siri prk menyerlahkan sikap sebenar kaum cina mereka akan menyokong perjuangan kaum mereka sahaja dan mementingkan diri mereka sendiri pada mereka semua yang dilakukan hanya untuk aku aku aku dan aku mulai saat ini strategi dato najib perlu diubah dalam memenuhi keperluan rakyat utamakan kepentingan kemajuan dan kesejahteraan orang melayu kaum bumiputera lain dan mungkin juga kaum india ini disebabkan golongan ini yang amat memerlukan pertolongan dan tahu berterima kasih bagi kaum cina biar dicuba sedaya upaya membantu dan mengambil hati mereka akhirnya mereka akan melakukan sesuatu hanya untuk kepentingan bangsa mereka sahaja kini dato seri najib tidak boleh lagi dilihat oleh orang melayu dan bumiputera sebagai tunduk dengan desakan kaum cina sehinga semua tuntutan kaum cina dipenuhi sedangkan orang melayu dan bumiputera merasakan diri mereka terpinggir dan tercicir di tanah air sendiri perkasa ada senarai panjang rungutan rungutan orang melayu yang merasakan diri mereka terpinggir dan tercicir ditanah air sendiri semua rungutan tersebut telah suarakan dan terpulang kepada dato seri najib untuk mempertimbangkannya moga allah membuka hati dato seri najib untuk mendengar rintihan melayu dan bumiputera harapan kita janganlah semasa pru 13 nanti melayu dan bumiputera menghukum dato seri najib dan umno kerana meminggirkan melayu dan bumiputera semasa itu semuanya sudah terlambat realiti politik baru ialah bn mampu memerintah tanpa undi kaum cina dato najib kini perlu mengubal strateji sosio ekonomi politik baru dengan mengukuhkan sokongan melayu dan bumiputera melalui program transformasi ekonomi yang bersungguh sungguh tanpa rasa takut kehilangan sokongan undi dari kaum cina yang jelas telah menunjuk warna politik mereka yang anti umno posted by dr zubir harun at 12 03 am no comments saturday april 16 2011 perkasa tubuh pemantau kuala lumpur 10 april pertubuhan pribumi perkasa malaysia perkasa akan menubuhkan sebuah badan pemantau yang berperanan dalam memantau segala program pelaksanaan kerajaan berkaitan agenda ekonomi bumiputera presidennya datuk ibrahim ali berkata dengan penubuhan badan dikenali sebagai badan pemantau prestasi bumiputera pemantau itu ia bakal menjadi pusat sehenti untuk mana mana kumpulan individu atau syarikat bumiputera membuat aduan berhubung segala pelaksanaan program berkenaan kerajaan baru baru ini menubuhkan unit peneraju agenda bumiputera teraju dan perkasa merasakan perlu adanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan ngo dalam memantau pelaksanaan unit berkenaan dan juga program program lain yang diusahakan kerajaan berkaitan agenda ekonomi bumiputera untuk itu perkasa menubuhkan pemantau ada dua mekanisme bertindak dalam pemantau iaitu jaringan penyelidikan dan bilik agenda perang melayu mawar kedua dua mekanisme ini akan digunakan untuk mencari kaedah terbaik dalam meningkatkan lagi pelaksanaan segala program berkaitan ekonomi bumiputera katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi perkasa di kelab sultan sulaiman dekat sini hari ini kata ibrahim pemantau akan ditubuhkan dalam masa terdekat ini dengan diketuai naib presiden yang juga pengerusi biro ekonomi perkasa dr zubir harun sementara itu dalam perkembangan lain beliau mengumumkan pelantikan irwan fahmi ideris selaku ketua wira perkasa yang baru manakala naibnya nurul izham anuar bagi ketua wiranita perkasa yang baru pula jelasnya dewan tertinggi perkasa sebulat suara untuk melantik datin paduka norkhaila jamaluddin manakala naibnya syazrina sharani ketua wira dan ketua wiranita sebelum ini bertindak meletak jawatan atas sebab peribadi dan komitmen lain kita juga melantik bendahari yang baru iaitu dr marzuki ibrahim bagi menggantikan datuk shuib lazim manakala yang dipertua perkasa wilayah persekutuan sebelum ini iaitu datuk mokhtar samad digantikan dengan saifuddin abdul hamid tambahnya posted by dr zubir harun at 9 03 am no comments friday june 11 2010 resolusi kongres ekonomi bumiputera model baru ekonomi mbe resolusi kongres ekonomi bumiputera model baru ekonomi mbe majlis perundingan melayu mpm tema memperkasakan ekonomi bumiputera perisytiharan 15 jamadil akhir1431 29 hb mei 2010 dengan nama allah yang pemurah dan penyayang bahawasanya kongres ekonomi bumiputera mbe yang berlangsung di kuala lumpur pada 15 jamadil akhir 1431 29 hb mei 2010 yang dianjurkan majlis perundingan melayu mpm dengan disertai lebih 1000 orang perwakilan dari 110 pertubuhan bukan kerajaan ngo peringkat kebangsaan para akademik ahli politik dan peminpin masyarakat seluruh negara dengan ini telah bermuafakat untuk menyatakan pendirian bersama seperti berikut kongres ekonomi bumiputera mbe mengalu alukan model baru ekonomi mbe yang diumumkan oleh perdana menteri malaysia yab dato seri mohd najib tun razak untuk mengubah ekonomi negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 baca seterusnya disini posted by dr zubir harun at 9 31 am no comments laporan ringkas mengenai kongres ekonomi bumiputera keb yang dianjurkan oleh majlis perundingan melayu mpm pada 29 mei 2010 1 kongres ekonomi bumiputera keb yang dianjurkan oleh majlis perundingan melayu mpm pada 29 mei 2010 dihadiri oleh lebih 1000 orang telah mengupas luar dalam model baru ekonomi mbe mbe tersebut telah dibentangkan oleh prof dr normah setiausaha majlis penasihat ekonomi negara mpen dan diulas pula oleh empat orang ahli panel senator datuk akbar ali datuk halipah esa en rajani ramlan dan prof datuk ramlah adam 2 tujuan mbe untuk melonjakkan negara ke tahap berpendapatan tinggi dari gnp per kapita us7 250 2008 ke us 15 000 2020 adalah baik dan disokong tetapi setelah mengkajinya dengan teliti keb dengan sebulat suara telah menerimanya secara bersyarat atau pada prinsipnya ianya ditolak pendirian ini terpahat dalam resolusi yang mengandungi 31 syor 3 pendirian tersebut dibuat kerana didapati 3 1 mpen mengenepikan dasar ekonomi baru deb yang demikian mengingkari arahan dsn yang mahu objektif deb terus dikekalkan tetapi kaedah pelaksanaannya yang perlu ditransformasikan 3 2 mpen tidak berlaku adil kepada deb dengan meletakkan kesemua kegagalan kelemahan pengurusan ekonomi negara ke atas dasar tersebut dan yang demikian tujuan sebenar adalah untuk menyerang dan menghina pemimpin melayu khususnya tun razak dan tun dr mahathir 3 3 mpen menghumbankan ke longkang hak hak keistemewaan bumiputera di bawah perkara 153 perlembagaan negara dan peruntukan peruntukan yang berkaitan dengannya 3 4 mpen tidak menyatakan dengan jelas agenda pembangunan bumiputera hanya dua kali perkataan bumiputera disebut dalam buku ringkasan eksekutifnya 3 5 mbe tidak menjamin output outcome kerana mpen lebih mengutamakan proses daripada output outcome bertentangan dengan arahan tsmy 3 6 potensi outcomenya membimbangkan di mana jurang akan semakin melebar dan bumiputera akan semakin terpinggir umpama ayam di kepuk mati kelaparan itek di air mati kehausan 3 7 mbe boleh menjadi alat untuk menjajah bumiputera 3 8 mbe boleh menjadi senjata untuk menumbangkan kerajaan bn kerana analisanya yang tidak seimbang menelanjangkan kelemahan kegagalan kerajaan bn dan kurang memaparkan kejayaannya 3 9 kerangka teori mbe agak lemah 3 10 bahasa yang digunakan oleh mpen terhadap kerajaan adalah keras dan kasar dan 3 11 mpen tidak jujur serta membuat perbandingan yang tidak adil terhadap usaha kerajaan 4 majlis makan malam pada 29 mei 2010 anjuran mpm majlis makan malam pada 29 mei 2010 anjuran mpm sempena penyerahan resolusi tersebut kepada dsn beliau membuat pengakuan berikut 4 1 menegaskan bahawa mbe adalah dokumen mpen bukan dokumen kerajaan ia belum dimuktamadkan makna pm menjauhkan diri dari dokumen berkenaan 4 2 memberi jaminan mbe tidak ketepikan agenda melayu dan bumiputera 4 3 meminta orang melayu jangan khuatir beliau akan meneliti semua pandangan termasuk daripada mpm sebagai rakan perundingan utama dan 4 4 memberi pengakuan bahawa sebagai presiden umno tidak mungkin beliau tidak mendengar suara orang melayu yang merupakan majoriti penduduk malaysia posted by dr zubir harun at 8 36 am no comments agenda bumiputra dalam rmk 10 perkasa ucapkan terima kaseh pada dato najib perkasa ingin merakamkan rasa terharu atas prihatin yab perdana menteri mendengar hasrat orang melayu dan bumiputra sabah dan sarawak didalam menletakkan agenda pembangunan bumiputera kedalam rmk10 ini jelas dilakukan oleh yab perdana menteri datuk seri najib tun razak dengan menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi akan diketuai oleh perdana menteri sendiri untuk merancang menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera majlis ini akan dianggotai beberapa menteri kabinet pegawai kanan kerajaan serta pihak swasta dan unit perancang ekonomi jabatan perdana menteri akan menjadi urusetia kepada majlis ini manakala unit pengurusan projek kementerian kewangan akan memantau program yang berkaitan untuk memastikan pelaksanaan yang efisien dan efektif sesungguhya penubuhan majlis peringkat tertinggi akan dapat mengubat rasa kecewa melayu dan bumiputra sabah sarawak terhadap pembuburan mecd dahulu yab perdana menteri datuk seri najib tun razak jelas sangat prihatin akan hal ini dan perkasa merakam ucapan terima kasih selain daripada itu mpm juga mengalu alukan sasaran 30 penyertaan bumiputra kekal bagi semua sektor sratejik dan sektor baru perkasa mengalu alukan inisiatif pertama iaitu untuk meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera melalui penginstitusian melalui program ekuiti swasta dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan seperti permodalan nasional berhad pnb lembaga tabung angkatan tentera ltat dan tabung haji akan diperbaharui diperkukuh dan diperluas bagi menggembleng pelbagai dana dalam usaha memperluas pemilikan dan kawalan ekuiti bumiputera perkasa mengalu alukan inisiatif kedua untuk mempertingkatkan pemilikan hartanah bumiputera dengan penubuhan tabung pelaburan amanah hartanah yang bertujuan untuk mengurangkan kekangan kepada bumiputera untuk melabur dalam sektor hartanah komersial dan industri serta mendapat faedah daripada peningkatan nilai hartanah perkasa mengalu alukankan inisiatif ketiga iaitu menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan bumiputera perkasa mengalukan peruntukan kepada majlis amanah rakyat mara dan perbadanan usahawan nasional berhad punb sebanyak rm3 bilion dan rm1 5 bilion untuk kemudahan pembiayaan perkasa mengalu alukankan inisiatif keempat iaitu membangunkan guna tenaga profesional bumiputera secara lebih tuntas walaupun semua tuntutan perkasa tidak dipenuhi namun perkasa sangat berpuas hati yab datuk seri najib tun razak telah mengambil kira resolusi resolusi kongres dan perkasa menyeru orang melayu supaya terus memberi memberi sokongan yang tidak membelah bagi kepada yab perdana menteri datuk seri najib tun razak di dalam usaha menjayakan agenda pembangunan bumiputera kedalam rmk10 posted by dr zubir harun at 8 13 am no comments monday april 5 2010 perkasa sokong model ekonomi baru bersyarat petikan dari utusan malaysia kuala lumpur 2 mei pertubuhan pribumi perkasa perkasa mahu keadilan sosial dan pengagihan kekayaan negara dibuat mengikut nisbah penduduk berdasarkan kaum sebagai salah satu prasyarat organisasi itu menyokong model ekonomi baru meb naib presiden perkasa dr zubir harun berkata sekiranya keadilan sosial dijadikan landasan kepada pengagihan kekayaan negara maka kadar pemilikan ekuiti dan aset mesti diagihkan mengikut komposisi penduduk berdasarkan kaum di negara ini sehubungan itu kaum bumiputera wajib mendapat 67 peratus kekayaan negara sementara 33 peratus pula dikhususkan untuk bukan bumiputera kita mengambil ketetapan seperti itu untuk dinilai dan dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada dasar dalam meb katanya kepada utusan malaysia pada bengkel meb anjuran perkasa di sini hari ini dalam pada itu beliau berkata bagi memperkasakan masyarakat perindustrian dan perdagangan bumiputera mppb organisasi tersebut turut mencadangkan beberapa langkah seperti berikut 1 meb mesti memastikan sokongan kerajaan secara berterusan kepada mppb 2 majlis amanah rakyat mara perlu ditingkatkan dengan meletakkannya di bawah jabatan perdana menteri dan pengerusi mara dinaik taraf menjadi men...
|