Meta tags:
Headings (most frequently used words):
australia, france, japan, korea, uk, paris, percikan, kenangan, sunday, july, 13, 2025, search, this, blog, yunnan, china, vietnam, pakistan, osaka, hokkaido, seoul, jeju, perth, saudi, arabia, krabi, thailand, new, zealand, sydney, gold, coast, amsterdam, holland, durham, london, disneyland, switzerland, quiberon, lorient, singapore, melbourne, hamburg, germany, visited, entry, followers, counter, most, viewed, renungan, live, traffic, short, gateaway, sweet, memories,
Text of the page (most frequently used words):
lagi (17), november (14), dah (13), ada (13), 2010 (13), terengganu (13), january (12), 2012 (12), pun (12), nak (11), december (11), july (11), kami (11), tak (10), october (10), march (10), 2011 (10), 2013 (10), 2024 (10), pantai (10), kuala (9), hotel (9), february (9), april (9), may (9), 2019 (9), 2020 (9), sini (9), sampai (9), jalan (9), pulau (8), 2014 (8), september (8), dan (8), dari (8), malam (7), yang (7), 2017 (7), 2025 (7), kat (7), singgah (7), 2016 (6), aku (6), china (6), dalam (6), yunnan (6), day (6), terus (6), 2015 (6), june (6), 2022 (6), untuk (6), macam (6), memang (6), perjalanan (6), kedai (6), nasi (6), makan (6), jadi (5), sebelum (5), teluk (5), august (5), 2021 (5), 2023 (5), australia (5), beli (5), mana (5), dulu (5), balik (5), satu (5), menu (5), dengan (5), dia (5), view (4), kurang (4), singapore (4), tapi (4), kali (4), punya (4), 2009 (4), 2018 (4), france (4), atas (4), cantik (4), lepak (4), pernah (4), laut (4), sotong (4), nampak (4), pulak (4), sedap (4), filem (4), tepi (4), and (3), jugak (3), lebih (3), dali (3), petang (3), pagi (3), hari (3), sebab (3), korea (3), japan (3), takde (3), apa (3), tempat (3), angin (3), bidara (3), sekali (3), kuantan (3), sarapan (3), warisan (3), sungai (3), keropok (3), tiba (3), kepala (3), rasa (3), pulang (3), mangkok (3), teruskan (3), aje (3), order (3), tepung (3), bukan (3), traffic (2), counter (2), teringat (2), pangkor (2), pegi (2), jeti (2), jan (2), kunming (2), lumpur (2), catatan (2), naik (2), kereta (2), buat (2), resort (2), ini (2), krabi (2), hujung (2), baru (2), outstation (2), entry (2), lama (2), blog (2), sibuk (2), dok (2), senangin (2), short (2), gateaway (2), sweet (2), memories (2), kelantan (2), thailand (2), sydney (2), saudi (2), arabia (2), perth (2), pakistan (2), new (2), zealand (2), melbourne (2), jeju (2), gold (2), coast (2), germany (2), paris (2), comments (2), kenyang (2), perut (2), rasanya (2), jumpa (2), dapat (2), siap (2), boleh (2), pokok (2), drama (2), santai (2), sempat (2), makanan (2), pantainya (2), tenang (2), habis (2), jenis (2), sikit (2), bercuti (2), minyak (2), best (2), kudapan (2), kalau (2), depan (2), seri (2), malaysia (2), tadi (2), sebelah (2), ramai (2), kedua (2), hingga (2), kambing (2), kari (2), sekejap (2), layan (2), lokasi (2), penting (2), sana (2), alang (2), mai (2), ikan (2), waktu (2), solat (2), lepas (2), sambung (2), sampailah (2), lapar (2), maklumlah (2), lalu (2), bawah (2), mall (2), lain (2), keluar (2), rnr (2), celup (2), bukit (2), kudap (2), percikan (2), kenangan (2), awesome, inc, theme, powered, blogger, website, live, complete, profile, father, who, are, blessed, beloved, wife, pairs, daughter, son, love, travelling, beautiful, places, beaches, tazkirah, renungan, februari, sesekali, tahun, cuti, santorini, ancient, mosque, flight, dijadualkan, sepatutnya, sewa, mamat, booking, pergi, hal, pula, universal, studio, nyamannya, suasana, bilik, 1009, somkiet, buri, bangun, menjengah, balkoni, trip, the, curve, damansara, royale, bintang, company, lighti, lighting, system, provider, bolt, nut, visit, januari, kira, terbengkalai, betul, update, menguruskan, kehidu, berketam, most, viewed, followers, selangor, perak, penang, pahang, negeri, sembilan, melaka, kedah, johor, island, cameron, highland, swiss, netherlands, visited, hamburg, lorient, quiberon, switzerland, disneyland, london, durham, amsterdam, holland, seoul, hokkaido, osaka, vietnam, search, this, subscribe, atom, home, older, posts, labels, isi, saja, jamu, mata, selamat, tinggal, moment, indah, nanti, datang, sempoi, tidur, bertemankan, ran, penggambaran, piknik, sedikit, mengecewakan, pasir, halus, keemasan, air, biru, kehijauan, syok, try, yaa, repeat, besar, lembut, katanya, versi, ketupat, semalam, hujan, panas, confused, kenduri, hidangan, port, pelbagai, minuman, tempatan, western, tempatnya, luas, banyak, meja, kerusi, parking, masalah, ler, cina, apalagi, cari, pasar, namanya, buatan, muara, uptown, angup, jenama, walaupun, masih, pelanggan, dua, sekadar, sebelahnya, terkenal, jenguk, gigi, seram, ulam, cikgu, sauti, makming, lekor, otw, patah, sambil, penarik, salah, termasuk, polis, evo, pelancongan, kampung, diberi, nama, sempena, mangkuk, menjadi, utama, muncul, lakonan, remy, ishak, jelah, tengok, sendiri, kemudian, tibalah, terletak, setiu, daerah, bertambah, jumaat, berhenti, tunaikan, kewajipan, terasa, orang, puncak, asyik, belum, selesai, sudah, senaman, kaki, melintasi, utara, laluan, cuaca, drawbridge, mayang, semua, belaka, paling, rare, style, timur, jarang, gambar, kafe, tingkat, teman, rase, segan, grab, pon, lawa, tebing, kalilah, diselubungi, krup, krap, selain, sepinggan, ayam, sangat, fresh, padu, sejam, sehingga, restoran, ingat, menarik, kapas, kekabu, hebat, rumah, api, pepohon, kelapa, melambai, susur, ikut, tukar, tepian, lpt, dungun, toll, plaza, jam, kejap, paka, beserah, iaitu, selalu, terutama, pulut, rendang, lemak, kerang, zalira, cafe, plan, guna, highway, minggu, depa, ajak, kesekian, selama, 3h2m, yelah, taklah, terlalu, jauh, dibandingkan, manjung, lagipun, senang, masa, sesuai, haikal, study, iium, main, feb, sunday,
Text of the page (random words):
percikan kenangan percikan kenangan sunday july 13 2025 short gateaway sweet memories 30 jan 1 feb pantai teluk bidara pantai mangkok terengganu tak sampai 2 minggu balik dari yunnan depa ajak bercuti lagi untuk kesekian kali kami ke sini selama 3h2m yelah terengganu ni taklah terlalu jauh mana dengan kuantan nak dibandingkan kalau dari manjung sana lagipun bukan senang nak dapat masa yang sesuai dengan haikal maklumlah study dia kat iium tu bukan main sibuk lagi bukan ada plan apa pun nak pi mana yang penting jalan dulu rasanya ni kali kedua guna highway ke kuala terengganu dari kuantan singgah satu kedai kat beserah iaitu d zalira cafe selalu je kami sarapan kat sini menu dia terutama nasi lemak kerang dan pulut rendang memang sedap lebih kurang 2 jam perjalanan sampailah di rnr paka singgah sini kejap nak beli kudap kudap jalan terus depan sikit tiba di lpt kuala dungun toll plaza kami susur keluar ikut sini sebab nak tukar angin nak lalu jalan tepian pantai pulak layan angin laut sambung lagi hingga ke pantai teluk bidara cantik pantainya dengan view hebat dari atas bukit sebelum ni pernah sampai tapi tak mai sampai bukit rumah api ni dengan pepohon kelapa yang melambai rasa macam dalam drama pun ada teruskan lagi perjalanan lebih kurang sejam sehingga sampai ke pantai pulau kekabu sebelum tu singgah satu restoran tepi jalan dan tepi laut tak ingat pulak kedai apa menarik view dia boleh nampak pulau kapas dari sini sotong celup tepung dia memang fresh dan padu selain tu order order sepinggan nasi ayam dan ikan celup tepung tak lapar sangat lagi sebab baru makan kat rnr tadi sotong diselubungi tepung krup krap sini pon lawa tapi kami tak jalan jalan pun sampai hujung tebing tu lain kalilah sampai hotel seri malaysia pun dah petang takde keluar mana mana dah teman dah rase segan ni makan malam pun order grab aje best dok hotel ni ada view sungai ni gambar dari kafe hotel di tingkat bawah semua menu sedap belaka paling rare ada nasi minyak untuk sarapan style pantai timur jarang jumpa menu macam ni kat tempat lain lagi lagi hotel kenyang isi perut kami ke mayang mall saja pegi jamu mata takde beli apa pun rasanya kat sini selesai sudah senaman kaki dalam mall ni kami pun balik ke kereta melintasi kuala terengganu drawbridge untuk teruskan perjalanan ke utara laluan tenang cuaca pun cantik asyik lalu bawah aje naik atas belum pernah lagi waktu solat jumaat dah tiba jadi berhenti dulu untuk tunaikan kewajipan lepas solat sambung perjalanan sampailah terasa lapar terus singgah satu kedai tepi jalan ni tak ramai orang maklumlah dah lepas waktu puncak makan tepi laut macam ni jadi bertambah sedap rasa kari kepala ikan ni perut dah kenyang teruskan perjalanan lagi sekejap aje kemudian tibalah kami di pantai mangkok yang terletak di dalam daerah setiu pantai mangkuk ni menjadi lokasi utama yang muncul dalam filem pulang lakonan remy ishak dah alang alang ada di kuala terengganu ni terus jelah mai tengok sendiri ada sungai di sebelah sana resort ni diberi nama sempena filem pulang jeti pelancongan kampung mangkok ni jugak salah satu lokasi penting filem pulang termasuk jugak filem polis evo otw patah balik ke kuala terengganu kami singgah sekejap lepak di pantai penarik sambil layan kudapan terus jalan lagi hingga tiba di makming keropok lekor sebelahnya ada kedai nasi ulam cikgu sauti yang terkenal dengan kari kepala kambing sempat jenguk kepala kambing tu nampak ada gigi dia sekali seram pulak rasa walaupun dah petang masih ramai pelanggan di kedua dua kedai ni kami sekadar beli keropok keropok jenama ni dari dulu makan memang r angup sedap sampai kuala terengganu pun dah malam apalagi terus cari tempat makan teringat pulak malam tadi nampak ada pasar malam sebelah hotel uptown pulau warisan namanya pulau warisan kuala terengganu ni pulau buatan di muara sungai terengganu jalan kg cina depan hotel seri malaysia pulau warisan memang port lepak best pelbagai jenis makanan dan minuman ada dari menu tempatan sampai ke western kudapan pun macam macam tempatnya luas dan ada banyak meja kerusi parking pun takde masalah jadi memang santai ler kalau nak lepak menu hidangan di hotel sebelum balik semalam nasi minyak hari ni nasi hujan panas confused nak sarapan ke nak pi makan kenduri habis dah 2 malam bercuti kami pun balik ke kuantan dalam perjalanan tu singgah satu kedai beli ketupat sotong terengganu versi kelantan punya tak pernah nampak lagi kat sini dulu dah try sekali yaa hari ni repeat lagi tapi kali ni sotong jenis besar sikit jadi kurang lembut katanya singgah teluk bidara sekali lagi untuk piknik santai sebelum tu sempat beli sedikit makanan dulu pantainya memang tak pernah mengecewakan cantik pasir halus keemasan air laut biru kehijauan tenang syok habis punya lama lepak sini siap buat penggambaran drama lagi ada ran atas pokok ni mana nak dapat tempat macam ni punya sempoi siap boleh tidur atas pokok bertemankan angin dan pantai cantik selamat tinggal terengganu untuk moment indah sampai jumpa lagi nanti kami datang lagi dan lagi 2 comments labels terengganu older posts home subscribe to comments atom search this blog yunnan china vietnam pakistan osaka japan hokkaido japan seoul korea jeju korea perth australia saudi arabia krabi thailand new zealand sydney australia gold coast australia amsterdam holland durham uk london uk paris france disneyland paris switzerland quiberon france lorient france singapore melbourne australia hamburg germany visited australia 25 france 18 germany 1 gold coast 6 japan 9 jeju 6 korea 10 melbourne 7 netherlands 2 new zealand 10 pakistan 15 perth 8 saudi arabia 3 singapore 3 swiss 5 sydney 4 thailand 7 uk 3 cameron highland 17 island 2 johor 2 kedah 1 kelantan 4 kuala lumpur 17 melaka 3 negeri sembilan 6 pahang 10 penang 9 perak 16 selangor 4 teluk senangin 10 terengganu 7 entry 2025 15 july 2025 4 short gateaway sweet memories yunnan china day 8 yunnan china day 7 yunnan china day 6 june 2025 2 may 2025 7 february 2025 1 january 2025 1 2024 21 december 2024 3 november 2024 4 october 2024 3 september 2024 1 august 2024 2 july 2024 2 june 2024 3 april 2024 2 march 2024 1 2023 4 november 2023 1 march 2023 1 february 2023 1 january 2023 1 2022 15 november 2022 4 october 2022 7 june 2022 1 may 2022 2 january 2022 1 2021 5 december 2021 2 november 2021 1 april 2021 1 january 2021 1 2020 17 december 2020 1 november 2020 1 october 2020 2 september 2020 5 july 2020 4 may 2020 1 february 2020 2 january 2020 1 2019 22 november 2019 4 september 2019 2 august 2019 4 july 2019 2 may 2019 1 april 2019 2 march 2019 3 january 2019 4 2018 10 july 2018 2 may 2018 4 april 2018 4 2017 15 december 2017 1 november 2017 2 october 2017 7 september 2017 1 july 2017 1 march 2017 3 2016 4 october 2016 1 july 2016 1 march 2016 1 february 2016 1 2015 7 december 2015 1 march 2015 3 february 2015 1 january 2015 2 2014 16 december 2014 2 september 2014 2 august 2014 3 april 2014 1 february 2014 2 january 2014 6 2013 29 december 2013 11 november 2013 1 october 2013 3 september 2013 2 may 2013 1 april 2013 3 march 2013 4 february 2013 2 january 2013 2 2012 38 december 2012 4 november 2012 1 october 2012 5 august 2012 3 july 2012 3 june 2012 9 may 2012 2 april 2012 6 march 2012 2 february 2012 1 january 2012 2 2011 28 december 2011 4 november 2011 2 september 2011 3 july 2011 2 june 2011 4 may 2011 2 april 2011 4 march 2011 4 january 2011 3 2010 56 december 2010 5 november 2010 4 october 2010 7 september 2010 3 august 2010 4 july 2010 5 june 2010 3 may 2010 6 april 2010 4 march 2010 3 february 2010 4 january 2010 8 2009 9 december 2009 3 november 2009 5 october 2009 1 followers counter most viewed berketam di teluk senangin 2 3 4 januari 2015 ini kira entry terbengkalai punya sebab lama betul aku tak update blog aku ni sibuk dok menguruskan kehidu outstation lighting system provider bolt and nut visit the curve hotel damansara royale bintang hotel hujung october baru ni outstation 4 hari 3 malam kali ni ada 2 company lighti krabi trip day 6 catatan 28 november 2014 nyamannya suasana pagi di bilik 1009 somkiet buri resort ini bangun pagi pagi terus aku menjengah balkoni ak singapore day 2 universal studio catatan 28 november sepatutnya aku naik kereta sewa ke singapore tapi mamat yang aku dah booking petang sebelum pergi tu buat hal pula yunnan china day 1 dali 11 12 jan kunming dali china santorini dali ancient mosque flight kuala lumpur ke kunming ni dijadualkan 9 40 malam jadi dalam cuti pulau pangkor 19 20 21 februari 2016 sesekali teringat jugak aku nak ke pulau pangkor ni dah 9 tahun tak pegi lebih kurang 10 km ke jeti da renungan tazkirah a father who are blessed by a beloved wife pairs of daughter and son we love travelling beautiful places and beaches view my complete profile live traffic website traffic counter awesome inc theme powered by blogger
|