Meta tags:
description= It s all about Wahabism. The most recent VIRUS in our society. It s as danger as HIV and even worse! May ALLAH SWT protect us and NATION; AMIN! KAFIR/KUFR/SYIRK/BID AH/ are Symbol for WAHABISM.;
Headings (most frequently used words):
allah, yang, artikel, kalimah, wahabi, oleh, aqidah, bersama, islam, ketinggalan, zaman, understanding, the, controversy, pemerhatian, diskusi, isu, politikus, tentang, kafir, kategori, permata, bersinar, menerangkan, sebenar, muhammad, uthman, el, muhammady, bank, saifus, sunni, adakah, blog, ini, tergendala, aduka, taruna, ks, penjelasan, tepat, bahawa, wujud, tanpa, bertempat, ahlussunnah, wal, jama, ah, bersiri, wacana, pemikiran, dan, pembinaan, ummah, kupasan, secara, ilmiah, maw, pengasas, ajaran, ancaman, liberal, ke, atas, ahli, sunnah, himpunan, pandangan, para, ulamak, penggunaan, kaum, kristian, yahudi, wahhabi, menyokong, org, menyengutukan, mukmin, berhak, pertahan, tetamu, bankwahabi, ahlan, wa, sahlan, kalendar, masehi, terkini, komentar, pembaca, panas, bulanan, blogroll, laman, tuan, rumah, only, khalid, samad,
Text of the page (most frequently used words):
yang (408), dan (364), allah (257), dalam (181), islam (168), tidak (141), the (138), oleh (121), dengan (118), ini (116), itu (102), #kalimah (100), kepada (88), untuk (82), mereka (82), http (77), agama (75), com (71), 2010 (66), adalah (66), bahasa (65), sebagai (60), bukan (59), atau (59), orang (59), daripada (58), html (58), kristian (56), tuhan (56), telah (53), bahawa (50), dari (49), nama (48), and (48), penggunaan (47), pada (47), ada (46), malaysia (46), bagi (45), blogspot (45), juga (44), kerana (44), ulama (42), seperti (42), lain (41), kita (41), wahabi (39), melayu (39), menggunakan (38), umat (38), ialah (36), hujah (35), sunnah (34), boleh (34), suatu (34), tiada (33), nya (32), katolik (32), tersebut (32), dia (32), nabi (31), pun (31), bible (30), apa (30), ayat (30), pandangan (29), satu (29), mazhab (28), ahli (28), perkara (28), gereja (28), gua (27), tempat (26), isu (25), pemikiran (25), secara (25), pihak (25), sendiri (25), taala (25), aqidah (24), 2008 (24), akan (24), tanpa (23), atas (23), wujud (23), maka (23), antara (23), quran (23), ilmu (22), god (22), merujuk (22), sifat (22), aduka (21), para (21), hukum (21), negara (21), penganut (21), politik (21), taruna (20), kalau (20), mengenai (20), sudah (20), menjadi (20), sama (20), jika (20), kitab (20), demokrasi (19), terhadap (19), maha (19), manusia (19), terjemahan (19), istilah (19), arab (19), artikel (18), wahhabi (18), hal (18), digunakan (18), lebih (18), hanya (18), kerajaan (18), alasan (18), tetapi (18), korban (17), januari (17), membenarkan (17), hak (17), masyarakat (17), semua (17), term (17), kafir (16), tentang (16), liberal (16), sebagaimana (16), mengapa (16), perkataan (16), one (16), that (16), saya (16), surah (15), pula (15), barat (15), tetap (15), perbincangan (15), masih (15), buku (15), name (15), tajuk (15), lagi (15), pas (15), 2007 (14), berita (14), berdasarkan (14), golongan (14), www (14), muhammad (14), menolak (14), shafie (14), 2009 (13), bersama (13), wajib (13), serta (13), kenyataan (13), baru (13), kata (13), benar (13), mengikut (13), konsep (13), cara (13), iaitu (13), keputusan (13), qur (13), wal (12), wacana (12), ajaran (12), zaman (12), selain (12), perlu (12), langit (12), undang (12), setiap (12), jelas (12), posted (12), sejarah (12), anak (12), beliau (12), banyak (12), mentah (12), tapi (12), with (11), komen (11), bankwahabi (11), sekali (11), sebab (11), sebenar (11), mempunyai (11), amat (11), tokoh (11), bahan (11), fakta (11), maksudnya (11), tafsir (11), not (11), dalil (11), akal (11), such (11), been (11), kewujudan (11), aishah (11), jatuh (11), dikirim (10), diterima (10), menjaga (10), muslimin (10), mungkin (10), seorang (10), tentu (10), demikian (10), budaya (10), supaya (10), keadaan (10), tafsiran (10), maksud (10), mendakwa (10), used (10), all (10), malah (10), hasil (10), salah (10), sebenarnya (10), masa (10), proper (10), شيء (10), bangang (10), have (9), abu (9), disember (9), februari (9), bertempat (9), menyokong (9), org (9), adakah (9), persekutuan (9), ramai (9), dunia (9), diri (9), suci (9), kalangan (9), lafaz (9), asal (9), engkau (9), sahabat (9), ibn (9), bawah (9), rausyanfikir (9), nak (9), pkr (9), aliran (9), الله (9), khalid (9), blog (8), only (8), ust (8), jun (8), jama (8), kaum (8), pembinaan (8), ummah (8), ilmiah (8), ketinggalan (8), memberi (8), negeri (8), besar (8), esa (8), perlembagaan (8), kali (8), tertentu (8), menerima (8), fahaman (8), menjadikan (8), mempertahankan (8), sebelum (8), kami (8), mengatakan (8), pelbagai (8), teologi (8), berkata (8), zat (8), swt (8), ketika (8), syariah (8), muslims (8), sikap (8), hlm (8), melalui (8), beberapa (8), ternyata (8), agak (8), from (8), for (8), فليس (8), suatupun (8), hadis (8), mafhumnya (8), kena (8), ketetapan (8), hamba (7), fadhil (7), syeikh (7), mei (7), sesat (7), tak (7), sultan (7), ala (7), tepat (7), kedudukan (7), makhluk (7), memahami (7), seluruh (7), bukanlah (7), inggeris (7), segi (7), ketiadaan (7), kedua (7), mesti (7), bahkan (7), ijmak (7), gagasan (7), alam (7), dua (7), menunjukkan (7), utama (7), berhak (7), merupakan (7), terdapat (7), dikemukakan (7), makna (7), segala (7), melainkan (7), language (7), dewan (7), has (7), apabila (7), tanah (7), selepas (7), berbeza (7), demi (7), mahu (7), paling (7), mana (7), dakwah (7), sedangkan (7), but (7), pernah (7), ali (7), sahaja (7), abdul (7), muslim (7), akhienaim (7), pengajian (7), yakni (7), malam (7), didikan (7), punya (7), bank (6), faham (6), anti (6), 2006 (6), november (6), tulisan (6), siapa (6), fatwa (6), batal (6), menurut (6), imam (6), yahudi (6), controversy (6), kesucian (6), jesus (6), menghina (6), agar (6), sesiapa (6), kebebasan (6), kehidupan (6), tindakan (6), walaupun (6), kepercayaan (6), konteks (6), kamus (6), oxford (6), religion (6), tiga (6), hari (6), pertama (6), berlaku (6), asia (6), antaranya (6), berikut (6), akidah (6), kebenaran (6), larangan (6), masing (6), membuat (6), tahun (6), awal (6), berasal (6), dilayari (6), dibuat (6), penterjemahan (6), termasuk (6), contoh (6), sebaliknya (6), sesungguhnya (6), sia (6), hakikat (6), menyebut (6), berfirman (6), sebarang (6), sesuatu (6), sebahagian (6), bab (6), non (6), word (6), ustaz (6), soal (6), seolah (6), olah (6), kaedah (6), rasulullah (6), falsafah (6), dilihat (6), syarak (6), mengecewakan (6), sesi (6), parti (6), pendapat (6), which (6), are (6), what (6), whether (6), christians (6), correct (6), qurtubi (6), kitabnya (6), 3rd (6), party (6), isteri (6), wuduk (6), mampos (6), ikut (6), bekas (6), this (5), wordpress (5), laman (5), masuk (5), sunni (5), other (5), tuan (5), bahrusshofa (5), syafiq (5), oktober (5), ahlus (5), ummat (5), sila (5), penjelasan (5), tinggalkan (5), hendaklah (5), dilarang (5), bapa (5), katakanlah (5), berada (5), datang (5), kemudian (5), lalu (5), katanya (5), tinggi (5), berkenaan (5), bangsa (5), khusus (5), laporan (5), media (5), urusan (5), berkaitan (5), majalah (5), hidup (5), syirik (5), tauhid (5), sedemikian (5), disebut (5), baik (5), memiliki (5), melihat (5), gov (5), bahagian (5), akhbar (5), bertarikh (5), use (5), menterjemahkan (5), arabic (5), their (5), digunapakai (5), english (5), his (5), amalan (5), aku (5), rujukan (5), sehingga (5), terlibat (5), bumi (5), kegiatan (5), langsung (5), luar (5), kes (5), ibrani (5), wahai (5), justeru (5), any (5), gerakan (5), society (5), solat (5), usage (5), samad (5), nauzubillahi (5), minzalik (5), penghinaan (5), kembali (5), wahid (5), jalan (5), pemimpin (5), issues (5), who (5), them (5), historical (5), particularly (5), permata (5), bersinar (5), menerangkan (5), didahului (5), intaha (5), ولا (5), وأنت (5), bodoh (5), sah (5), sohai (5), sentuh (5), ekor (5), hina (5), otai (5), web (4), saifus (4), rumah (4), ghari (4), indonesia (4), blogroll (4), mac (4), neraka (4), empat (4), din (4), himpunan (4), pemerhatian (4), diskusi (4), understanding (4), article (4), wajar (4), turut (4), mukmin (4), ikhlas (4), sempurna (4), sedaya (4), sepatutnya (4), raja (4), sedang (4), mendapat (4), terbesar (4), pertubuhan (4), bersatu (4), memelihara (4), keamanan (4), individu (4), awam (4), perbuatan (4), kebangsaan (4), terdiri (4), rohani (4), rahim (4), memaki (4), menyembah (4), triniti (4), kecuali (4), melakukan (4), panduan (4), harus (4), menjelaskan (4), penting (4), uthman (4), muhammady (4), story (4), sbmb (4), dbp (4), knb (4), cariankata (4), dbp_ka_rujukan_kamus_dbp (4), aspx (4), htm (4), bin (4), seharusnya (4), tersasar (4), memutuskan (4), kuasa (4), ingin (4), abad (4), maknanya (4), jua (4), ehwal (4), among (4), subhanahu (4), bersifat (4), berhala (4), press (4), ibid (4), bermakna (4), manakala (4), mubaligh (4), penjajah (4), menyebarkan (4), usaha (4), meluas (4), pusat (4), pengembangan (4), mata (4), amerika (4), kebudayaan (4), dijadikan (4), lama (4), jahiliyyah (4), siapakah (4), bulan (4), begitu (4), menafikan (4), bukti (4), konsisten (4), berbahasa (4), berpegang (4), pasti (4), sentiasa (4), wahyu (4), persoalan (4), can (4), johor (4), buat (4), perjanjian (4), 1997 (4), syurga (4), mengambil (4), muzakarah (4), majlis (4), membawa (4), pendekatan (4), islamic (4), sedar (4), issue (4), mufti (4), kekufuran (4), sanggup (4), kepentingan (4), inilah (4), yakin (4), umno (4), metafizika (4), worldview (4), antropologi (4), ilmunya (4), perubahan (4), klasik (4), seterusnya (4), source (4), berfikir (4), intelektual (4), tajdid (4), pembentang (4), sdr (4), 016 (4), memang (4), terbaik (4), asas (4), dsai (4), membayangkan (4), ilmuan (4), permulaan (4), they (4), position (4), regard (4), was (4), then (4), may (4), dar (4), beirut (4), alayhi (4), أهل (4), arasy (4), azali (4), keazalian (4), lah (4), menghukum (4), punca (4), ribu (4), suruh (4), nuh (4), bangsat (4), keupayaan (4), memuji (4), wahabism (4), log (3), ahlul (3), pejuang (3), masabihul (3), munawwirah (3), september (3), julai (3), ogos (3), kategori (3), kumpulan (3), kenapa (3), ahlussunnah (3), polemik (3), ancaman (3), politikus (3), bersiri (3), tergendala (3), mengandungi (3), guna (3), takrif (3), sekalian (3), kekal (3), abadi (3), dilahirkan (3), kewenangan (3), deklarasi (3), menegaskan (3), matlamat (3), prinsip (3), pbb (3), aman (3), antarabangsa (3), malaysian (3), sekatan (3), memastikan (3), keperluan (3), kesejahteraan (3), umum (3), hubungan (3), mengamalkan (3), menimbulkan (3), jalalah (3), suntingan (3), kelima (3), beragama (3), menyatakan (3), sekalipun (3), cukup (3), timbul (3), bermaksud (3), kamu (3), menyeru (3), meminta (3), bila (3), sepertinya (3), terpengaruh (3), penafsiran (3), arus (3), perdana (3), khususnya (3), satunya (3), berubah (3), dapat (3), mengembangkan (3), kajian (3), keagamaan (3), islamlib (3), huraian (3), persamaan (3), jil (3), misalnya (3), sesuai (3), bertentangan (3), cawangan (3), jakim (3), britannica (3), tuntutan (3), melambangkan (3), catholic (3), paderi (3), kementerian (3), penerbitan (3), kabinet (3), mengekalkan (3), memohon (3), kehakiman (3), khas (3), bertajuk (3), diterbitkan (3), memenuhi (3), kepelbagaian (3), populasi (3), dalaman (3), diberi (3), linguistik (3), esaan (3), disembah (3), dikekalkan (3), eksiklopedia (3), let (3), terus (3), teks (3), mahupun (3), mencipta (3), huruf (3), faktor (3), diketahui (3), tambahan (3), tolak (3), penduduk (3), christian (3), missions (3), london (3), protestant (3), bidang (3), bertujuan (3), syarikat (3), nyata (3), latar (3), semula (3), jauh (3), aramik (3), rumpun (3), berhujah (3), bukankah (3), matahari (3), keluar (3), sisi (3), maklum (3), kereta (3), sekiranya (3), sumber (3), elohim (3), ketuhanan (3), memerlukan (3), belum (3), peristilahan (3), ugama (3), seseorang (3), muskens (3), seruan (3), presiden (3), will (3), general (3), judul (3), azhar (3), ketua (3), penyembah (3), ditukarkan (3), menghadiri (3), our (3), real (3), diniahfalahiah (3), hujjah (3), saw (3), semuanya (3), dato (3), shj (3), arkoun (3), sosiologi (3), ditunjukkan (3), penyebab (3), kelompok (3), sistem (3), dalamnya (3), gaya (3), diberikan (3), universiti (3), day (3), charles (3), terutama (3), sangat (3), maklumat (3), berbicara (3), dulu (3), najdiyyun (3), bacaan (3), iskandar (3), penyelesaian (3), sebagainya (3), serius (3), terikat (3), hati (3), menegakkan (3), semata (3), parties (3), very (3), questions (3), rather (3), established (3), law (3), certain (3), way (3), many (3), malay (3), translation (3), malays (3), more (3), evidence (3), should (3), even (3), how (3), key (3), most (3), juz (3), bayhaqi (3), kebaharuan (3), sallallahu (3), sallam (3), bersepakat (3), على (3), أنت (3), الظاهر (3), فوقك (3), الباطن (3), دونك (3), mensucikan (3), يكن (3), diriwayatkan (3), الأول (3), bersabda (3), berhajat (3), firman (3), mengetahui (3), manhaj (3), tabi (3), adukataruna (3), elite (3), plak (3), bunuh (3), pengasingan (3), bhai (3), mencuri (3), keturunan (3), mangkuk (3), sampai (3), takda (3), ingat (3), campakkan (3), pulak (3), suka (3), selainnya (3), makian (3), bid (3), site (2), like (2), diperlukan (2), bar (2), view (2), daftar (2), melanggan (2), langgan (2), account (2), now (2), sign (2), create (2), suapan (2), zamihan (2), ahmad (2), muafakat (2), humair (2), ahlis (2), asha (2), irah (2), akhie (2), naim (2), april (2), uncategorized (2), intro (2), puasa (2), khawarij (2), pembunuh (2), pembelot (2), khilafah (2), islamiyyah (2), bughoh (2), talqin (2), hadith (2), malunya (2), maza (2), selangor (2), marhum (2), baghdadi (2), ulul (2), menyengutukan (2), ulamak (2), kupasan (2), maw (2), pengasas (2), posts (2), bharian (2), current_news (2), index_html (2), niat (2), menyebabkan (2), tunggal (2), tuju (2), terakhir (2), melahirkan (2), pertahan (2), upaya (2), jangan (2), izin (2), wallahu (2), balai (2), penghadapannya (2), tiba (2), bertemu (2), toleransi (2), keselamatan (2), lihat (2), sejagat (2), damai (2), mempersoalkan (2), ismu (2), patut (2), penggunaannya (2), dinyatakan (2), encyclopedia (2), hendak (2), versi (2), beriman (2), mengelak (2), keempat (2), wanita (2), walhal (2), sunyi (2), baginya (2), ketiga (2), sembah (2), kayu (2), patung (2), hajat (2), hairan (2), kehendak (2), kepadanya (2), ubah (2), terletak (2), memilih (2), mampu (2), positif (2), sesama (2), disebutkan (2), corak (2), humanistik (2), bebas (2), keadilan (2), kesetaraan (2), gender (2), pluralisme (2), lelaki (2), perempuan (2), syariat (2), dapati (2), ham (2), kanak (2), jaringan (2), daripadanya (2), tersebar (2), fail (2), foxnews (2), 2933 (2), 293394 (2), newadvent (2), cathen (2), 01316a (2), 9005770 (2), coptichistory (2), new_page_197 (2), news (2), 23599 (2), 22254040 (2), 13762 (2), mohd (2), aizam (2), mas (2), penyelidikan (2), pendahuluan (2), herald (2), weekly (2), bagaimanapun (2), mesyuarat (2), mahkamah (2), semakan (2), church (2), terbitan (2), lord (2), mulai (2), malaya (2), doa (2), malta (2), pakistan (2), segmen (2), diwujudkan (2), etnik (2), campurtangan (2), bentuk (2), nahu (2), struktur (2), _______ (2), 1990 (2), jpm (2), peringkat (2), whatever (2), diterjemahkan (2), terkandung (2), definisi (2), mulia (2), dianggap (2), dimaklumi (2), dewa (2), hornby (2), 1985 (2), advanced (2), learner (2), dictionary (2), current (2), university (2), great (2), britain (2), ganti (2), kredibiliti (2), perundangan (2), kini (2), pustaka (2), dirujuk (2), menegah (2), eksklusif (2), tertolak (2), kedatangan (2), rantau (2), dilakukan (2), tempatan (2), neill (2), 1956 (2), colonialism (2), lutterworth (2), pulau (2), pinang (2), melaka (2), stamford (2), raffles (2), penyokong (2), kuat (2), percetakan (2), singapura (2), pengetahuan (2), propaganda (2), warta (2), mewakili (2), pesuruhjaya (2), america (2), doktrin (2), dieksploitasi (2), membandingkan (2), belakang (2), berpunca (2), sedia (2), dijelaskan (2), penyalahgunaan (2), nasrani (2), etimologi (2), semantik (2), ankabut (2), terpedaya (2), idah (2), s9î (2), bahawasanya (2), berhenti (2), katakan (2), tadi (2), kefahaman (2), mengenal (2), pencipta (2), memudahkan (2), air (2), oknum (2), alat (2), kathir (2), mengakui (2), berbanding (2), konsepnya (2), sekaligus (2), rasmi (2), didominasi (2), kecelaruan (2), mengelakkan (2), mengawal (2), menyekat (2), iktikad (2), peruntukan (2), agamaagama (2), enakmen (2), kawalan (2), melarang (2), ucapan (2), menggambarkan (2), ilahi (2), rasul (2), iman (2), menyalahi (2), berhubung (2), tiny (2), membantah (2), follow (2), when (2), sense (2), mesir (2), berjudul (2), termaktub (2), sasaran (2), kaabah (2), cuba (2), bersetuju (2), dikatakan (2), bercanggah (2), harian (2), utusan (2), dibaptis (2), terdengar (2), beranak (2), setara (2), dengannya (2), mengajar (2), wur (2), enggan (2), persoalannya (2), rujuk (2), jawatankuasa (2), hingga (2), wakil (2), berpendapat (2), gagal (2), penulis (2), jenis (2), 1986 (2), menghormati (2), hafizhandasah (2), pertahankan (2), kufur (2), sokong (2), video (2), pengunaan (2), jomfaham (2), almukminun (2), really (2), believe (2), kontroversi (2), tanggapan (2), salaf (2), perang (2), menentang (2), bertaubat (2), sesetengah (2), arah (2), link (2), guru (2), hilang (2), pertimbangan (2), redha (2), berkeras (2), memperjuangkan (2), berkuasa (2), haron (2), benci (2), drpd (2), sungguh (2), assalamualaikum (2), meruntuhkannya (2), malik (2), hakiki (2), selamat (2), beramal (2), dasar (2), baku (2), sebut (2), jamaah (2), kaedahnya (2), pendirian (2), teguh (2), bergerak (2), diambil (2), bukannya (2), sosial (2), epistemologi (2), moden (2), kritikal (2), membebaskan (2), unsur (2), berupa (2), ari (2), perspektif (2), penulisan (2), kadang (2), penerangan (2), membentuk (2), saintifik (2), kaji (2), teori (2), profesor (2), sana (2), kecil (2), book (2), kurzman (2), senyap (2), mengenainya (2), penentangan (2), theodicy (2), dihuraikan (2), kemajuan (2), nampaknya (2), kerangka (2), liberalism (2), fundamental (2), sebuah (2), karangan (2), cogan (2), pengaruh (2), kononnya (2), kudapan (2), syaikh (2), felo (2), istac (2), pensyarah (2), usuluddin (2), wahhab (2), najdi (2), menilai (2), pendaftaran (2), wan (2), burhan (2), 3956497 (2), 386 (2), 3361 (2), lanjut (2), hubungi (2), main (2), pagi (2), petang (2), tarikh (2), ahad (2), hadir (2), najdiyuun (2), tema (2), agaknya (2), sukar (2), permasalahan (2), mengeluarkan (2), berkait (2), sini (2), bertarung (2), kepartian (2), matang (2), biarpun (2), sihat (2), mencari (2), muda (2), undi (2), timbang (2), tara (2), melebihi (2), datangnya (2), majoriti (2), terlalu (2), dilibatkan (2), rakyat (2), maliki (2), gemar (2), ceramah (2), kelas (2), sudut (2), rakan (2), some (2), logic (2), role (2), primary (2), totally (2), best (2), contentious (2), also (2), clear (2), regardless (2), themselves (2), basic (2), say (2), wherever (2), answers (2), aforementioned (2), without (2), native (2), alone (2), using (2), into (2), question (2), least (2), versions (2), translations (2), being (2), present (2), were (2), rely (2), sayings (2), yet (2), contention (2), primarily (2), cannot (2), simply (2), had (2), therefore (2), here (2), fully (2), respective (2), example (2), case (2), unlike (2), concerned (2), intellectual (2), still (2), him (2), pertaining (2), translate (2), there (2), noun (2), sentence (2), translated (2), brother (2), encik (2), bush (2), just (2), hand (2), relation (2), thus (2), understood (2), seems (2), malaysians (2), ismail (2), hajar (2), asqalani (2), juwayni (2), irshad (2), farq (2), baynal (2), firaq (2), kursi (2), asma (2), fathul (2), bari (2), mustahil (2), kemakhlukan (2), berdiri (2), ditanggap (2), sejahtera (2), saksi (2), penciptaan (2), penafian (2), dibawa (2), peringatan (2), penghuni (2), كنَّا (2), haqq (2), disucikan (2), diliputi (2), shafi (2), السنة (2), والجماعة (2), مكان (2), fiqh (2), usul (2), mendiami (2), بعض (2), hafiz (2), بعد (2), ولم (2), hadid (2), قال (2), تعلم (2), mentafsirkan (2), التوحيد (2), ذات (2), ليس (2), إلا (2), mentafsir (2), kurun (2), hijrah (2), menetapkan (2), bintang (2), petunjuk (2), diselubungi (2), kelebihan (2), perjalanan (2), jejak (2), kukuh (2), gerombolan (2), perhatikan (2), kekafiran (2), balik (2), membenci (2), dihukum (2), berdolak (2), kematian (2), ratus (2), puluh (2), institusi (2), mutlak (2), skang (2), adam (2), kompromi (2), saudara (2), taik (2), kan (2), status (2), potong (2), jer (2), tangan (2), niamakahai (2), darah (2), beb (2), total (2), kulit (2), kejadah (2), cakap (2), dinding (2), nih (2), sket (2), anjing (2), tuh (2), stupid (2), pakai (2), serban (2), mak (2), mengarot (2), refresh (2), cuma (2), pembolehubah (2), sembang (2), gak (2), muawwiyah (2), maksum (2), elok (2), sorang (2), geografi (2), balun (2), perlis (2), nah (2), setaraf (2), bermazhab (2), maki (2), waktu (2), ungkapan (2), tahlil (2), about (2), recent (2), virus (2), danger (2), hiv (2), worse (2), protect (2), nation (2), amin (2), kufr (2), syirk (2), symbol (2), mulakan, design, mel, write, comment, loading, comments, collapse, manage, subscriptions, reader, report, content, privasi, already, join, subscribers, free, website, pemasukan, yusri, nazrul, nasir, faidhurrahim, traditional, forgotten, lessons, taman, sidogiri, salafyindonesia, podok, habib, jom, jihadunspun, jihad, hanif, salleh, aswj, falahiah, wahabisme, russia, alqasam, mukminun, fanshuri, lembah, dununiyy, abusalafy, abulehyah, bulanan, drmaza, melancap, panas, azman, mat, sam, kebasi, along, sunan, kurauwi, komentar, pembaca, layari, darul, ehsan, sultanul, azzam, sulayman, shah, nasihah, amri, cetus, terkini, dis, 2026, kalendar, masehi, 659, 307, hits, tetamu, ahlan, sahlan, older, wednesday, 20100113001746, keliru, disamakan, inti, pati, manfaatkan, kurniakan, menyuci, meninggikan, dicemari, dimanafaatkan, mencabutnya, dijauhkan, lam, misalan, perbandingan, balairong, seri, diperhatikan, tukang, sapu, sampah, berhampiran, mengadap, tuanku, dipertuan, murka, kedudukannya, kalaulah, tempelak, kesembilan, mencanggahi, piagam, pengamalan, menghapuskan, pemansuhan, ganas, bertindak, selaras, meleraikan, persengketaan, menjejaskan, malaysianbar, komen_undang_undang, realiti_kebebasan_media_di_malaysia, date, memaktubkan, melaksanakan, tertakluk, ditentukan, saksama, moraliti, ketenteraman, demokratik, kelapan, diamalkan, keresahan, ketujuh, pertuan, agong, menentukan, ketaatan, pengamalannya, keenam, brittannica, ethics, hastings, jadi, melayunya, mengelirukan, kekacauan, membinasakan, takdisnya, haid, dikira, perkahwinan, diakadkan, dimestikan, alangkah, beratnya, memanggil, dituju, janganlah, permusuhan, ertinya, objek, bersalah, salib, palang, ganesh, menyerunya, roti, mencegahnya, lumrah, setengah, kesalahan, menyentuh, kekudusan, dipandu, menghuru, harakan, terpesong, disepakati, persepakatan, muncul, didisiplinkan, berfikiran, tunduk, patuh, buruk, kemahuan, bebasnya, diyakininya, daya, nalarnya, selanjutnya, membangun, konstruktif, kelestarian, semesta, sejumlah, dipolakan, otoritarian, memandang, optimis, pilihan, cld, khi, demokratis, pluralis, inklusif, mengutamakan, incluvisme, menghiraukan, ketentuan, kerohanian, 2004, persaudaraan, ikhâ, musâwah, adâlah, universal, produk, perlindungan, memerhati, implikasi, kristian1, abstrak, ditangani, bijak, tersurat, tersirat, diselami, semestinya, kewajipan, pengarang, lawrence, andrew, kdn, memperbaharui, permit, rayuan, permohonan, mingguan, digarap, rangka, menyediakan, sun, leaders, explain, lima, meneruskan, jurnal, bil, diumum, dikecil, dilelaki, diperempuan, korupsi, memanipulasikannya, asalnya, superior, keunikan, layak, lafaznya, sinonim, diiktiraf, kamuskamus, terkemuka, muslims3, islam4, iii, noted, although, moslems, god5, pengubahsuaian, terbukti, kemukakan, edisi, azzawajalla, terpujilah, tinggi6, pelajar, mendefinisikan, ini7, mematuhi, membudaya, sebaiknya, menepati, male, deity, archaic, betara, greek, dewadewa, yunani, idol, deified, money, become, wang, make, bertuhankan, sso, sst, allah8, takrifan, didakwa, perterjemahan, berautoriti, sendirinya, kesahihan, dipertikai, bertitik, nusantara, mencatatkan, misi, tenggara, mengaut, giat, menjalankan, upacara, difahami, setempat, mekhior, leidekler, 1733, standard, semenanjung, indonesia9, menterjemah, meningkat, munculnya, menguasai, 1786, 1795, menerusi, menyebar, 1852, tuliasan, rumi, jawi, diterbit, disebarkan, berhasrat, mendirikan, betawi, mencetak, menerbitkan, diselitkan, sekitar, 1821, 1905, buletin, arifin, cermin, melayu10, kemudiannya, disertai, lembaga, board, commisioners, foreign, kesemua, literature, perantara, dakyah, percubaan, lahir, terhasil, mencerminkan, kelaziman, sememangnya, menjernih, 180, 181, menyucikan, suryani, syria, syam, hebrew, semitik, berkemungkinan, rasional, duanya, suasana, membudayai, sering, katholik, لَئ, أَلْت, لَق, الس, الْأَر, الش, الْقَم, لَي, ُقولُ, اللَّ, فَأَ, çëîè, ؤَف, كون, bertanya, musyrik, menciptakan, memperjalankan, menjawab, ïnºur, hwî, tbur, 7psw, þqä9, tûïï, çðìè, ï9r, óoßg, yïb, xÿx, úïï, yju, cqä9qà
Text of the page (random words):
s pelajar pula mendefinisikan kalimah allah seperti berikut tuhan yang maha esa yang bersifat dengan sifat sifat yang maha sempurna dan yang mencipta alam ini7 oleh itu kalimah allah tidak boleh dianggap sebagai terjemahan tuhan dalam bahasa melayu atau god dalam bahasa inggeris kerana ia adalah lafaz bahasa arab yang dikekalkan sebagai mematuhi kitab suci umat islam yang telah membudaya dalam masyarakat islam dan dimaklumi sebaiknya oleh bukan islam di negara ini d perbuatan pihak gereja katolik menterjemahkan perkataan god kepada allah juga tidak menepati istilah yang digunapakai oleh masyarakat di negara ini perkataan god menurut kamus dewan inggeris melayu ialah n 1 male deity dewa tuhan archaic betara the greek s dewadewa yunani 2 idol berhala patung 3 so st deified tuhan money 3 a s hornby 1985 oxford advanced learner s dictionary of current english oxford university press great britain p 23 4 http www britannica com eb article 9005770 allah dilayari pada 8 jun 2008 5 http www newadvent org cathen 01316a htm dilayari pada 8 jun 2008 6 http sbmb dbp gov my knb cariankata dbp_ka_rujukan_kamus_dbp aspx dilayari pada 8 jun 2008 7 ibid 4 has become his wang telah menjadi tuhan baginya make a of so st bertuhankan sso sst 4 g tuhan in islam allah8 takrifan ini dibuat oleh kamus dewan berdasarkan budaya yang menjadi amalan masyarakat di negara ini ini bermakna god bagi selain islam diterjemahkan sebagai dewa dan tuhan manakala god huruf g besar ia digunakan sebagai kata ganti nama yang merujuk kepada allah dan bukan terjemahan bagi kalimah allah dalam bahasa inggeris seperti pada takrif no 4 di atas ia seperti juga umat islam menggunakan huruf besar untuk setiap huruf pertama bagi kata kata ganti nama yang lain apabila merujuk kepada allah seperti aku kami dia dan engkau e bible bahasa melayu yang didakwa sebagai rujukan kepada penggunaan kalimah allah juga tidak boleh diterima berdasarkan faktor kredibiliti penterjemahan dan perundangan malaysia maksud kredibiliti perterjemahan iaitu sehingga kini tidak diketahui pihak berautoriti yang terlibat dalam penterjemahan bible ke dalam bahasa melayu misalnya adakah dewan bahasa dan pustaka dirujuk dalam hal ini tambahan pula faktor perundangan menegah penggunaan kalimah kalimah tertentu yang menjadi hak eksklusif umat islam untuk digunakan oleh bukan islam oleh itu alasan yang mengatakan mereka merujuk kepada bible bahasa melayu adalah tertolak dengan sendirinya kerana kesahihan penterjemahan bible tersebut boleh dipertikai alasan kedua mendakwa bahawa mulai awal abad ke 19 para penganut katolik di malaya telah pun memiliki buku buku doa dalam bahasa melayu dan perkataan allah telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah god para penganut katolik malta juga menggunakan perkataan allah untuk merujuk kepada tuhan dan demikian juga masyarakat kristian di indonesia pakistan dan asia barat hujah hujah menolak a alasan ini adalah bertitik tolak daripada sejarah kedatangan mubaligh kristian ke tanah melayu dan nusantara sejarah telah mencatatkan antara misi utama kedatangan penjajah barat ke asia tenggara adalah untuk mengaut hasil bumi dan menyebarkan agama kristian ke seluruh rantau ini antara usaha usaha yang giat dilakukan oleh para mubaligh ini ialah menterjemahkan bible ke dalam bahasa penduduk tempatan termasuk menjalankan upacara keagamaan dalam bahasa yang difahami oleh masyarakat setempat sebagai contoh terjemahan bible oleh dr mekhior leidekler dalam tahun 1733 telah diterima sebagai satu hasil terjemahan yang standard dan digunakan dengan meluas pada abad ke 18 dan ke 19 di semenanjung tanah melayu dan indonesia9 kegiatan menterjemah bible ini telah terus 8 http sbmb dbp gov my knb cariankata dbp_ka_rujukan_kamus_dbp aspx dilayari pada 8 jun 2008 9 neill s 1956 colonialism and christian missions london lutterworth press hal 77 5 meningkat dengan munculnya penjajah inggeris di tanah melayu selepas menguasai pulau pinang pada tahun 1786 dan melaka pada tahun 1795 stamford raffles ialah seorang tokoh penjajah inggeris yang terlibat secara langsung dalam kegiatan mengembangkan agama kristian menerusi kegiatan menyebar terjemahan kitab bible dalam tahun 1852 versi terjemahan dalam tuliasan rumi dan jawi diterbit dan disebarkan dengan meluas di tanah melayu stamford raffles juga merupakan seorang penyokong kuat usaha para mubaligh protestant dari pertubuhan mubaligh london yang berhasrat untuk mendirikan pusat percetakan di melaka pulau pinang singapura dan betawi selain mencetak terjemahan bible kegiatan percetakan ini juga menerbitkan majalah majalah melayu yang mengandungi pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang diselitkan dengan propaganda kristian dengan bertujuan pengembangan agama di tanah melayu sekitar tahun 1821 1905 pelbagai majalah diterbitkan seperti buletin arifin cermin mata sahabat dan warta melayu10 kegiatan menyebarkan bahan propaganda kristian ini kemudiannya telah disertai oleh para paderi protestant dari amerika syarikat yang mewakili lembaga pesuruhjaya pesuruhjaya amerika di luar negeri the america board of commisioners of foreign missions 11 kesemua fakta ini menunjukkan ada alasan yang nyata untuk kerajaan tidak membenarkan pihak kristian pada hari ini menggunakan kalimah allah di dalam bible bahasa melayu ini kerana terjemahan tersebut tidak melambangkan literature sebenar doktrin agama kristian sebaliknya bahasa hanya dieksploitasi sebagai perantara untuk menyebarkan dakyah kristian b percubaan untuk membandingkan malaysia dengan negara negara lain yang menggunakan kalimah allah bagi merujuk kepada god juga tertolak ini kerana setiap bahasa yang digunakan oleh setiap bangsa di negara tertentu mempunyai sejarah dan kebudayaan yang berbeza dalam kes ini latar belakang bahasa melayu yang digunakan oleh penduduk malaysia lahir daripada rahim agama islam dan kebudayaan melayu budaya melayu itu sendiri terhasil daripada agama islam oleh itu ia wajib mencerminkan kelaziman melayu yang berpunca daripada agama islam ini sudah tentu berbeza dengan latar belakang bahasa melayu yang terdapat di indonesia dan singapura c berkenaan penggunaan kalimah allah oleh penganut kristian di asia barat juga tidak boleh dijadikan hujah bangsa arab bukan islam sememangnya telah lama menggunakan kalimah allah berdasarkan faktor teologi dan kebudayaan yang telah sedia wujud di asia barat perkara ini dijelaskan sendiri oleh al quran apabila al quran datang untuk menjernih 10 ibid hal 180 181 11 ibid 6 dan menyucikan semula penyalahgunaan maksud kalimah allah yang digunapakai oleh golongan jahiliyyah dan ahli kitab yang terdiri daripada yahudi dan nasrani d dalam konteks etimologi dan semantik pula alasan gereja katolik untuk merujuk kepada masyarakat kristian arab adalah tersasar jauh mereka tidak boleh membandingkan apa yang berlaku kepada kristian arab dengan kristian di malaysia apa yang berlaku di negara negara arab ialah pihak kristian arab menterjemahkan bible daripada bahasa suryani syria syam atau aramik dan bahasa ibrani hebrew kepada bahasa arab perlu diketahui bahasa arab aramik dan ibrani berada dalam rumpun bahasa yang sama iaitu rumpun semitik oleh itu kristian arab mempunyai hak untuk berhujah bahawa kalimah allah berkemungkinan berasal daripada nama asal tuhan mereka dalam bahasa aramik atau ibrani tetapi apa pula rasional pihak gereja kristian untuk menterjemahkan god dalam bible bahasa inggeris kepada allah dalam bible bahasa melayu bukankah kedua duanya adalah dua rumpun bahasa yang jauh berbeza dari segi etimologi dan semantik bahkan suasana yang membudayai penggunaan bahasa bahasa itu alasan ketiga mendakwa ayat ayat al qur an sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan islam juga telah menggunakan lafaz allah hujah hujah menolak a antara ayat yang sering dirujuk oleh pihak gereja katholik ialah surah al ankabut ayat 61 و لَئ ن س أَلْت هم م ن خ لَق الس م او ات و الْأَر ض وس خر الش م س و الْقَم ر لَي ُقولُ ن اللَّ ه فَأَ نى çëîè ي ؤَف ُ كون maksudnya dan sesungguhnya jika engkau wahai muhammad bertanya kepada mereka yang musyrik itu siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan memperjalankan matahari dan bulan sudah tentu mereka akan menjawab allah maka mengapa mereka terpedaya begitu juga surah al ma idah ayat 73 bî ur 4 ó ïnºur m s9î hwî m s9î ô ïb tbur 7psw n ro ß ï9 ro cî þqä9 s tûïï t xÿ 2 ô s 9 çðìè ío ï9r ëu x tã óoßg yïb rã xÿx úïï yju s9 cqä9qà t jtã qßgtg t óo 9 7 maksudnya demi sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata bahawasanya allah ialah salah satu daripada tiga tuhan padahal tiada tuhan yang berhak disembah melainkan tuhan yang maha esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu sudah tentu orangorang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya kedua dua ayat tadi sebenarnya tidak boleh menjadi hujah bagi golongan bukan islam untuk menggunakan kalimah allah ia berdasarkan alasanalasan berikut i dalam surah al ankabut ayat 61 al qur an hanya merakamkan sejauhmana kefahaman masyarakat arab jahiliyyah menggunakan kalimah allah ia bukan untuk mengiya atau membenarkan penggunaan tersebut sebaliknya ia mahu menjelaskan bagaimana kalimah allah sudah dikenal oleh masyarakat arab sebelum islam daripada informasi ayat ayat seperti ini al qur an menjelaskan orang arab jahiliyyah hanya mengenal allah sebagai 1 pencipta langit dan bumi 2 yang memudahkan peredaran matahari dan bulan 3 yang menurunkan air dari langit dan 4 tempat menggantungkan harapan konsep ini jelas bertentangan dengan konsep allah yang sebenar iaitu sebagai zat yang wajib disembah dan tidak dipersekutukan12 ii manakala surah al ma idah ayat 73 pula tidak boleh menjadi alasan kepada pihak kristian untuk menggunakan kalimah allah ini kerana allah swt sendiri menafikan golongan yang mengatakan zat nya itu satu oknum daripada tiga oknum triniti malah mereka dianggap kafir13 ini bermakna sebutan allah yang keluar dari lidah golongan kristian itu adalah sia sia dan tiada nilai di sisi allah kerana ia tidak merujuk kepada kalimah allah yang sebenar sebagaimana maklum kalimah allah merujuk kepada zat esensi yang dinamakan sebagai perumpamaan mudah perkataan kereta adalah merujuk kepada kenderaan bermotor oleh itu tiada makna bagi orang yang menggunakan perkataan kereta untuk merujuk kepada alat menjahit pakaian sekiranya ia masih menggunakan perkataan kereta tetapi merujuk kepada alat yang salah ini bermakna penggunaan perkataan itu adalah sia sia dan tidak bermakna b menjadikan al quran sebagai rujukan untuk menyokong alasan golongan bukan islam menggunakan kalimah allah bukanlah satu alasan bagi gereja katolik tetapi hujah bagi umat islam ia melambangkan kegagalan gereja katolik untuk berhujah berasaskan teks asal kitab agama mereka bagi umat islam ini menjadi bukti bahawa al quran merupakan kitab suci yang memiliki fakta fakta yang utuh dan konsisten ia juga menjadi bukti bahawa gereja katolik menggunakan al quran sebagai sumber paling 12 tafsir ibn kathir j 6 hal 403 13 tafsir al tabari j 10 hal 482 8 dipercayai untuk mengakui allah sebagai nama tuhan berbanding berhujah berdasarkan perbahasan sejarah dan ilmu bahasa oleh yang demikian fakta fakta mengenai allah sepertimana yang dibentangkan oleh al quran juga hendaklah diterima atau adakah gereja katolik ingin mengatakan bahawa lafaz allah di dalam al quran itu merujuk kepada lafaz elohim dalam kitab asal mereka berbahasa ibrani jika kalimah allah dan elohim itu merujuk kepada hakikat yang sama mengapa pula konsepnya berbeza al qur an mengatakan allah itu maha esa dan tidak mempunyai anak sebaliknya gereja katolik berpegang kepada konsep triniti ini sekaligus memberi makna konsep allah di dalam islam adalah amat konsisten sehingga umat islam tidak perlu menterjemahkannya kepada mana mana bahasa dunia ia berbeza dengan konsep ketuhanan agama kristian yang tidak memiliki sumber yang jelas dan konsisten sehingga memerlukan penterjemahan dan pinjaman daripada bahasa lain alasan keempat mendakwa bahawa segmen terjemahan dalam bahasa malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di malaysia sebagaimana yang wujud dalam populasi penganut katolik di malaysia hujah hujah menolak a alasan penterjemahan kepada bahasa malaysia sebagai lambang kepelbagaian yang wujud dalam populasi masyarakat kristian katolik juga tidak boleh diterima perlu diketahui bahawa bahasa malaysia berasal daripada bahasa melayu perkara 152 perlembagaan persekutuan menyebut bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malaysia perlu diingat bahawa ketika perlembagaan digubal istilah malaysia belum wujud oleh itu apabila kita merujuk kepada bahasa malaysia ia sudah tentu merujuk kepada bahasa melayu yang sekaligus merujuk kepada masyarakat melayu islam justeru peristilahan peristilahan khusus yang telah menjadi syiar dan perlambangan kepada masyarakat melayu islam sudah tentu tidak sekali kali boleh diubah konsepnya untuk diterap kepada satu budaya dan agama yang lain b memaksakan penggunaan kalimah allah dalam kalangan kristian katolik yang bertutur dalam bahasa melayu di negara ini juga secara logiknya sudah pasti memberi kesan negatif terhadap konsep ketuhanan dalam agama kristian telah dimaklumi bahawa kalimah allah itu adalah kalimah yang didominasi oleh umat melayu islam secara politik dan kebudayaan yang terdiri daripada 60 penduduk malaysia berbanding hanya 9 1 penganut kristian pelbagai mazhab bukankah dengan penggunaan peristilahan yang sama bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan penganut kristian berbahasa melayu sendiri justeru penterjemahan yang lebih tepat seperti tuhan sepatutnya digunakan oleh gereja katolik bagi menjamin 9 kepercayaan agama kristian sentiasa terpelihara selain mengelakkan kekeliruan alasan kelima mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan di dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh perkara 11 3a perlembagaan persekutuan hujah hujah menolak a alasan ini adalah tidak benar sama sekali sebaliknya kerajaan telah diberi hak oleh perlembagaan persekutuan dalam perkara 11 4 untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang orang yang menganuti ugama islam di bawah peruntukan ini kerajaan sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri telah menggubal undang undang mengawal dan menyekat pengembangan agamaagama bukan islam terhadap umat islam sebagai contoh enakmen kawalan dan sekatan pengembangan agama bukan islam negeri terengganu 1980 seksyen 9 menyebut melarang seseorang bukan islam daripada menggunakan perkataan perkataan tertentu baik dalam tulisan ucapan atau kenyataan untuk menggambarkan antaranya kepercayaan atau konsep manamana agama bukan islam perkataan perkataan itu termasuklah allah ilahi rasul nabi wahyu iman imam syariah ulama dakwah ibadah injil dan lain lain peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa menggunakan kalimah allah sebagai terjemahan kepada perkataan god di dalam bible adalah menyalahi undang undang yang sedang ber...
|