Meta tags:
description= Kurus tanpa produk, Tanpa berlapar. PERCUMA seumur hidup. IT S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE;
Headings (most frequently used words):
2016, khamis, oktober, 2015, popular, bmi, tak, mudahnya, kurus, by, bicikut, pengikut, ahad, 17, april, 18, februari, 29, sabtu, 24, carian, total, pageviews, gula, tanpa, karbohitrat, kalori, catatan, kategori, calculator, my, run, blog, archive, bacaan, untuk, pendiet, yang, masih, faham, bagaimana, da, membantu, anda, menguruskan, badan, dengan, lebih, efektif, dan, mengapa, ia, selamat, remember, knowledge, is, power, releven, kurang, tidur, resepi, ikan, malas,
Text of the page (most frequently used words):
anda (33), yang (31), badan (25), dan (25), 2013 (24), akan (24), done (21), dalam (21), karbohidrat (21), untuk (20), diet (19), lemak (18), ini (17), atkins (16), tenaga (14), dari (13), kongsi (13), run (12), apabila (11), saya (11), tidak (11), kalori (10), sebagai (10), 2014 (9), lebih (9), tanpa (9), tidur (9), membakar (9), tak (8), kurus (8), kurang (8), hormon (8), tubuh (8), jumlah (8), april (7), oktober (7), dengan (7), ketosis (7), pada (7), diabetes (7), boleh (7), glukosa (7), oleh (6), bmi (6), fasa (6), berat (6), juga (6), kepada (6), pemakanan (6), sehari (6), ogos (5), september (5), februari (5), 2015 (5), masih (5), 2016 (5), 10km (5), marathon (5), cara (5), gula (5), ulasan (5), rendah (5), makan (5), tinggi (5), insulin (5), penyakit (5), jadi (5), ketones (5), seperti (5), sumber (5), mei (4), julai (4), november (4), disember (4), mac (4), faham (4), okt (4), percuma (4), selama (4), pinterest (4), facebook (4), blogthis (4), melkan (4), posted (4), faz (4), fazrin (4), ikan (4), kandungan (4), selera (4), kadar (4), ada (4), adalah (4), masalah (4), bukan (4), telah (4), dapat (4), menyebabkan (4), kegagalan (4), perlu (4), jun (3), januari (3), bacaan (3), pendiet (3), ayam (3), 21km (3), challenge (3), night (3), malaysia (3), resepi (3), bagaimana (3), membantu (3), itu (3), bahan (3), tiada (3), malas (3), tabur (3), masa (3), sama (3), leptin (3), mendapat (3), mengawal (3), jika (3), satu (3), bagi (3), mengalami (3), atau (3), dua (3), jantung (3), buah (3), pinggang (3), pesakit (3), mencukupi (3), terdapat (3), mengeluarkan (3), protein (3), lagi (3), jawapan (3), iaitu (3), fallacy (3), daripada (3), kerana (3), proses (3), darah (3), ialah (3), metabolisme (3), diperlukan (3), obesiti (3), makanan (3), bulan (3), 141 (2), melawati (2), cap (2), 3km (2), half (2), 10k (2), road (2), towerthon (2), sunrise (2), may (2), trail (2), bsn (2), the (2), 15km (2), nov (2), 42km (2), kesihatan (2), nota (2), menguruskan (2), efektif (2), mengapa (2), selamat (2), remember (2), knowledge (2), power (2), buku (2), releven (2), turun (2), 8kg (2), betul (2), berkesan (2), produk (2), karbohitrat (2), catatan (2), popular (2), stevia (2), beli (2), masuk (2), semua (2), pun (2), memiliki (2), bertanggungjawab (2), bertambah (2), ghrelin (2), jangan (2), berada (2), kegemukan (2), khamis (2), 100 (2), ideal (2), rujukan (2), tahap (2), seseorang (2), namun (2), gemuk (2), fit (2), banyak (2), lain (2), hati (2), keadaan (2), walaupun (2), dibakar (2), mula (2), tapi (2), meningkat (2), hasilnya (2), berlaku (2), metabolik (2), organ (2), gout (2), batu (2), karang (2), ketoasidosis (2), individu (2), mengambil (2), bersandar (2), penghasilan (2), sebaliknya (2), menghasilkan (2), menukar (2), ketone (2), sangat (2), terhasil (2), menggunakan (2), pembakaran (2), berlapar (2), tetapi (2), berlebihan (2), menjadi (2), sihat (2), nutrisi (2), membenarkan (2), pertama (2), berjaya (2), mudahnya (2), bicikut (2), tema, ringkas, dikuasakan, blogger, 131, 2011, 123, 2012, bagaiman, blog, archive, relay, feb, brook, makna, founders, 12km, march, race, deuter, fun, 7km, 12th, mizuno, wave, 16km, 9th, june, kpac, reebook, 95km, sep, 2jam, minit, kfc, walk, bhp, 11km, adidas, king, 8km, 2xu, mens, competitive, roadshow, salomon, 10nov, larian, gegar, burden, brooks, team, fan, penang, bridge, international, putrajaya, viper, 79km, energizer, calculator, diary, kategori, cerita, aku, sampai, panduan, setelah, berdiet, hari, tips, berjoging, apa, psyllium, husk, fungsinya, paling, masakkan, murah, klik, pic, total, pageviews, strip, download, pemanis, baca, lengkap, carian, langgan, atom, laman, utama, lama, dlm, air, fryer, 190c, 15minit, day, nak, masak, letak, garam, cajun, parsley, susu, gaul, sabtu, menahan, secara, berterusan, sejenis, dipanggil, merupakan, meningkatkan, contohnya, ketika, justeru, terkejut, nilai, hampir, penghidap, dikeluarkan, semasa, penggunaan, punca, turut, risiko, pertambahan, 170cm, maka, 70kg, contoh, ketinggian, 105, mengguna, formula, setuju, penentu, digunakan, tanda, aras, memandangkan, majoriti, rakyat, berlemak, kering, hanya, rajin, bersenam, konsisten, abaikan, kajian, saintifik, dijalankan, dekad, membuktikan, pendekatan, terkawal, memperbaiki, parameter, klinikal, mempengaruhi, memudaratkan, mahupun, struktur, tulang, seorang, dia, kebuluran, mereka, sel, diabates, masalahnya, hasilkan, pusingan, maklumbalas, henti, ketidakseimbangan, kecelaruan, sedikit, adaptasi, keto, terjadi, sengaja, 50g, mengesan, kekurangan, glycogen, menukarkan, otak, beta, hydroxybutyrate, terkeliru, antara, mana, dihasilkan, memasuki, beracun, dipaksa, mengakibatkan, sebab, mengurangkan, terkumpul, tersimpan, melalui, mengamalkan, suis, sistem, mengutamakan, kelebihan, sini, beroperasi, berasaskan, dinafikan, diproses, disimpan, simpanan, kawalan, terhadap, diambil, setiap, orang, berbeza, seterusnya, membawa, pelbagai, dsb, fda, ajar, ikut, piramid, sepanjang, abad, lepas, akibat, konsumsi, diperhalusi, peningkatan, ketara, seluruh, dunia, konsep, asas, dinasihatkan, pakar, mengikut, pyramid, tentang, fungsi, nutrien, berfungsi, baik, amat, mengehadkan, gram, had, induksi, sudah, keperluan, mineral, bergerak, mendapatkan, dapatkan, daging, laut, telur, elakkan, nasim, pasta, ubi, kentang, roti, pasal, peter, attia, presiden, nutrition, science, initiative, nusi, ahad, pengikut, kita, berkongsi, ilmu, disana, request, ahli, segalanya, kelab, kda, menubuhkan, caranya, disini, berkesempatan, menjawab, soalan, sebelum, selepas, buktinya, membuang, 22kg, utk, berikutnya, 30kg, menguatkan, semangat, teruskan, seminggu, sentiasa, berusaha, bertahun2, cuba, kurangkan, impian, kenyataan, bila, terjumpa, cubaan, seumur, hidup, never, too, late, change, your, life,
Text of the page (random words):
mudahnya kurus by bicikut mudahnya kurus by bicikut kurus tanpa produk tanpa berlapar percuma seumur hidup it s never too late to change your life saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan dan sentiasa berusaha untuk kurus bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan tapi tak berjaya impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa diet atkins cubaan pertama saya selama seminggu turun 5 kg menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya hasilnya 30kg selama 4 bulan saya kongsi caranya disini diet atkins buktinya sebelum selepas oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan saya telah menubuhkan kelab diet atkins kda malaysia untuk kita semua berkongsi ilmu disana anda boleh request sebagai ahli segalanya percuma pengikut ahad 17 april 2016 bacaan untuk pendiet yang masih tak faham bagaimana da membantu anda menguruskan badan dengan lebih efektif dan mengapa ia selamat remember knowledge is power rujukan dr atkins dan pasal ketosis dari dr peter attia presiden nutrition science initiative nusi us fallacy 1 diet ini tidak membenarkan anda untuk mendapatkan kalori daripada karbohidrat jadi anda perlu dapatkan kalori daripada protein dan lemak ayam daging ikan makanan laut dan telur sumber protein dan lemak untuk anda anda perlu elakkan makanan tinggi karbohidrat seperti nasim pasta ubi kentang dan roti jawapan diet atkins bukan tidak membenarkan anda dapat kalori dari karbohidrat tetapi mengehadkan jumlah karbohidrat dan kalori dari karbohidrat 20 gram had karbohidrat sehari dalam fasa induksi atkins sudah mencukupi atau lebih dari mencukupi untuk keperluan sehari nutrisi dan mineral yang diperlukan badan apabila ada bergerak ke fasa yang lebih tinggi lebih banyak jumlah karbohidrat boleh anda makan fallacy 2 konsep asas pemakanan sihat adalah seperti yang telah dinasihatkan oleh pakar nutrisi iaitu mengikut pyramid makanan yang betul anda perlu faham tentang fungsi karbohidrat nutrien ini adalah sumber tenaga kerana tanpa karbohidrat metabolisme tubuh anda tidak akan berfungsi dengan baik proses metabolisme tubuh anda amat diperlukan untuk membakar kalori dan lemak tanpa karbohidrat bagaimana kalori dan lemak anda boleh dibakar jawapan fda ajar ikut piramid pemakanan sihat ialah diet tinggi karbohidrat rendah lemak namun sepanjang dua abad lepas akibat konsumsi karbohidrat diperhalusi yang berlebihan terdapat peningkatan ketara pada jumlah individu yang mengalami masalah obesiti dan diabetes di seluruh dunia tidak dinafikan karbohidrat ialah sumber tenaga tetapi mengambil lebih karbohidrat menyebabkan kadar glukosa gula dalam darah meningkat gula dalam darah yang berlebihan tidak akan diproses menjadi tenaga sebaliknya disimpan dalam badan sebagai lemak dari sehari ke sehari jumlah lemak dalam simpanan badan akan bertambah jika tiada kawalan terhadap jumlah karbohidrat yang diambil untuk sehari dan jumlah karbohidrat yang diperlukan badan setiap orang berbeza ini seterusnya menyebabkan obesiti dan obesiti membawa pelbagai penyakit lain seperti jantung diabetes dsb apabila anda mengamalkan diet rendah karbohidrat badan akan menukar suis dari pembakaran glukosa dalam darah yang terhasil dari pemakanan karbohidrat kepada satu sistem yang mengutamakan pembakaran lemak sebagai tenaga kelebihan metabolik di sini ialah badan akan menggunakan lebih kalori bagi membakar lemak dari membakar glukosa untuk tenaga jadi anda akan membakar lebih kalori dalam masa yang sama tak perlu berlapar apabila badan beroperasi dalam metabolisme berasaskan lemak oleh sebab itu diet atkins sangat berkesan untuk mengurangkan berat badan dan lemak badan kerana ia akan mula membakar lemak terkumpul yang tersimpan dalam badan selama ini sebagai tenaga melalui proses ketosis dan proses membakar lemak sebagai sumber tenaga menggunakan lebih kalori dari membakar glukosa fallacy 3 diet rendah karbohidrat juga boleh menyebabkan anda memasuki fasa ketosis iaitu penghasilan bahan ketone yang sangat beracun ketone terhasil apabila tubuh anda dipaksa menghasilkan tenaga daripada sumber lemak bahan ini boleh mengakibatkan kegagalan organ gout batu karang dan kegagalan buah pinggang jawapan jangan terkeliru antara ketosis pemakanan dengan ketoasidosis diabetes terdapat dua keadaan di mana ketones dihasilkan badan iaitu 1 ketosis pemakanan ketosis pemakanan atau fasa adaptasi keto terjadi apabila seseorang individu dengan sengaja mengambil kurang dari 50g karbohidrat sehari fasa 1 dan 2 atkins badan akan mengesan kekurangan glukosa dalam badan jadi badan tidak akan lagi bersandar kepada glycogen untuk penghasilan tenaga sebaliknya hati akan menghasilkan ketones bagi membakar lemak dan menukarkan lemak kepada tenaga otak juga akan menukar dari bersandar kepada glukosa kepada beta hydroxybutyrate 2 ketoasidosis diabetes apabila seorang pesakit diabetes tidak mendapat insulin yang mencukupi dia akan berada dalam keadaan kebuluran walaupun terdapat glukosa dalam badan mereka tanpa insulin ia tidak akan dapat masuk ke dalam sel badan untuk dibakar sebagai tenaga jadi badan pesakit diabates akan mula mengeluarkan ketones dari lemak dan protein untuk membakar lemak sebagai tenaga tapi masalahnya pesakit diabetes ini tak dapat hasilkan insulin jadi tidak ada pusingan maklumbalas oleh itu badan akan mengeluarkan ketones tanpa henti pada satu tahap jumlah ketones dalam badan akan meningkat kepada 15 25 mm hasilnya akan berlaku ketidakseimbangan ph menyebabkan kecelaruan metabolik dan masalah seperti kegagalan organ gout batu karang dan kegagalan buah pinggang ini tidak akan berlaku jika badan dapat mengeluarkan insulin walaupun dalam jumlah yang sedikit banyak kajian saintifik yang telah dijalankan dalam masa dua dekad ini membuktikan pendekatan diet karbohidrat terkawal membantu memperbaiki parameter klinikal yang mempengaruhi penyakit jantung dan penyakit penyakit lain tanpa memudaratkan hati jantung buah pinggang mahupun struktur tulang posted by faz fazrin at 4 17 2016 5 ulasan e melkan ini blogthis kongsi pada x kongsi ke facebook kongsi ke pinterest khamis 18 februari 2016 bmi tak releven saya setuju bmi bukan penentu tahap kesihatan seseorang namun bmi masih boleh digunakan sebagai tanda aras memandangkan majoriti rakyat malaysia ni gemuk berlemak bukan gemuk fit kurus kering bukan kurus fit hanya yang rajin bersenam konsisten boleh abaikan bmi ni saya masih mengguna formula cap ayam ini sebagai rujukan ketinggian 100 atau 105 berat ideal contoh tinggi 170cm 100 maka berat ideal adalah 70kg posted by faz fazrin at 2 18 2016 1 ulasan e melkan ini blogthis kongsi pada x kongsi ke facebook kongsi ke pinterest khamis 29 oktober 2015 kurang tidur kurang tidur ya kurang tidur pun adalah satu punca bagi masalah kegemukan apabila anda kurang tidur anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda contohnya hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur justeru apabila anda kurang mendapat tidur jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda pada masa yang sama apabila kurang tidur anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda apabila kandungan hormon leptin ini rendah selera makan anda akan bertambah posted by faz fazrin at 10 29 2015 tiada ulasan e melkan ini blogthis kongsi pada x kongsi ke facebook kongsi ke pinterest sabtu 24 oktober 2015 resepi ikan malas day 19 resepi malas nak masak letak ikan tabur garam tabur cajun parsley ikan susu tabur je semua gaul pun malas masuk dlm air fryer 190c 15minit posted by faz fazrin at 10 24 2015 tiada ulasan e melkan ini blogthis kongsi pada x kongsi ke facebook kongsi ke pinterest catatan lama laman utama langgan ulasan atom carian popular baca nota lengkap diet atkins cara beli pemanis stevia download buku diet atkins percuma cara beli ketosis strip total pageviews gula tanpa karbohitrat kalori stevia murah klik pic catatan popular karbohitrat bahan masakkan diet atkins cara paling berkesan kurus tanpa produk apa itu psyllium husk fungsinya tips berjoging cara yang betul berat turun 1 8kg setelah berdiet selama 3 hari dengan cara 4 fasa diet atkins bmi tak releven buku panduan diet atkins percuma bacaan untuk pendiet yang masih tak faham bagaimana da membantu anda menguruskan badan dengan lebih efektif dan mengapa ia selamat remember knowledge is power cerita aku diet atkins dari a sampai z kategori nota diet atkins 141 diary 61 resepi diet atkins 22 kesihatan 19 bmi calculator my run my run 2013 1 melawati run 10km done 2 cap ayam relay 3km 17 feb 2013 done 3 brook half marathon 21km 3 mac 2013 done 4 makna founders 2013 12km 31 march 2013 done 1 27 5 kl 10k road race 2013 14 april 2013 done 6 kl towerthon sunrise challenge 2013 19 may 2013 done 7 deuter trail fun run 2013 7km 12th may 2013 done 8 mizuno wave run 2013 16km 9th june 2013 done 9 kpac run 3km x 5 31 ogos 2013 done 10 reebook 18 95km 22 sep 2013 done 2jam 6 minit 11 kfc walk 5 okt 2013 done 12 bhp run 11km 13 okt 2013 done 13 bsn night marathon 21km 19 okt 2013 14 adidas king of the road 16 8km 20 okt 2013 15 2xu mens competitive roadshow 15km 3 nov 2013 16 salomon x trail run 2013 10km 10nov 2013 17 larian gegar um 23 nov 2013 10km my run 2014 1 the burden run 2014 10km done 2 melawati 10k 2014 10km done 3 brooks half marathon 21km done 4 kl towerthon sunrise challenge 2014 done 5 team malaysia fan run 2014 done 6 penang bridge international marathon 2014 42km done 7 bsn putrajaya night marathon 2014 42km done 8 viper challenge 2014 20 79km done 9 energizer night run 15km done blog archive 2016 2 april 1 bacaan untuk pendiet yang masih tak faham bagaiman februari 1 2015 12 oktober 11 september 1 2014 62 disember 3 november 2 oktober 1 september 3 ogos 5 julai 2 mei 11 april 10 mac 11 februari 4 januari 10 2013 141 disember 11 november 10 oktober 6 september 10 ogos 9 julai 8 jun 17 mei 17 april 10 mac 13 februari 19 januari 11 2012 123 disember 23 november 9 oktober 17 september 7 ogos 4 julai 7 jun 5 mei 12 april 12 mac 16 februari 7 januari 4 2011 131 disember 4 november 1 oktober 13 september 11 ogos 23 julai 16 jun 25 mei 20 april 18 tema ringkas dikuasakan oleh blogger
|