Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2013, chenta, monday, june, may, list, friday, april, cinta, ___, blog, 2012, bulan, syaaban, its, cerita, 22, july, 14, 10, 24, 13, thursday, 18, dunia, pencinta, ikut, jatuh, bl0g, ist, andalusia, ga, 0g, kasihan, mereka, di, ramadhan, kelebihan, dan, keistimewaan, malam, nisfu, dari, pandangan, islam, takzkirah, subuh, anda, yang, mana, tangisan, berdarah, inspiration, words, all, about,
Text of the page (most frequently used words):
syaaban (59), dan (43), bulan (42), yang (40), #chenta (35), share (23), pada (23), dari (22), malam (22), allah (19), nisfu (17), dia (17), untuk (12), adalah (12), dalam (12), rasulullah (12), the (11), email (11), hari (11), nabi (11), aku (10), hati (10), kita (10), itu (10), kepada (10), mereka (9), ramadhan (9), this (9), maka (9), 2013 (8), dengan (8), kawan (8), lah (8), ini (8), akan (8), islam (8), amalan (8), pinterest (7), facebook (7), blogthis (7), posted (7), seperti (7), telah (7), baginda (7), comments (6), labels (6), pun (6), bahawa (6), berpuasa (6), masuk (6), cerita (5), june (5), may (5), kasihan (5), baru (5), ialah (5), tiga (5), rahmat (5), oleh (5), sabda (5), kerana (5), daripada (5), apabila (5), umat (5), macam (5), adakah (5), kalangan (5), tak (5), nak (5), blog (4), life (4), april (4), memberi (4), sampai (4), langit (4), ada (4), lagi (4), peristiwa (4), tidak (4), puasa (4), kitab (4), berkata (4), pahala (4), atas (4), segala (4), kelebihan (4), juga (4), tahun (4), hadis (4), orang (4), sama (4), bukan (4), list (3), 2012 (3), july (3), its (3), all (3), motivation (3), salam (3), monday (3), kata (3), semakin (3), rhb (3), bank (3), pagi (3), masa (3), sangat (3), mengetahui (3), penting (3), beberapa (3), sepanjang (3), lain (3), dosa (3), aisyah (3), lebih (3), syurga (3), kamu (3), barangsiapa (3), digalakkan (3), swt (3), taala (3), sunat (3), catatan (3), keampunan (3), bangun (3), merupakan (3), tentang (3), tapi (3), isteri (3), anak2nya (3), blogger (2), cik (2), kehidupan (2), zamani (2), linda (2), february (2), march (2), cinta (2), ___ (2), ikut (2), dunia (2), posts (2), princess (2), you (2), with (2), brave (2), cartoon (2), hara (2), for (2), inspiration (2), words (2), tangan (2), mungkin (2), kan (2), friday (2), isu (2), sungguh (2), kini (2), lady (2), web (2), please (2), ignore (2), that (2), tanpa (2), bila (2), terima (2), semalam (2), sumber (2), hikmah (2), mengenali (2), berlaku (2), antara (2), sabdanya (2), baginya (2), kemudian (2), sebelum (2), dosanya (2), lalu (2), hamis (2), akhir (2), niatmu (2), diriwayatkan (2), bersabda (2), maksudnya (2), dirimu (2), sebagai (2), memperbanyak (2), doa (2), zikir (2), berselawat (2), dipetik (2), mengagungkan (2), serta (2), diri (2), menyebut (2), sebuah (2), menyatakan (2), untuknya (2), tujuh (2), puluh (2), selama (2), mati (2), sebagaimana (2), bagi (2), memperbanyakkan (2), muhammad (2), buku (2), setahun (2), diangkat (2), bermula (2), sebaik (2), sahaja (2), waktu (2), maghrib (2), setelah (2), saiyidatina (2), sesungguhnya (2), hambanya (2), siangnya (2), hamba (2), tersebut (2), memohon (2), rezeki (2), begini (2), sehinggalah (2), penuh (2), selepas (2), tidur (2), sendiri (2), menggalakkan (2), lama (2), sujudnya (2), jari (2), pohonkan (2), apa (2), dapat (2), atau (2), bererti (2), setengah (2), belas (2), sahabat (2), banyak (2), berpecah (2), rejab (2), kesempatan (2), pengertian (2), marilah (2), keistimewaan (2), pandangan (2), takzkirah (2), subuh (2), bebenor (2), dah (2), ado (2), mulanya (2), tersedar (2), kereta (2), yakin (2), keluarga (2), gambar (2), kat (2), kalu (2), picture, window, theme, powered, lynn, jaja, wada, harun, pelangi, sikarap, inaugural, mockingbird, srikandi, bonda, dabel, belog, pak, through, camera, lovely, emerald, qma, shop, mazha, 2010, rumah, kuning, nanieybarnieylurviey, íéñâ, ìêñá, solehah, raz, herba, tihara, nabila, medan, seorang, wanita, denaihati, hidupkan, august, september, october, november, december, 126, january, andalusia, permatakata, mat, gebu, hijap, shoping, center, crochettihara, ben, ashaari, ahmad, khoirul, azmi, jatuh, bl0g, ist, pencinta, view, complete, profile, mulakan, harapan, tinggi, semangat, jitu, cekal, biar, biru, bintang, walau, xselalunya, cerah, subscribe, atom, home, older, anika, noni, rose, tiana, frog, jacqueline, ruth, cinderella, larkin, jasmine, aladdin, suggested, watch, 1st, time, watching, dropping, tears, favourite, kelly, macdonald, merida, jodi, marie, benson, ariel, little, mermaid, irene, bedard, pocahontas, donna, paige, belle, beuty, beast, who, back, beautiful, face, about, thursday, work, try, urs, also, suggest, hey, status, contact, use, changing, every, month, more, better, after, keep, motivate, myself, make, just, jumaat, sesuatu, perlu, amati, jadi, bersama, boleh, menyedarkan, terjumpa, tangisan, berdarah, anda, mana, yer, terancam, rasakan, hebat, penjenayah, information, correct, from, webpage, huhuhu, see, link, and, kind, any, others, too, how, clarify, spam, opis, call, number, customer, service, tertera, dinyatakan, membuang, dapatkan, confirmation, direct, pelik, masanya, berdaftar, berkaitan, account, expired, melalui, http, org, terasa, lengkap, terdapat, antaranya, penukaran, arah, kiblat, peperangan, bani, mustaliq, ala, membukakan, ratus, pintu, bersalawat, atasku, kali, berbuka, ampunkan, diberkatikan, rez, syaba, membesarkan, siapa, rohani, menyucikan, jasma, mengkifaratkan, menghapuskan, bulanku, umatku, barakah, siti, dikasihi, rasululah, dimasukan, gsiapa, awal, kar, nakir, ditutup, keaipannya, kiamat, diwajibkan, baran, mun, kubur, dilepaskan, huru, tulmaut, ditolakkan, terlepas, daripadanya, kegelapan, dal, asnya, sakara, dimudahkan, diharamkan, tubuhnya, api, neraka, menjadi, tauladan, yusuf, diberi, ayub, daud, jika, sempurnakan, puasanya, sebulan, kelebihanku, sehari, baikkanlah, padanya, umamah, bahili, radiallahuanhu, manakala, sukacitalah, perbaiki, melalukan, taubat, bertaubat, zubdatul, izhin, bertaqwa, taat, nya, menahan, perbuatan, maksiat, mengampuni, semua, menyelamatkannya, bencana, penyakit, durratun, nasihin, permulaan, pertengahan, mencatat, beribadat, syahid, dijelaskan, terdahulu, gemar, berbanding, justeru, patut, selaku, mencontohinya, menyemarak, begitulah, tingginya, pekerti, junjungan, fadhilat, dimana, diganti, pertama, dicatatkan, dibuku, selesai, sembahyang, kpd, azzawajjala, datang, beristighfar, melambatkan, terhadap, orang2, dengki, tiba, hendaklah, kalian, malamnya, melakukan, ibadat, turun, merahmati, mulai, terbenamnya, matahari, berfirman, hambaku, ampunkannya, turunkan, ditimpa, bala, sejahterakannya, yangt, terbit, fajar, ertinya, berkat, lailatul, qadr, meriwayatkan, imam, baihaqi, agar, beramal, kemuliaan, bersembahyang, sehingga, fikir, beliau, wafat, melihat, demikian, mencuit, ibu, kaki, bergerak, kembali, dengar, dlm, kemaafanmu, diturunkan, keredhaanmu, kemurkaanmu, berlindung, kpdmu, daripadamu, menghitung, pujian, terhadapmu, memuji, umatnya, berjaga, beriktikaf, mahu, keadaan, lalai, mempercayai, dibawa, naik, ditukar, lembaran, berlalu, malaikat, hijrah, bahasa, arab, lima, iaitu, empat, haribulan, tahukah, sekelian, mengapa, dinamakan, para, menjawab, rasulnya, berkembanglah, kebaikan, sekali, raudatul, ulama, dimengertikan, pecah, berpuak, puak, dikatakan, masyarakat, quraisy, kumpulan, mencari, air, padang, pasir, datangnya, mengekalkan, nama, sekarang, pelbagai, hadisnya, diantara, paling, masyhur, bertanya, sahabatnya, kedua, keberkatan, sebahagian, ahli, meminta, ampun, memperbaiki, cela, menerangkan, jiwa, muncul, menandakan, menghampiri, merenung, sejenak, apakah, masih, ramai, luar, sana, keliru, musykil, sepatutnya, dikerjakan, terutamanya, kelima, belasnya, mendalami, sedikit, sebanyak, info, comment, subahanallah, menarikan, keyboard, tatapan, maya, sekalian, biasalah, banyakkkkk, kongsikan, login, jerrr, sure, ati, menaip, kenapalah, wahai, sejak, dua, menjak, rasanya, kuatkan, jejari, makin, mengecil, kekbuan, huhuh, puasalha, katakana, hehehe, puas, sedih, marah, mencerita, mengumpat, berdosalah, andai, satu, umpatan, nyata, penglihatan, kabur2, lamunan, eccceeehhh, lacepat, lahai, bunyik, lak, deme, gitu, sesapa, kenal, pemilik, bernombor, jhn, 7148, memandunya, berkulit, hitam, manis, lelaki, bercermin, mata, hiasan, dalaman, menunjukkan, sudah, berkeluarga, selamba, kodok, jer, menghembuskan, asap, rokoknya, buat, retilah, last2, kah, kasihanlah, mengharapkan, pimpinan, sang, ketua, isirumah, perjalanan, ekorrr, pikiran, hanya, subhanallah, beginikah, golongan, pemimpin, amik, abis, batri, nasib, pastikan, india, melayu, ikuttttt, kete, perasan, kut, mana2, kawasan, perumahan, ermmm, alang2, simpang, umah, biorkan, maha, betol2, memang, padan, kuar, putung, rokok, mulut, hehhe, sekian, kesedihan,
Text of the page (random words):
cerita chenta cerita chenta chenta nak cerita juga monday 22 july 2013 kasihan mereka di bulan ramadhan subahanallah salam ramadhan kawan kawan lama bebenor lah chenta tak menarikan jari di atas keyboard ni untuk tatapan kawan kawan maya sekalian bukan apa macam biasalah chenta ni banyakkkkk sangat nak di kongsikan tapi bila login jerrr sure ati dah tak ada untuk menaip kenapalah wahai hati sejak dua menjak ni lain bebenor rasanya ni pun chenta kuatkan lah hati jejari chenta yang makin mengecil dari kekbuan huhuh puasalha katakana hehehe chenta tak puas hati sedih pun ado marah pun ado nak mencerita ni bukan mengumpat berdosalah chenta andai ini satu umpatan tapi ini adalah nyata dari penglihatan chenta yang kabur2 mulanya lalu tersedar dari lamunan eccceeehhh cerita lacepat lahai banyak bunyik lak kan ada tak hati deme kata gitu ha sesapa kenal pemilik kereta bernombor jhn 7148 chenta macam yakin x yakin sangat lah yang memandunya tu berkulit hitam manis lelaki bercermin mata hiasan dalaman kereta macam menunjukkan islam sudah berkeluarga selamba kodok jer dia menghembuskan asap rokoknya mulanya chenta buat x retilah last2 chenta pun baru tersedar bukan kah ini bulan ramadhan kasihanlah keluarga mereka yang mengharapkan pimpinan dari sang ketua isirumah sepanjang perjalanan chenta ekorrr dia pikiran chenta hanya kasihan isteri anak2nya kasihan isteri anak2nya kasihan isteri anak2nya subhanallah beginikah golongan pemimpin keluarga masa kini nak amik gambar hp dh abis batri nasib ko lah gambar tak dapat nak pastikan dia india ke melayu ek chenta ikuttttt kete dia tapi dia perasan kut chenta ikut dia x de pun dia masuk mana2 kawasan perumahan ermmm dah alang2 sampai kat simpang umah chenta biorkan lah allah maha mengetahui itu kalu betol2 dia islam lah kalu bukan memang padan lah dia kuar masuk putung rokok tu kat mulut dia hehhe sekian kesedihan semalam posted by chenta at 16 47 1 comment email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels isu friday 14 june 2013 kelebihan dan keistimewaan bulan syaaban malam nisfu syaaban dari pandangan islam takzkirah subuh kelebihan dan keistimewaan bulan syaaban malam nisfu syaaban dari pandangan islam takzkirah subuh bulan syaaban muncul lagi syaaban menandakan umat islam semakin menghampiri ramadhan marilah kita sama sama merenung sejenak apakah pengertian syaaban dan malam nisfu syaaban masih ramai umat islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan syaaban dan terutamanya pada malam kelima belasnya sebelum itu marilah kita sama sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan syaaban ini pengertian syaaban bulan syaaban merupakan bulan kedua selepas rejab bulan syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa dan pada bulan syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa syaaban dimengertikan sebagai berpecah pecah atau berpuak puak dikatakan masyarakat quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir dan apabila datangnya rasulullah s a w baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang rasulullah s a w telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan syaaban dalam hadis hadisnya diantara hadis yang paling masyhur ialah rasulullah s a w bertanya kepada sahabat sahabatnya tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan syaaban para sahabat menjawab allah dan rasulnya lebih mengetahui sabda rasulullah s a w kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali dipetik dari kitab raudatul ulama malam nisfu syaaban nisfu dalam bahasa arab bererti setengah nisfu syaaban bererti setengah bulan syaaban malam nisfu syaaban adalah malam lima belas syaaban iaitu siangnya empat belas haribulan syaaban maka nisfu syaaban adalah peristiwa hari ke 15 dalam bulan syaaban tahun hijrah umat islam mempercayai yang pada malam nisfu syaaban amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu nabi muhammad s a w menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai malam nisfu syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam lailatul qadr saiyidatina aisyah r a meriwayatkan bahawa nabi s a w tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh imam al baihaqi r a rasulullah s a w telah bangun pada malam nisfu syaaban dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki baginda s a w dan bergerak kemudian aku kembali dan aku dengar baginda s a w berkata dlm sujudnya ya allah aku pohonkan kemaafanmu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanmu daripada kemurkaanmu dan aku berlindung kpdmu daripadamu aku tidak dapat menghitung pujian terhadapmu seperti kamu memuji dirimu sendiri baginda rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya ertinya apabila tiba malam nisfu syaaban maka hendaklah kalian bangun pada malamnya melakukan ibadat dan berpuasa pada siangnya ini kerana allah swt turun merahmati hamba hambanya pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia allah swt berfirman adakah dari kalangan hamba hambaku yang memohon keampunan maka akan ku ampunkannya adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki maka akan ku turunkan rezeki untuknya adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala maka akan ku sejahterakannya adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit fajar setelah baginda s a w selesai sembahyang baginda berkata kpd saiyidatina aisyah r a malam ini adalah malam nisfu syaaban sesungguhnya allah azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki hari nisfu syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib 15 syaaban bermula pada 14 hb syaaban sebaik sahaja masuk maghrib fadhilat bulan syaaban di antara amalan amalan yang digalakkan pada bulan syaaban adalah memperbanyakkan puasa sunat sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa rasulullah s a w lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan syaaban berbanding dengan bulan bulan yang lain justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan syaaban ini begitulah tingginya pekerti nabi muhammad nabi junjungan kita di dalam kitab durratun nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa rasulullah s a w bersabda yang maksudnya barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan syaaban dan tiga hari pada pertengahan syaaban dan tiga hari pada akhir syaaban maka allah taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang orang yang beribadat kepada allah taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid memperbanyak doa zikir dan berselawat kepada rasulullah s a w kita sebagai umat islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa zikir dan berselawat kepada rasulullah s a w sabda rasulullah s a w barangsiapa yang mengagungkan bulan syaaban bertaqwa kepada allah taat kepada nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat maka allah taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit dipetik dari kitab zubdatul wa izhin bertaubat kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada allah swt diriwayatkan dari umamah al bahili radiallahuanhu dia berkata rasulullah s a w bersabda yang maksudnya manakala masuk bulan syaaban sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu sabda nabi s a w apabila masuk bulan syaaban baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu barangsiapa berpuasa sehari pada bulan syaaban diharamkan allah tubuhnya dari api neraka dia akan menjadi tauladan nabi allah yusuf a s di dalam syurga diberi pahala oleh allah seperti pahala nabi allah ayub a s dan nabi daud a s jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan syaaban dimudahkan allah at asnya sakara tulmaut dan ditolakkan terlepas daripadanya kegelapan di dal am kubur dilepaskan daripada huru hara mun g kar dan nakir ditutup allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya baran gsiapa berpuasa pada awal hari k hamis pada bulan syaaban dan akhir k hamis daripada syaaban dimasukan dia ke dalam syurga dari kitab al barakah berkata siti aisyah r a bulan yang lebih dikasihi oleh rasululah s a w ialah bulan syaaban sabda nabi s a w syaaban adalah bulanku dan ramadhan adalah bulan umatku syaaban ialah mengkifaratkan menghapuskan dosa dan ramadhan ialah menyucikan dosa jasma ni rohani sabda nabi s a w bahawa puasa syaba an kerana membesarkan ramadhan siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan syaaban kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh allah dosanya yang telah lalu diberkatikan rez e ki baginya antara lain sabdanya lagi bahawa allah ta ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat peristiwa penting di bulan syaaban mengenali bulan syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan syaaban terasa tidak lengkap terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan syaaban antaranya ialah malam nisfu syaaban penukaran arah kiblat dan peperangan bani mustaliq sumber http hikmah org my posted by chenta at 11 40 8 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels hari ini its s p a m kawan kawan chenta terima email berkaitan account bank expired melalui email semalam pagi ni pun terima lagi sangat pelik lah bila la masanya chenta berdaftar dengan rhb tanpa membuang masa dapatkan confirmation direct dari bank pagi pagi lagi sampai opis chenta call la number customer service yang tertera seperti web yang dinyatakan rhb lady please ignore the email as that is spam chenta how to clarify it rhb lady see the web link and please ignore that kind of email for any others bank too huhuhu all information correct from the webpage hebat sungguh penjenayah kini semakin hari semakin terancam chenta rasakan hati hati yer kawan kawan posted by chenta at 09 05 2 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels hati isu monday 10 june 2013 anda yang mana posted by chenta at 12 27 8 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels motivation tangan friday 24 may 2013 tangisan berdarah chenta terjumpa ni kata kata yang mungkin boleh menyedarkan kita jadi chenta share kan bersama mungkin ada sesuatu yang perlu kita amati salam jumaat posted by chenta at 15 02 8 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels motivation tangan monday 13 may 2013 may inspiration words salam just share with you this is make me more better after keep in motivate myself by use the inspiration words changing it every month for all my status of contact hey suggest u to try it to urs also its work posted by chenta at 09 34 4 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels hati motivation thursday 18 april 2013 its all about who s at the back of the beautiful face donna paige o hara vs belle beuty the beast irene bedard vs pocahontas jodi marie benson vs ariel the little mermaid kelly macdonald vs merida brave this is my favourite cartoon 2013 1st time in my life watching cartoon dropping my tears with brave i am suggested you to watch it linda larkin vs princess jasmine aladdin jacqueline ruth vs cinderella anika noni rose vs tiana the princess the frog posted by chenta at 11 15 4 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest older posts home subscribe to posts atom dunia cinta chenta mulakan kehidupan baru dengan harapan yang tinggi semangat yang jitu hati yang cekal biar sampai ke langit biru sampai ke bintang walau langit xselalunya cerah view my complete profile pencinta ikut chenta ___ jatuh chenta bl0g ist ahmad khoirul azmi ben ashaari crochettihara hijap shoping center mat gebu permatakata cinta andalusia ___ 2013 25 july 1 kasihan mereka di bulan ramadhan june 3 may 2 april 5 march 5 february 5 january 4 2012 126 december 2 november 9 october 11 september 14 august 4 july 7 june 14 may 16 april 23 march 25 february 1 ga blog list denaihati l hidupkan untuk memberi aku seorang blogger wanita nabila medan herba tihara blog list june 2012 e raz linda solehah zamani b 0g list april 2012 íéñâ ìêñá ‿ nanieybarnieylurviey rumah kuning mazha 2010 zamani 84 qma shop d emerald my lovely life life through camera d belog pak cik dabel aa srikandi bonda the inaugural life of a mockingbird blog sikarap pelangi kehidupan _ wada harun cerita jaja blog cik lynn picture window theme powered by blogger
|