Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2010, january, jejak, aulia, hj, monday, saturday, 2009, keluarga, besar, pengumuman, sunan, kembara, usrah, husin, thursday, may, 13, wednesday, 20, 11, september, 26, august, dana, khas, khayrat, forum, tahun, hijriah, jaringan, ekonomi, kk, followers, blog, archive, kenali, kami, kswon, mampir, dahlan, perginya, seorang, serikandi, yang, tabah, gresik, malik, ibrahim, ekplorasi, ilmu, dan, bersamamu, wali, songo,
Text of the page (most frequently used words):
dan (54), yang (53), kami (23), sunan (18), untuk (14), telah (13), ini (13), husin (12), semua (12), kerana (11), usrah (10), 2010 (10), dengan (10), orang (10), kita (9), ada (9), #gresik (9), comments (8), giri (8), keluarga (7), january (7), seorang (7), posted (7), kepada (7), dari (7), juga (7), oleh (7), besar (6), 2009 (6), pengumuman (6), sebagai (6), dalam (6), pada (6), air (6), dia (6), pak (6), tetapi (6), makam (6), sila (5), program (5), noh (5), saturday (5), beliau (5), adalah (5), perjalanan (5), sini (5), macam (5), bas (5), tidak (5), nak (5), september (4), blog (4), rawatan (4), atau (4), monday (4), jejak (4), aulia (4), akan (4), tempat (4), lagi (4), baru (4), itu (4), sebelum (4), ketika (4), mereka (4), ramai (4), selepas (4), sampai (4), kaki (4), terus (4), kanak (4), parkir (4), jauh (4), islam (4), august (3), may (3), tuan (3), tanda (3), prihatin (3), kos (3), bulan (3), sekali (3), sijangkang (3), kembara (3), wali (3), berat (3), lebih (3), hingga (3), kerabat (3), namun (3), banyak (3), memang (3), jawa (3), masih (3), digunakan (3), lama (3), bila (3), tapi (3), makanan (3), perlu (3), pagi (3), sempat (3), kereta (3), beberapa (3), bersama (3), surabaya (3), mughni (3), malik (3), agak (3), tiba (3), tanah (3), siapa (3), dahlan (2), mohd (2), tahun (2), forum (2), anak (2), cucu (2), marilah (2), sedikit (2), membantu (2), mbah (2), dicadangkan (2), kesulitan (2), sumbangan (2), hubungi (2), jalan (2), anda (2), sangat (2), dihargai (2), seperti (2), lalu (2), diadakan (2), disember (2), berminat (2), berhubung (2), terhad (2), trip (2), songo (2), sama (2), bulat (2), kata (2), mengidap (2), kilang (2), utama (2), atas (2), kembali (2), bag (2), ialah (2), masa (2), bapanya (2), walaupun (2), tangan (2), saudara (2), melalui (2), ibu (2), barir (2), kali (2), pun (2), sikit (2), urusan (2), apa (2), kurang (2), kena (2), maklumlah (2), budak (2), kelihatan (2), bayaran (2), dikenakan (2), siap (2), nasib (2), baik (2), rasanya (2), tak (2), emang (2), dasar (2), lembu (2), daun (2), tua (2), ubi (2), lembut (2), sumber (2), padang (2), pukul (2), singgah (2), makan (2), lalat (2), berlegar (2), naik (2), lancar (2), pihak (2), mungkin (2), asnawi (2), turut (2), dapat (2), ahmad (2), abd (2), ayahanda (2), demak (2), jam (2), ibrahim (2), aku (2), perbezaan (2), kawasan (2), garam (2), laut (2), petak (2), masing (2), hanya (2), terletak (2), tenang (2), menurut (2), masyarakat (2), hindu (2), rakyat (2), manusia (2), membaca (2), surah (2), perkuburan (2), bukit (2), kuda (2), kalau (2), sekitar (2), disini (2), dipanggil (2), memberi (2), pelancungan (2), disamping (2), kreativiti (2), ukhuwwah (2), perasmian (2), kalijaga (2), wayang (2), dakwah (2), wednesday (2), jasad (2), dirumah (2), anaknya (2), ruhnya (2), kiyai (2), thursday (2), berkenaan (2), majlis (2), skip (2), free, counter, kswon, mampir, view, complete, profile, kenali, march, april, june, july, archive, followers, jaringan, ekonomi, guru, hafiz, hijriah, group, kasih, sayang, infakkan, rezeki, perolehi, meringankan, penjagaan, cilik, sayangi, komitmen, min, rm10, sebulan, jika, pembayaran, buat, wakil, dilantik, bagi, ustazah, khairiah, kebun, sdr, ali, kerjasama, keprihatinan, dana, khas, khayrat, subscribe, atom, home, older, posts, pertemuan, pertengahan, bolehlah, man, mengesahkan, nama, penyertaan, tarikh, menyertai, mohamad, omar, 019, 3661735, 31221277, november, ziarah, pesantren, derita, disebalik, senyuman, mata, memandang, bahu, memikul, dipikul, ringan, dijinjing, pembetung, muafakat, adik, rahim, bin, mujib, disahkan, kanser, spermnya, dibuang, nyawanya, diselamatkan, jangkitan, kuman, merebak, buah, pinggang, menyebabkan, bengkak, dirawat, dihukm, budibicara, merawatnya, dibenarkan, balik, berhari, raya, sekarang, semula, lanjut, plastik, tersangkut, dipinggangnya, urin, terpaksa, dibawa, sepanjang, pembiayaannya, mencecah, puluhan, ribu, ringgit, pesara, berhabis, duit, simpanan, membiayai, mendapat, lembaga, zakat, selangor, ibunya, kencing, manis, tegar, memerlukan, intensif, sahabat, taulan, budiman, hulurkan, ringankan, beban, bukanlah, selebriti, politik, tersohor, insan, dibawah, menghulurkan, mohon, bantuan, sekian, bersamamu, bersambung, dipandu, bertandang, berdua, mempunyai, kenalan, kaum, jadi, mudahlah, segala, bahasa, halusnya, cukup, kemas, risiko, kelentong, supirnya, arifin, berhemah, sabar, pelancung, pulak, kecil, muntah, tertumpah, minuman, mercedisnya, memberikan, keselesaan, selesai, kedai, bertungkus, lumus, mengira, piring, gelas, menunggu, mendapatkan, jumlah, kira, jumlahnya, sejuta, rupiah, padan, tempatnya, sembelih, engkau, bajingan, penyanyi, band, biasa, otak, dijadikan, menu, sayurnya, mesti, pucuk, baca, direbus, hijau, murah, dah, masak, mahal, bandara, juanda, tengahari, cuaca, cerah, terang, rumah, kelaparan, tunggu, ngap, padahal, legar, menyambut, kedatangan, paling, gembira, ceria, teruja, kapal, terbang, bualkan, angankan, pesawat, terakhir, check, bagasi, tergesa, gesa, awal, berkumpul, lcct, sepang, maklumat, peserta, terbabas, klia, belum, bermula, keselamatan, penerbangan, menghadapi, masalah, hamdulillah, letih, tugas, kerja, dibereskan, berangkat, selsema, batuk, bekalan, ubat, disiapkan, tabib, pergi, keluarganya, merancang, setahun, kekangan, menjayakan, jurupandu, pembimbing, zulkarnain, hamidah, akil, haida, aiman, dina, amir, zawawi, faizi, hakimi, nasafi, othman, kak, jah, razi, anis, lokman, aina, irfan, bonda, pauziah, rahman, dewasa, ahli, rombongan, kuala, lumpur, lamongan, tuban, muria, pati, kudus, jogjakarta, ponorogo, kediri, sidoarjo, dirancang, khusus, mendekatkan, memesrakan, dekat, ekplorasi, ilmu, merakamkan, kenangan, kehadiran, menuju, menyebutnya, gersik, tanya, kenapa, bunyi, ejaan, perusahaan, luas, kaedah, dilakukan, unik, dimasukkan, sawah, musim, panas, disejatkan, kering, meninggalkan, putih, dilonggokkan, dihantar, diproses, apabila, dikawasan, tapak, menyerbu, tandas, tandasnya, bersih, sesuai, tentunya, berpadanan, harga, masuknya, iaitu, rp1000, diseberang, kumpulan, pertama, suasana, lengang, ceritanya, champa, 1404m, menetap, dimakamkan, 1419m, majoriti, beragama, budha, berhati, hati, penuh, bijaksana, menyantuni, menunjukkan, akhlak, pekerti, mulia, tutur, katnya, lemah, sopan, menghormati, menyayangi, muda, ajaran, mudah, diterima, layanan, diberikan, lapisan, masyarkat, berbanding, agama, disekitar, istana, pemerintah, sahaja, menaikkan, darjat, martabat, marhaen, merasa, dihormati, fatihah, ikhlas, serta, zikir, tahlil, diketuai, satu, tempayan, tengok, airnya, dipam, bawah, disedut, beratus, kedalam, minum, silakan, monggo, mas, meneruskan, dikenali, raden, paku, prabu, satmata, diatas, kerajaan, menyediakan, perkhidmatan, rp2, 000, tidaklah, berjalan, lenguh, jaraknya, minit, gilman, jogja, dokar, sebenarnya, boleh, hantar, nilai, tambah, produk, peluang, pekerjaan, inovasi, begini, diterapkan, industri, dimalaysia, ulama, feqah, sikap, keyakinannya, disokong, ampel, derajat, pandangan, pendekatanya, nya, berbeza, lain, hubungan, islamiyyah, tetap, dipelihari, terbukti, masjid, mahu, persembahan, kulit, berpendapat, berwajah, hukumnya, haram, inovasinya, mengubahnya, menjadi, wajah, karikatur, bersetuju, media, inilah, contoh, kebijaksanaan, perjuangan, diruncingkan, persamaan, dirapatkan, dipelihara, akhirnya, kembalilah, asalnya, ditanah, persemadian, januari, hasnah, hajah, darwiah, rahmatullah, berehat, uzur, salah, menemaninya, malaikat, izrail, menjemputnya, petang, berpisah, keadaan, aman, mendoakan, semoga, diletakkan, saleh, berwasiat, supaya, jenazahnya, dikebumikan, suaminya, simpang, lima, klang, mara, kaun, dijemput, bertahlil, isya, muhammad, mahin, perginya, serikandi, tabah, berita, perkahwinan, pertunangan, kenduri, kendara, sosial, perkembangan, beranak, suku, sakat, kusen, ingin, dikongsikan, emelkan, moderator, kiyaikusen, gmail, com, perhatian, para, penyokong, harap, aliran, agar, nampak, mantep, wadah, bertemu, berkongsi, kisah, suka, duka, kehidupan, bangunkan, sidebar, main,
Text of the page (random words):
usrah hj husin skip to main skip to sidebar usrah hj husin di sini wadah kita bertemu berkongsi kisah suka duka kehidupan keluarga besar yang kita bangunkan bersama thursday may 13 2010 pengumuman pengumuman pengumuman pengumuman siapa yang ada berita berkenaan majlis perkahwinan pertunangan kenduri kendara majlis sosial atau perkembangan berkenaan anak beranak dan suku sakat keluarga besar kiyai kusen yang ingin dikongsikan dalam blog ini sila emelkan kepada moderator kiyaikusen gmail com perhatian para penyokong fb harap dapat membantu juga aliran blog agar nampak lebih mantep posted by usrah hj husin at thursday may 13 2010 no comments wednesday january 20 2010 perginya seorang serikandi yang tabah akhirnya kembalilah jasad ke tempat asalnya ditanah persemadian pada 19 januari 2010 mbah hasnah hajah darwiah hj dahlan telah kembali ke rahmatullah selepas beberapa lama berehat dirumah kerana uzur menurut salah seorang anaknya yang sempat menemaninya dengan membaca surah al an am malaikat izrail menjemputnya sekitar pukul 5 40 petang ketika ruhnya berpisah dengan jasad dengan keadaan yang sangat aman dan tenang sekali kami mendoakan semoga ruhnya diletakkan bersama orang orang saleh beliau telah berwasiat supaya jenazahnya dikebumikan disamping suaminya kiyai hj husin di tanah perkuburan islam simpang lima klang semua saudara mara dan kaun kerabat dijemput untuk bertahlil selepas isya dirumah anaknya tuan hj muhammad mahin di sijangkang posted by usrah hj husin at wednesday january 20 2010 no comments monday january 11 2010 sunan gresik sunan malik ibrahim gresik kami merakamkan kenangan sebagai tanda kehadiran ke sini pada jam 7 00 pagi kami terus menuju ke makam sunan malik ibrahim di gresik gresik tetapi ramai yang menyebutnya gersik aku tak sempat nak tanya kenapa ada perbezaan bunyi dan ejaan kami melalui kawasan perusahaan garam laut yang luas kaedah yang dilakukan agak unik air laut dimasukkan dalam petak petak sawah bila musim panas air akan disejatkan air yang kering akan meninggalkan garam putih dan akan dilonggokkan sebelum dihantar ke kilang untuk diproses jam 10 00 pagi kami tiba di gresik apabila kami sampai dikawasan tapak parkir bas masing masing menyerbu ke tandas tandasnya agak bersih dan sesuai untuk digunakan tentunya berpadanan dengan harga masuknya iaitu rp1000 rm 0 36 makam sunan gresik hanya terletak diseberang jalan dari tempat parkir bas kami adalah kumpulan yang pertama tiba suasana masih tenang dan lengang menurut ceritanya sunan malik tiba dari champa pada tahun 1404m menetap di gresik dan dimakamkan di gresik pada 1419m ketika itu majoriti masyarakat jawa beragama hindu dan budha beliau berhati hati dan penuh bijaksana dalam menyantuni masyarakat beliau menunjukkan akhlak dan pekerti mulia tutur katnya lemah lembut dan sopan beliau menghormati orang tua dan menyayangi orang muda ajaran islam mudah diterima kerana layanan islam yang diberikan untuk semua lapisan masyarkat berbanding agama hindu yang hanya berlegar disekitar istana dan pemerintah sahaja islam telah menaikkan darjat dan martabat rakyat marhaen mereka merasa dihargai dan dihormati sebagai manusia selepas membaca fatihah dan surah al ikhlas serta zikir tahlil yang diketuai oleh pak noh dan ayahanda hj mughni kami singgah ke satu tempayan besar aku tengok airnya dipam dari bawah tanah rasanya ini kawasan perkuburan mungkin sumber air yang disedut itu beratus kaki kedalam tanah siapa yang nak minum silakan monggo mas makam sunan giri kami meneruskan perjalanan ke makam sunan giri yang tidak jauh dari sini siapa sunan giri dia dikenali sebagai sunan giri raden paku prabu satmata makam sunan giri terletak diatas bukit dan agak jauh dari parkir bas tetapi pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan kereta kuda bayaran dikenakan ialah rp2 000 seorang perjalanan tidaklah jauh tapi kalau berjalan kaki lenguh juga jaraknya sekitar 15 minit perjalanan kereta kuda disini dipanggil gilman kalau di jogja ia dipanggil dokar sebenarnya bas boleh hantar kami hingga ke kaki bukit makam tetapi kerana nak memberi nilai tambah kepada produk pelancungan disini disamping nak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat jawa kreativiti dan inovasi begini perlu diterapkan dalam industri pelancungan dimalaysia sunan giri seorang ulama feqah sikap dan keyakinannya itu turut disokong oleh sunan ampel dan sunan derajat pandangan dan pendekatanya nya sedikit berbeza dengan sunan yang lain namun hubungan ukhuwwah islamiyyah tetap dipelihari ini terbukti ketika perasmian masjid demak sunan kalijaga mahu perasmian diadakan persembahan wayang kulit tetapi sunan giri berpendapat wayang berwajah manusia hukumnya haram sunan kalijaga dengan kreativiti dan inovasinya telah mengubahnya menjadi wajah karikatur sunan giri bersetuju dan ia terus digunakan sebagai media dakwah inilah contoh kebijaksanaan dalam perjuangan dakwah mereka perbezaan tidak diruncingkan persamaan dirapatkan ukhuwwah terus dipelihara posted by usrah hj husin at monday january 11 2010 no comments saturday january 2 2010 ekplorasi ilmu dan jejak aulia program ini dirancang khusus untuk mendekatkan yang jauh dan memesrakan yang dekat kuala lumpur surabaya gresik lamongan tuban muria pati kudus demak jogjakarta ponorogo kediri sidoarjo surabaya ahli rombongan 23 orang 11 dewasa 12 kanak kanak 1 ayahanda hj ahmad mughni abd rahman 2 bonda pauziah bt hj husin 3 hj othman kak jah razi anis lokman aina dan irfan 4 hj mohd zawawi ahmad mughni abd faizi hakimi dan nasafi 5 dr asnawi haida aiman dina dan amir 6 zulkarnain hamidah dan akil jurupandu dan pembimbing pak noh dan ibu barir kl surabaya kami telah merancang program ini setahun yang lalu oleh kerana beberapa kesulitan dan kekangan baru kali ini kami dapat menjayakan program ini 7 00 pagi semua berkumpul di lcct sepang oleh kerana maklumat yang kurang lancar ada peserta yang terbabas sampai ke klia nasib baik belum sempat parkir kereta perjalanan bermula dengan lancar semua urusan pihak keselamatan dan penerbangan tidak menghadapi masalah al hamdulillah beberapa orang kelihatan letih mungkin kerana banyak tugas dan kerja yang perlu dibereskan sebelum berangkat ada yang selsema dan batuk tetapi bekalan ubat telah disiapkan oleh pak tabib dr asnawi yang turut pergi bersama keluarganya tetapi kanak kanak adalah orang yang paling gembira dan ceria sekali maklumlah teruja nak naik kapal terbang macam macam yang mereka bualkan dan angankan sebelum naik pesawat kami adalah orang terakhir yang check in bagasi kami tidak perlu tergesa gesa kerana masa masih awal lagi kami sampai di bandara juanda pada pukul 12 30 tengahari cuaca cerah dan terang kami singgah makan di rumah makan padang oleh kerana kelaparan ramai yang tidak tunggu lama terus ngap apa yang ada padahal keluarga besar lalat lalat banyak berlegar legar menyambut kedatangan kami semua macam biasa makanan padang dari otak lembu sampai ke kaki lembu semua dijadikan menu utama sayurnya mesti pucuk baca daun tua ubi yang direbus hingga lembut daun ubi adalah sumber makanan hijau yang murah tapi bila dah siap masak mahal juga selepas semua selesai tuan kedai kelihatan bertungkus lumus mengira piring dan gelas yang digunakan lama juga kami menunggu untuk mendapatkan jumlah bayaran yang dikenakan bila dia siap kira jumlahnya lebih sejuta nasib baik rupiah tapi rasanya tak padan dengan makanan dan tempatnya memang kami kena sembelih emang dasar emang dasar engkau bajingan kata penyanyi wali band perjalanan kami dipandu oleh pak noh dan ibu barir yang telah banyak kali bertandang ke sini mereka berdua pun memang mempunyai ramai kenalan dan kaum kerabat di sini jadi mudahlah sikit segala urusan apa lagi bahasa jawa halusnya memang cukup kemas kurang sikit risiko kena kelentong pak supirnya pak arifin pun seorang yang berhemah dan sabar maklumlah kami ni pelancung keluarga ramai pulak budak budak kecil ada yang muntah dan ada yang tertumpah air minuman dan macam macam lagi namun bas mercedisnya yang masih baru memberikan keselesaan kepada kami semua bersambung posted by usrah hj husin at saturday january 02 2010 no comments saturday september 26 2009 bersamamu derita disebalik senyuman berat mata memandang berat lagi bahu memikul berat sama dipikul ringan sama dijinjing bulat air kerana pembetung bulat kata kerana muafakat adik rahim bin mujib ini telah disahkan mengidap kanser kilang spermnya telah dibuang kerana nyawanya lebih utama untuk diselamatkan baru baru ini jangkitan kuman telah merebak hingga ke buah pinggang menyebabkan bengkak dia telah dirawat dihukm atas budibicara dr yang merawatnya beliau dibenarkan balik untuk berhari raya sekarang dia kembali semula untuk rawatan lanjut bag plastik yang tersangkut dipinggangnya itu ialah bag urin yang terpaksa dibawa sepanjang masa sebelum ini kos pembiayaannya mencecah puluhan ribu ringgit bapanya seorang pesara dan telah berhabis duit simpanan untuk membiayai kos rawatan walaupun mendapat sumbangan dari lembaga zakat selangor ibunya yang mengidap kencing manis tegar juga memerlukan rawatan intensif kepada semua kerabat dan sahabat taulan yang prihatin dan budiman marilah kita hulurkan tangan ringankan beban saudara kita ini walaupun dia bukanlah selebriti atau orang politik tersohor namun dia juga adalah insan seperti kita juga ketika kita di atas ada orang yang dibawah menghulurkan tangan mohon bantuan anda prihatin sila berhubung dengan bapanya di kg sijangkang atau melalui blog ini sekian posted by usrah hj husin at saturday september 26 2009 no comments kembara jejak aulia wali songo program ziarah wali songo dan pesantren tarikh trip 1 18 24 november 09 trip 2 9 16 disember 09 kepada semua yang berminat untuk menyertai kembara ini sila hubungi 1 mohamad noh hj omar 019 3661735 03 31221277 tempat terhad posted by usrah hj husin at saturday september 26 2009 no comments monday august 3 2009 kembara jejak aulia seperti yang dicadangkan dalam pertemuan yang lalu program jejak aulia akan diadakan pada pertengahan bulan disember kepada yang berminat bolehlah berhubung dengan man noh untuk mengesahkan nama penyertaan tempat terhad posted by usrah hj husin at monday august 03 2009 no comments older posts home subscribe to comments atom dana khas khayrat sebagai tanda kasih sayang dan prihatin anak cucu semua marilah kita infakkan sedikit rezeki yang kita perolehi untuk membantu meringankan kos rawatan dan penjagaan mbah cilik yang kita sayangi sebagai tanda komitmen dicadangkan seorang cucu min rm10 sebulan jika ada kesulitan untuk pembayaran sila buat sumbangan 6 bulan atau 12 bulan sekali sila hubungi wakil yang telah dilantik bagi keluarga di sijangkang ustazah khairiah jalan kebun sdr ali kerjasama dan keprihatinan anda semua sangat dihargai forum forum kk group tahun hijriah keluarga besar tuan guru mohd hafiz jaringan ekonomi kk followers blog archive 2010 4 may 1 pengumuman pengumuman january 3 2009 25 september 2 august 1 july 4 june 4 april 4 march 10 kenali kami usrah hj husin view my complete profile kswon mampir free counter keluarga besar hj dahlan
|