Meta tags:
Headings (most frequently used words):
17, 2017, instagram, tahniah, my, sweet, moments, 25, 10, 26, 23, 21, 16, 15, linkwithin, search, this, blog, aku, si, penulis, coretan, lama, huda8379, huda_aidijumabp, suka, baca, bekerja, di, majlis, perkahwinan, anak, bos, zarif, upsr, hafiz, jantan, bila, cuti, rehat, dan, nengok, acara, sukan, sea, anugerah, cemerlang, april, hari, setiausaha, mei, yam, tunku, aminah, encik, dennis, muhammad,
Text of the page (most frequently used words):
aku (75), yang (56), dan (40), ago (25), 2017 (25), nak (25), tak (22), years (21), dah (21), dengan (21), pun (21), dia (20), tapi (19), semua (18), untuk (17), pada (17), gambar (16), kan (16), ada (16), dapat (15), buat (14), majlis (14), dari (14), august (13), bos (13), lagi (13), rasa (12), #nengok (12), kawan (12), kerja (11), april (11), september (11), tahniah (11), memang (11), cuti (10), jugak (10), hari (9), anak (9), february (9), october (9), setiausaha (9), semalam (9), kalau (9), kita (9), hehe (9), apa (8), blog (8), baca (8), march (8), july (8), sukan (8), zarif (8), boleh (8), jer (8), tau (8), thanks (8), masa (8), bagi (8), pasal (8), may (7), june (7), january (7), perkahwinan (7), salam (7), dalam (7), terima (7), sebab (7), macam (7), sebelum (6), bukan (6), lebih (6), var (6), document (6), script (6), november (6), bila (6), acara (6), sea (6), banyak (6), kat (6), end (6), sudi (6), baik (6), huhu (6), duduk (6), sangat (6), lepas (6), orang (6), pulak (6), sama (6), atlit (6), com (5), december (5), yam (5), tunku (5), aminah (5), mei (5), upsr (5), bekerja (5), moga (5), terus (5), walaupun (5), saja (5), bulan (5), makan (5), sikit (5), alhamdulillah (5), lain (5), malaysia (5), baru (5), gitu (5), simple (4), kasih (4), tahun (4), rumah (4), sweet (4), instagram (4), balik (4), encik (4), dennis (4), cemerlang (4), cantik (4), baju (4), comments (4), akan (4), ini (4), datang (4), masing (4), antara (4), belakang (4), amik (4), kot (4), rezeki (4), sampai (4), oklah (4), depan (4), terbaik (4), all (3), bersama (3), 2019 (3), the (3), budak (3), kali (3), suka (3), function (3), createelement (3), type (3), text (3), javascript (3), src (3), http (3), synad2 (3), nuffnang (3), getelementsbytagname (3), parentnode (3), insertbefore (3), nextsibling (3), muhammad (3), anugerah (3), rehat (3), hafiz (3), jantan (3), posts (3), comment (3), johor (3), cuma (3), penting (3), menarik (3), sultan (3), pengantin (3), sekian (3), takde (3), time (3), sebenarnya (3), kenapa (3), meja (3), silap (3), bertuah (3), jadi (3), kitaorang (3), petang (3), kisah (3), kena (3), entry (3), mula (3), cerita (3), berlangsung (3), betul (3), pergi (3), allah (3), tenang (3), berbeza (3), mana (3), mak (3), ikut (3), saya (3), sayang (3), mrhubby (3), diaorang (3), dhabitah (3), satu (3), kaki (3), exam (3), jalan (3), tetamu (3), show (2), kek (2), dua (2), itu (2), life (2), terengganu (2), cik (2), epal (2), thailand (2), murah (2), phuket (2), trip (2), dongdaemun (2), atau (2), kak (2), guna (2), senyum (2), months (2), kedua (2), 2016 (2), lama (2), home (2), korang (2), sumber (2), kekal (2), pakai (2), kurung (2), berjalan (2), hingga (2), sekali (2), kata (2), tengah (2), nangis (2), and (2), ogos (2), pernikahan (2), diucapkan (2), kepada (2), share (2), sini (2), sejak (2), kenangan (2), kami (2), jumpa (2), senang (2), nasib (2), wasap (2), raikan (2), sendiri (2), siapa (2), cukup (2), full (2), view (2), gituu (2), lahir (2), mereka (2), dibuat (2), hadiah (2), ajk (2), laju (2), sedap (2), bab (2), abis (2), cabutan (2), berapa (2), pelbagai (2), handphone (2), rasmi (2), yea (2), bermula (2), jam (2), setiap (2), lalu (2), update (2), empat (2), menilai (2), layak (2), sihat (2), taknak (2), tanya (2), izinkan (2), serta (2), biasa (2), peluang (2), rasanya (2), segalanya (2), doakan (2), sanggup (2), kononnya (2), ofis (2), weekend (2), berjaya (2), semeja (2), perempuan (2), sefakulti (2), klik (2), rakyat (2), perak (2), rileks (2), final (2), singapore (2), sebelah (2), game (2), nyalakan (2), obor (2), diving (2), comel (2), beraksi (2), padahal (2), letih (2), masih (2), tetap (2), sah (2), malas (2), bagitau (2), mmg (2), bangga (2), still (2), susah (2), maths (2), pasrah (2), gak (2), result (2), segala (2), bebel (2), haha (2), pertama (2), mestilah (2), penat (2), botol (2), layan (2), muka (2), dayang (2), menolong (2), moments (2), theme, powered, blogger, talam, lapis, surabaya, sinar, kehidupanku, jom, viral, diari, menginjak, titisan, nurani, mrta, mrtt, eyriqazz, kao, memudahkan, pinky, momma, need, advice, halina, second, labor, story, shazwani, hamid, housewife, beautiful, 14th, wedding, anniversary, noor, arfa, river, chalet, chendering, mizz, tina, yayyy, verified, percutian, krabi, beli, sim, card, unlimited, data, bidadari, review, doubletree, hilton, banthai, resort, yana, 101, korea, part, everland, market, ikan, bakar, kasihs, kyochon, fry, eynda, eijaz, mamam, lieya, latif, boy, hanis, azla, veikk, drawing, tablet, for, android, mudah, harga, scholarship, yayasan, peneraju, acca, elly, wonderland, untied, shoelaces, vivy, yusof, sepet, terkini, kakcik, seroja, hello, darlings, yuyu, zulaikha, what, maria, elena, weeks, pesanan, sang, isteri, kampung, ben, ashaari, hours, kaka, azraff, suami, bercerai, selepas, setahun, rujuk, beautifulnara, snapwidget, widget, huda_aidijumabp, huda8379, 626, 2011, 452, 2012, 262, 2013, 214, 2014, 120, 2015, 2018, coretan, mrsnurulpa, gmail, penulis, search, this, linkwithin, subscribe, atom, older, newer, situ, royal, southern, tigers, bahagia, selamanya, pakaian, manis, lancar, sempurna, meriah, dibina, akhir, hayat, mata, just, selain, semata, veil, persandingan, malam, tadi, nice, manisnyaaa, berlangsungnya, tun, binti, ibrahim, pasangannya, abdullah, mempelai, ramai, love, harapnya, hubungan, dikekalkan, seperti, dianjurkan, saling, memerlukan, istilah, rapat, bff, sibuk, kursus, event, communicate, group, aktif, kebaikan, anjur, yelah, harapkan, rai, enjoy, korum, setia, berusaha, cam, sesi, potong, read, pavlova, janji, tupperware, ler, khas, tertinggi, brokoli, sayur, kari, ayam, kureng, udang, butter, prawn, nasi, goreng, buah, menu, bersyukur, kasi, tertengok, tengok, sambil, berharap, menang, tempat, selalu, tumpuan, sarung, temanya, kasual, kamera, meh, seadanya, sambutannya, awal, hotel, crystal, inn, batu, pahat, hujung, sambutan, delete, rajin, nafsu, membuak, rindu, main, gigih, meng, atas, diberikan, terduga, selang, memberi, penilaian, dipilih, kejadian, ikutkan, berulangkali, husband, ataupun, sejam, keputusan, huh, mohon, bernafas, supaya, ubah, balas, patut, kekurangan, diri, betulkan, berubah, insan, skop, penilaiannya, juga, harus, bukannya, komputer, definisi, mahupun, belum, pernah, tempoh, cakap, macamana, terbalas, mean, demi, gila, kadang, lambat, belanja, abah, tanpa, doa, takkan, rakan, apc, geng, lelaki, kecuali, sorang, abjad, nasiblah, bekas, sekarang, berpindah, arwah, maklumat, lanjut, sebagai, jomlah, beri, sokongan, berjuang, kejayaan, pasukan, anyway, congrats, least, tuu, vietnam, rasakan, tekanan, recurve, memanah, pagi, kalah, ragbi, best, bola, jaring, para, pemenang, pingat, emas, acaranya, ialah, pilih, mestila, takut, tinggi, berumur, payah, terfikir, muda, sesuai, terbang, tertanya, aksi, tauu, terbayangkan, sedang, berangan, kenyataan, perasaan, sukar, digambarkan, apatah, mewakili, negara, bangku, disebabkan, dapatlah, beberapa, sempena, naik, raya, perasan, langsung, sekolah, drive, sebelumnya, hot, takminat, terfollow, haihh, laa, mintak, pendapat, ustaz, pengesahan, cerai, segi, dokumentasi, rukun, nikah, kesilapan, tidak, mengesahkan, perceraian, tiada, dokumen, urusan, dipermudahkan, hendaknya, ulas, biarlah, pakar, hakim, tentukan, okla, masuk, campur, malu, hmm, kau, bukak, media, sosial, apa2, diperkatakan, saat, seronok, gembira, saksikan, gosip, selebriti, takpela, polo, putera, mateen, lawan, upload, its, but, medal, right, khairul, permudahkan, semuanya, tunggu, keputusannya, kesimpulan, hasil, keadaan, ayat, darjah, sebut, paper, soalannya, try, slow, learner, maybe, takpelah, benda, usah, dikenang, siangnya, soalan, kertas, well, kementerian, kbat, revise, subject, sains, esoknya, takdelah, expect, magic, miracle, target, don, worry, sya, open, minded, beritahu, keluarkan, galanya, usaha, tawakal, peperiksaan, berdebar, debar, debaran, tuan, punya, badan, biasalah, mewarnai, berbaloi, lupa, cenderahati, kicap, jalen, sos, cili, last, photographer, singgah, busy, gituuu, ayah, mekap, mencair, lencun, peluh, menitik, jurai, profesor, noraini, kaprawi, lemah, lega, kawasan, luas, khemah, area, ayue, student, adalah, sebahagian, team, aka, officemate, international, office, bajet, sopan, kain, disponsor, oleh, pelamin, hujan, lebat, ecehh, nah, biar, berbicara, dipanggil, tolak, lagipun, ditambah, anaknya, pengalaman, sebulan, iaitu, tetapi, rugi, selit, kisahkan,
Text of the page (random words):
ngsung sebulan yang lalu iaitu pada 23 september 2017 tetapi kenangan tu masih ada bila dipanggil untuk menolong bos mestilah aku tak tolak kan lagipun ni pertama kali kena bekerja dengan bos baru ditambah kena menolong di majlis perkahwinan anaknya satu pengalaman baru nah layan gambar je la yea biar gambar berbicara gitu ecehh gambar depan rumah padahal masa ni hujan lebat ok ok dah sampai rumah bos gambar depan pelamin pulak kain kitaorang semua disponsor oleh bos bajet sopan gitu dayang dayang kononnya hehe ni adalah sebahagian team aka officemate dari international office dengan student bos aku dengan kak ayue bos aku buat khemah makan makan kat area belakang rumah dia kawasan memang luas tapi tetamu memang penat sikit la jalan kaki dari depan ke belakang muka lega semua lepas makan kalau tak sebelum tu semua lemah je letih ko buat kerja hehe dengan bos aku profesor dr noraini kaprawi ni muka dah nak balik dah dah lencun baju peluh bukan menitik lagi dah jurai abis dah hehe mekap pun dah mencair ok itu la pengantin dengan mak ayah serta sultan johor ok tapi aku tak dapat pun salam sultan pasal busy gituuu layan tetamu haha alhamdulillah majlis berjalan dengan baik aku datang dari jam 10 lebih kot sampai la ke 4 30 petang biasalah dalam majlis mestilah ada macam macam kisah tapi tu la yang mewarnai majlis kan terima kasih bos sebab bagi peluang bersama sama dalam majlis ni penat pun tapi rasa berbaloi sangat lupa pulak nak amik gambar cenderahati yang bos bagi semua tetamu dapat 3 botol kicap jalen dan 1 botol sos cili memang terbaik la sumber gambar ni dari pelbagai handphone dan gambar yang last tu dari photographer rasmi pengantin ok la thanks siapa yang sudi singgah dan baca entry ni end at october 25 2017 2 comments 26 9 17 zarif upsr 2017 11 14 hb september 2017 upsr aku yang berdebar debar rasanya debaran tu lebih dari tuan punya badan yang nak amik exam hari pertama peperiksaan upsr 2017 aku beritahu zarif buat je yang terbaik keluarkan segala galanya masa exam tu dah usaha kita tawakal je la aku pun takdelah expect nak zarif dapat 6a kalau dia bagi aku result 6a tu memang magic dan miracle la aku target dia 3a je tapi berapa dia bagi pun aku ok je don t worry in sya allah aku open minded dengan segala result yang dia bagi bebel tetap bebel haha ni revise untuk subject sains esoknya siangnya dia bagitau soalan maths kertas 2 susah banyak jalan kerja gitu well dah kementerian nak kbat gitu kan pasrah je la zarif ikut kan je la aku pun pasrah la gak bila dapat soalannya aku try la gak untuk aku ni aku rasa ok la cuma mmg ada banyak jalan kerja untuk anak anak yang slow learner maybe amik masa sikit la takpelah benda dah lepas usah dikenang tapi kesimpulan yang aku boleh buat hasil dari exam upsr lepas zarif dalam keadaan tenang dan macam biasa la ayat dia dari darjah satu sampai la ni oklah senang ok boleh buat kalau susah pun dia sebut time maths paper 2 tu je la tapi still boleh buat gitu sama sama la kita tunggu keputusannya ye zarif moga allah permudahkan semuanya thanks sudi baca end at september 26 2017 no comments 23 8 17 tahniah hafiz jantan salam ok masih lagi hot dengan sukan sea 2017 tahniah khairul hafiz jantan bangga tahniah its ok walaupun perak jer but still a medal right bangga aku upload yang aku nengok jer aku tak dapat nengok pun polo yang si kj dan putera mateen tu lawan semalam tapi takpela di saat kita semua rakyat malaysia tengah seronok dan gembira saksikan acara sukan sea ni boleh pulak ada cerita dan gosip pasal pernikahan selebriti tu hmm kalau kau bukak media sosial fb dan apa2 la mmg kisah tu je la diperkatakan aku malas nak masuk campur pun tapi malu ok huhu aku dari taknak tau dan takminat pun terus terfollow cerita dia haihh laa semalam aku terus tanya dan mintak pendapat ustaz ok hehe tapi kan aku tetap rasa perkahwinan diaorang sah aku rasa la sebab pengesahan cerai tu diaorang tu dari segi dokumentasi saja kalau rukun nikah tu cukup semua dah sah kesilapan di sini tidak mengesahkan perceraian dan tiada dokumen moga urusan mereka dipermudahkan hendaknya aku malas nak ulas lebih lebih biarlah pakar dan hakim tentukan segalanya kita doakan yang baik baik saja ok okla tu je nak bagitau thanks la sudi baca ok end at august 23 2017 1 comment 21 8 17 bila cuti rehat dan nengok acara sukan sea 2017 salam semalam aku cuti rehat sebab rasa macam letih sangat pasal baru balik dari kl hari sebelumnya macam la aku yang drive kan hehe padahal duduk sebelah jer mrhubby rileks je dengan budak budak boleh kerja dan sekolah lagi eh tapi kan sejak naik cuti raya yang lepas baru aku perasan takde cuti langsung oklah ni baru cuti oklah disebabkan cuti semalam so dapatlah aku nengok beberapa acara sukan sempena sukan sea 2017 ni eh aku bukan kaki sukan ok kaki bangku lagi tapi bila nengok atlit atlit ni beraksi satu perasaan yang sukar digambarkan apatah lagi mewakili negara terus terbayangkan zarif yang sedang beraksi berangan mana tau jadi kenyataan kan sebelum tu aku nak share jugak aksi atlit diving kita si dhabitah yang comel ni masa nak nyalakan obor eh comel sangat tauu masa mula mula tertanya jugak eh kenapa si dhabitah ni kan tapi aku terfikir pasal dia muda lagi kot so sesuai la dia yang terbang gituu yang lain dah berumur so payah la kan dan mrhubby kata pasal dia atlit diving mestila dia tak takut tinggi kan ha ye jugak kan baca ni kenapa kj pilih dhabitah nyalakan obor klik tahniah diucapkan kepada para pemenang pingat emas semalam antara yang aku nengok acaranya ialah memang menarik sangat game bola jaring semalam ni tau malaysia vs singapore final game ragbi ni pun best walaupun sebelah pagi tu kalah dengan thailand huhu tapi final dengan singapore terbaik la dan acara recurve memanah ni aku dapat rasakan tekanan dia petang semalam nengok atlit dari vietnam tu rileks jer anyway congrats at least dapat perak dah terbaik jugak tuu so sebagai rakyat malaysia jomlah beri sokongan pada semua atlit malaysia yang berjuang untuk kejayaan pasukan malaysia sukan sea kl 2017 akan berlangsung dari 19 30 ogos 2017 nak tau maklumat lanjut korang boleh klik sekian thanks sudi baca end at august 21 2017 1 comment 16 8 17 anugerah cemerlang april 2017 salam cerita lama lagi berlangsung pada 11 april lepas alhamdulillah atas rezeki yang diberikan memang tak terduga selang empat tahun terima rezeki ini sekali lagi terima kasih pada yang menilai dan yang memberi untuk penilaian pada 2016 terima kasih pada arwah bos aku sebab dia la antara sebab aku layak dan dipilih untuk terima anugerah ini sebenarnya pada hari kejadian ni aku cuti dan tak sihat memang betul betul tak sihat ikutkan aku taknak pergi pun berulangkali aku tanya husband nak pergi ataupun tak sampai la sejam sebelum acara bermula aku buat keputusan untuk pergi huh dengan kawan sefakulti sebelum ni alhamdulillah sama sama dapat tapi sekarang aku dah berpindah ofis semua ni bekas kawan kawan sefakulti tahniah untuk semua nasib baik la dapat duduk semeja dengan kawan setiausaha jugak nasiblah duduk dengan semua perempuan duduk kat meja ni semua ikut abjad ada kawan aku semeja dengan semua lelaki kecuali dia sorang je perempuan alhamdulillah semua rakan setiausaha yang terima apc tahniah geng so belanja mak abah dan anak anak weekend tu tanpa doa diaorang aku pun takkan berjaya mrhubby takde pasal dia ke terengganu thanks sayang sebab sayang pun saya berjaya jugak ye la kadang sayang izinkan saya balik lambat sanggup ikut saya ke ofis weekend untuk buat kerja kerja kan eh tapi aku dengan dia sama je la gila kerja jugak huhu i mean sanggup buat apa saja demi kerja la kononnya ini orang yang banyak doakan aku thanks mak tak tau nak cakap macamana tapi rasanya tak terbalas lagi segalanya aku dah rasa dua kali dalam tempoh empat tahun dan dalam masa 12 tahun aku bekerja so aku rasa akan datang bagi peluang kat orang lain pulak pada aku ni semua rezeki aku dah rasa so bagi orang lain pulak sebab aku tau ada orang lain yang belum pernah rasa dan layak untuk dapat definisi cemerlang tu sangat berbeza pada setiap orang mahupun yang menilai bukannya duduk depan komputer dan tak ke mana mana tu cemerlang skop kerja kita semua berbeza so penilaiannya juga harus berbeza moga ada rezeki untuk orang lain pulak aku cuma nak kerja macam biasa dan tenang tenang saja nak betulkan apa yang tak betul dan nak berubah jadi insan yang lebih baik banyak kekurangan pada diri mohon allah izinkan aku untuk terus bernafas supaya aku boleh ubah balas serta buat apa yang patut aku buat oklah sekian thanks sudi baca end at august 16 2017 no comments hari setiausaha mei 2017 salam eh gigih aku meng update blog ek bukan main lagi hehe tu la dia bila nafsu dah membuak dan mula rasa rindu pada blog aku nak delete banyak gambar gambar yang ada so kena la rajin update entry yang ada ni ok ni kisah sambutan hari setiausaha pada bulan mei 2017 yang lalu sebenarnya hari setiausaha ni pada setiap hujung bulan april tapi kitaorang buat sambutannya awal mei yang lepas kalau tak silap 3 mei kot dibuat di hotel crystal inn batu pahat bermula pada jam 2 30 petang meh la nengok gambar tak seadanya ni yea gambar gambar ni semua dari pelbagai handphone dan kamera rasmi huhu temanya kasual aku pun pakai simple jer sarung apa yang ada jer tempat cabutan bertuah ni selalu jadi tumpuan kitaorang la tertengok tengok apa hadiah yang menarik sambil berharap untuk menang kasi full view sikit aku ni bab cabutan bertuah memang tak berapa bertuah sangat tapi alhamdulillah apa yang dapat tu bersyukur dan terima je antara menu yang ada la bab buah ni memang laju je abis tak silap aku ni nasi goreng kot butter prawn kalau tak silap aku amik sikit je pasal aku kureng sikit makan udang ni kari ayam sedap la jugak ok sayur yang sedap laju je makan brokoli tu ni meja khas untuk ajk tertinggi setiausaha yang bukan ajk duduk ler kat meja belakang belakang huhu antara kawan kawan dapat hadiah tupperware janji ada kan hehe ada sesi potong kek read pavlova bagi mereka yang lahir pada bulan 1 hingga 5 je pasal majlis dibuat bulan 5 tu aku dengan kawan kawan yang lahir bulan 3 dah kenapa aku cam nak nangis tu hehe kami setiausaha yang setia dan berusaha gituu ok full view ni pun tak cukup korum ada yang tak dapat datang sebenarnya hari setiausaha ni memang kita anjur dan kita raikan sendiri yelah nak harapkan siapa yang nak raikan untuk kita kan so rai sendiri je la yang penting enjoy nak jumpa semua ni pun bukan senang masing masing sibuk kalau nasib baik dapat la jumpa time kursus ke time ada event penting ke atau pun masing masing communicate guna wasap jer group tu memang aktif ada jugak kebaikan wasap ni huhu pada aku semua ni kawan kawan aku takde istilah kawan rapat ke bff ke and so on kami bekerja bersama dan saling memerlukan harapnya hubungan ni akan dikekalkan dan majlis seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang love all sekian thanks sudi baca end at august 16 2017 no comments 15 8 17 tahniah yam tunku aminah encik dennis muhammad salam semalam 14 ogos berlangsungnya majlis pernikahan yam tunku tun aminah binti sultan ibrahim dengan pasangannya encik dennis muhammad abdullah tahniah diucapkan kepada kedua mempelai aku pun nak share jugak gambar pengantin kat sini walaupun aku tau ramai dah nengok kat fb kan sejak semalam saja nak buat kenangan dalam blog manisnyaaa nice and sweet cantik walaupun tengah nangis majlis persandingan malam tadi baju yang simple dan menarik aku suka veil dia tak tau nak kata apa selain cantik semata mata yang nengok pun cantik je just baju kurung ok tahniah sekali lagi yam tunku aminah dan encik dennis moga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat suka dengan pakaian yang yam tunku aminah pakai simple dan manis jer cuma baju kurung je yang penting majlis berjalan dengan lancar sempurna dan meriah moga perkahwinan terus kekal bahagia selamanya sumber gambar fb johor southern tigers fb the royal johor korang boleh ke situ untuk nengok banyak lagi gambar gambar yang cantik ok at august 15 2017 1 comment newer posts older posts home subscribe to posts atom linkwithin home search this blog aku si penulis mrsnurulpa gmail com coretan lama 2019 6 july 2 february 4 2018 21 october 2 september 1 august 2 july 2 april 2 march 6 february 1 january 5 2017 23 october 1 bekerja di majlis perkahwinan anak bos september 1 zarif upsr 2017 august 7 tahniah hafiz jantan bila cuti rehat dan nengok acara sukan sea 2017 anugerah cemerlang april 2017 hari setiausaha mei 2017 tahniah yam tunku aminah encik dennis muhammad june 1 may 1 march 6 february 3 january 3 2016 28 november 2 october 1 september 1 august 2 july 3 june 2 may 3 april 2 march 5 february 3 january 4 2015 120 december 7 november 6 october 10 september 8 august 13 july 7 june 13 may 11 april 9 march 10 february 10 january 16 2014 214 december 20 november 19 october 20 september 18 august 15 july 16 june 15 may 20 april 18 march 15 february 23 january 15 2013 262 december 16 november 27 october 31 september 18 august 6 july 7 june 6 may 28 april 31 march 29 february 34 january 29 2012 452 december 29 november 24 october 26 september 27 august 18 july 31 june 40 may 41 april 41 march 53 february 50 january 72 2011 626 december 67 november 43 october 51 september 55 august 64 july 77 june 88 may 60 april 82 march 39 instagram huda8379 instagram huda_aidijumabp snapwidget instagram widget function var nn document createelement script nn type text javascript nn src http synad2 nuffnang com my ss js var s document getelementsbytagname script 0 s parentnode insertbefore nn s nextsibling function var nn document createelement script nn type text javascript nn src http synad2 nuffnang com my lr js var s document getelementsbytagname script 0 s parentnode insertbefore nn s nextsibling function var nn document createelement script nn type text javascript nn src http synad2 nuffnang com my lb js var s document getelementsbytagname script 0 s parentnode insertbefore nn s nextsibling suka baca beautifulnara kaka azraff dan suami bercerai kali kedua selepas lebih setahun rujuk 16 hours ago ben ashaari pesanan buat sang isteri sebelum balik kampung 2 weeks ago maria elena what s up 3 months ago yuyu zulaikha hello darlings 10 months ago kakcik seroja budak sepet terkini 3 years ago vivy yusof untied shoelaces 4 years ago elly in the wonderland scholarship yayasan peneraju acca 4 years ago senyum senyum veikk drawing tablet for android yang mudah guna dan harga murah 5 years ago hanis azla blog february boy 6 years ago lieya latif eijaz mamam 6 years ago kak eynda kyochon atau k fry 6 years ago the kasihs korea trip part 5 everland dongdaemun market ikan bakar dongdaemun 6 years ago yana life 101 phuket trip 2019 review doubletree by hilton phuket banthai resort 6 years ago aku bukan bidadari percutian ke krabi 2019 beli sim card thailand murah dengan unlimited data 6 years ago cik epal yayyy instagram cik epal dah verified 6 years ago blog mizz tina cuti cuti noor arfa river chalet chendering terengganu 6 years ago ...
|