Meta tags:
Headings (most frequently used words):
antara, january, 2005, bicara, 2004, abjad, dan, rasa, 30, 11, 05, mukasurat, di, mukabuku, klik, iklan, dapat, duit, menu, oranglipis, blogspot, yang, orang, suka, baca, followww, arkib, sejak, selalu, singgah, kita, mereka, hakcipta, terpelihara, search, this, blog, linkwithin, sesuci, rindu, tsunami, 26, disember, terbisu, pada, tahun, baru,
Text of the page (most frequently used words):
yang (55), dan (33), ago (32), years (31), rumah (21), kami (15), #january (14), untuk (13), pada (12), november (10), mereka (9), october (9), june (9), july (9), lumpur (9), september (8), december (8), baru (8), april (8), may (8), august (8), 2005 (8), kuala (7), dari (7), february (7), march (7), apa (7), oleh (7), jam (7), dengan (7), lagi (6), 2004 (6), dalam (6), ombak (6), malaysia (5), the (5), antara (5), paling (5), ini (5), itu (5), abjad (5), kerana (5), mula (5), pagi (5), blog (4), uiam (4), dunia (4), sekadar (4), baju (4), tahun (4), januari (4), tsunami (4), rindu (4), sekitar (4), terencananya (4), kekalutan (4), hanya (4), sukarelawan (4), lain (4), tidak (4), dinding (4), hampir (4), ada (4), kereta (4), tiba (4), bergerak (4), lipis (3), kelab (3), lebih (3), sekolah (3), petang (3), aku (3), jalan (3), terbisu (3), disember (3), sesuci (3), bicara (3), diri (3), cerita (3), rasa (3), sajak (3), karya (3), posts (3), labels (3), nizam (3), ahmad (3), setiap (3), masa (3), bas (3), secara (3), asal (3), muda (3), satu (3), masih (3), membersihkan (3), seolah (3), olah (3), lori (3), mangsa (3), kampung (3), telah (3), bencana (3), pokok (3), tiada (3), besar (3), kedah (3), teruk (3), kawasan (3), rata (3), malam (3), travel (2), blogger (2), this (2), oranglipis (2), blogspot (2), com (2), zapin (2), ali (2), iium (2), pantun (2), nafastari (2), addyaholix (2), kita (2), tuan (2), nya (2), kembali (2), 2012 (2), pelan (2), buat (2), pembaca (2), indah (2), tips (2), sejarah (2), wanita (2), sebuah (2), air (2), tak (2), beautiful (2), life (2), ilmu (2), allah (2), sejak (2), kaca (2), biar (2), xtvt (2), comments (2), jeritan (2), siapakah (2), pernah (2), berganti (2), siapa (2), gombak (2), pulang (2), ketika (2), kebanyakan (2), daripada (2), perancangan (2), pengalaman (2), saat (2), kaki (2), seribu (2), sini (2), tempat (2), datang (2), banyak (2), bantuan (2), agak (2), apabila (2), melihatkan (2), mengangkut (2), berlaku (2), tersebut (2), semuanya (2), mengganas (2), dahan (2), mampu (2), mati (2), pendek (2), kata (2), selepas (2), sedikit (2), ringkas (2), turut (2), menggunakan (2), terpaksa (2), sana (2), pantai (2), tanah (2), batu (2), ikan (2), raya (2), sesak (2), rosak (2), badan (2), menara (2), universiti (2), persatuan (2), program (2), buah (2), theme, powered, linkwithin, search, www, hakcipta, terpelihara, video, youtube, smk, clifford, setan, gambar, mahallah, koleksi, cerpen, novel, seni, budaya, ump, cak, lempong, angklung, karyanet, indera, kencana, dance, group, sastera, penyair, anwar, ibrahim, angkasawan, 18sg, scene, zamri, zali, zaid, wan, scorchys, tinie, cute, szakif, syahril, kadir, shera, salleh, wasunni, saida, marlina, pyan, ikatkata, pett, farhan, pemantun, nyanyian, hujan, nurul, 1882, nana, muhammad, shauqi, miss, jaz, kumprinx, jennyto, jai, initrahartini, indrasakty, ikram, haeqal, ghafirah, idris, farah, kraftangan, faiz, cikgu, saril, ati, reader, atbk, artozy, ammosham, bakri, alif, mim, nun, abg, hassan, che, ramlee, julia, roning, anaza, when, story, begins, hakimpenyu, rempitan, asap, dewa, kurasakan, something, antics, truly, madly, deeply, from, heart, bila, nak, back, archaeqalogy, pindah, saudagar, mimpi, salam, wasunnialkelantani, cinta, prolog, seorang, mahal, resensi, baihaqi, kayuh, ingatkan, dah, pass, away, saifoel, hafsham, berkat, kesabaran, dun, wanna, wake, alone, anymore, more, towers, food, wahdi, farhad, hadithon, digital, percetakan, semoga, bermanfaat, viscaria, pulai, dia, lensa, 1114, iszul, darren, benarkah, hantu, mengekori, penulis, berbanding, catatan, trainer, kursus, penulisan, perihal, kerepek, pisang, ranjau, sepanjang, baby, kecik, tengok, part, wish, upon, stars, memilih, sabun, sebagai, pembersih, kulit, tulisan, bogel, berabuk, berlumut, belum, berkulat, mean, everything, sawang, dewangga, sakti, top, woodworking, get, started, craft, osman, yusoef, phone, hal, duniaku, serba, kekurangan, tiga, menangis, kematian, stabuxguy, dua, rehat, panjang, darimejastabux, camping, teratak, meow, kucing, terbiar, dot, harga, kontak, bbm, tertarget, usia, little, boy, big, dreams, ash, diminum, serasa, duri, bukan, faham, zahiril, adzim, design, day, planner, not, easy, silent, mode, 1st, anniversary, just, wonderful, happy, ending, 2022, chronicle, berkongsilah, months, slowly, healing, selalu, singgah, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2013, 2014, 2015, 2016, arkib, followww, awan, nano, bmw, shorties, screening, appreciation, night, end, chapter, beginning, another, pecahan, selamat, ulangtahun, sendiri, ppsmi, pertimbangkanlah, izinkan, senarai, kedai, kostum, hikmah, singapura, hidup, ibarat, cengkerang, orang, suka, baca, teater, lagu, muzik, edisi, istimewa, buku, petronas, filem, kraf, tarian, prosa, umum, 120, hati, menu, klik, iklan, dapat, duit, mukasurat, mukabuku, subscribe, atom, home, older, newer, terbuka, lembaran, bersahut, bisu, cuba, katakan, membacanya, menafsirnya, maka, itulah, kini, terngadah, mencari, mana, salah, pesta, doa, syair, zikir, bukankah, begini, menghisab, kenallah, kawan, tahulah, tuhan, apakah, perlu, asing, lazim, demi, menyentak, kebiasaan, alpa, meratah, kecintaan, mujurlah, rencana, jangan, dibisukan, jika, mahu, terus, barulah, melangkah, sembahyang, zohor, asar, jama, telahpun, menghilang, balik, awal, kepenatan, seharian, bagaikan, manis, menjejakkan, bumi, sampai, taman, budi, membawa, perasaan, sesuatu, sukar, diungkapkan, pemilik, tidur, sebaliknya, menghuni, perlindungan, berhampiran, sebelah, siang, terlarat, dilakukan, kalau, diikutkan, kahadiran, sememangnya, mencukupi, memerlukan, termampu, lakukan, meski, sedang, bergelut, peperiksaan, pertengahan, semester, namun, kecewa, segelintir, hendak, berpesta, lagaknya, bergelak, ketawa, berhimpit, himpit, lelaki, perempuan, menghormati, sensitiviti, masyarakat, bersedih, insaf, entahlah, sambil, bekerja, mendengar, mengenai, berhadapan, tinggalan, kesan, begitu, tinggi, memang, menggerunkan, membayangkan, bagaimana, setinggi, kelapa, mengejar, berlari, sehingga, kilometer, jauhnya, nyawa, keluarga, difikirkan, bendang, belukar, diredah, suara, tenggelam, bunyi, berpaut, naik, siling, meredah, arus, deras, dihempap, lemas, bernafas, sebagainya, pula, tersadai, atas, menahan, kedatangan, muncul, maha, majlis, disempurnakan, menteri, para, disertai, ratusan, pelajar, plkn, pemuda, umno, sembilan, membantu, kediaman, seminggu, ditinggalkan, kerja, pastinya, membuang, tebalnya, mencecah, scoope, sorong, disediakan, kebanyakannya, berserakan, bertukar, kepada, warna, kelabu, dicuci, tangan, menjadi, mainan, mengalami, kerosakan, hilang, struktur, rumahnya, tinggal, lantai, tandas, bahagian, kiri, kanan, bermaharajalela, merata, melitupi, runtuh, berselerakan, bertaburan, terutamanya, bau, bercampur, bangkai, menambahterukkan, keadaan, kecil, pengangkut, sampah, jentera, berat, digunakan, segala, bahan, binaan, chalet, sarapan, hasrat, mandi, dilupakan, memandangkan, lewat, destinasi, utama, dilanda, perlahan, dek, kesibukan, kenderaan, serata, penyelamat, kerajaan, situasi, memudahkan, melihat, persekitaran, kotor, selut, dibawa, lalu, seperti, dirancang, kurang, bergabung, bersama, sama, rombongan, anjuran, anak, wilayah, persekutuan, selangor, adam, berjaya, menghimpunkan, uitm, ukm, unikl, kliuc, jabatan, ukur, kumpulan, karangkraf, barisan, artis, pelakon, diminta, mendaftarkan, diberi, serta, makan, ditaja, ntv, menjelang, detik, tengah, ucapan, perasmian, dato, uthman, desa, setiausaha, politik, taklimat, penganjur, biji, beberapa, van, utara, konvoi, misi, islam, antarabangsa, comment, melaka, sebaik, baik, cahaya, mengenang, kisah, kejaran, semalam, dipaksa, menamakan, kenangan, inginku, putar, putaran, waktu, dahulu, kekalkannya, situ, agar, sepi, bisa, terjadi, melainkan, kenyataan, abadi, iii, saja, pun, berlalu, terlalu, laju, membuatku, tambah, merindu, mengusung, ribuan, keluhan, qalbu,
Text of the page (random words):
antara abjad bicara dan rasa january 2005 antara abjad bicara dan rasa sejak 2004 30 january 2005 sesuci rindu i dalam kejaran masa setiap yang semalam dipaksa menamakan kenangan ii inginku putar putaran waktu kembali pada dahulu dan kekalkannya di situ agar tiada lagi sejarah sepi yang bisa terjadi melainkan kenyataan yang abadi sesuci rindu iii biar apa saja yang berlaku tiada apa pun yang berlalu kerana masa yang terlalu laju membuatku tambah merindu mengusung ribuan keluhan qalbu gombak 21 november 2004 mengenang kisah 24 januari 2005 sebaik baik cahaya melaka kuala lumpur abjad oleh nizam ahmad pada 10 45 pm 1 comment labels karya sajak 11 january 2005 tsunami 26 disember 2004 misi 24 jam bantuan mangsa bencana tsunami universiti islam antarabangsa malaysia 08 09 januari 2005 seperti yang dirancang lebih kurang 9 30 malam kami mula bergerak ke menara kl untuk bergabung bersama sama rombongan dari universiti dan persatuan lain dari sekitar kuala lumpur program anjuran persatuan anak kedah wilayah persekutuan dan selangor adam ini berjaya menghimpunkan uitm uiam ukm unikl kliuc jabatan ukur dan tanah malaysia kumpulan karangkraf barisan artis dan pelakon dan banyak lagi di sana kami diminta mendaftarkan diri dan diberi baju t program serta makan malam yang turut ditaja oleh menara kl dan ntv 7 menjelang detik 12 30 tengah malam selepas ucapan perasmian oleh dato uthman desa setiausaha politik pm dan sedikit taklimat ringkas oleh penganjur 13 buah biji bas dan beberapa buah van dan kereta mula bergerak ke utara malaysia secara konvoi kami tiba di sebuah chalet di sekitar kuala muda untuk sarapan pagi pada jam 8 pagi hasrat untuk mandi pagi terpaksa dilupakan memandangkan kami tiba agak lewat daripada perancangan asal jam 9 pagi kami mula ke destinasi utama kampung kuala muda tempat paling teruk dilanda bencana tsunami bas bergerak perlahan dek kesibukan jalan raya yang sesak dengan kenderaan dari serata malaysia dan badan badan penyelamat kerajaan situasi ini memudahkan kami melihat persekitaran kampung yang rosak dan kotor dengan lumpur dan selut yang dibawa ombak besar yang mengganas 26 disember lalu rata rata rumah yang paling hampir dengan pantai mengalami kerosakan yang paling teruk dan hilang struktur asal rumahnya ada yang sekadar tinggal lantai tandas dan dinding di bahagian kiri dan kanan rumah lumpur bermaharajalela di merata rata melitupi tanah sekitar kawasan rumah batu batu dinding rumah yang runtuh berselerakan ikan yang mati bertaburan terutamanya di kawasan pantai bau lumpur bercampur bangkai ikan menambahterukkan keadaan jalan raya yang kecil sesak dengan lori lori pengangkut sampah dan jentera berat yang digunakan untuk mengangkut segala bahan binaan rumah yang telah rosak selepas sedikit majlis ringkas yang disempurnakan oleh menteri besar kedah hampir seribu para sukarelawan yang turut disertai ratusan pelajar plkn pemuda umno kedah dan n sembilan dan lain lain mula bergerak ke rumah rumah mangsa untuk membantu mereka membersihkan kediaman yang telah seminggu ditinggalkan kerja paling teruk pastinya untuk membuang lumpur yang tebalnya mencecah 2 kaki menggunakan scoope dan kereta sorong yang disediakan sukarelawan wanita kebanyakannya membersihkan kawasan di dalam rumah yang berserakan baju baju yang hampir semuanya bertukar kepada warna kelabu terpaksa dicuci menggunakan tangan pendek kata lumpur seolah olah menjadi mainan kami di sana sambil bekerja kami mendengar cerita dari tuan rumah mengenai pengalaman mereka berhadapan dengan bencana tersebut melihatkan tinggalan kesan ombak pada dinding rumah yang begitu tinggi memang menggerunkan apabila membayangkan bagaimana ombak setinggi pokok kelapa mengejar mereka yang berlari sehingga hampir satu kilometer jauhnya saat itu hanya nyawa keluarga yang difikirkan bendang dan belukar semuanya diredah jeritan suara tenggelam dalam bunyi ombak yang mengganas ada yang sekadar berpaut pada dahan dahan pokok dan naik ke siling rumah kerana tidak mampu meredah arus ombak yang deras ada yang mati dihempap dinding rumah lemas bernafas di dalam air lumpur dan sebagainya kereta kereta pula ada yang tersadai di atas pokok pendek kata tiada apa yang mampu menahan kedatangan ombak tersebut yang muncul secara tiba tiba maha besar allah kebanyakan pemilik rumah rumah di sini tidak tidur di rumah mereka lagi sebaliknya masih menghuni di tempat perlindungan di sekolah sekolah berhampiran mereka sekadar datang ke rumah mereka pada sebelah siang untuk membersihkan apa apa yang terlarat dilakukan kalau diikutkan kahadiran kami untuk 24 jam itu sememangnya tidak mencukupi kerana masih banyak lagi rumah yang memerlukan bantuan hanya ini yang termampu kami lakukan meski sedang bergelut dengan peperiksaan pertengahan semester ketika ini namun kami agak kecewa apabila melihatkan segelintir sukarelawan yang datang ke sini seolah olah hendak berpesta lagaknya bergelak ketawa dan berhimpit himpit antara lelaki dan perempuan di dalam lori yang mengangkut kami ke rumah rumah mangsa mereka seolah olah tidak menghormati sensitiviti masyarakat kampung yang masih bersedih dan insaf dengan apa yang telah berlaku entahlah jam 5 petang barulah kami melangkah ke dalam bas untuk pulang dan sembahyang zohor dan asar secara jama ketika itu kebanyakan sukarelawan lain telahpun menghilang mereka balik lebih awal daripada perancangan asal kepenatan seharian di kuala muda bagaikan satu pengalaman manis saat kami mula menjejakkan kaki ke bumi uiam kami sampai di taman ilmu dan budi pada jam 2 30 pagi membawa pulang seribu satu cerita dan perasaan sesuatu yang sukar untuk diungkapkan abjad oleh nizam ahmad pada 11 37 pm no comments labels xtvt 05 january 2005 terbisu pada tahun baru terbuka lembaran itu bersahut jeritan bisu cuba katakan siapakah yang pernah membacanya siapakah yang pernah menafsirnya maka itulah terencananya kekalutan baru kini baru kita terngadah mencari mana salah pesta berganti doa syair berganti zikir hanya kerana terencananya kekalutan baru bukankah indah begini setiap jam masa menghisab diri kenallah siapa kawan tahulah siapa tuhan hanya kerana terencananya kekalutan baru apakah perlu yang asing untuk setiap yang lazim demi menyentak kebiasaan alpa yang meratah kecintaan mujurlah terencananya kekalutan baru rencana nya jangan dibisukan jika tak mahu terus terbisu pada tahun baru gombak 03 januari 2005 abjad oleh nizam ahmad pada 9 51 pm no comments labels karya sajak newer posts older posts home subscribe to posts atom mukasurat di mukabuku klik iklan dapat duit menu oranglipis blogspot dari hati 120 karya 59 xtvt 51 sajak 45 umum 32 prosa rasa 17 zapin tarian 17 kraf 14 filem 12 petronas 11 buku 10 edisi istimewa 9 tv 8 lagu muzik 7 lipis 7 pantun 7 teater 2 yang orang suka baca biar hidup ibarat cengkerang cerita rindu di singapura hikmah senarai kedai kostum sekitar kuala lumpur izinkan aku ppsmi pertimbangkanlah 12 12 12 selamat ulangtahun untuk diri sendiri pecahan kaca kaca bmw shorties screening appreciation night end of chapter beginning of another apa itu awan nano i followww arkib bicara sejak 2004 2016 8 december 1 september 1 august 1 february 4 january 1 2015 2 november 1 january 1 2014 4 july 1 june 1 may 1 april 1 2013 4 july 2 june 1 may 1 2012 20 december 2 november 1 october 1 september 2 august 1 july 1 june 2 may 1 april 3 march 3 february 2 january 1 2011 57 december 3 october 6 august 2 july 2 may 4 april 5 march 3 february 12 january 20 2010 38 december 9 november 5 october 3 september 3 august 7 july 1 june 3 may 1 april 1 march 2 february 2 january 1 2009 54 november 2 october 2 september 2 august 5 july 5 june 6 may 5 april 2 march 7 february 11 january 7 2008 45 december 2 november 2 october 8 september 3 august 5 july 9 june 5 may 3 april 2 march 2 february 2 january 2 2007 19 december 3 november 4 october 1 september 1 august 4 july 1 june 2 march 2 january 1 2006 15 december 4 november 1 october 3 june 2 april 3 january 2 2005 44 november 1 october 4 september 4 august 6 july 3 june 7 may 2 april 6 march 5 february 3 january 3 sesuci rindu tsunami 26 disember 2004 terbisu pada tahun baru 2004 21 december 7 november 5 october 6 september 3 selalu singgah slowly healing 5 months ago chronicle berkongsilah ilmu allah januari 2022 4 years ago a x i m u d happy ending 7 years ago life is just wonderful 1st anniversary 7 years ago b l o g e n s a n i silent mode 8 years ago life is not easy design my beautiful day in this beautiful planner 8 years ago zahiril adzim tak faham 9 years ago ini bukan blog aku air diminum serasa duri 9 years ago little boy big dreams ash harga kontak bbm tertarget usia 9 years ago kucing terbiar dot com camping di teratak meow 9 years ago darimejastabux stabuxguy dua tahun rehat yang panjang 9 years ago p o t l o t tiga wanita yang menangis untuk sebuah kematian 10 years ago duniaku yang serba kekurangan phone buat hal 10 years ago osman yusoef top woodworking tips to get started in the craft 10 years ago dewangga sakti sawang sejarah 11 years ago u mean everything 2 me berabuk berlumut tp belum berkulat 11 years ago tulisan bogel tips memilih sabun sebagai pembersih kulit 12 years ago wish upon the stars baby kecik tengok dunia part 1 12 years ago ranjau sepanjang jalan perihal kerepek pisang 13 years ago catatan trainer kursus penulisan benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca 13 years ago iszul darren 1114 13 years ago aku dia lensa viscaria ii pulai indah petang petang 13 years ago nafastari dari digital ke percetakan semoga bermanfaat buat pembaca 13 years ago food travel blog by wahdi farhad hadithon more towers 13 years ago dun wanna wake up alone anymore berkat kesabaran 14 years ago saifoel hafsham ingatkan dah pass away 14 years ago pelan pelan kayuh baju sekolah 2012 14 years ago resensi al baihaqi 10 rumah paling mahal di dunia 15 years ago prolog seorang addyaholix lagi lagi cinta 15 years ago wasunnialkelantani salam kembali ke dunia blogger 15 years ago saudagar mimpi pindah rumah 16 years ago archaeqalogy bila nak back nya 16 years ago truly madly deeply from my heart me my antics ar tu de ow tu de e kurasakan something yang tuan dewa rempitan lebih dari sekadar asap blog hakimpenyu when the story begins ha anaza antara kita julia roning ali che ramlee abg hassan addyaholix alif mim ya nun al bakri ammosham lipis artozy atbk ati the reader cikgu saril faiz farah kraftangan ghafirah idris haeqal ikram indrasakty initrahartini jai jennyto kumprinx miss jaz muhammad shauqi nana nurul da 1882 nyanyian hujan pemantun pett farhan pyan ikatkata saida marlina salleh al wasunni shera syahril a kadir szakif tinie cute wan scorchys zaid zali zamri antara mereka 18sg on the scene angkasawan malaysia anwar ibrahim dunia penyair e sastera iium nafastari dance group indera kencana karyanet pantun kelab angklung uiam kelab cak lempong uiam kelab seni budaya ump koleksi cerpen novel mahallah ali iium setan gambar smk clifford kuala lipis video zapin youtube hakcipta terpelihara www oranglipis blogspot com search this blog linkwithin travel theme powered by blogger
|