Meta tags:
description= Pemuda Enggang Online;
Headings (most frequently used words):
berita, ucapan, pemuda, umno, dari, dasar, teks, pergerakan, pembaca, enggang, manifesto, bn, penuh, ketua, bajet, 2015, malaysia, topik, jalan, 2018, presiden, najib, tun, razak, destini, bangsa, sarawak, bagi, prn, 11, perdana, menteri, bentang, rmk11, intipati, kronologi, mh370, bahang, perkauman, kerana, cina, tolak, konsep, perkongsian, kata, dr, mahathir, sempena, perhimpunan, agung, 2013, statistik, jom, kibarkan, jalur, gemilang, pilihan, komen, terbaru, links, archives, utusan, malaysiakini, harian, bernama, the, star, nst, rss, feed, pages,
Text of the page (most frequently used words):
dan (952), yang (889), kita (477), ini (361), untuk (303), akan (298), kepada (279), dalam (265), umno (264), dengan (220), #pemuda (193), tidak (182), saya (176), melayu (175), pada (172), kerajaan (160), itu (153), rakyat (141), bagi (140), tahun (139), negara (138), parti (135), mereka (128), telah (127), orang (121), dari (120), juga (114), oleh (113), malaysia (111), lagi (106), atau (105), adalah (104), lebih (101), satu (98), daripada (96), peratus (93), sebagai (82), bangsa (80), bukan (79), saudara (78), pula (72), serta (72), muda (69), ada (69), kami (64), tetapi (63), bahawa (61), anak (60), rumah (60), ahli (59), kerana (58), semua (58), perjuangan (56), hanya (55), menjadi (54), atas (53), baru (53), sama (53), tuan (53), bila (52), terus (52), mana (51), bilion (50), melalui (49), dipertua (49), seperti (48), jangan (48), masa (48), tak (48), dapat (48), sudah (48), menteri (47), 000 (47), perlu (47), ekonomi (47), apa (46), nasional (46), boleh (45), bandar (45), bumiputera (45), sebanyak (45), pihak (45), politik (44), program (44), sahaja (42), baharu (42), juta (42), tun (41), besar (41), dasar (40), hari (40), golongan (40), presiden (39), pembangunan (39), pemimpin (39), rancangan (39), video (39), perdana (38), sarawak (38), masih (38), antara (38), pendekatan (37), allah (37), sebuah (37), 2015 (36), meningkatkan (36), tentang (36), raya (36), saudari (36), bersama (35), secara (34), pilihan (34), jika (34), kalau (34), kini (34), jadi (33), sendiri (33), agar (33), ringgit (33), ribu (33), jalan (32), ucapan (32), ketua (32), kata (32), kasih (32), baik (32), sektor (32), pendapatan (32), luar (31), pimpinan (31), barisan (31), 2013 (30), lalu (30), lama (30), mampu (30), mudah (30), negeri (30), lupa (30), hidup (29), mata (29), sehingga (29), tiada (29), bawah (29), pendidikan (29), 2014 (28), projek (28), sekarang (28), pun (28), peringkat (28), ramai (28), tinggi (28), inilah (28), kerja (28), pelbagai (28), tempoh (28), demi (27), kali (27), dewan (27), depan (27), lain (27), melihat (27), mac (27), perhimpunan (26), wanita (26), kawasan (26), namun (26), peluang (26), ketika (26), 2020 (26), sekalian (25), supaya (25), dua (25), bahagian (25), transformasi (25), perkhidmatan (25), isu (24), terima (24), mahu (24), apabila (24), peruntukan (24), usaha (24), berjaya (24), pekerjaan (24), kepimpinan (24), langkah (23), memberi (23), awam (23), berkata (23), masyarakat (23), membawa (23), yakni (23), dahulu (23), hasil (23), pesawat (23), cukai (23), 2016 (22), mh370 (22), semangat (22), hati (22), datang (22), ingat (22), kaum (22), dulu (22), perumahan (22), nilai (22), kejayaan (22), maka (22), islam (22), ingin (22), kadar (22), semula (21), segala (21), agama (21), zaman (21), sekali (21), kira (21), mengambil (21), selama (21), seluruh (21), setiap (21), menyediakan (21), kecil (21), hingga (21), mendapat (21), meningkat (21), rakan (21), suara (20), pembangkang (20), banyak (20), agenda (20), syarikat (20), jawatan (20), masing (20), pelaburan (20), sedang (20), pergerakan (19), bajet (19), tapi (19), para (19), mempunyai (19), paling (19), walau (19), amanah (19), menang (19), latihan (19), pertama (19), dunia (19), pertumbuhan (19), itulah (19), mahathir (18), tersebut (18), aktiviti (18), tetap (18), tanah (18), musuh (18), dap (18), membina (18), harga (18), nak (18), benar (18), kemahiran (18), hak (18), kuasa (18), isi (18), 1malaysia (17), berita (17), 2009 (17), siapa (17), hadapan (17), kembali (17), pernah (17), perwakilan (17), adakah (17), sampai (17), dilaksanakan (17), lima (17), perkara (17), dilihat (17), sebelum (17), beliau (17), kumpulan (17), dato (16), sri (16), utama (16), generasi (16), najib (16), buat (16), khidmat (16), penting (16), mesti (16), berkuasa (16), jumlah (16), semasa (16), semata (16), seorang (16), hampir (16), pembinaan (16), bahkan (16), selaku (16), beberapa (16), progresif (16), biar (16), tanpa (16), mulia (16), harapan (16), maha (16), dibina (16), maju (16), antaranya (16), 2011 (15), penuh (15), kekal (15), bantuan (15), arah (15), terhadap (15), hal (15), merupakan (15), unit (15), kuala (15), selepas (15), elektrik (15), ibu (15), begitu (15), swasta (15), kurang (15), pusat (15), strategi (15), diri (15), sentiasa (15), manakala (15), pagi (15), seri (15), sabah (15), hishammuddin (15), gst (15), kdnk (15), rmk (15), air (15), subsidi (14), 2010 (14), selatan (14), tan (14), perpaduan (14), tiga (14), cina (14), ariefsaid (14), nasib (14), pemilihan (14), semakin (14), berada (14), idea (14), sekadar (14), ummah (14), kos (14), selain (14), institusi (14), kedua (14), diberi (14), mungkin (14), malah (14), modal (14), kepentingan (14), sesungguhnya (14), rendah (14), kelak (14), produktiviti (14), enggang (13), 2008 (13), 2012 (13), pas (13), agung (13), razak (13), sejarah (13), bersatu (13), amat (13), gaji (13), tindakan (13), keperluan (13), bakal (13), berbanding (13), cadangan (13), iaitu (13), nanti (13), mencapai (13), datuk (13), skim (13), sejumlah (13), menjelang (13), buah (13), the (12), selangor (12), sebarang (12), pengundi (12), walaupun (12), lepas (12), undi (12), turun (12), jelas (12), demikian (12), seterusnya (12), proses (12), yakin (12), belia (12), inisiatif (12), milik (12), menerima (12), menuju (12), individu (12), diberikan (12), budaya (12), falsafah (12), kalangan (12), pucuk (12), tiba (12), tuhan (12), keadaan (12), 100 (12), termasuk (12), berjumlah (12), pelaksanaan (12), industri (12), sungai (12), dijangka (12), turut (12), puteri (12), tepukan (12), wala (12), comment (11), april (11), parlimen (11), nama (11), sokongan (11), bakti (11), janganlah (11), sangat (11), sebulan (11), awal (11), penduduk (11), kemajuan (11), peningkatan (11), justeru (11), realiti (11), sederhana (11), pekerja (11), prinsip (11), jentera (11), percaya (11), mahupun (11), memperjuangkan (11), ayat (11), tangan (11), keputusan (11), mengumumkan (11), mendengar (11), penumpang (11), china (11), sepanjang (11), pastinya (11), gas (11), bekalan (11), sebab (11), pilihanraya (11), berdiri (11), biarlah (11), lawan (11), kesetiaan (11), sosial (10), wilayah (10), merdeka (10), keramat (10), konsep (10), filed (10), under (10), lautan (10), berjuang (10), kekuatan (10), bermakna (10), kementerian (10), sistem (10), kampung (10), sebenarnya (10), dengar (10), perbelanjaan (10), membantu (10), kemudahan (10), berkaitan (10), disediakan (10), ketiga (10), adil (10), majlis (10), organisasi (10), pencapaian (10), pentas (10), mencari (10), segenap (10), kemenangan (10), umum (10), bermaksud (10), janji (10), minyak (10), marilah (10), bercakap (10), calon (10), menggunakan (10), ahmad (10), hilang (10), penerbangan (10), barat (10), sasaran (10), sekolah (10), universiti (10), hospital (10), keahlian (10), may (9), feed (9), october (9), november (9), december (9), cawangan (9), muhammad (9), melaka (9), kisah (9), memilih (9), kau (9), cabaran (9), betul (9), belum (9), sebenar (9), takkan (9), sidang (9), cara (9), khas (9), masalah (9), menambah (9), kesejahteraan (9), lumpur (9), bukannya (9), perniagaan (9), kewangan (9), kebajikan (9), tempat (9), melibatkan (9), keusahawanan (9), sehubungan (9), contoh (9), insan (9), wakil (9), manusia (9), berlaku (9), majoriti (9), sana (9), berdepan (9), sesebuah (9), badan (9), bersih (9), koridor (9), aspirasi (9), rm1 (9), mewujudkan (9), persekutuan (9), sejak (9), meneruskan (9), menyeru (9), setia (9), mensasarkan (9), kesihatan (9), seni (9), komited (9), tn50 (9), tanda (9), raja (9), senarai (8), has (8), down (8), march (8), manifesto (8), jalur (8), kitalah (8), batu (8), jiwa (8), empat (8), mandat (8), melaksanakan (8), perang (8), berasaskan (8), cuma (8), macam (8), timbalan (8), wang (8), sebagaimana (8), mendesak (8), salah (8), wajib (8), dibuat (8), tengah (8), sedia (8), menyokong (8), sekian (8), segi (8), tradisi (8), bidang (8), usahawan (8), abdul (8), pelan (8), tertinggi (8), biro (8), sebaliknya (8), jua (8), alhamdulillah (8), asal (8), bak (8), khususnya (8), berasa (8), sesama (8), asas (8), identiti (8), sumpah (8), surah (8), malam (8), kilometer (8), pinjaman (8), rm100 (8), peratusan (8), membuat (8), membangunkan (8), alam (8), pantai (8), undang (8), sekalipun (8), samping (8), medan (8), loji (8), akses (8), sains (8), menengah (8), tvet (8), selanjutnya (8), kanak (8), 1970 (8), visi (8), dia (8), 2050 (8), blog (7), 153 (7), september (7), january (7), 2018 (7), tepat (7), berani (7), media (7), leave (7), sayap (7), jauh (7), api (7), peranan (7), mara (7), sepenuhnya (7), saja (7), 500 (7), setahun (7), cerita (7), akhir (7), antarabangsa (7), suatu (7), punca (7), tahu (7), harus (7), aspek (7), setakat (7), mahukan (7), bersifat (7), memerlukan (7), pasaran (7), pertanian (7), pelajar (7), sukan (7), meminta (7), memastikan (7), kelayakan (7), langsung (7), kemakmuran (7), kegemilangan (7), sewaktu (7), mahasiswa (7), insya (7), akar (7), era (7), kerjasama (7), bapa (7), konteks (7), terbaik (7), sejati (7), lah (7), bukti (7), sebut (7), tumpuan (7), melahirkan (7), diperkenalkan (7), status (7), kehidupan (7), guru (7), sumbangan (7), setelah (7), bumi (7), kamu (7), berat (7), bulan (7), jasa (7), nabi (7), pemikiran (7), lemah (7), komponen (7), operasi (7), hindi (7), rasa (7), australia (7), satelit (7), objek (7), pakar (7), timur (7), dinaikkan (7), eksport (7), pemilikan (7), elaun (7), perusahaan (7), melebihi (7), berpendapatan (7), pembuatan (7), ditubuhkan (7), kesebelas (7), disebut (7), keseluruhan (7), inovasi (7), infrastruktur (7), lebar (7), sukacita (7), suka (7), teknologi (7), sekitar (7), doktor (7), bangun (7), pasal (7), mengejar (7), biasa (7), umat (7), dna (7), masihkah (7), puan (7), com (6), laman (6), error (6), occurred (6), probably (6), try (6), again (6), later (6), february (6), august (6), pkr (6), kota (6), garis (6), perkauman (6), perkongsian (6), teks (6), pembaca (6), bebas (6), jatuh (6), setinggi (6), bukanlah (6), nyata (6), barulah (6), lihat (6), kesempatan (6), lantaran (6), menggesa (6), soal (6), keselamatan (6), transit (6), dilancarkan (6), laporan (6), segera (6), membolehkan (6), keuntungan (6), prihatin (6), diterima (6), cukup (6), kelima (6), petani (6), nelayan (6), majoritinya (6), taraf (6), sosioekonomi (6), agensi (6), manfaat (6), mencecah (6), ruang (6), mengubah (6), kontraktor (6), menerusi (6), menurut (6), terang (6), tahap (6), keadilan (6), landasan (6), kemampuan (6), seseorang (6), profesional (6), sekiranya (6), rahman (6), mula (6), serupa (6), keamanan (6), sesuai (6), sahabat (6), kelompok (6), pru13 (6), asli (6), bergantung (6), relevan (6), menuntut (6), membuka (6), kukuh (6), persaingan (6), naib (6), kalah (6), tenaga (6), tahniah (6), salam (6), tinggal (6), yab (6), disember (6), menarik (6), memiliki (6), kedudukan (6), mas (6), dikesan (6), berhubung (6), pencarian (6), warga (6), belakang (6), laut (6), amerika (6), mesra (6), permulaan (6), tambahan (6), dikurangkan (6), lebuh (6), buruh (6), menggalakkan (6), dekad (6), berhormat (6), kebangsaan (6), hatta (6), keluar (6), mempastikan (6), global (6), penjagaan (6), pasukan (6), sudut (6), perak (6), kemudiannya (6), and (6), bahasa (6), teknikal (6), pesakit (6), b40 (6), izin (6), sini (6), melindungi (6), sanggupkah (6), saat (6), peribadi (6), semuanya (6), trump (6), clinton (6), ala (6), kebersamaan (6), pangkat (6), sayang (6), tuduhan (6), apakah (6), pandangan (6), berikan (6), zalim (6), sifat (6), baginda (6), wordpress (5), sertai (5), web (5), ajk (5), june (5), july (5), khairy (5), ampang (5), pembela (5), mohd (5), jawatankuasa (5), tolak (5), destini (5), komen (5), anda (5), bangkit (5), pejuang (5), wahai (5), sanggup (5), juang (5), patah (5), menentukan (5), sesuatu (5), terbang (5), kes (5), menolak (5), ianya (5), penjawat (5), sesiapa (5), senang (5), purata (5), menjaga (5), sungguh (5), hebat (5), pentadbiran (5), asing (5), sesekali (5), tempatan (5), menyentuh (5), diambil (5), bahan (5), mementingkan (5), prestasi (5), bekerja (5), 300 (5), mengkaji (5), dek (5), memajukan (5), barang (5), masuk (5), institut (5), vokasional (5), membeli (5), diadakan (5), pemerkasaan (5), penghargaan (5), diukur (5), kurangnya (5), peremajaan (5), akademi (5), tuntutan (5), bagaimana (5), tanahair (5), keluarga (5), pangkalnya (5), waktu (5), padang (5), putih (5), inklusif (5), punya (5), perubahan (5), mengundi (5), percuma (5), meninggalkan (5), matlamat (5), jati (5), ternyata (5), gagal (5), mengangkat (5), dada (5), minimum (5), desakan (5), tentu (5), hendak (5), berbeza (5), perjalanan (5), teguh (5), sombong (5), budi (5), hendaklah (5), demokrasi (5), ilahi (5), sah (5), perlembagaan (5), gelanggang (5), pejabat (5), segar (5), enam (5), menghadapi (5), junjungan (5), wawasan (5), berfikir (5), tulang (5), bekas (5), kehilangan (5), menyelamat (5), kapal (5), polis (5), imej (5), daya (5), utara (5), bermula (5), akta (5), kemungkinan (5), pembayar (5), diperuntukkan (5), pengecualian (5), bank (5), pekebun (5), bernilai (5), ict (5), pks (5), dana (5), digital (5), klang (5), insentif (5), perindustrian (5), perlindungan (5), asean (5), allahyarham (5), lantas (5), korporat (5), keseluruhannya (5), membuktikan (5), meskipun (5), menghargai (5), menjamin (5), johor (5), terutamanya (5), makanya (5), pengangkutan (5), maksud (5), rawatan (5), menjana (5), mendapatkan (5), makluman (5), terengganu (5), mustahak (5), stem (5), nisbah (5), etnik (5), pabila (5), bentuk (5), episod (5), keharmonian (5), hormat (5), sentimen (5), menunjukkan (5), segelintir (5), memberikan (5), berjiwa (5), gerakan (5), berapa (5), terlibat (5), dialog (5), ingatkah (5), kekejaman (5), ayuhlah (5), keindukan (5), persiapan (5), mantan (4), cari (4), bernama (4), jaya (4), pasca (4), jamaluddin (4), sempena (4), bahang (4), kronologi (4), anwar (4), jom (4), tarikh (4), mesyuarat (4), cakap (4), wadah (4), unsur (4), gentar (4), melanda (4), cita (4), nusa (4), survival (4), ingatlah (4), mendatang (4), kelemahan (4), ketinggalan (4), naik (4), angin (4), sedar (4), murni (4), kelangsungan (4), minta (4), nampak (4), speaker (4), ambil (4), mengamalkan (4), mengesan (4), 148 (4), moga (4), jambatan (4), menghubungkan (4), ketujuh (4), laku (4), penambahbaikan (4), komuniti (4), tnb (4), kenaikan (4), tanggungjawab (4), oku (4), dikaji (4), mekanisme (4), tambah (4), bulanan (4), produk (4), terbuka (4), sesetengah (4), berterima (4), kualiti (4), ditingkatkan (4), mestilah (4), tercicir (4), kerjaya (4), pengajian (4), akademik (4), kelas (4), kajian (4), perhatian (4), menjunjung (4), menaik (4), sumber (4), exco (4), sekurang (4), muka (4), sekaligus (4), penggal (4), mengukuhkan (4), kemerdekaan (4), darah (4), formula (4), haluan (4), tamadun (4), tokoh (4), sejajar (4), petunjuk (4), kerusi (4), mendahului (4), meliputi (4), menerajui (4), berusaha (4), meraih (4), lapisan (4), ganda (4), saksama (4), buruk (4), belajar (4), pengalaman (4), menyebut (4), pasti (4), sabar (4), sebahagian (4), berubah (4), sepertimana (4), tugas (4), tergadai (4), pemangkin (4), ekosistem (4), sejagat (4), 160 (4), muflis (4), gagasan (4), umbi (4), moden (4), mutakhir (4), menyumbang (4), mati (4), saling (4), bangga (4), engkau (4), jenis (4), esa (4), hakikatnya (4), kepercayaan (4), 150 (4), kertas (4), ragu (4), bimbang (4), pengiktirafan (4), siap (4), bersedia (4), memang (4), adat (4), mengucapkan (4), siang (4), mei (4), haribulan (4), selawat (4), rahmat (4), minda (4), berperang (4), selat (4), pengerusi (4), haji (4), 133 (4), dikongsi (4), berikut (4), terakhir (4), memaklumkan (4), mengesahkan (4), berkenaan (4), 130 (4), sempadan (4), tentera (4), menaiki (4), muncul (4), melakukan (4), 120 (4), kelantan (4), had (4), harta (4), tabung (4), pembiayaan (4), getah (4), lembaga (4), memperuntukkan (4), ikhtiar (4), rm200 (4), kecemerlangan (4), ekuiti (4), petroleum (4), rm23 (4), mengekalkan (4), perakaunan (4), perisian (4), rm150 (4), kakitangan (4), rm4 (4), susulan (4), bersepadu (4), sejauh (4), rm5 (4), 2017 (4), penyelidikan (4), kutipan (4), per (4), kapita (4), 114 (4), diwujudkan (4), mewakili (4), binti (4), isteri (4), alhamdulillahi (4), dokumen (4), kalam (4), rahsia (4), sememangnya (4), begitulah (4), berbalik (4), tatkala (4), contohnya (4), 117 (4), berbicara (4), 111 (4), pelancongan (4), jaringan (4), 146 (4), hala (4), tuju (4), mendepani (4), termasuklah (4), ditambah (4), 144 (4), 141 (4), janakuasa (4), berkait (4), rantau (4), valley (4), graduan (4), 108 (4), merujuk (4), menetapkan (4), 102 (4), menumpukan (4), besaran (4), semenjak (4), jadinya (4), pr1ma (4), seramai (4), emas (4), keempat (4), kemiskinan (4), kediaman (4), sehinggalah (4), sinilah (4), mencipta (4), bersejarah (4), menjayakan (4), usul (4), liputan (4), batang (4), beri (4), dendam (4), genting (4), bawa (4), gerak (4), dianggap (4), mengapa (4), layar (4), hujah (4), tampil (4), berjawatan (4), kembalikan (4), nombor (4), melawan (4), situ (4), ulama (4), mengkhianati (4), pribumi (4), segalanya (4), kuning (4), hancur (4), penyelesaian (4), hadir (4), penggerak (4), merentasi (4), dimensi (4), rohingya (4), amin (4), kezaliman (4), myanmar (4), imam (4), padi (4), gemuruh (4), semporna (4), pagoh (4), anakanda (4), pewaris (4), massa (4), lakukan (4), kalimah (4), this (3), log (3), logo (3), lagu (3), artikel (3), harian (3), abdullah (3), shah (3), pru12 (3), desa (3), bukit (3), isa (3), keris (3), bicara (3), anti (3), kubu (3), abang (3), intipati (3), man (3), menulis (3), nadi (3), saudaraku (3), menggadaikan (3), kudrat (3), membangun (3), membela (3), memenangi (3), pohon (3), mengatasi (3), kekurangan (3), persekitaran (3), pru (3), popular (3), jurang (3), lahir (3), ikhlas (3), dun (3), rm9 (3), mengutuk (3), sekeras (3), kerasnya (3), komunikasi (3), dijalankan (3), memantau (3), mempertahankan (3), jpp (3), tujuan (3), bandaraya (3), saban (3), mendedahkan (3), menguruskan (3), terbukti (3), tarif (3), jumlahnya (3), glc (3), jelata (3), terlalu (3), berumur (3), sudahlah (3), rm300 (3), makan (3), beli (3), beban (3), ditanggung (3), pukal (3), dibawa (3), walaubagaimanapun (3), telus (3), berpatutan (3), bersetuju (3), pengambilan (3), pelatih (3), ikbn (3), penekanan (3), menempa (3), laluan (3), beralih (3), besi (3), model (3), penubuhan (3), sungguhpun (3), diumumkan (3), susah (3), selagi (3), halangan (3), sengaja (3), terutama (3), menepati (3), sering (3), ulung (3), bernas (3), elok (3), kilang (3), induk (3), sedarlah (3), kewibawaan (3), umur (3), struktur (3), pemantapan (3), kapten (3), hussein (3), tadi (3), dalaman (3), maksudkan (3), tunku (3), perikatan (3), pura (3), benih (3), patut (3), titik (3), seimbang (3), melampau (3), wasatiyyah (3), suci (3), bijaksana (3), pengasas (3), disokong (3), berkat (3), berterusan (3), keras (3), menilai (3), iktibar (3), sebelumnya (3), rembau (3), cuba (3), hitam (3), waima (3), india (3), tua (3), peti (3), tewas (3), getir (3), mencatat (3), terbesar (3), merekalah (3), hakiki (3), pandang (3), dilalui (3), tampuk (3), memperkasa (3), retorik (3), kesan (3), guna (3), pak (3), sorak (3), hormati (3), dialami (3), menikmati (3), biasiswa (3), pelepasan (3), takuk (3), merempat (3), selalu (3), anjuran (3), bersuara (3), bertindak (3), sembang (3), melangkah (3), kosong (3), digariskan (3), lembaran (3), menjawab (3), soalan (3), masanya (3), dipegang (3), pinggir (3), sebaik (3), merendah (3), maksudnya (3), menyuruh (3), menjalankan (3), bahawasanya (3), pegang (3), nescaya (3), luas (3), dijadikan (3), bersyukur (3), pemilih (3), mengikut (3), habis (3), akhirnya (3), sembilan (3), kononnya (3), disahkan (3), logistik (3), umpama (3), kriteria (3), bertunjangkan (3), dimaksudkan (3), ibarat (3), diangkat (3), enteng (3), duduk (3), menunjuk (3), rintangan (3), pujian (3), penyayang (3), cemerlang (3), pantang (3), kuat (3), marah (3), menyanggah (3), berbahagia (3), januari (3), membuang (3), membentuk (3), 200 (3), lapangan (3), perth (3), dca (3), kaitan (3), diteruskan (3), menafikan (3), kesalahan (3), menyatakan (3), hubung (3), mengeluarkan (3), skrin (3), mendaftar (3), mohammad (3), negatif (3), panglima (3), kesemua (3), bharu (3), maksimum (3), penyelenggaraan (3), rm40 (3), perjanjian (3), rm10 (3), koperasi (3), akaun (3), merancakkan (3), ekspatriat (3), ditetapkan (3), pemberian (3), kenderaan (3), peralatan (3), geran (3), perbandingan (3), kompleks (3), pengerang (3), lrt (3), anggaran (3), jajaran (3), selayang (3), putrajaya (3), kelab (3), ganti (3), memperkenalkan (3), menggariskan (3), paras (3), fiskal (3), kasar (3), 162 (3), separuh (3), memacu (3), ialah (3), dibentangkan (3), more (3), pembentangan (3), rabbil (3), lamin (3), bihi (3), beragama (3), 190 (3), tema (3), nauzubillah (3), alim (3), laksana (3), musim (3), hujan (3), berlakunya (3), economy (3), halatuju (3), trilion (3), perdagangan (3), perbuat (3), 166 (3), 165 (3), saing (3), merangka (3), selaras (3), 164 (3), bakat (3), mentransformasikan (3), bertanggungjawab (3), 161 (3), perubatan (3), blueprint (3), 159 (3), 158 (3), 157 (3), 156 (3), 155 (3), penglibatan (3), 154 (3), berkemahiran (3), 152 (3), komprehensif (3), 151 (3), 149 (3), pembesaran (3), pelabuhan (3), kuantan (3), terminal (3), 147 (3), semenanjung (3), matang (3), 145 (3), lembah (3), 143 (3), 142 (3), arang (3), 140 (3), 139 (3), berkelajuan (3), 138 (3), 137 (3), singapura (3), 136 (3), 135 (3), 134 (3), 132 (3), pahang (3), 131 (3), pan (3), impak (3), 129 (3), melonjakkan (3), 128 (3), rtb (3), 127 (3), banjir (3), 126 (3), runtuh (3), 125 (3), 124 (3), hijau (3), kemuncak (3), 123 (3), 122 (3), 121 (3), 119 (3), 118 (3), seperkara (3), penyertaan (3), 116 (3), 115 (3), 113 (3), 112 (3), 110 (3), 109 (3), 107 (3), kesatuan (3), 106 (3), 105 (3), 104 (3), 103 (3), mempertingkatkan (3), 101 (3), warisan (3), atlet (3), wajah (3), pulih (3), 400 (3), jikalau (3), seiring (3), menangani (3), mengiktiraf (3), klinik (3), dicapai (3), dipertingkatkan (3), ertinya (3), bahagia (3), vision (3), melengkapi (3), inklusiviti (3), mengira (3), youth (3), sara (3), kedai (3), kekayaan (3), keenam (3), kehendak (3), hemah (3), ilmu (3), pengetahuan (3), membaca (3), lahirnya (3), terpinggir (3), berpadu (3), berpaksikan (3), diperbanggakan (3), pertamanya (3), perancangan (3), puluhan (3), bertuah (3), rasmi (3), padu (3), terdiri (3), quran (3), ali (3), imran (3), meluluskan (3), merencana (3), rasul (3), warahmatullahi (3), wabarakatuh (3), mahir (3), rundingan (3), fasa (3), urus (3), hina (3), sepakat (3), jasad (3), nyawa (3), erti (3), bijak (3), namanya (3), pakai (3), panji (3), bising (3), berpecah (3), harapkan (3), satunya (3), menentang (3), sila (3), arahan (3), pembelotan (3), pengkhianatan (3), semboyan (3), bermati (3), tubuh (3), kesanggupan (3), dihina (3), soros (3), merayu (3), makna (3), jalanan (3), dahulunya (3), himpunan (3), terjadi (3), puak (3), konvensyen (3), benci (3), resolusi (3), fizikal (3), bangunan (3), khuatir (3), tugasan (3), rasional (3), logik (3), ibnu (3), berpegang (3), bertempur (3), think (3), tank (3), maklum (3), bankrap (3), berpolitik (3), rekod (3), tengku (3), persimpangan (3), dosa (3), berkecai (3), cucu (3), insyaallah (3), permusuhan (3), bersamalah (3), kebaikan (3), demikianlah (3), hakim (3), dipimpin (3), pemerintahan (3), movement (3), sisi (3), haram (3), penarafan (3), sebabnya (3), jalinan (3), wirawati (3), saridah (3), pembikinan (3), its (3), zahid (3), hamidi (3), rasulullah (3), dialah (3), site (2), with (2), website (2), required (2), comments (2), view (2), content (2), sign (2), subscribed (2), subscribe (2), account (2), now (2), create (2), online (2), mca (2), mic (2), kontrak (2), borang (2), beras (2), ketuanan (2), utusan (2), for (2), arif (2), ukay (2), samad (2), hamid (2), spr (2), apai (2), adun (2), bentang (2), rmk11 (2), prn (2), topik (2), kenapa (2), daftar (2), kabinet (2), mala (2), org (2), pindaan (2), mega (2), tahunan (2), ibrahim (2), gemilang (2), alternatif (2), http (2), www (2), meletakkan (2), rujukan (2), asalkan (2), dihapuskan (2), older (2), posts (2), ditanya (2), berjalan (2), iltizam (2), meredah (2), badai (2), puncak (2), beribu (2), berganjak (2), raga (2), bertongkat (2), paruh (2), berkali (2), kepincangan (2), bersandarkan (2), biarkan (2), kehebatan (2), maruah (2), awan (2), ukhwah (2), rapatkan (2), berpisah (2), muzakarah (2), impian (2), batas (2), kena (2), gaya (2), teragak (2), agak (2), matematik (2), malahan (2), persidangan (2), sehari (2), bunga (2), merah (2), makin (2), pukul (2), menaikkan (2), dilapor (2), mengintip (2), tunjukkan (2), kedaulatan (2), pengintipan (2), menambahbaik (2), acuh (2), kesembilan (2), ehwal (2), menubuhkan (2), dilantik (2), memandangkan (2), harap (2), kuota (2), kelapan (2), mencukupi (2), memohon (2), audit (2), aset (2), serius (2), tanya (2), berorientasikan (2), terbabit (2), selesai (2), menambahkan (2), menguntungkan (2), tampak (2), pemegang (2), saham (2), dilupa (2), bayangkan (2), tunggal (2), lapan (2), apalah (2), dibeli (2), ubat (2), tertentu (2), meringankan (2), rasionalisasi (2), akur (2), konsisten (2), penternak (2), objektif (2), mengaut (2), menyebabkan (2), rantaian (2), membantutkan (2), menghalang (2), penurunan (2), wujud (2), kepelbagaian (2), sewajarnya (2), lepasan (2), spm (2), ipt (2), arus (2), melanjutkan (2), menara (2), barangan (2), pasir (2), terdahulu (2), tuntas (2), broker (2), diperjuangkan (2), berskala (2), berwibawa (2), menyertai (2), diskriminasi (2), dikekang (2), pengurusan (2), kanan (2), setiausaha (2), pegawai (2), eksekutif (2), lee (2), mendapati (2), amalan (2), pilih (2), rata (2), kebolehan (2), menyedihkan (2), iklan (2), mengutamakan (2), prakarsa (2), rasis (2), menyeluruh (2), memegang (2), melantik (2), kalinya (2)
Text of the page (random words):
ikan barisan kepimpinan yang baru saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara saudara sekalian yang telah memenangi jawatan di peringkat pusat bahagian dan juga cawangan masing masing saya juga amat berterima kasih dengan jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh barisan kepimpinan sebelum ini kalau tiada yang lama manakan dapat mereka yang baru kalau yang lama enggan menunjuk jalan masakan yang baru tahu haluan sebelum pru13 kita gesa presiden kita y a b dato sri mohd najib tun razak untuk memberi peluang kepada wakil pemuda diangkat jadi calon rasionalnya enteng saja bila bercakap tentang soal suara anak muda ia wajib dicorongkan melalui orang muda juga alhamdullilah pucuk pimpinan mendengar cadangan kita bila 45 daripada sayap pemuda umno jadi calon ahli parlimen dan adun ini suatu pengiktirafan yang besar kepada institusi pemuda umno memang lumrah kehidupan kalah menang adat pertandingan walau begitu saya bangga dengan pengiktirafan yang diberi bila dua dari calon pemuda diangkat jadi menteri dan timbalan menteri manakala enam lagi duduk di kerusi exco kerajaan negeri kami pemuda umno insya allah akan melunaskan amanah yang diberi dengan kamil cuma peluang orang muda dijadikan calon itu sebenarnya boleh diunjur boleh diperlebihkan lagi kalau kita perhatikan pihak sebelah sana pas dap dan pkr mereka tampak lebih bersedia menonjolkan calon muda jika nak dibandingkan dengan kita mungkin ini sesuatu yang boleh pucuk pimpinan pertimbangkan di masa akan datang barulah umno dilihat segar dan melaksanakan peremajaan sepenuhnya sidang perwakilan sekalian tahun ini kita telah melakar sejarah baru untuk umno dengan menggunakan sistem pemilihan baru yang bertunjangkan suara akar umbi dalam menentukan kepimpinan parti inilah bukti transformasi yang dimaksudkan oleh y a b presiden untuk parti umno ini adalah suatu pengiktirafan yang ulung dari pucuk pimpinan walau bagaimanapun pemuda menggesa agar post mortem segera dilaksanakan bukanlah kita ini ibarat mengetuk pahat bila rumah siap tapi penambahbaikan perlu untuk memastikan keputusan pemilihan saksama dihormati dan tiada ruang untuk pertikaian justeru sebarang kelemahan harus tangkas diperbetulkan jika tidak langkah transformasi kita ini umpama pukat terlabuh ikan tak dapat proses pemilihan itu sendiri misalnya masih punya ruang untuk diperkemas dan dimantapkan lagi jangan ada kertas undi yang sama warna hingga menimbulkan ragu mengelirukan perwakilan bila mengumumkan siapa menang siapa kalah keputusan yang sampai ke ibu pejabat mesti sama dengan yang apa telah disahkan oleh wakil wakil calon di bahagian jangan si polan a menang di bahagian si polan b pula diumumkan menang bila keputusan diisytiharkan di ibu pejabat menyentuh tentang logistik pula aspek kerahsiaan hendaklah dijaga perlu ada galang penghadang semasa proses mengundi dijalankan kita mesti menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk memantau proses pengundian barulah ahli tidak ragu tidak bimbang tatacara rayuan pula mestilah sekata dan telus proses rayuan itu juga tidak boleh dilihat umpama menghukum atau menyebelahi mana mana pihak kriteria untuk pengundian semula hendaklah diperbutirkan dengan jelas oleh ibu pejabat jangan sampai mencelarukan namun demikian kita bersyukur kerana umno terbukti mampu memberi ruang yang mampan untuk ahli menentukan pucuk pimpinan parti fitrah antara kita dan pembangkang tak serupa gerombolan pembangkang hanya gah bertempik kononnya merekalah juara demokrasi tapi sumbang di gelanggang sendiri lihat sahaja dap dan pas yang tak sudah sudah menabrak sistem pilihan raya negara dan spr sudahnya malu sendiri pilihan raya dap yang ada dua ribu lebih pemilih pun tunggang langgang habis semua orang disalahkan akhirnya terpaksa buat pemilihan semula selepas sembilan bulan pemilihan pertama dibatalkan tapi biasalah semua itu bukan salah mereka pas bulan lepas apa kurangnya berdalih melewatkan keputusan konon silap sistem yang menguruskan cuma seribu orang itu tiba giliran pkr lain plot cerita gegak gempita memperjuang ketelusan pemimpin wahid sendiri kebal demokrasi bahkan jawatan pun langsung tak wujud dalam perlembagaan parti inilah bezanya kita dengan pembangkang berbanding dap dan pas yang hanya memberi muka kepada dua tiga ribu pemilih di peringkat pusat kita pula membuka aula kepada 150 ribu ahli di peringkat akar umbi untuk mengundi berbanding pkr yang berketua umum kan jawatan khayalan seluruh jawatan dalam umno sah termaktub mengikut perlembagaan parti selagi kita masih bercakap soal pemilihan parti saya bersyukur kepada ilahi dan berterima kasih kepada setiap ahli pemuda yang telah memberi mandat seratus peratus untuk saya insya allah amanah dan kepercayaan ini akan saya lunaskan sebaik mungkin dalam pada itu proses demokrasi parti kita juga menyaksikan persaingan sengit di peringkat naib ketua pemuda exco serta jawatan jawatan pemuda di peringkat bahagian mahupun cawangan tapi sidang perwakilan yang saya hormati kita ini carik carik bulu ayam lama lama bercantum kembali janganlah apa yang terkhilaf semasa pemilihan umno dijadikan kudis di badan atau api di dalam sekam jalan di hadapan masih panjang inilah masa dan ketikanya untuk kita bersatu kembali mengukuhkan parti hakikatnya pemilihan parti adalah persaingan kekeluargaan sesama kita marilah kita hulurkan tangan dakapkan ukhwah eratkan perpaduan sedarlah semua musuh politik yang sebenar bukan sesama kita tapi pembangkang di luar sana bak kata orang menembak beralamat berkata bertujuan sesama pemuda kita muafakat dengan musuh kita berdepan dalam keutuhan persaudaraan ini dalam kita menyusun langkah dan strategi dalam kita menyahut peranan dan tuntutan organisasi jangan kita sesekali terleka dibuai jawatan kita perlu sentiasa menginsafi bahawa apa yang kita pegang ini adalah satu amanah bukan sahaja kepada rakyat parti dan negara tetapi yang paling utamanya amanah dan accountability kepada yang maha esa amanah itu bukan sahaja luas dan berat tetapi juga perlu di jaga kerana kita tak boleh menyimpanginya walau tersorok di lubuk hati accountability kepada allah s w t bukan sekadar kepada tindak tanduk kita tetapi juga niat yang tersirat dalam hati kita sebagaimana firman allah s w t di dalam surah al baqarah ayat ke 284 yang bermaksud segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya nescaya allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu ingatlah juga amanah yang ditanggung demi harapan rakyat dan ahli umno ini hendaklah kita lunaskan dengan terbaik dan penuh keadilan bahawasanya jawatan yang kita pegang ini hanyalah dipinjamkan oleh rakyat dan ahli dengan harapan kita menengakkan keadilan untuk semua sepertimana pesanan allah s w t kepada kita di dalam surah an nisa ayat 58 maksudnya sesungguhnya allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia allah menyuruh kamu menghukum dengan adil pada masa yang sama selain dari melunaskan amanah sebaik mungkin akhlak dan budi dilupa jangan kerana jawatan itu bukannya tiket untuk bermegah dan sombong sama samalah kita sentiasa merendah diri sama samalah kita sentiasa ingat pada akar umbi allah s w t berfirman di dalam surah al isra ayat ke 37 yang bermaksud dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung ganang atas nama saling mengingati sesama sendiri saya berpesan untuk mereka yang di atas pentas ini janganlah kita sombong dan lupakan kawan kawan jangan hanya bangga dengan jawatan jangan setelah menang tak angkat telefon atau jawab whatsapp dan bbm peringatan yang serupa saya beritahu diri sendiri juga ayam rintik di pinggir hutan nampak dari tepi telaga rapatkan saf luruskan barisan bersatu teguh kita bersama pisang kelat digonggong helang jatuh ke lubuk di indragiri amanah rakyat kukuh dipegang sumpah keramat hidup dan mati sidang perwakilan sekalian bila cerita pru13 dan pemilihan parti kita arkibkan kini tiba masanya kita tentukan kemudi pergerakan pemuda umno malaysia kita muhasabah kita cermin diri kita perhalusi sekali lagi jalan perjuangan yang sudah diteroka sekian lama nilai yang bagaimana ingin kita teladankan untuk rujukan pelapis peranan mana paling molek untuk kita kelek dalam menyumbang ke arah kejayaan parti untuk menjawab soalan soalan ini mungkin elok jika kita mengimbau perjalanan kita beberapa tahun ini agar sumbangan kita kepada parti tidak monolitik dan tradisional pemuda umno sentiasa perlu berada dalam langgam orang muda gemala rukun pemuda umno yang digariskan empat tahun lalu masih jadi paksi perjuangan mutakhir kita yakni berprinsip inklusif relevan proaktif dan bersatu saya percaya lima teras ini telah dirangkumkan dalam satu pendekatan baru yang lebih progresif satu pendekatan yang telah membuka lembaran baru dalam perjuangan kita lembaran baru yang kita selak bersama harapan untuk jadi lebih baik pengalaman itu guru paling berkesan untuk insan dan pengalaman harus dilalui ia tak bisa dipinjam atau dibeli progresif tidak bermakna lupa diri atau perjuangan asas percaya kepada pendekatan berbeza dan moden tidak bermakna pemuda menggadaikan identiti dan perjuangan bangsa merdeka gagasan progresif pemuda bukan sekadar sembang kosong atas angin malah pendekatan progresif kita telah dizahirkan melalui program yang membuahkan perubahan sebenar di akar umbi melalui pendekatan ini kita telah bergerak atas dasar politik khidmat bakti sebagai kiblat perjuangan kita pelbagai isu yang membelenggu rakyat dari pendapatan pendidikan pekerjaan dan perumahan untuk orang muda telah dibangkitkan dan diperjuangkan oleh pemuda umno di atas antelas yang sama kita bukan sekadar suara pembela rakyat politik khidmat bakti telah menuntut kita melangkah jauh mendahului zaman sebagai ejen penyelesai masalah rakyat anak muda kini semakin menilai bagi mereka retorik janji sudah tak laku alhamdulillah kita kotakan apa yang dikata melalui program pemuda umno dan bn seperti karnival kerjaya pemuda bn expo perumahan pemuda bn hope jelajah 1malaysia jom biasiswa pendidikan pemuda bn bnyes dan pelbagai program lain pemuda umno telah merintis jalan membawa harapan untuk rakyat ternyata kita bukan hanya lantang bersuara tapi juga berjaya bertindak di mata generasi baru pemuda yang hebat bukan pemuda yang sembang deras cerita lebat pemuda yang hebat adalah pemuda yang membawa kesan jelas dalam kehidupan seharian rakyat orang lama telah mengajar kita agar selalu beringat jangan jadi seperti orang hendak menepung tiada berberas program program kita ini tidak pernah bersifat syok sendiri yang hanya diketahui dan dirasai dalam kepompong sesama kita sahaja terbentang untuk rakyat hari ini program program anjuran pemuda umno yang terkenal seantero negara kita dakap pendekatan progresif ini kerana sekadar melaungkan hidup melayu itu lompong jika nasib anak bangsa masih di takuk lama walau ada antara kita yang berasa cukup hanya dengan bersorak hidup melayu kita jangan ambil pendekatan yang serupa hidup melayu itu sudah ketentuan tapi soalnya kita mahu melayu hidup bagaimana sudah tentu lebih mulia bila melayu hidup bermartabat dari hidup merempat sudah tentu lebih penting hasil dan keberkesanan program kita dari melaungkan slogan semata mata nyata perlaksanaan program melalui lensa sejagat dan pendekatan progresif telah menjadi wahana bakti kita untuk bangsa lihat sahaja daripada 160 ribu yang berjaya mendapat kerja melalui karnival kerjaya kita majoritinya adalah anak melayu daripada 500 ribu yang bakal menikmati bantuan lesen 1malaysia bl1m majoritinya adalah anak melayu daripada pelajar yang telah ditaja melalui biasiswa pendidikan pemuda bn majoritinya adalah anak melayu apabila gaji minimum diperkenalkan dek desakan pemuda golongan yang meningkat pendapatan mereka majoritinya adalah anak melayu apabila kita memperjuangkan isu pelepasan status muflis untuk orang muda siapa golongan yang bakal mendapat peluang kedua tetap anak melayu natijahnya usaha kita tertumpu kepada isu isu utama yang dialami pemuda melayu melalui pendekatan dan program sejagat agenda bangsa jelas terlaksana nasib bangsa tetap terpelihara sidang perwakilan yang saya hormati tujuan saya membangkitkan pencapaian kita bukan untuk mendabik dada kita kongsi semula pencapaian kita hari ini agar jadi pemangkin untuk melahirkan idea idea baru di masa akan datang saya dambakan sayap pemuda mendahului zaman tak gentar dengan perubahan tetap relevan dalam ekosistem politik yang sentiasa berubah dalam konotasi yang serupa fitrah politik pemuda umno perlu sejajar dengan tuntutan semasa kita tidak lagi boleh bergantung dengan formula lama sekadar jadi geng pendesak membangkit semangat dan emosi semata tapi gagal meninggalkan kesan jangka panjang untuk agama bangsa dan negara apa guna jadi pak kaduk menang sorak kampung tergadai apa guna mengerah jentera mengangkat sepanduk jika nasib dan pencapaian bangsa tak sampai ke mana pemuda umno bukan seperti pancang digoyang arus bukan niat kita memperkecilkan pendekatan lama di mana pemuda dilihat sebagai kumpulan pendesak kerajaan pasca merdeka pendekatan sebegitu sesuai dengan keperluan semasa dan ternyata telah membawa kejayaan kepada pemuda di era tersebut tetapi zaman sudah berubah masyarakat alaf ini sentiasa mementingkan keberhasilan dan kebertanggungjawaban dalam konteks ini rakyat tidak lagi lut dengan retorik sekiranya ia tidak membawa apa apa kesan progresif dalam hidup mereka penjenamaan baru ini tidak bermakna kita menggadaikan prinsip sepertimana saya sebut beberapa tahun dahulu kita perlu berani mengubah manhaj atau pendekatan tanpa meninggalkan maqasid yakni matlamat sesebuah perjuangan agenda memperkasa agama bangsa dan negara takkan sirna dari jati diri pemuda seperti mana juga tugas kita sebagai sayap utama umno untuk membantu ke arah kejayaan politik parti dalam mencapai matlamat ini kayu ukur yang menilai betul atau khilaf sesuatu pendekatan adalah melalui pilihan raya melihat sama ada rakyat menerima kita sebagai pembela kepentingan mereka jika pendekatan dan pengisian perjuangan tak serasi dengan nadi rakyat khususnya generasi muda yang menjadi tumpuan kita maka mereka tidak akan mengundi barisan nasional kejayaan bn dalam pru13 menjadi bukti bahawa pendekatan progresif ini lebih tepat malah kajian merdeka centre mendapati 54 peratus pengundi melayu bawah umur 30 tahun telah mengundi barisan nasional dalam pru baru baru ini bukan mudah berdepan janji janji manis minyak turun tol percuma pendidikan percuma ptptn tak payah bayar semula dalam nirwana ciptaan pembangkang kendatipun cabaran menggunung kemampuan kita bergerak bersama zaman mencorak pendekatan telah membawa pulangan politik bila barisan nasional dikekalkan di tampuk pentadbiran tapi jangan lupa rakan rakan walaupun kita berjaya meraih sokongan sebahagian besar golongan muda m...
|