Meta tags:
Headings (most frequently used words):
al, bin, habib, beliau, dan, di, zein, yang, muhammad, kitab, ibrahim, allamah, الله, ilmu, ini, as, oleh, guru, karya, majlis, ali, ulama, bersama, untuk, abdullah, telah, syeikh, faqih, ahmad, dengan, ke, dalam, jun, 2011, pengajian, alawi, muhaqqiq, binsumaith, asy, alwi, masjid, murabbi, imam, az, juga, kepada, حفظه, ومتعنا, بطول, حياته, para, tarim, rubath, ba, umar, ad, dari, abdur, rahman, an, saadah, mempelajari, seorang, tahun, sehingga, ushul, syaikh, setelah, haddar, madinah, sambutan, isra, mi, raj, pusat, jadual, selain, sayyid, adalah, pada, merupakan, itu, iaitu, belajar, salim, abu, membaca, mengajar, daripada, kittani, jalsah, blog, ar, umat, da, ie, ilallah, maka, terkenal, saalim, صلى, عليه, وآله, وسلم, menjadi, bogor, ketika, ayahandanya, haddad, sebagai, habsyi, kira, baidha, islam, murid, kerana, falah, kattani, bulan, habaib, allah, syafie, ilmunya, abid, zahid, fagir, mengambil, antara, tidak, sumaith, rasulullah, dibawa, rohah, hingga, sering, tempat, hafidz, menghafal, syarah, matan, bakar, ijazah, mufti, menuntut, berdakwah, lain, jufri, tersebut, ibnu, fi, amalan, hadits, nabawi, khutbah, menziarahi, sentiasa, isya, kasih, sayang, nabi, kuliah, israk, mikraj, usj9, usamah, pengkhataman, bacaan, sahih, mukarramah, bandar, sri, damansara, kuala, lumpur, baalawi, kl, facebook, abidin, hamid, halaman, amal, mengenai, muhaddits, memohon, terhadap, kunjungan, faqihnya, tabahhur, zaman, khumul, sukakan, kemasyhuran, tinggi, sebutan, naqib, ja, far, hussin, pernah, mendapat, awal, jawa, kecil, waliyullah, wafat, empang, mana, lagi, sana, madrasah, akhirnya, ibn, ash, sebahagian, bayan, alfiyyah, mengikuti, daripadanya, aqil, waraqat, fiqih, sa, id, baidho, kota, meneruskan, antaranya, pelbagai, terus, menetap, seperti, saqqaf, abdul, maliki, hasani, hasan, syathiri, berhijrah, mengasuh, pulang, mempunyai, masih, syanqiti, li, wa, memuji, beberapa, mensyarahkan, thariqah, aal, kata, aqidah, bentuk, teman, tentang, ahlussunah, wal, jamaah, atas, amaliyah, generasi, terdahulu, tabi, in, ayat, alawiyyin, hidayah, kumpulan, salaf, makam, hadramaut, sanad, persoalan, usia, malam, mengadakan, maghrib, hari, nukilan, maulidur, rasul, tanda, 29, 28, 23, bukhari, 15, 10, 07, 02, 01, join, am, zeinal, catatan, popular, twitter, cari, pengikut, arkib, jumlah, paparan, pondok, fan, box, ratib, hafiz, langgan, kecintaan, ahlul, baiyt, bahrus, shofa, deen, hanief, nasbun, nurain, aqidatul, tanzih, tahu, faham, fanshuri, saya, panduan, didik, anak, khatam, 40, hadis, usj9majlis, usamahmajlis, bukhariaturcara, karnival, khazanah, alam, melayu, terkini, program, swt, penilaian, sufi, silaturrahmi, riyadh, solo, sempena, inginlah, kesempatan, memperkenalkan, secara, ringkas, ahlulbait, permata, nama, nasab, abdillah, ammul, muqaddam, shahib, mirbath, ubaidullah, muhajir, isa, rumi, uraidhi, shadiq, baqir, zainal, syahid, sibth, putera, sayyidina, sayyidatina, fathimah, zahra, kelahiran, pendidikan, dilahirkan, 1357h, 1936m, jakarta, indonesia, lahir, keluarga, sholeh, ayahanda, muhsin, akhir, umur, didikan, agamanya, sendiri, pemuka, sedari, hadir, halaqah, mawlid, dianjurkan, tanah, terkemuka, masanya, 1373h, dimakamkan, saat, makamnya, diziarahi, keramat, inilah, meneguk, hikmah, kwitang, 1371h, 1950m, usianya, lebih, kurang, 14, ghanna, asal, keturunannya, tinggal, rumah, ayahnya, lama, ditinggalkan, berguru, sejumlah, setempat, berpindah, satu, lainnya, sofwah, zubad, ruslan, irsyad, muqri, bab, jinayat, nadzam, hadiyyah, shaadiq, thohir, karangan, faraidh, munakahat, minhaj, tasawwuf, falak, kaaf, nahwu, ma, ani, mutammimah, ajrumiyyah, serta, syarahnya, syihaabuddin, diadakan, kediamannya, majelis, sakran, aydrus, berulang, alik, tempatnya, memperolehi, banyak, atthas, arbain, ghazali, khird, mulhaq, irab, qaasim, hariri, bashri, haamid, sariy, allaamah, mahfuz, zubaidi, bukayyir, baghitsaan, fadhl, bafadhl, berangkat, disuruh, pindah, samping, kedatangannya, disambut, penuh, kegembiraan, ditugaskan, membantu, kagum, menikahkan, puterinya, diijazahkan, riwayat, pengabdiannya, dakwah, rujuk, ketinggian, diakui, menyatakan, bahawa, apabila, sesuatu, permasalahan, dijawab, tidaklah, perlu, membuat, rujukan, bidang, keilmuan, kalangan, dunia, hadi, musa, abbas, aziz, makki, masyhur, taha, qaadir, lahji, hadhrami, yusuf, rifai, kuwaiti, 21, menyumbang, ramadhan, 1406, nenda, mustafa, munawwarah, pengasuh, berganding, syaathiri, tanggungjawab, dipikul, sepenuhnya, kini, menurut, khabar, zahrah, dengar, diarahkan, tutup, pemerintah, saudi, walaupun, sudah, peluang, menimba, zaidan, at, tiryaq, nafi, ala, masail, jam, ul, jawami, syahab, maraqi, su, ud, syarif, syanqitiy, nihrir, ahmaddu, qathr, idha, ah, dujunnah, maqqari, sullam, munauraq, akhdhari, isadguji, abhari, itmam, dirayah, qurra, naqayah, sayuthi, maqsyur, mamdud, lamiyah, af, malik, mughni, labib, hisyam, jauhar, maknun, shorof, semangat, kesungguhan, melahirkan, ramai, menghasilkan, berbobot, manhaj, sawi, syarhu, thoriiqah, baa, unggul, pokok, utama, 1145h, wara, khauf, takut, ikhlas, kepadanya, ajwibah, ghaliyyah, firqah, naajiyyah, soal, jawab, buku, terjemahkan, insyallah, akan, berada, pasaran, sedikit, masa, mengulas, berisi, jawaban, golongan, selama, dianggap, sekelompok, bahasa, mudahnya, wahabi, menyimpang, ajaran, sedangkan, dilakukan, sahabat, tabiut, menerus, sekarang, fuyudhat, rabbaniyyah, min, anfas, sadah, alawiyyah, menghimpunkan, tafsir, isyari, quran, himpunkan, kalam, futuhat, aliyyah, minbariyyah, jilid, himpunan, ath, thalibin, muhimmat, din, jibril, pengertian, iman, ihsan, zairin, ila, iyyah, ziyarah, nabawiyyah, masyahid, shalihin, doa, diucapkan, terletak, haramain, makkah, nujum, zahirah, saliki, thariqi, akhirah, beserta, faedahnya, tsabat, masyaikh, manuskrip, peribadi, kegiatan, harian, sangat, alim, arifbillah, mazhab, itulah, ada, mengelar, shaghir, mudanya, bersungguh, sungguh, kelebihan, berbanding, rakan, rakannya, adab, suluk, akhlaq, baik, tawadhu, lidahnya, basah, dhikrullah, tasbih, hampir, berpisah, berserban, putih, memakai, kain, rida, sepertimana, kebiasaan, tertib, khusus, aurad, adzkar, sepanjang, siang, disamping, menjalankan, tugas, pengajar, berqiyamullail, kemudiannya, keluar, menunaikan, sholat, shubuh, duduk, beri, tikaf, terbit, matahari, selepas, ashar, menjelang, kemudian, bersholat, setelahnya, datuk, agong, setiap, pagi, petang, sejak, bermukim, mengikut, jadualkan, semoga, memelihara, melanjutkan, agar, kita, sekalian, dapat, manfaat, keberadaan, muka, bumi, اللهم, آمين, ampun, maaf, andaikata, terdapat, kesalahan, kesilapan, sekian,
Text of the page (most frequently used words):
bin (286), dan (252), yang (222), beliau (208), habib (185), muhammad (108), ini (83), oleh (81), zein (81), kitab (80), dalam (73), imam (71), ilmu (67), #dengan (64), ulama (60), tahun (59), kepada (57), #allamah (55), allah (53), karya (51), dari (49), untuk (48), guru (47), ibrahim (46), telah (45), juga (45), majlis (44), lalu (43), الله (43), tidak (41), ali (38), adalah (37), para (37), daripada (36), abdullah (36), ahmad (34), alwi (34), syafi (34), mereka (32), asy (30), pada (30), alawi (28), itu (28), sufi (27), faqih (26), masjid (26), seorang (25), tarim (25), muhaqqiq (24), syeikh (24), islam (24), rubath (24), orang (23), tersebut (23), maka (23), pengajian (22), umar (21), jun (21), bersama (21), selain (21), saadah (21), abdur (21), rahman (21), abu (21), mempelajari (21), binsumaith (21), kita (20), nabi (20), habsyi (20), 2011 (19), amalan (19), merupakan (19), lain (18), sehingga (18), setelah (18), rasulullah (18), madinah (18), ushul (18), syaikh (18), haddar (18), murabbi (18), kerana (17), sebagai (17), ketika (17), membaca (17), dicatat (17), kamu (17), ulasan (16), bacaan (16), salim (16), tiada (16), belajar (16), umat (16), menjadi (16), iaitu (16), sayyid (16), حفظه (16), hadith (16), mengambil (15), atas (15), malam (15), mengajar (15), petang (15), ibnu (15), ومتعنا (15), بطول (15), حياته (15), swt (14), blog (14), hari (14), bulan (14), baihaqi (14), haddad (13), wal (13), tentang (13), murid (13), tempat (13), عليه (13), kira (13), saya (12), memohon (12), antara (12), bagi (12), atau (12), terkenal (12), صلى (12), وآله (12), وسلم (12), hingga (12), baidha (12), saalim (12), ayahandanya (12), ilallah (12), bogor (12), terhadap (11), jadual (11), pusat (11), sunnah (11), jamaah (11), apa (11), satu (11), bakar (11), bahwa (11), sambutan (10), isra (10), raj (10), syarah (10), hafidz (10), akan (10), habaib (10), berdakwah (10), matan (10), hadits (10), menunaikan (10), menuntut (10), sentiasa (10), maghrib (10), isya (10), manfaat (10), fagir (10), sering (10), khutbah (10), jufri (10), ijazah (10), mufti (10), saw (10), kattani (10), syafie (9), ada (9), mana (9), lagi (9), ajaran (9), seperti (9), aku (9), quran (9), madrasah (9), solat (9), nabawi (9), rohah (9), menziarahi (9), sumaith (9), menghafal (9), beberapa (9), hasan (9), ilmunya (9), serta (9), dibawa (9), abid (9), zahid (9), manaqib (9), meminta (9), hanya (8), catatan (8), alam (8), persoalan (8), kata (8), dapat (8), bukhari (8), sebab (8), apabila (8), bentuk (8), wahabi (8), pelbagai (8), abdul (8), ptg (8), sebutan (8), pernah (8), mempunyai (8), memuji (8), ramai (8), membantu (8), lebih (8), hadir (8), hal (8), sesungguhnya (8), pertolongan (8), hajat (8), kittani (8), mengenai (7), memuatkan (7), semua (7), pondok (7), kunjungan (7), ahli (7), dikirim (7), alawiyyin (7), agama (7), bahawa (7), lama (7), setiap (7), makam (7), lainnya (7), sanad (7), terdahulu (7), wafat (7), ayat (7), hadramaut (7), mendapat (7), mengadakan (7), terdapat (7), selama (7), antaranya (7), sebahagian (7), menyatakan (7), hussin (7), awal (7), secara (7), falah (7), utama (6), amal (6), disember (6), jalsah (6), khazanah (6), sahih (6), muhaddits (6), ramadhan (6), pujian (6), sekalian (6), sudah (6), buku (6), dunia (6), manusia (6), nukilan (6), khumul (6), sukakan (6), kemasyhuran (6), tinggi (6), daripadanya (6), salaf (6), pulang (6), usia (6), zaman (6), adab (6), mensyarahkan (6), thariqah (6), aal (6), aqidah (6), teman (6), ahlussunah (6), amaliyah (6), kecil (6), generasi (6), tabi (6), terus (6), hidayah (6), bayan (6), ash (6), kumpulan (6), masih (6), berhijrah (6), menetap (6), baidho (6), kota (6), mengasuh (6), syanqiti (6), maliki (6), hasani (6), aqil (6), saqqaf (6), syathiri (6), meneruskan (6), sana (6), akhirnya (6), ibn (6), alfiyyah (6), mengikuti (6), far (6), waraqat (6), fiqih (6), naqib (6), jawa (6), waliyullah (6), empang (6), faqihnya (6), tabahhur (6), seggaf (6), anis (6), mlm (6), qasidah (6), perkataan (6), benar (6), perkara (6), nikmat (6), hamba (6), kasih (5), sayang (5), laman (5), mawlid (5), facebook (5), riyadh (5), solo (5), melayu (5), com (5), kaum (5), sama (5), berada (5), kuala (5), lumpur (5), soal (5), jawab (5), seseorang (5), salah (5), ila (5), mengatakan (5), dia (5), tuan (5), besar (5), perbuatan (5), masail (5), abidin (5), hamid (5), kepadanya (5), golongan (5), sedangkan (5), banyak (5), abdillah (5), kesempatan (5), 207 (5), demikian (5), sebagaimana (5), bahkan (5), suatu (5), sabda (5), lihat (4), tahu (4), mac (4), januari (4), februari (4), mei (4), ogos (4), oktober (4), 2010 (4), silaturrahmi (4), penilaian (4), terkini (4), program (4), pengkhataman (4), kuliah (4), hadis (4), walaupun (4), dasar (4), pemikiran (4), sini (4), sedikit (4), hikmah (4), label (4), ahlulbait (4), fahaman (4), yayasan (4), segala (4), rasul (4), sangat (4), pun (4), syahid (4), menurut (4), sepanjang (4), boleh (4), isa (4), sahabat (4), suka (4), maulid (4), kecuali (4), indonesia (4), tasawwuf (4), nusantara (4), pembela (4), dianjurkan (4), manhaj (4), engkau (4), perlu (4), baik (4), khabar (4), iman (4), mata (4), keluar (4), irsyad (4), bumi (4), ala (4), malaysia (4), khusus (4), siang (4), disamping (4), menjalankan (4), selepas (4), kemudian (4), datuk (4), agar (4), harian (4), khauf (4), doa (4), diucapkan (4), makkah (4), zahrah (4), jam (4), kalangan (4), musa (4), abbas (4), masyhur (4), kegembiraan (4), riwayat (4), tidaklah (4), membuat (4), rujukan (4), zainal (4), jakarta (4), keluarga (4), inilah (4), ucapan (4), muslim (4), namun (4), siapa (4), dua (4), mampu (4), menilai (4), datang (4), berkata (4), memberikan (4), nas (4), makhluk (4), nescaya (4), saudaranya (4), ceramah (4), 30pm (4), kecintaan (3), atom (3), hafiz (3), ratib (3), april (3), julai (3), september (3), november (3), baalawi (3), israk (3), mikraj (3), khatam (3), 2015 (3), asas (3), tetapi (3), sunni (3), seluruh (3), perdana (3), prof (3), termasuk (3), soalan (3), malaikat (3), azza (3), jalla (3), tuhan (3), bermula (3), sofa (3), nya (3), jelas (3), cinta (3), menulis (3), bukan (3), jika (3), ingin (3), sesat (3), bersabda (3), surah (3), ustaz (3), dibolehkan (3), dato (3), hasil (3), salafy (3), for (3), diri (3), menteri (3), fathaniyah (3), jumaat (3), abi (3), firaun (3), mengetahui (3), darul (3), patani (3), berfirman (3), cawangan (3), tawadhu (3), lidahnya (3), basah (3), dhikrullah (3), tasbih (3), hampir (3), berpisah (3), berserban (3), putih (3), memakai (3), kain (3), rida (3), sepertimana (3), kebiasaan (3), tertib (3), aurad (3), adzkar (3), tugas (3), pengajar (3), berqiyamullail (3), kemudiannya (3), sholat (3), shubuh (3), duduk (3), beri (3), tikaf (3), terbit (3), matahari (3), ashar (3), menjelang (3), bersholat (3), setelahnya (3), agong (3), pagi (3), sejak (3), bermukim (3), mengikut (3), jadualkan (3), semoga (3), memelihara (3), melanjutkan (3), keberadaan (3), muka (3), اللهم (3), آمين (3), ampun (3), maaf (3), andaikata (3), kesalahan (3), kesilapan (3), sekian (3), peribadi (3), kegiatan (3), alim (3), arifbillah (3), mazhab (3), itulah (3), mengelar (3), shaghir (3), mudanya (3), bersungguh (3), sungguh (3), kelebihan (3), berbanding (3), rakan (3), rakannya (3), suluk (3), akhlaq (3), sawi (3), syarhu (3), thoriiqah (3), baa (3), unggul (3), pokok (3), 1145h (3), wara (3), takut (3), ikhlas (3), ajwibah (3), ghaliyyah (3), firqah (3), naajiyyah (3), terjemahkan (3), insyallah (3), pasaran (3), masa (3), mengulas (3), berisi (3), jawaban (3), dianggap (3), sekelompok (3), bahasa (3), mudahnya (3), menyimpang (3), dilakukan (3), tabiut (3), menerus (3), sekarang (3), fuyudhat (3), rabbaniyyah (3), min (3), anfas (3), sadah (3), alawiyyah (3), menghimpunkan (3), tafsir (3), isyari (3), himpunkan (3), kalam (3), futuhat (3), aliyyah (3), minbariyyah (3), jilid (3), himpunan (3), ath (3), thalibin (3), muhimmat (3), din (3), jibril (3), pengertian (3), ihsan (3), zairin (3), iyyah (3), ziyarah (3), nabawiyyah (3), masyahid (3), shalihin (3), terletak (3), haramain (3), nujum (3), zahirah (3), saliki (3), thariqi (3), akhirah (3), beserta (3), faedahnya (3), tsabat (3), masyaikh (3), manuskrip (3), melahirkan (3), menghasilkan (3), berbobot (3), menyumbang (3), 1406 (3), nenda (3), mustafa (3), munawwarah (3), pengasuh (3), berganding (3), syaathiri (3), tanggungjawab (3), dipikul (3), sepenuhnya (3), kini (3), dengar (3), diarahkan (3), tutup (3), pemerintah (3), saudi (3), peluang (3), menimba (3), zaidan (3), tiryaq (3), nafi (3), jawami (3), syahab (3), maraqi (3), syarif (3), syanqitiy (3), nihrir (3), ahmaddu (3), qathr (3), idha (3), dujunnah (3), maqqari (3), sullam (3), munauraq (3), akhdhari (3), isadguji (3), abhari (3), itmam (3), dirayah (3), qurra (3), naqayah (3), sayuthi (3), maqsyur (3), mamdud (3), lamiyah (3), malik (3), mughni (3), labib (3), hisyam (3), jauhar (3), maknun (3), shorof (3), semangat (3), kesungguhan (3), bidang (3), keilmuan (3), hadi (3), aziz (3), makki (3), taha (3), qaadir (3), lahji (3), hadhrami (3), yusuf (3), rifai (3), kuwaiti (3), berangkat (3), disuruh (3), pindah (3), samping (3), kedatangannya (3), disambut (3), penuh (3), ditugaskan (3), kagum (3), menikahkan (3), puterinya (3), diijazahkan (3), pengabdiannya (3), dakwah (3), rujuk (3), ketinggian (3), diakui (3), sesuatu (3), permasalahan (3), dijawab (3), sofwah (3), zubad (3), ruslan (3), muqri (3), bab (3), jinayat (3), nadzam (3), hadiyyah (3), shaadiq (3), thohir (3), karangan (3), faraidh (3), munakahat (3), minhaj (3), falak (3), kaaf (3), nahwu (3), ani (3), mutammimah (3), ajrumiyyah (3), syarahnya (3), syihaabuddin (3), diadakan (3), kediamannya (3), majelis (3), sakran (3), aydrus (3), berulang (3), alik (3), tempatnya (3), memperolehi (3), atthas (3), arbain (3), ghazali (3), khird (3), mulhaq (3), irab (3), qaasim (3), hariri (3), bashri (3), haamid (3), sariy (3), allaamah (3), mahfuz (3), zubaidi (3), bukayyir (3), baghitsaan (3), fadhl (3), bafadhl (3), 1371h (3), 1950m (3), usianya (3), kurang (3), ghanna (3), asal (3), keturunannya (3), tinggal (3), rumah (3), ayahnya (3), ditinggalkan (3), berguru (3), sejumlah (3), setempat (3), berpindah (3), nama (3), nasab (3), ammul (3), muqaddam (3), shahib (3), mirbath (3), ubaidullah (3), muhajir (3), rumi (3), uraidhi (3), shadiq (3), baqir (3), sibth (3), putera (3), sayyidina (3), sayyidatina (3), fathimah (3), zahra (3), kelahiran (3), pendidikan (3), dilahirkan (3), 1357h (3), 1936m (3), lahir (3), sholeh (3), ayahanda (3), muhsin (3), akhir (3), umur (3), didikan (3), agamanya (3), sendiri (3), pemuka (3), sedari (3), halaqah (3), tanah (3), terkemuka (3), masanya (3), 1373h (3), dimakamkan (3), saat (3), makamnya (3), diziarahi (3), keramat (3), meneguk (3), kwitang (3), sempena (3), inginlah (3), memperkenalkan (3), ringkas (3), permata (3), tetamu (3), najib (3), makan (3), sabtu (3), mengamalkan (3), mencela (3), menjelaskan (3), hakikatnya (3), maksud (3), menyebutkan (3), memahami (3), mengeluarkan (3), pernyataan (3), qayyim (3), sesuai (3), razi (3), cet (3), tolong (3), jalan (3), melainkan (3), supaya (3), melakukan (3), keperluan (3), meriwayatkan (3), rabu (3), usj (3), musnid (3), usamah (3), usj9 (3), sambungan (3), halaman (2), faham (2), ahlul (2), baiyt (2), langgan (2), attas (2), karnival (2), klasik (2), menentang (2), harus (2), muslimin (2), hukum (2), ibadah (2), haji (2), siri (2), syarahan (2), sheikh (2), mohammad (2), said (2), bouti (2), pluralisme (2), difahami (2), menganggap (2), kadir (2), wajib (2), munkar (2), nakir (2), maha (2), tiap (2), blogspot (2), www (2), puji (2), berhajat (2), menyebut (2), nak (2), anjung (2), mencipta (2), ikan (2), tongkol (2), konteks (2), ketahuilah (2), bahawasanya (2), penganiayaan (2), membalas (2), usahakan (2), sahaja (2), tulis (2), perjalanan (2), tulisan (2), ismail (2), alasan (2), peringatan (2), negeri (2), marfu (2), all (2), years (2), year (2), berilmu (2), menjadikan (2), dirinya (2), khamis (2), memorandum (2), mencium (2), tangan (2), karena (2), wahhaby (2), salafi (2), kenapa (2), فيما (2), منك (2), keputusan (2), bahtsul (2), istimewa (2), nahdlatul (2), maroko (2), ber (2), sesiapa (2), dikisahkan (2), asiyah (2), istri (2), fir (2), aun (2), keimanannya (2), kekuatan (2), diangkat (2), jadi (2), sakit (2), parah (2), kakeknya (2), kisah (2), peranan (2), tasawuf (2), نوح (2), kaabah (2), kali (2), sebenarnya (2), النصب (2), hatim (2), amalan2 (2), mungkin (2), terlalai (2), usaha (2), fardhu (2), days (2), zulhijjah (2), mustofa (2), http (2), dijemput (2), husin (2), nabil (2), hussein (2), rombongan (2), mohamad (2), pengerusi (2), ketibaan (2), laki (2), tashawuf (2), penganut (2), hak (2), maknanya (2), dosa (2), maksiat (2), jauziyah (2), wahai (2), kelompok (2), madarij (2), salikin (2), cirinya (2), imran (2), shufi (2), manaqibuhu (2), dar (2), kedatangan (2), rejab (2), mulia (2), ialah (2), diriwayatkan (2), mutlak (2), walau (2), menafikan (2), melarang (2), zahir (2), lupa (2), kebaikan (2), dimiliki (2), suruhan (2), pergantungan (2), jangan (2), pula (2), sekiranya (2), memudharatkan (2), mudharat (2), musuh (2), saling (2), perintah (2), mukmin (2), hajatnya (2), membawa (2), hambanya (2), sanadnya (2), bantuan (2), rajab (2), 1432 (2), mukarramah (2), bandar (2), sri (2), damansara (2), tilawah (2), bhg (2), che (2), pengijazahan (2), fuad (2), kamaludin (2), jaya (2), uia (2), 00am (2), junjungan (2), maulidur (2), tanda (2), tema, awang, gemawang, dikuasakan, blogger, panduan, didik, anak, profil, lengkap, fanshuri, aqidatul, tanzih, nasbun, nurain, deen, hanief, bahrus, shofa, share, fan, box, jumlah, paparan, 2009, 118, bul, mukarram, bukharia, kitt, 156, 2012, 2013, arkib, pengikut, cari, talaqi, uiam, fahamislam, komuniti, pengiktibarannya, pemimpin, terdiri, pengikut2, pendokong2, awam, dlm, melazimi, menelusuri, firaq, tawassul, istighatsah, ahlus, jama, bertawassul, beristighatsa, bertawasul, gagasan, bebas, kupasan, iktibar, perta, khas, radio, ikim, gambar, maj, tahlil, arwah, beza, nidzam, mengimani, adanya, kubur, berlaku, rifaeyy, bismillaahirrahmaanirrahim, segenap, perkasa, bijaksana, kaya, serupa, tibbilqulub, makluman, pengunjung, ysofakl, dikemaskini, sila, layari, yayasansofa, ditutup, empunya, malah, lah, selaw, penerangan, uji, tapi, perlukan, tumpuan, resepi, masakan, debat, islamikkah, atrak, imad, iffat, akidahnya, jawapan, alhamdulillah, dialah, majalah, pengarang, teuku, iskandar, isi, kandungan, didasarkan, bahan, disampaikannya, menga, kesusasteraan, abad, resensi, uthman, muhammady, terkait, menyen, traditional, beruntungnya, rajin, mengaji, barangsiapa, nasyrah, mendatangi, renungan, rizan, ditimbulkan, tiadalah, kadar, umpatan, bimbingan, mukminin, alaihissalam, memerintahkan, pelusuk, seoran, haqir, ghaniy, almukminun, tengah, tadi, sepengajian, menghantar, mesej, baru, melintasi, kawasan, hen, pengenalan, mengumpul, tersohor, tanahair, kamus, tulisannya, shaykh, mahmud, ariff, perintis, kemajuan, sekolah, arab, selangor, tokoh, wahabis, mem, bid, kan, keagamaan, faktor, politis, legalitas, acara, syuroan, selamatan, dst, daurah, hebahan, 1435, hijriyah, merasa, sedih, wafatnya, kewafatannya, turun, derajat, nawawi, sahah, langkatiyah, husofiyah, assalamualaikum, warahmatullahi, wabarakatuh, first, many, that, not, write, almost, left, 201, great, meniti, keredhaanmu, diuji, tak, tawadhuk, rendah, bukankah, cahaya, ujian, hidup, mencari, mati, sempurna, bangi, pertubuhan, menyerahkan, jabatan, mejar, jeneral, seri, jamil, serah, desak, kurangkan, pengaruh, mccbchst, jkmpka, demi, membela, penghormatan, seb, sunah, shahih, darussalaf, ketiga, kongsikan, ditolak, mulakan, ulangi, bebe, sekilas, mengapa, mahhaj, peminta, pendokong, amin, اجتهادك, ضمن, وتقصيرك, طلب, دليل, على, انطماس, البصيرة, bersunguh, sunguh, barang, dijamin, yakni, rezki, hikam, almalakawi, تقرير, بحث, المسائل, الخامس, لجمعية, نهضة, العلماء, فرع, خاص, المغرب, pengurus, cabang, bekerjasama, pci, jual, beli, online, ana, ahtaj, ilmi, ask, why, dinafikan, agak, suara, ruang, media, internet, sesawang, mahupun, sehingg, pahala, baca, yasin, sempat, membelek, syarafuddin, dimyati, 705, bertajuk, wama, taufiqi, illa, billahi, bahwasanya, siti, menyembunyikan, forum, santri, sunniyah, salafiyah, tanda2, sebelum, irhasat, note, klo, sesudah, mukjizat, diasuh, asuh, muthalib, berdahak, bersin, palsu, wahaby, dhiya, wahdah, islamiyah, nidaa, lbi, atsary, qaida, ldii, persis, nii, varian, silat, usuluddin, perantauan, senarai, artikel, مثل, أهل, بيتي, فيكم, كمثل, سفينة, قوم, ركبها, نجا, ومن, تخلف, عنها, هلك, ومثل, باب, حطة, بني, إسرائيل, روى, الطبراني, بسنده, أبي, bait, umpama, kapal, nuh, السلام, sawanih, khawatir, سوانح, وخواطر, kiblat, menghadap, 𝗔𝗣𝗔, 𝗔𝗗𝗔, 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠, 𝗞𝗔𝗔𝗕𝗔𝗛, bidadari, wanita, salehah, الـنـصـب, الـخـفـي, وهو, بغض, بيت, النبوة, ومنه, ظاهر, وخفي, فمن, يكون, نصبا, وإن, ادعى, الناصبي, حبهم, كالمنازعة, فضائلهم, الثابتة, nawasib, tersembunyi, sharif, awni, ashairah, seminggu, ilmu2, solat2, debunga, teratai, syurgawi, darilnaim, melor, pembangunan, berhad, pencatat, berselawat, follow, pondokhabib, twitter, top, posts, quarter, time, tajuk, dibaca, home, page, 800, pembahasan, sekita, menarik, syed, joofre, fajr, pertama, induknya, yaman, popular, zeinal, join, terbaru, majlisilmu, memeriahkan, memuliakan, abdurrahman, bassurah, maulakheleh, syech, abd, qadir, doman, riza, segaf, ridho, tausiyyah, dipimpin, simthud, duror, ratibul, perarakan, menyambut, jemput, maulidurrasul, jenderami, dimasukkan, ibnunafis, thoriq, memberi, dinukil, bersumber, ditulis, kalau, seandainya, sampai, dhuhur, hamqa, kekurangan, akal, berakal, khawwas, pihak, tergesa, gesa, menyimpulkan, padahal, menisbatkan, ajarannya, dituju, masuk, mencukupkan, kandungannya, meninggalkan, membebankan, kesusahannya, perduli, mengindahkan, menyibukkan, sifatkan, 208, penjelasan, dicela, sebatas, pengakuan, malas, tidur, berlebih, lebihan, cela, memiliki, sifat, adapun, bersih, kesufiannya, tawakkal, menggunakan, syari, muamalahnya, beribadah, mummalah, pergaulan, bergaul, bersahabat, sepuluh, memperoleh, huruf, waktu, pedang, kemaksuman, cenderung, berbuat, menghalangi, melakukannya, terhindar, prilaku, mengatasnamakan, menyaksikan, behwa, tiga, periwayatan, kalimat, betapa, bermanfaat, menyeluruh, kedua, menunjukkan, tingginya, himmah, kesadaran, mengatakannya, cukup, bobot, 129, qira, kalanagn, thayyan, tiba, bertemu, apakah, kami, arah, timur, pandai, qur, darinya, sebutkan, ciri, berumur, ray, cirri, dimaksud, mengetahunya, 164, walhasil, sebagian, celaan, ditujukan, berinteraksi, membenci, total, data, sejarah, sesaui, pemahaman, tabar, wallahu, shaqr, turats, kairo, 1390, mathba, muhamadiyah, 1375, kutub, ilmiyah, 1424, sumber, almanar, wordpress, 99i, panel, penyelidikan, sembilan, utusan, tahniah, pembaca, budiman, suci, berlakunya, peristiwa, digalakkan, meningkatkan, persiapan, sya, ban, bakal, menyusul, terhutang, budi, memperuntukkan, keistimewaan, tertentu, mengejutkan, leka, rutin, menyambung, bicara, syafa, sepotong, berkaitan, dengannya, pintalah, pohonlah, tirmizi, disohihkannya, masalahnya, cara, sekalipun, justeru, syirik, anggapan, sedemikian, pengambilan, penggunaan, musabbab, bercanggah, bermaksud, menegah, lafaz, lalai, bagaimana, macamana, dilihat, tetap, mengandungi, beringat, dikuasai, diperolehi, hendak, pasti, lakukan, kehidupan, seharian, hendaklah, pegangan, sekali, menghalang, melihat, musabbibnya, nampak, kasar, hubungan, menghubungkan, makna, ditunjuki, disebut, kesemua, bersatu, berhimpun, menthabitkan, maksudnya, bagaimanakah, mengingkari, mintalah, sabar, mengerjakan, baqarah, sediakanlah, menceroboh, jenis, sediakan, anfal, menceritakan, soleh, zul, qarnain, firmannya, bantulah, daku, tenaga, beramai, kahfi, pensyariatan, thabit, melalui, disyariatkan, menolong, sikap, berhati, hati, serangan, turut, dinyatakan, galakan, memenuhi, memudahkan, kesusahan, melepaskan, bebanan, peringatannya, melalaikan, daud, aman, azab, perhatikanlah, menggolongkan, kesyirikan, tabrani, dunya, diberikan, menetapkan, mencurahkan, mahu, mencabutnya, mengalihkannya, munziri, dikatakan, terjadi, berjalan, sambil, mengisyaratkan, jarinya, afdhal, beriktikaf, masjidku, hakim, sohih, targhib, 372, terlarang, menyifatkan, sesetengah, pilihan, manakala, erti, sebenar, semata, jua, arnival, aturcara, aluan, ydp, yusri, perasmian, pengarah, jawi, mat, gimik, pelancaran, biografi, pembentangan, kertas, kerja, wilayah, persekutuan, penyampaian, minum, asar, pembacaan, taufik, taisir, makhzumi, isyak, penutup, jamuan, bersurai, bukhariaturcara, usamahmajlis, mesir, subang, muslimat, usj9majlis, lim, muhamad, husaini, matrikulasi, petaling, gombak, 00pm, pembukaan, ahad, selawat, berlangsung, bertempat, prima, ukay, saujana, melawati, 53100, seutama, sebesar, qurbah, luahan, ungkapan, ekspresi, baginda, mahabbah, keimanan,
Text of the page (random words):
pat memberikan kamu suatu manfaat pun melainkan apa yang telah dicatat oleh allah untuk kamu sekiranya mereka berhimpun untuk memudharatkan kamu nescaya mereka tidak dapat memudharatkan kamu melainkan apa yang telah dicatat oleh allah untuk kamu maka di sini rasulullah saw menthabitkan manfaat dan mudharat bagi mereka sebagaimana yang kita lihat sesuai dengan apa yang telah dicatat oleh allah bagi seseorang hamba itu sama ada manfaat atau mudharat maka dari sabda nabi saw ini menjelaskan maksudnya bagaimanakah kita boleh mengingkari atau menafikan perbuatan meminta pertolongan dengan selain allah sedangkan terdapat suruhan melakukan perbuatan tersebut di dalam pelbagai tempat dari al quran dan juga sunnah allah swt berfirman dan mintalah pertolongan kepada allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat al baqarah 45 allah swt juga berfirman dan sediakanlah untuk menentang mereka musuh yang menceroboh segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan al anfal 60 al quran juga telah menceritakan tentang seorang hamba yang soleh zul qarnain sebagaimana firmannya oleh itu bantulah daku dengan tenaga kamu beramai ramai al kahfi 95 dalam pensyariatan solat al khauf yang thabit melalui al quran dan sunnah disyariatkan supaya saling tolong menolong demikian juga dalam perintah allah swt ke atas orang orang mukmin supaya mengambil sikap berhati hati dengan serangan musuh mereka perintah meminta pertolongan kepada makhluk ini turut dinyatakan dalam galakan rasulullah saw agar orang orang mukmin saling membantu memenuhi hajat dan keperluan saudaranya memudahkan kesusahan orang lain dan membantu melepaskan suatu bebanan bahkan juga ia terdapat dalam peringatannya daripada melalaikan amalan tersebut hal hal seperti ini banyak terdapat di dalam sunnah imam al bukhari dan muslim meriwayatkan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya maka allah akan menunaikan hajatnya pula telah meriwayatkan muslim dan abu daud serta lain lainnya daripada rasulullah saw bersabda allah sentiasa membantu hamba selama hamba tersebut membantu saudaranya yang lain rasulullah saw juga bersabda sesungguhnya allah mempunyai makhluk yang dia mencipta mereka untuk menunaikan keperluan keperluan orang lain ramai manusia yang datang kepadanya membawa hajat hajat mereka mereka adalah orang orang yang aman dari azab allah perhatikanlah sabda rasulullah saw orang ramai datang membawa hajat hajat mereka rasulullah saw tidak menggolongkan orang orang ini di dalam golongan orang orang yang melakukan kesyirikan bahkan juga bukan dari golongan yang melakukan dosa atau maksiat al tabrani dan juga ibnu abi al dunya meriwayatkan daripada rasulullah saw sesungguhnya allah mempunyai beberapa kaum yang diberikan khusus kepada mereka nikmat nikmat untuk manfaat hamba hambanya allah menetapkan mereka dalam nikmat tersebut selama mereka mencurahkan nikmat tersebut kepada hambanya maka apabila mereka tidak mahu mengeluarkan nikmat tersebut untuk orang ramai allah mencabutnya daripada mereka lalu mengalihkannya kepada orang lain al hafiz al munziri berkata jika hadith tersebut dikatakan sanadnya adalah hasan nescaya ia harus terjadi sabda rasulullah saw seseorang kamu yang berjalan bersama saudaranya kerana menunaikan hajatnya sambil mengisyaratkan dengan jarinya adalah lebih afdhal daripada beriktikaf di dalam masjidku ini selama dua bulan diriwayatkan oleh al hakim dan beliau berkata hadith ini sohih sanadnya demikian juga seperti yang terdapat di dalam al targhib 3 372 jika benar benar terlarang secara mutlak memohon bantuan kepada selain allah swt maka nescaya nas nas di atas tidak akan menyifatkan sesetengah hamba pilihan sebagai mampu menunaikan hajat orang lain hakikatnya mereka yang memohon bantuan sebenarnya memohon kepada allah swt manakala yang membantu menunaikan hajat dalam erti kata sebenar adalah semata mata allah swt jua dicatat oleh muhammad di 12 56 ptg tiada ulasan penilaian imam asy syafie terhadap sufi penilaian imam asy syafie terhadap sufi dimasukkan oleh ibnunafis label soal jawab tasawuf oleh thoriq di beberapa tempat imam as syafi i telah memberi penilaian terhadap para sufi yang sering dinukil dari perkataan beliau mengenai sufi bersumber dari manaqib al imam as syafi i yang ditulis oleh imam al baihaqi di dalam kitab itu imam as syafi i menyatakan kalau seandainya seorang laki laki mengamalkan tashawuf di awal siang maka tidak tidak sampai kepadanya dhuhur kecuali ia menjadi hamqa kekurangan akal al manaqib al imam as syafi i li al imam al baihaqi 2 207 beliau juga menyatakan aku tidak mengetahui seorang sufi yang berakal kecuali ia seorang muslim yang khawwas al manaqib al imam as syafi i li al imam al baihaqi 2 207 beberapa pihak secara tergesa gesa menyimpulkan dari perkataan di atas bahwa imam as syafi i mencela seluruh penganut sufi padahal tidaklah demikian imam as syafi i hanya mencela mereka yang menisbatkan kepada tashawuf namun tidak benar benar menjalankan ajarannya tersebut dalam hal ini imam al baihaqi menjelaskan dan sesungguhnya yang dituju dengan perkataan itu adalah siapa yang masuk kepada ajaran sufi namun mencukupkan diri dengan sebutan daripada kandungannya dan tulisan daripada hakikatnya dan ia meninggalkan usaha dan membebankan kesusahannya kepada kaum muslim ia tidak perduli terhadap mereka serta tidak mengindahkan hak hak mereka dan tidak menyibukkan diri dengan ilmu dan ibadah sebagaimana beliau sifatkan di kesempatan lain al manaqib al imam as syafi i li al imam al baihaqi 2 208 jelas dari penjelasan imam al baihaqi di atas yang dicela imam as syafi i adalah para sufi yang hanya sebatas pengakuan dan tidak mengamalkan ajaran sufi yang sesungguhnya imam as syafi i juga menyatakan seorang sufi tidak menjadi sufi hingga ada pada dirinya 4 perkara malas suka makan suka tidur dan berlebih lebihan al manaqib al imam as syafi i li al imam al baihaqi 2 207 imam al baihaqi menjelaskan maksud perkataan imam as syafi i tersebut sesungguhnya yang beliau ingin cela adalah siapa dari mereka yang memiliki sifat ini adapun siapa yang bersih kesufiannya dengan benar benar tawakkal kepada allah azza wa jalla dan menggunakan adab syari ah dalam muamalahnya kepada allah azza wa jalla dalam beribadah serta mummalah mereka dengan manusia dalam pergaulan maka telah dikisahkan dari beliau imam as syafi i bahwa beliau bergaul dengan mereka dan mengambil ilmu dari mereka al manaqib al imam as syafi i li al imam al baihaqi 2 207 kemudian imam al baihaqi menyebutkan satu riwayat bahwa imam as syafi i pernah mengatakan aku telah bersahabat dengan para sufi selama sepuluh tahun aku tidak memperoleh dari mereka kecuali dua huruf ini waktu adalah pedang dan termasuk kemaksuman engkau tidak mampu maknanya sesungguhnya manusia lebih cenderung berbuat dosa namun allah menghalangi maka manusia tidak mampu melakukannya hingga terhindar dari maksiat jelas bahwa imam al baihaqi memahami bahwa imam as syafi i mengambil manfaat dari para sufi tersebut dan beliau menilai bahwa imam as syafi i mengeluarkan pernyataan di atas karena prilaku mereka yang mengatasnamakan sufi namun imam as syafi i menyaksikan dari mereka hal yang membuat beliau tidak suka lihat al manaqib al imam as syafi i li al imam al baihaqi 2 207 bahkan ibnu qayyim al jauziyah menilai bahwa pernyataan imam as syafi i yang menyebutkan behwa beliau mengambil dari para sufi dua hal atau tiga hal dalam periwayatan yang lain sebagai bentuk pujian beliau terhadap kaum ini wahai bagi dua kalimat yang betapa lebih bermanfaat dan lebih menyeluruh kedua hal itu menunjukkan tingginya himmah dan kesadaran siapa yang mengatakannya cukup di sini pujian as syafi i untuk kelompok tersebut sesuai dengan bobot perkataan mereka lihat madarij as salikin 3 129 imam as syafi i memuji ulama sufi bahkan di satu kesempatan imam as syafi i memuji salah satu ulama ahli qira ah dari kalanagn sufi ismail bin at thayyan ar razi pernah menyatakan aku tiba di makkah dan bertemu dengan as syafi i ia mengatakan apakah engkau tahu musa ar razi tidak datang kepada kami dari arah timur yang lebih pandai tentang al qur an darinya maka aku berkata wahai abu abdillah sebutkan ciri cirinya ia berkata berumur 30 hingga 50 tahun datang dari ar ray lalu ia menyebut cirri cirinya dan saya tahu bahwa yang dimaksud adalah abu imran as shufi maka saya mengatakan aku mengetahunya ia adalah abu imran as shufi as syafi i mengatakan dia adalah dia adab as syafi i wa manaqibuhu hal 164 walhasil imam as syafi i disamping mencela sebagian penganut sufi beliau juga memberikan pujian kepada sufi lainnya dan imam al baihaqi menilai bahwa celaan itu ditujukan kepada mereka yang menjadi sufi hanya dengan sebutan tidak mengamalkan ajaran sufi yang sesungguhnya dan imam as syafi i juga berinteraksi dan mengambil manfaat dari kelompok ini sedangkan ibnu qayyim menilai bahwa imam as syafi i juga memberikan pujian kepada para sufi dengan demikian pernyataan yang menyebutkan bahwa imam as syafi i membenci total para sufi tidak sesuai dengan data sejarah juga tidak sesaui dengan pemahaman para ulama mu tabar dalam memahami perkataan imam as syafi i wallahu alam rujukan 1 manaqib al imam as syafi i karya al baihaqi t as sayyid ahmad shaqr cet dar at turats kairo th 1390 h 2 madarij as salikin karya ibnu qayyim al jauziyah cet al mathba ah as sunnah al muhamadiyah th 1375 h 3 adab as syafi i wa manaqibuhu karya ibnu abi hatim ar razi cet dar al kutub al ilmiyah th 1424 h sumber http almanar wordpress com 2011 06 03 imam as syafi e2 80 99i dan para sufi dicatat oleh muhammad di 12 53 ptg tiada ulasan 02 jun 2011 kunjungan silaturrahmi dari masjid ar riyadh solo kunjungan silaturrahmi dari masjid ar riyadh solo kunjungan silaturrahmi dari masjid ar riyadh solo al habib alwi b anis al habsyi serta keluarga dan majlis maulidurrasul di yayasan al jenderami pada sabtu 4 jun 2011 bermula jam 6 00 ptg semua di jemput hadir 4 jun 2011 sabtu 6 00 ptg perarakan menyambut ketibaan tetamu habaib 7 15 mlm bacaan ratibul attas solat maghrib 8 00 mlm ucapan pengerusi majlis bacaan qasidah 8 15 mlm bacaan maulid simthud duror dipimpin oleh al habib alwi b muhammad anis al habsyi 8 45 mlm tausiyyah oleh hb husin nabil b muhammad najib as seggaf hb ali zainal abidin al hamid 10 00 mlm solat isya 10 30 mlm makan malam rombongan masjid ar riyadh solo yang akan hadir 1 hb alwi b muhammad anis al habsyi 2 hb hasan b muhammad anis al habsyi 3 hb abdillah b muhammad anis al habsyi 4 hb abu bakar b mohamad al jufri 5 hb ridho b muhammad najib as seggaf 6 hb umar b hussin as seggaf 7 hb alwi b ali al habsyi 8 hb hasan b muhammad al habsyi 9 hb riza segaf as seggaf 10 hb hussein doman 11 hb muhammad b abd qadir al habsyi 12 hb muhammad anis b syech as seggaf rombongan dari jakarta 1 hb hussein maulakheleh 2 hb abdurrahman bassurah 3 hb husin nabil b muhammad najib as seggaf semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan memuliakan para tetamu habaib yang hadir dicatat oleh muhammad di 2 04 ptg tiada ulasan 01 jun 2011 jalsah bersama al allamah al muhaqqiq al faqih al murabbi al habib zein bin ibrahim binsumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته jalsah bersama al allamah al muhaqqiq al faqih al murabbi al habib zein bin ibrahim binsumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته al allamah al muhaqqiq al faqih al murabbi al habib zein bin ibrahim binsumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته faqihnya umat ini yang tabahhur ilmunya sempena kunjungan al allamah al muhaqqiq al faqih al abid az zahid al murabbi ad da ie ilallah as sayyid al habib zein bin ibrahim binsumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته maka inginlah al fagir mengambil kesempatan untuk memperkenalkan secara ringkas ulama ahlulbait yang terkenal al allamah al muhaqqiq al faqih al abid az zahid al murabbi ad da ie ilallah as sayyid al habib zein bin ibrahim binsumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته adalah antara permata habaib zaman ini beliau seorang yang terkenal khumul yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan faqihnya umat ini yang tabahhur ilmunya nama dan nasab beliau beliau adalah al allamah al muhaqqiq al faqih al abid az zahid al murabbi ad da ie ilallah as sayyid al habib zein bin ibrahim bin zein bin muhammad bin zein bin abdur rahman bin ahmad bin abdur rahman bin ali bin saalim bin abdillah bin muhammad sumaith bin ali bin abdur rahman bin ahmad bin alwi bin ahmad bin abdur rahman bin alwi ammul faqih al muqaddam bin muhammad shahib al mirbath bin ali bin alwi bin muhammad bin alwi bin ubaidullah bin ahmad al muhajir ilallah bin isa ar rumi bin muhammad an naqib bin ali al uraidhi bin ja far as shadiq bin muhammad al baqir bin ali zainal abidin bin asy syahid hussin as sibth putera sayyidina ali dan sayyidatina fathimah az zahra bin rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kelahiran dan pendidikan beliau dilahirkan pada tahun 1357h 1936m di jakarta indonesia beliau lahir dari keluarga yang sholeh ayahanda beliau al habib ibrahim bin zein pernah menjadi imam di masjid habib abdullah bin muhsin di bogor ketika di akhir umur beliau al habib zein bin ibrahim binsumaith mendapat didikan awal agamanya oleh ayahandanya sendiri dan juga dengan para ulama dan pemuka habaib di jawa sedari kecil beliau telah dibawa oleh ayahandanya untuk hadir ke halaqah ilmu rohah dan mawlid yang dianjurkan oleh habib alwi bin muhammad al haddad di bogor yang merupakan naqib para saadah di tanah jawa habib alwi ini adalah seorang ulama dan waliyullah yang terkemuka pada masanya beliau wafat pada tahun 1373h dan dimakamkan di empang bogor di mana hingga saat ini makamnya diziarahi dan terkenal sebagai keramat empang bogor beliau inilah di antara guru awal habib zein selain itu habib zein juga sering dibawa ayahandanya untuk meneguk ilmu dan hikmah di majlis seorang lagi ulama dan waliyullah iaitu habib ali bin abdur rahman al habsyi habib ali kwitang guru guru habib zein guru guru di tarim dalam tahun 1371h 1950m ketika usianya lebih kurang 14 tahun habib zein telah dibawa oleh ayahandanya ke tarim al ghanna tempat asal keturunannya di sana habib zein tinggal di rumah ayahnya yang telah lama ditinggalkan beliau berguru kepada sejumlah ulama setempat berpindah dari madrasah satu ke madrasah lainnya hingga pada akhirnya beliau belajar di rubath tarim guru guru habib zein di antara guru guru beliau di tarim adalah al allamah al habib muhammad bin saalim bin hafidz dengan guru beliau ini al habib zein bin ibrahim binsumaith belajar dan menghafal kitab sofwah az zubad karya imam ibn ruslan kitab al irsyad karya ibn muqri sehingga bab jinayat dan nadzam hadiyyah ash shaadiq karya al habib abdullah bin hussin bin thohir selain itu beliau belajar kitab kitab karangan al habib muhammad bin salim bin hafidz dalam ilmu faraidh dan munakahat sebahagian dari kitab minhaj kitab kitab tasawwuf dan ilmu falak habib umar bin alwi al kaaf beliau belajar ilmu nahwu ma ani dan bayan dengan guru beliau ini juga beliau mempelajari kitab mutammimah al ajrumiyyah dan alfiyyah serta syarah syarahnya beliau juga menghafal matan alfiyyah habib alwi bin abdullah bin syihaabuddi...
|